11 Jenis Manusia Sentiasa Didoakan Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman.

Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar.

Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”


5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…'”


10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”


11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

28 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
Beruntungnya Jadi 11 Orang Yang Istimewa Mendapat Doa Khas Daripada Malaikat. No 6 Yang Paling Ramai Orang Telah Lakukan – JANTA KHABAR
5 tahun yang lalu

[…] Sumber: akuislam.com […]

trackback
11 Jenis Manusia yang Didoa Oleh Malaikat – Islam Itu Indah
6 tahun yang lalu

[…] Sumber: akuislam.com […]

khairul
khairul
10 tahun yang lalu

alhamdulillah.
Terima kasih admin kerana sudi share info macam ni. Semoga segala usaha dakwah akan dipermudahkan dan dirahmati oleh allah Swt.

x80i
x80i
12 tahun yang lalu

salam macam maner nak letak artikel banyak2 kat bawah mcm admin buat.. boleh tolong ajar x.. saya nak buat kat blog saya lah..
TQ (:

aidil
aidil
12 tahun yang lalu

Maaf ye admin .tapi setiap hadith Rasulullah SAW itu adalah lebih baik disertakan dengan sanat dan riwayat untuk mengelakkan kekeliruan.

ia juga memudahkan rakan rakan lain untuk menyebarkan hadis hadis ini .

wallahualam ,

wan
wan
Reply to  aidil
10 tahun yang lalu

betul tu admin..

ag hadi safwan bin ag abdullah
ag hadi safwan bin ag abdullah
12 tahun yang lalu

alhamdulillah :)

nurul aida mastura
nurul aida mastura
12 tahun yang lalu

Masya allah banyak nyer kelebihan2 dalam melakukan kebaikan ini,kelebihan yang tidak disangka2.syukran yer

Fatin Nabillah
Fatin Nabillah
12 tahun yang lalu

Nak kongsi entry nehh kat blog saya jugak :]

darnia
darnia
12 tahun yang lalu

Izin share.. :)

Shafqq
Shafqq
12 tahun yang lalu

http://www.buildtechcars.blogspot.com Kalau author Aku islam tidak kisah , boleh tak saya kongsi article ni dekat blog saya :)