Dimanakah Hati Kita Berlabuh?

Allah telah menciptakan manusia dengan banyak kelebihan. 

Dia telah memberikan banyak fasiliti yang ada pada tubuh manusia. Dengan tangannya, manusia mampu membuat sesuatu yang menakjubkan.

Dengan otaknya, kita mencetuskan teori-teori pengetahuan yang begitu luar biasa.

Namun, marilah kita mengamati salah satu dari kemampuan kita, iaitu kemampuan berfikir, melihat dan mendengar!

Dalam sebuah ayat-Nya. Allah swt berfirman :

“Katakanlah! Dia (Allah) yang telah menciptakan kalian, dan Dia jadikan bagi kalian pendengaran, penglihatan dan hati (pikiran). (namun) Amat sedikit yang kalian syukuri.” Qs. Al-Mulk (67) : 23

Allah SWT telah menyebut pendengaran dan penglihatan sebelum menyebut fikiran, kerana demikianlah proses berfikir manusia. Ya, melihat, mendengar lalu berfikir.

Dan melihat, mendengar serta berfikir dalam ayat ini berkaitan dengan keadaan kita di hadapan Allah kelak.

Bagaimanakah reaksi kita tatkala melihat tanda-tanda kebesaran Allah yang amat banyak di sekitar kita? atau ketika kita mendengar ayat-ayatNya?

Dan bagaimana sikap kita saat Allah melimpahruahkan harta kepada kita?

Dan bagaimana sikap kita saat Dia “mempalitkan” sedikit  azabNya yang berwujud musibah?

Pepatah Inggeris  mengatakan, “Heart is King” (hati adalah raja).

Kerana hati inilah yang menentukan segala perbuatan kita. 

Bila hati seseorang itu “berlabuh” kepada Allah, dia akan selalu beribadah, berzikir dan berdoa. Dia tidak pernah melupakanNya, nescaya dia menjadi hati yang lembut, baik dan redha.

Sebaliknya, hati yang selalu bermaksiat, lalai, meremehkan, bahkan berani menentang Allah atau enggan mendengarkan ayat-ayat suciNya, maka  hatinya adalah hati yang culas, jahat, yang selalu membuat  Penciptanya murka.

Dan itulah, hati yang ‘’berlabuh’’ kepada rayuan syaitan pujaanya.

Kini, sudah saatnya kita muhasah diri, mengamati keadaan kita masing-masing.

Mungkinkah terlampau jauh dariNya? Dimanakah hati kita “berlabuh’’? Di “pelabuhan’’ Allah kah…? Atau di “pelabuhan” syaitan?

Andaikan hati kita telah lama membengkok, marilah kita luruskan kembali! Marilah kita memohon ampunanNya, redh-Nya dan belas kasihNya.

Akhir kata, tiada air mata yang lebih mulia kecuali tatkala menitis kerana menyesali segala dosa, tatkala kita bersimpuh, bertaubat atas “kebengkokan’’ hati kita selama ini.

’Dan mohonlah ampun  kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’’ QS. Al-muzzammil (73) : 20 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Nurul Syazana
Nurul Syazana
13 tahun yang lalu

Dan mohon ampunlah kepada Allah , sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang . zana suke ayat ni . terima kasih penulis . :)