Tanggungjawab Suami & Isteri Yang Wajib Dalam Perkahwinan

tanggungjawab suami terhadap isteri
Tanggungjawab suami

Apakah tanggungjawab suami dan isteri dalam sesebuah perkahwinan menurut Islam?

Dalam artikel ini, saya akan membantu anda mengetahui dan memahami apakah tanggungjawab-tanggungjawab wajib yang harus dipikul oleh suami dan isteri.

Saya juga akan menjelaskan mengenai tuntutan perkahwinan dan rahsia disebalik pernikahan.

InsyaaAllah saya akan jadikan panduan ini ringkas dan mudah untuk difahami.

Baca Sepenuhnya

Berdosa Suami Yang Gagal Berlemah Lembut & Berbuat Baik Kepada Isteri

berbuat baik kepada isteri
Photo by Ramdan Authentic on Unsplash

Islam sentiasa menyuruh umatnya agar berbuat baik sesama insan, lebih-lebih lagi kepada isterinya.

Isteri adalah pakaian baginya. Isteri juga merupakan orang yang paling rapat dan pembantu setia kepada kita.

— Maka sudah tentu kedudukan isteri sangat istimewa.

Anjuran berbuat baik kepada isteri adalah sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

… Dan hendaklah kamu bergaul baik dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik 

— Surah An-Nisa ayat 19

Merenung ayat ini, jelaslah kepada kita bahawa hukum berbuat baik kepada isteri adalah WAJIB

Ini merupakan satu tanggungjawab yang wajib dipikul oleh setiap suami.

Bagi suami yang gagal melayan isterinya dengan baik sedangkan dia taat kepada suaminya, ini akan mengundang dosa.

Baca Sepenuhnya

Berusahalah Mencari Kebaikan Isteri Kita & Terimalah Segala Kekurangannya

kebaikan isteriIsteri merupakan anugerah untuk kita.

Ketika ramai orang yang masih belum mempunyai isteri, kita yang telah memilikinya.

Kehadirannya sangat berharga dalam hidup kita. Tiadanya, fitrah kita bagaikan tidak lengkap.

Seperti kita, isteri juga manusia biasa.

Punya kelemahan, kesilapan dan kekurangan.

Seperti mana kita juga, isteri tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.

Baca Sepenuhnya

Suami, Layan Dan Bersabarlah Dengan Karenah Isteri

melayan karenah isteriAdakah anda bosan melayan karenah isteri?

Hari ini, terlalu banyak kes yang kita jumpa tentang perilaku tidak berperikemanusiaan seorang suami terhadap isterinya.

Isteri diperlakukan dengan teruk, seolah-olah tubuh badannya amat murah.

Sedangkan suami adalah pelindung dan pembela kepada isterinya.

Janganlah kita menjadi seperti apa yang digambarkan sebagai suami tidak guna.

Iaitu seorang suami yang memukul isterinya seperti memukul seorang hamba. Kemudian disetubuhi pula pada malam hari.

— Inilah yang dikatakan seorang suami yang jahat.

Baca Sepenuhnya

7 Kesilapan Besar Dalam Hubungan Suami Isteri

hubungan-suami-isteri
Dalam hubungan suami isteri, ia memerlukan kita mencari ilmu yang cukup bagi melengkapkan keharmonian rumah tangga..

Percayalah bila saya kata, rasa suka itu akan berkurang dengan berlalunya masa.

Tiga tahun pertama mungkin kita merasakan bahawa pasangan kita itulah segala-galanya.

Tapi tahun-tahun yang seterusnya,  kita sudah merasa hambar dan semakin bosan rumah tangga kita.

Sifat hati fitrahnya berbolak-balik bersama masa.

Mungkin dahulu kita dilayan secara lemah lembut, tetapi sekarang pertanyaan kita dijawab secara acuh tidak acuh sahaja.

Terlalu menjaga dikata mengongkong, terlalu memberi kebebasan dikatakan tidak sayang.

Apa yang tidak kena sebenarnya dalam rumah tangga kita?

Dimana silap kita yang mungkin kita terlepas pandang?

Baca Sepenuhnya

17 Perkara Yang Isteri Harus Buat Untuk Menambat Hati Suami

menambat hati suami
menambat hati suami sesuatu yang sukar dilaksananakan? * photo by xaliaz

Tahun-tahun pertama perkahwinan adalah tempoh paling bahagia bagi pasangan suami isteri..

.. namun dengan selarinya peredaran waktu, kasih sayang yang dirasakan selama ini dirasakan semakin memudar.

Ada isteri yang merasakan suaminya sudah tidak menyayanginya lagi.

Tidak, jangan melulu menyalahkan suami.

Mungkin anda jugalah penyebabnya.

Baca Sepenuhnya

Tips Untuk Suami Isteri Hidup Bahagia

Bagaimana untuk bahagia dalam rumah tangga? Sudah menjadi asam garam, dalam rumah tangga pasti berlaku salah faham dan konflik suami isteri. Sesungguhnya dalam melayari bahtera hidup bersama pasangan, banyak perkara perlu dipelajari bagi mencari kematangan dan kebahagiaan. Oleh itu artikel ini akan berkongsi beberapa tips dalam melayari kehidupan suami isteri agar dapat mencapai bahagia. Ini Beberapa Tips Mencapai Bahagia Dalam …

Baca Sepenuhnya