Perigi Cari Timba : Haruskah Hanya Berdiam Diri?

Perigi Cari Timba

Perigi Cari Timba

Menjadi muslimah bukan beerti hanya pasif menunggu tambatan hati datang menghampiri. Muslimah juga boleh aktif dan aggresif, dan pastilah sikap agresif itu berlandaskan syari’e.

Perigi Cari Timba. Dalam keadaan tertentu, adalah dibolehkan untuk seseorang Muslimah untuk menawarkan diri kepada lelaki yang terbaik agamanya, dan elok kualiti akhlaknya.

Dan pastilah bagaimana cara untuk menawarkan itu harus dicermati dengan halus supaya tidak membawa kearah negatif.

Telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah SAW dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:

“Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi SAW dan menawar dirinya demi kebaikan”.  ( riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).

Risikonya adalah antara diterima atau ditolak.

Kalau diterima maka hal itu merupakan sebuah jawapan yang indah dan kita inginkan. Tetapi jika ditolak, perkara ini adalah bukan sesuatu yang memalukan atau sesuatu yang hina.

Malah hal ini merupakan ladang kesabaran yang akan mendatangkan pahala yang besar.

Disini peranan orang tengah menjadi penghubung yang paling penting. Jika orang tengah itu amanah dan bijaksana dalam melaksanakan misinya, insyallah jika ditolak sekalipun kita masih santai kerana kerahsiaan amat terjaga.

Oleh itu kita harus memilih orang yang dipercayai memiliki sifat amanah sebagai wakil kepada kita untuk menyampaikan hasrat hati. Jika kita lihat Siti Khadijah itu sendiri dalam meminang lelaki terbaik di dunia, Rasulullah s.a.w. juga melalui orang tengah.

Jadi, mengunakan orang tengah adalah jalan terbaik dan dan lebih mulia bagi seorang wanita. Orang tengah itu boleh jadi ahli keluarga terdekat, sahabat yang dipercayai, guru atau ustaz/ustazah kita.

Mahu meminang lelaki yang baik untuk diri sendiri? Ah… malu!

Malu tidak bertempat.

Jika melamar lelaki itu dibenarkan syariat, kenapa tidak?

Malu kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luar melebar dalam menata hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit. Menyusahkan.

Kalau pun halangan ia melibatkan “harga diri” atau lebih mudah kita faham sebagai adat. Sesetengah orang kononnya, perbuatan ini dianggap sebagai “aib” atau menyalahi adat, aib ni boleh beri kesan sama ada pada perempuan ataupun keluarga.

Kenapa untuk sebuah kebaikan dan kemaslahatan hidup kita perlu kalah dengan adat sedangkn syariat membenarkannya, persoalan ini sebenarnya balik kepada kembali kepada masing-masing individu, mana yang lebih utama adat atau kebahagian yang sejati.

Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan.

Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun.

kesimpulannya, nak kawin ni senang cuma kita sahaja yang memberat-beratkan dengan pelbagai alasan.

Adakah bila kita sukakan seseorang, kita hanya perlu duduk ditikar sejadah dan berdoa sambil mengharapkan jodoh atau orang yang kita sukai itu datang bergolek kepada kita?

Tidak. Yang penting usaha. Ia senang.

Jika sukakan seseorang, hantarkan wakil untuk menyampaikan hajat kita. Kemudian jika kedua pihak bersetuju, boleh lah aturkan perkara yang seterusnya.

Kalau kita ikhtiar untuk dapatkan jodoh pun dikira amal soleh. Dalam hal ini, tiada halangan bagi org perempuan untuk melamar lelaki, sebagaimana lelaki pun tiada larangan nak melamar perempuan.

Syariat Islam memberi hak yang sama antara lelaki dan perempuan.

.

rujukan:

1. Halaqah.Net

2. I love Islam

Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 2,103 other subscribers

Comments

  1. Kirito says

    Mencari prempuan yang berani buat mcm tu..tidak kisah walaupun mcm mana pun dia. Alhamdullillah sudah jumpa dan saya terima dia tapi kami tidak berkapel. Tapi dalam diri masih ragu2 adakah dia betul2 atau tidak. Inshaallah dah ready dan rezeki lebih, akan bermula lah sesi luahan perasaan dan lamaran.

  2. aku insaf says

    Salam.. saya seorang gadis ingin bertanya tentang apa pendapat / cadangan ustaz utk kes seorang gadis ingin melamar seorang lelaki yg sedang bercouple dgn orang lain (tapi masih belum ada hubungan yg sah dgn pasangannya). terima kasih

  3. Mujahidahsolehah says

    salam.

    bagaimana saya nak tahu agama lelaki itu adalah yg terbaik? setakat pengetahuan shbt baik kata orangnya baik dan pemalu. Saya pernah melihat orangnya personally, tidak berbual dengannya tetapi nampak sifatnya pemalu. Little by little saya discovered dari sahabat dia orgnya biasa2 dan pernah bercouple dan putus. Tapi begitupun, asas agamanya tetap ada. Saya rasa saya ada berkenan sedikit dengannya.

    sahabat meminta saya memulakan langkah tetapi saya terfikir berbaloikah saya berusaha sedang agamanya sy tidak pasti yg terbaik? Saya ada memulakan sedikit langkah dengan msg berbentuk tazkirah (yg tidak sy buat kpd mana2 lelaki) tetapi dia seperti jual mahal dgn tidak membalas,

    Saya rasa ego seorang muslimah saya benar-benar jatuh. Wajarkah saya terus berusaha memikat? ah..sungguh malu!

  4. mukadonat says

    keliru juga bila ada beberapa org tengah yang mengatakan seorang lelaki itu baik-baik belaka…tapi tiba2 ada seorang sahaja yang kata tak elok..usaha yg begini mungkinkah perlu istikharah..

  5. Qaseh Saffiya says

    Assalamualaikum…mohon sy bertanya di sini.Sekiranya terdapat 1 situasi di mana terdapat teruna n dara yg saling menyimpan perasaan..mereka tdk penah besua namun pernah bejumpa tanpa dsengajakan..mereka hanya berhubung melalu laman sosial..jd,pertanyaan sy disini,adakh perlu org tgh utk memulakan perhubungan supaya menjadi lebih serius..atau mungkin ada pendpt yp lbh bernas?syukran..

  6. says

    malu yang bertempat itu dipandang mulia, gedik tak kena tempat pun akan dicela, sebaik2nya jika wanita itu berkenan kepada lelaki, teruskanlah dengan niat yang baik itu, jangan ditangguhkan, niatlah pada waktu merisik itu, kita sedang menambah dan mengembangkan ibadat mulia di sisi Allah & sunnah Rasulullah… tak perlu kecewa jika tidak berjaya, namun syukurlah Allah sedang sediakan yang terbaik seperti yang dikehendakiNya…

  7. says

    Penah dapat tawaran dari pihak perempuan…
    tp rasa kurang berkenyakinan laaa sbb…
    yea laa perempuan kot yg offer dulu..
    tp hati nie x bole terima sbb terlalu mudah untuk dapat cinta dari si dia..

  8. ika says

    apakah doa bukan merupakan sebuah ikhtiar bagi seorang perempuan..? karna selama ini saya selalu berdoa, saya mengandalkan sebuah kekuatan doa, karna saya tidak sepemberani Siti Khadidjah, yg mengatakan perasaannya kepada Rasulullah SAW..

    • bard says

      bg sy ni bukan sesuatu yang memalukan atau sesuatu yang hina. atleast, awak dah cuba untuk mendirikan sesuatu yang baik.. :)

      • Rose says

        memang sifat malu wanita terlalu tebal agaknya.. tapi syukurlah, diri masih mampu meredhainya..

      • says

        Admin faham perasaan Rose. Insyaallah, DIA akan memberikan seseorang yang baik untuk kita. Yang pnting kita jgn berputus asa dn sentiasa memperbaiki diri kita :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *