Membina Tabiat Baik Sebagai Muslim: 7 Prinsip Untuk Istiqamah

Tabiat baik

Setiap hari, kita melakukan ratusan tindakan tanpa benar-benar berfikir. Bangun tidur, mencapai telefon, memberus gigi, atau melayari media sosial. Kajian menunjukkan bahawa lebih 40% tingkah laku harian manusia berlaku secara automatik, bukan hasil keputusan sedar.

Inilah yang dinamakan tabiat dan ia membentuk siapa diri kita sebenarnya.

Sebagai Muslim, kita sering bercita-cita untuk melazimi amalan yang mendekatkan diri kepada Allah: membaca al-Quran, menjaga solat berjemaah, berzikir selepas solat, atau bersedekah secara konsisten.

Namun, azam itu mudah pudar kerana kesibukan, keletihan, atau gangguan dunia yang tidak berkesudahan.

Dalam artikel ini, anda akan pelajari 7 prinsip membentuk tabiat baik berasaskan gabungan bimbingan para ulama Islam dan sokongan kajian psikologi tingkah laku moden.

Prinsip-prinsip ini akan membantu anda mengubah amalan baik menjadi tabiat kekal yang mendekatkan diri kepada Allah dan membina kehidupan yang lebih teratur, tenang dan bermakna.

Baca Sepenuhnya

5 Pelajaran Berharga Daripada Surah Al-Mulk

Pelajaran surah al mulk

Surah Al-Mulk adalah peringatan besar yang sebenar untuk jiwa. Ia mengingatkan kita tentang gambaran besar kehidupan ini — mengapa kita diciptakan, siapa yang memiliki kekuasaan sebenar, dan apa tujuan utama kita di dunia ini.

Surah ini memberikan perspektif baru terhadap kehidupan, ujian yang kita hadapi setiap hari, serta hakikat akhirat yang pasti.

Baca Sepenuhnya

Kenali Khatrah — Lintasan Fikiran Yang Jahat Untuk Berbuat Dosa

Khatrah

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Telah ditetapkan bagi anak Adam bahagiannya daripada zina; pasti dia akan menemuinya. Zina mata adalah melihat, zina telinga adalah mendengar, zina lidah adalah berkata, zina tangan adalah menyentuh, dan zina kaki adalah melangkah. Hati pula menginginkan dan berangan-angan, dan alat kelamin mengesahkan atau menafikannya.”

[Direkodkan oleh al-Bukhari (6612) dan Muslim (2657), lafaz hadis ini berdasarkan riwayat Muslim.]

Baca Sepenuhnya

Jangan Pernah Putus Asa Dengan Rahmat Allah

Mengapa kita mudah merasa putus asa?

Adakah kita pernah merasa seolah-olah segala ujian dan cabaran yang datang dalam hidup ini sebagai tanda bahawa Allah s.w.t. marah kepada kita?

Adakah kita pernah merasa seolah-olah kesulitan yang kita hadapi adalah kerana Allah tidak mencintai atau membenci kita?

Atau mungkin, adakah kita pernah merasa bahawa kita sendiri yang layak untuk semua ini kerana kesalahan-kesalahan yang telah kita lakukan?

Jika ya, saya ingin berkongsi perspektif yang mungkin boleh membantu kita melihat situasi ini dari sudut yang berbeza.

Baca Sepenuhnya

Memupuk Kesabaran Dalam Menempuh Kehidupan

kesabaran

Kesabaran adalah jawapannya, jika anda bertanya:

Bagaimana kita boleh terus berdiri teguh di tengah-tengah gelombang kehidupan yang terus berombak?

Bagaimana kita menghadapi ujian dan rintangan yang datang bertalu-talu tanpa henti?

Bagaimana melewati setiap cabaran dengan penuh keberanian dan ketabahan?

Baca Sepenuhnya

Cara & Doa Menghilangkan Rasa Sedih Dan Kesal

rasa murung dan sedih

Apakah cara dan doa menghilangkan rasa sedih serta kesal?

Tulisan ini akan membantu anda menghilangkan rasa kecewa, kesal dan juga mengajarkan doa menghilangkan rasa sedih yang diajarkan oleh Nabi ﷺ

Semoga bermanfaat..

Baca Sepenuhnya

9 Nota Hati Untuk Membina Kekuatan & Motivasi Dalam Kehidupan Di Saat Kita Jatuh

membina kekuatan dalam kehidupan
Jalan kehidupan kadangkala tidak seiringan dengan apa yang kita idamkan. Kadangkala, untuk jiwa kita menjadi kuat, ia perlu diuji. kadang ujian itu akan buatkan hati kita hancur. Tapi dari hati yang hancur tu kita akan menjadi lebih baik..

Kadangkala, ada perkara yang tak dijangka berlaku mengubah kehidupan kita sekelip mata.

Mungkin apa yang membahagiakan anda hari ini akan hilang pada esok hari. Setiap benda akan sentiasa berubah, sama ada kita suka atau tidak.

Baca Sepenuhnya

7 Sebab Untuk Anda Berhenti Berharap & Melepaskan Kisah Silam

Bagaimana untuk melepaskan kisah silam yang menghantui kehidupan?

melepaskan kisah silam

Kenapa hati anda masih sakit dan sentiasa kesedihan?

Antara sebabnya adalah kita masih memendam kisah-kisah silam.

Kita akan selalu merasa tertekan, selalu bersedih dan malah menjejaskan kesihatan.

Sebagai manusia biasa, memang mustahil untuk melupakan perkara yang menghancurkan hati dengan sekelip mata.

Kita akan rasa setiap perkara mempunyai kaitan dengan peristiwa tersebut akan membuatkan hati kita terseksa.

Kita tidak suka perubahan yang berlaku.

Kita rasa sukar untuk menerima takdir. Kita mahukan kehidupan yang kita ‘rasa’ kita patut dapat.

Akhirnya, kita terperangkap dengan fantasi sendiri.. walaupun sebenarnya ia sangat melukakan.

Baca Sepenuhnya