
Memang menyakitkan hati suami ataupun isteri kita, pada saat kita dekat dengan dirinya, hati dan fikiran kita masih memikirkan dia yang dahulu, kisah-kisah silam kita.
Apatah lagi sekiranya kita masih menyebut-nyebut nama dia dihadapan pasangan kita kini. Allah pasti akan membalas kezaliman kita.
Langkah yang tepat dan betul harus kita lakukan adalah berusaha dan terus berusaha untuk melupakannya. Mengikhlaskan diri dan menerima semua takdir.
Berusahalah melupakan kisah silam!
Memang sukar, tetapi kita perlu sentiasa mencuba dengan gigih dan tidak berputus asa sehingga semua memori dan kisah silam yang pernah menimbulkan getar-getar asmara itu hilang.
Yakinlah, suami atau isteri yang sekarang ini lebih baik daripada kekasih dahulu.
Mungkin dari segi fizikal dan paras rupa tidak sebaik yang dahulu, tetapi dari segi kemuliaan akhlak, budi pekerti dan sifat soleh, pasti lebih baik.
Apabila kita sudah berkahwin, tetapi masih memikirkan dia yang dahulu, alangkah zalimnya dan tidak bersyukurnya diri kita. Sudah diberikan yang halal dan ada dihadapan mata, tetapi masih memikirkan yang tiada.
Apakah gelaran yang sesuai untuk kita, sekiranya kita berkelakuan begitu kawan?