Perigi Cari Timba : Haruskah Hanya Berdiam Diri?

Perigi Cari Timba
Perigi Cari Timba

Menjadi muslimah bukan beerti hanya pasif menunggu tambatan hati datang menghampiri. Muslimah juga boleh aktif dan aggresif, dan pastilah sikap agresif itu berlandaskan syari’e.

Perigi Cari Timba. Dalam keadaan tertentu, adalah dibolehkan untuk seseorang Muslimah untuk menawarkan diri kepada lelaki yang terbaik agamanya, dan elok kualiti akhlaknya.

Dan pastilah bagaimana cara untuk menawarkan itu harus dicermati dengan halus supaya tidak membawa kearah negatif.

Telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah SAW dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:

“Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi SAW dan menawar dirinya demi kebaikan”.  ( riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).

Risikonya adalah antara diterima atau ditolak.

Kalau diterima maka hal itu merupakan sebuah jawapan yang indah dan kita inginkan. Tetapi jika ditolak, perkara ini adalah bukan sesuatu yang memalukan atau sesuatu yang hina.

Malah hal ini merupakan ladang kesabaran yang akan mendatangkan pahala yang besar.

Disini peranan orang tengah menjadi penghubung yang paling penting. Jika orang tengah itu amanah dan bijaksana dalam melaksanakan misinya, insyallah jika ditolak sekalipun kita masih santai kerana kerahsiaan amat terjaga.

Oleh itu kita harus memilih orang yang dipercayai memiliki sifat amanah sebagai wakil kepada kita untuk menyampaikan hasrat hati. Jika kita lihat Siti Khadijah itu sendiri dalam meminang lelaki terbaik di dunia, Rasulullah s.a.w. juga melalui orang tengah.

Jadi, mengunakan orang tengah adalah jalan terbaik dan dan lebih mulia bagi seorang wanita. Orang tengah itu boleh jadi ahli keluarga terdekat, sahabat yang dipercayai, guru atau ustaz/ustazah kita.

Mahu meminang lelaki yang baik untuk diri sendiri? Ah… malu!

Malu tidak bertempat.

Jika melamar lelaki itu dibenarkan syariat, kenapa tidak?

Malu kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luar melebar dalam menata hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit. Menyusahkan.

Kalau pun halangan ia melibatkan “harga diri” atau lebih mudah kita faham sebagai adat. Sesetengah orang kononnya, perbuatan ini dianggap sebagai “aib” atau menyalahi adat, aib ni boleh beri kesan sama ada pada perempuan ataupun keluarga.

Kenapa untuk sebuah kebaikan dan kemaslahatan hidup kita perlu kalah dengan adat sedangkn syariat membenarkannya, persoalan ini sebenarnya balik kepada kembali kepada masing-masing individu, mana yang lebih utama adat atau kebahagian yang sejati.

Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan.

Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun.

kesimpulannya, nak kawin ni senang cuma kita sahaja yang memberat-beratkan dengan pelbagai alasan.

Adakah bila kita sukakan seseorang, kita hanya perlu duduk ditikar sejadah dan berdoa sambil mengharapkan jodoh atau orang yang kita sukai itu datang bergolek kepada kita?

Tidak. Yang penting usaha. Ia senang.

Jika sukakan seseorang, hantarkan wakil untuk menyampaikan hajat kita. Kemudian jika kedua pihak bersetuju, boleh lah aturkan perkara yang seterusnya.

Kalau kita ikhtiar untuk dapatkan jodoh pun dikira amal soleh. Dalam hal ini, tiada halangan bagi org perempuan untuk melamar lelaki, sebagaimana lelaki pun tiada larangan nak melamar perempuan.

Syariat Islam memberi hak yang sama antara lelaki dan perempuan.

.

rujukan:

1. Halaqah.Net

2. I love Islam

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

35 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Hagia Sophia
Hagia Sophia
8 tahun yang lalu

Salam admin, saya mempunyai seorang kwan . Saya sudah memberitahu isi hati saya dan berharap agar dia dpt menerima saya sebagai bakal isterinya .Namun , dia menolak atas sebab dia tidak lagi bersedia , masih belajar dan jauh ( dia belajar di mesir ) . Dia berkeras untuk kami terus menjadi kawan . Saya boleh untuk menjadi kawan tapi saya akan terus berharap dan berdoa agar dia menerima saya suatu hari nanti. Bolehkah begitu … ? Bolehkah saya menyimpan harapan sedangkan dia sudah menolak . Sekian, wasalam.

senyum
senyum
9 tahun yang lalu

salam ustaz , em mcam mne caranya ntuk meluahkan perasaan saya trhdap si dia . tpi si dia tdak mmpunyai mana2 teman wanita . & sya merasakan dia dia baik bgi saya . tpi dlam masa yg sama saya tdak mahu ditolak . kerana dia kawan saya , dn mungkin lepas saya menyatakan perasaan saya . dia tidak akan menegur saya lagi . em bagaimanakah ? tolong rply :'(((

tiera
tiera
9 tahun yang lalu

Assalamualaikum
Macam mana kalau kita berdoa dekat Allah :seandainya hamba Allah yg kta berkenan itu adalah jodoh terbaik dari Dia maka satukanlah dgn ikatan yg halal : –sedangkan hamba Allah tu dah bertunang dengan org lain. Adakah ini salah? Mohon pencerahan dri admin, terima kasih

iman
iman
9 tahun yang lalu

pernah mencuba dan ditolak :) pada mulanya malu sgt2 & kdg2 trasa gedik pun ada. Alhamdulillah sy yakin ada hikmahnya..

nisa
nisa
9 tahun yang lalu

Mohon bimbingannya admin,
Saya sangat susah utk melupakan seseorang, saya spt sudah tergila2 dgn dia,
Sya sudah mengungkapkan perasaan saya, dan dia tdk menjawab,
Mungkin rasa sayang ini berlebihan, saya tersiksa apabila rindu dia,
Sampai skrg, apabila kita bertemu, sikapnya sangat baik, Sya mendapatakan perhatian spt seorang kekasih, tpi kalau di sms atau bbm dia sangat cuek.,
Bgmn kiat saya spy benar2 ikhlas melepaskan dirinya,Benar2 rela, ridho,
apakah sya salah jika tiap sya berdoa selalu hadir nama nya di dlm doa tsb,
Mohon bantuan dan bimbingan nya admin,
Terima kasih

nisa
nisa
Reply to  nisa
9 tahun yang lalu

Admin,
Please reply in [email protected]
Thank you very much

Kirito
Kirito
10 tahun yang lalu

Mencari prempuan yang berani buat mcm tu..tidak kisah walaupun mcm mana pun dia. Alhamdullillah sudah jumpa dan saya terima dia tapi kami tidak berkapel. Tapi dalam diri masih ragu2 adakah dia betul2 atau tidak. Inshaallah dah ready dan rezeki lebih, akan bermula lah sesi luahan perasaan dan lamaran.

aku insaf
aku insaf
10 tahun yang lalu

Salam.. saya seorang gadis ingin bertanya tentang apa pendapat / cadangan ustaz utk kes seorang gadis ingin melamar seorang lelaki yg sedang bercouple dgn orang lain (tapi masih belum ada hubungan yg sah dgn pasangannya). terima kasih

humaira
humaira
Reply to  aku insaf
10 tahun yang lalu

Aslmkm admin..mohon pencerahan jg utk situasi sebegini..amat memerlukan jwpn drpd pihak admin..

Mujahidahsolehah
Mujahidahsolehah
11 tahun yang lalu

salam.

bagaimana saya nak tahu agama lelaki itu adalah yg terbaik? setakat pengetahuan shbt baik kata orangnya baik dan pemalu. Saya pernah melihat orangnya personally, tidak berbual dengannya tetapi nampak sifatnya pemalu. Little by little saya discovered dari sahabat dia orgnya biasa2 dan pernah bercouple dan putus. Tapi begitupun, asas agamanya tetap ada. Saya rasa saya ada berkenan sedikit dengannya.

sahabat meminta saya memulakan langkah tetapi saya terfikir berbaloikah saya berusaha sedang agamanya sy tidak pasti yg terbaik? Saya ada memulakan sedikit langkah dengan msg berbentuk tazkirah (yg tidak sy buat kpd mana2 lelaki) tetapi dia seperti jual mahal dgn tidak membalas,

Saya rasa ego seorang muslimah saya benar-benar jatuh. Wajarkah saya terus berusaha memikat? ah..sungguh malu!

mukadonat
mukadonat
11 tahun yang lalu

keliru juga bila ada beberapa org tengah yang mengatakan seorang lelaki itu baik-baik belaka…tapi tiba2 ada seorang sahaja yang kata tak elok..usaha yg begini mungkinkah perlu istikharah..

Qaseh Saffiya
Qaseh Saffiya
11 tahun yang lalu

Assalamualaikum…mohon sy bertanya di sini.Sekiranya terdapat 1 situasi di mana terdapat teruna n dara yg saling menyimpan perasaan..mereka tdk penah besua namun pernah bejumpa tanpa dsengajakan..mereka hanya berhubung melalu laman sosial..jd,pertanyaan sy disini,adakh perlu org tgh utk memulakan perhubungan supaya menjadi lebih serius..atau mungkin ada pendpt yp lbh bernas?syukran..