Kelebihan Wanita Yang Digunakan Syaitan untuk Melemahkan Lelaki

Kelebihan Wanita

Kelebihan Wanita

Wanita adalah makhluk yang sangatlah unik. Berbeza. Dan memiliki keistimewaan tersendiri. Islam memandang wanita adalah makhluk yang sangat special dan bahkan memberikan satu surah dalam Al-Quran untuk wanita. An-Nisa.

Rasulullah berkata bahawa makhluk yang harus kita cintai setelah Allah SWT dan Rasulullah adalah : Ibu, Ibu, Ibu, barulah Ayah. Itu menunjukkan apresiasi yang sangat tinggi yang diberikan oleh Islam kepada wanita.

Namun wanita seringkali dibuat sebagai senjata yang Maha Dahsyat oleh Syaitan Laknatullah untuk meluluhkan kehebatan iman seorang lelaki.

Ya, tidak ragui, salah satu jalan utama syaitan untuk merasuk ke dalam dada seorang ikhwan adalah melalui lelaki itu tadi.

Dalam sejarah, syaitan mengakui kepada Nabi Musa AS bahawa jalan utama syaitan dalam merasuk dan memperdaya manusia ada 3 :

ketika Solat, ketika marah, dan melalui wanita.

Tapi sebelum itu, maaf kerana bukan bermaksud untuk merendahkan kaum wanita. Tetapi hanya bermaksud untuk saling mengingatkan.

Kerana, kalau hanya salah seorang antara lelaki atau perempuan sahaja yang menjaga hatinya, maka syaitan akan tetap mudah untuk masuk.

Tapi  kalau kita sama-sama menjaga hati, InsyaAllah akan lebih baik bagi kita semua. Betul?

Bila syaitan sudah tidak mampu menyesatkan kita dengan keburukan, maka dia akan menyesatkan kita dengan kebaikan.  Syaitan tidak akan pernah rela jika kita sebagai manusia mampu bebas dan melakukan kebaikan tanpa diganggu.

Naudzubillahi min dzalik.

Apa kekuatan & kelebihan wanita yang pertama?

Air Mata.

Air mata wanita adalah sesuatu yang seringkali digunakan syaitan untuk meluluhkan hati seorang lelaki. Air mata jelas sekali mampu meluluhkan hati seorang lelaki.

Jangankan lelaki biasa yang masih belajar tentang prinsip-prinsip kehidupan.  

Umar bin Khattab RA yang ketika itu masih kafir dan memegang teguh prinsipnya pun dicairkan oleh tangisan adiknya sehingga masuk islam dan menjadi salah satu khalifah terkuat pada masa kejayaan islam di dunia. Masih ingatkan kisahnya..?

Menangis adalah muara dari perasaan. Jikalau terlalu gembira, kita akan menangis. Jikalau terlalu sedih pun demikian. Jikalau sangat marah, kita juga mengeluarkan titis-titis air mata.

Dan itu semua fitrah. Hanya, ketika ada sesuatu yang tidak tepat pada tempatnya, baik tidak disengaja apatahlagi kalau sengaja, akan menjadi senjata yang kuat bagi syaitan laknatullah.

Buat lelaki, waspadalah terhadap syaitan.

Cuba bayangkan, kalau ada perempuan memohon sesuatu ke kita, sehingga mengeluarkan air mata. Bagaimana sikap kita?

Itu yang harus kita urus dengan sebaik mungkin. Tentu dengan pengurusan hati yang tepat.

Kelebihan wanita yang kedua,

Yang kedua adalah senyuman. Senyuman wanita  itu salah satu yang sangat mudah dijadikan oleh syaitan dalam memperdaya ataupun melemahkan hati seorang lelaki.

Apatah lagi kalau wanita yang mempunyai wajah yang cantik. Tentu akan sangat meluluhkan hati seorang lelaki.

Allah telah jelas dan tegas memerintahkan kita dalam surah An-Nur ayat ke 30 hingga ke 31. Ayatnya yang berbunyi :

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya…”

dan ayat ke 31 juga yang berbunyi

“Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya….”

menunjukkan solusi yang seharusnya kita lakukan bersama. Para lelaki mahupun perempuan seharusnya menjaga pandangan mereka.

Kelebihan Wanita Yang Ketiga,

Yang ketiga, adalah tutur kata.

Wanita itu memiliki suara yang berbeza dengan lelaki. Suara wanita  itu lebih lembut  daripada lelaki.  Perkara itu juga dijadikan senjata oleh syaitan untuk memperdaya lelaki. Apatah lagi kalau wanita  itu sengaja membuat nada manja

 Berbicaralah yang tegas!

Tidak menimbulkan kesan yang manja atau menggoda. Berbicaralah dengan nada yang tegas dan seperlunya sahaja. Rasulullah SAW juga memerintahkan kita untuk berbicara yang benar, atau diam.

.
Suara wanita  itu sangat dilindungi dan dihargai oleh Islam. Bahkan ada beberapa ulama yang mengatakan bahawa nasyid wanita itu tidak baik didengar oleh lelaki. Kerana, getaran suaranya itu besar kemungkinan dapat menimbulkan perasaan yang berbeza di hati lelaki. 

Lelaki, berhati-hatilah dalam mengolah hati. Berhati-hatilah dalam memberikan perhatian.

Kelebihan wanita yang Keempat, 

Berhias. Banyak perdebatan di sini. Antaranya adalah bagi wanita yang memakai  wangian.

Rasulullah berkata bahawa barang siapa  (wanita) yang memakai wewangian kemudian dia berjalan di depan seorang  (laki-laki) sehingga sang lelaki mencium wewangian tersebut, maka wanita itu dianggap pezina. Naudzubillahi min dzalik..

tetapi memakai wangian tidaklah salah. anda semua boleh rujuk diSINI

Yang terakhir, Jalan keluarnya bagaimana?

Untuk keseluruhan, sebenarnya hanya ada dua caranya. Si lelaki harus menjaga diri serta hati mereka, dan sang perempuan juga demikian. Ketika diri telah dibersihkan dan hati telah disucikan,

Insya Allah tidak syaitan juga akan kelelahan menggoda kita. Jangan lupa kemudahan istigfar yang diciptakan Allah untuk kita semua umat muslim.

Selalu beristigfar setiap waktu. Ingat Allah setiap waktu.

Semoga dengan itu kita mampu menghindarkan diri dari godaan syaitan laknatullah. Insya Allah…

Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 1,920 other subscribers

Comments

  1. Akhmad Fauzan says

    Ya tuh saya juga kurang percaya dengan surat berantai itu,so beberapa kali saya dapat ttg surat berantai namun tak ada yang benar dgn peringatan di bawahnya itu,WALLAHU’ALAM semoga saja kita semua mendapatkn petunjuk dan hidayah dari ALLAH SWT dengan kebenararan tulisan itu amiieen yaRob

  2. says

    menarik artikel ini..cukp berguna dijadikan iktibar dn pencegahan yg bai kpd si lelaki mahupun wanita.Nabi pon aki wanita embwa fitnah besar..namun,juga mudah utk ke syurga.Allahurabb,nauzubillah dgn senjata syaitan in..

  3. nurul says

    tapi,dalam sesetengah keadaan,takkan senyum..kecerdasan pun jadi salah.bagi pendapat sy,islam ttu bersederhana..jgn berlebihan,so..klu senyum tu,anggap sbgai sedekah n btmbung dgn kwn..xsalah nak senyum,cuma jgn senyuman dgn lirikan mnja..n niat juga.kecerdasan tu adalah angrah,klbihan..
    apa pun,semua ni msti dgunakan pda keadaan yg ssuai.perfume dan suara yg brmnja2 tu of coz xble.

    • says

      bagi admin, ia tak salah. cuma jgn disalahguna sbg senjata utk melemahkan lelaki. Semuanya bergantung pada niat kita. :)

  4. sekadar berkongsi says

    Wasiat NABI MUHAMMAD S.A.W. MESTI BACA!!!!!

    ni adalah benar… sila baca sehingga habis… dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh…

    Assalamualaikum…… Warahmatullahi Wabarakatuh

    ini adalah surat wasiat dari penjaga makam

    Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad

    … Maeine (Saudi Arabia).

    pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di

    makam Rasulullah SAW.

    selepas membaca lalu

    hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi

    didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada

    hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal

    dunia di zaman ini tiada seorang pun yang

    matinya dalam keadaan beriman.

    (a)isteri tidak mendengar kata suami. (b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.

    (c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat

    kebajikan.

    Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu

    menyedarkan kepada orang Islam ini supaya

    membuat kebajikan, kerana hari

    penghabisan(……Qiamat) akan tiba di mana

    bintang akan terbit dari langit, sesudah itu

    matahari akan turun di atas kepala.

    PESANAN HAMBA INI

    (a) berselawat – untuk junjungan Nabi kita

    Muhammad SAW.
    (b) bertaubatlah – dengan segera sementara

    Pintu Taubat masih terbuka.

    (c) Bersembahyangla.. (d) berzakat – jangan ditinggalkan.

    (e) Menunaikan Fardhu haji – bila

    berkemampuan.

    (f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu

    bapa.
    Banyak lagi contoh-contoh orang yang

    menerima wasiat ini tetapi tidak

    mempercayainya dan tidak mengedarkannya

    atau menyampaikan kepada orang lain.

    dimana

    mereka mendapat malapetaka.

    setelah

    kejadian yang menggembirakan dan

    menyakinkan ini anda jangan lupa

    menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa

    96 jam dari masa anda menerimanya. InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu

    dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. INSYAALLAH.

    PERHATIAN

    setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.

    • says

      Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia) tidak pernah wujud. Ini berdasarkan rujukan yg dibuat oleh proffesor Dr Harun Din dengan kerajaan Arab Saudi.

      Surat berantai ini dikarang dandireka oleh puak2 kristian di UK utk merosakkan akidah umat Islam.

      Surat berantai ini juga telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa dalam tahun 70an.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *