Suami
Jika anda seorang wanita, carilah calon suami yang mempunyai sifat-sifat berikut manakala jika anda seorang lelaki, jadilah seorang suami yang mempunyai sifat-sifat berikut:
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Tinggalkan Komen Anda..
yang ideal spt ini sekarang sdh langka
kalau ada pun,dah berpunya :(
Haha betulll…kalau ada pun tp dikebas orang lain..mcm sy huhu
Akan jumpa bakal suami sebegitu andai kita juga sebegitu.Oleh itu, jadilah sebegitu dahulu sebelum mencari orang yang sebegitu
Mudah2an dapatlah jodoh macam tu.. amin
Alhamdulillah, semua dekat atas tu dah ade cume 1 je yang takde lagi. batas permandangan mata tu. haih :D
susahnya nak cari lelaki yang macam tu sekarang ni…
New Entry: A PERFECT GIFT | PEN?
walaweyh…bhgianya dpt jd cmni…
thun baru ni baiklh tnam azam utk bhjrah kpd yg lnh baik..
tq admin..
sama2 Mk..