Dalam hidup ini, ada banyak yang kita nak capai. Ada banyak yang kita nak cari.
Tapi, benarkah kita boleh mencapai semuanya?
Ingat tak lagi, waktu kita kecik-kecik dulu.. cikgu kat sekolah mesti tanya:
“bila dah besar nanti nak jadi apa?”
Ada yang cakap doktor, cikgu, arkitek. Tak kurang juga yang bercita-cita nak jadi askar dan bomba.
Tapi, bila kita semakin besar. Semakin faham tentang matlamat kehidupan.
Adakah cita-cita itu semua benar-benar penting? atau kita lebih memilih untuk mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat a.k.a keredhaan dari Allah.
Asas-asas untuk bahagia dunia dan akhirat
Ini pandangan saya.
Tak kisahlah seseorang itu nak kerja apa atau buat apa. Tapi yang penting adalah kehidupan yang dilalui itu bahagia. Bahagia dengan kata yang sebenar a.k.a bahagia mengikut landasan islam.
Apa guna punya keluarga yang kaya harta, tapi kurang kasih-sayang. Kurang perhatian dari ibu ayah.
Apa guna kerjaya hebat tapi tanggungjawab nafkah pada keluarga diabaikan.
Ya Allah.
Sungguh. Dengan mengingati Allah, hatikan tenang. Sungguh.
Sahabat-sahabat,
Ingatlah suatu perkara. Sungguh sekalipun kita sejahat mana pun, tapi tanamlah untuk sentiasa berubah kea rah kebaikan. Berazamlah untuk punya keluarga yang betul-betul faham dan mengamalkan Islam.
Buat yang bergelar ibu, belajarlah. Tuntutlah. Timbalah sebanyak mana ilmu.
Kerana suatu masa nanti kita akan jadi gedung ilmu buat zuriat yang kita kasihi. Semoga kita terhindar dari menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan.
Suatu masa nanti, sekiranya anak kita tidak bisa menjawab tentang cita-citanya untuk menjadi doktor mahupun peguam. Tidak mengapa. Asalkan mereka bercita-cita menjadi seorang muslim yang super ekstreme!
Kerana. Kerana. Kerana. Kebahagiaan dalam hati itu lebih utama dari kebahagiaan pada pandangan mata manusia. Bahagia pada pandangan hati manusia sangatlah terbatas.
Hanya melihat pada kerjaya, kekayaan, keluarga.
Tapi hakikatnya? Benarkah?
Suka saya untuk memetik kata-kata Imam Hasan Al Bana :-
Asas keimanan ialah hati yang bersih,
Asas keikhlasan ialah jiwa yang suci,
Asas semangat ialah keinginan yang kuat,
Asas usaha ialah keazaman yang membara,
Dan semua sifat ini tidak wujud kecuali pada PEMUDA!
Maka,
Bangkitlah wahai pemuda sekelian. Sekiranya kamu menemui kekecewaan dalam hidupmu hari ini, jika kamu menemui kesedihan dalam perjalananmu jam ini, jika kamu menemui kedukaan dalam langkahmu saat ini.
Masih belum terlambat untuk kita bangkit ke garisan permulaan selagi Allah kurniakan atmosfera bumiNya pada kita.
Sungguh.
Walau ibumu sendiri tidak mungkin boleh memberikan jaminan syurga!
Tapi, percayalah apabila kita meletakkan seluruh pengharapan kita kepada Allah.
Dia akan beri. Dia akan tarik kita kembali. Berjalanlah. Berjalanlah dengan semangat untuk memberi kebahagiaan dalam hati mengikut acuan Allah.
Dekatkanlah dirimu dengan aktiviti-aktiviti keislaman yang lebih jelas jalannya ke SYURGA.
Kerana, matlamat kita adalah SYURGA!
Tidak selamanya Allah kurniakan derita. Di hujung nanti ada kemanisan yang menunggu.
******
Artikel ini adalah perkongsian ke inbox emel kami oleh saudari Izza Miera. Semoga memberi manfaat dan kebaikan buat semua yang membaca artikel ini =)
Segala komen dan penambahbaikkan adalah sangat dialu-alukan dari pembaca. Syukran =)
Tinggalkan Komen Anda..
Terima kasih atas penjelasannya…jadi saya lebih faham untuk menjawab soalan yang ada di buku agama islam sekarang..terima kasih banyak banyak semoga diberi rezeki yang cukup…amiin
terima kasih izza. :) kita saling melengkapi ilmu untuk dunia dan akhirat….. lagipun banyak lagi yang saya kena perbetulkan tentang diri saya sendiri… baca kata2 macam ni, buat kita lebih berfikir sedalamnya …
alhamdullilah…. sgt bermaknaa… syurga yg kita idamkan…
Sangat bermanfaat dan menitis airmata baca entri ni.. saya mohon untuk dikongsikan… syukran :)
alhamdulillah.. moga dapat manfaatnya.. jika anda menangis tatkala mbaca, anda juga merasai apa yg sy rasa krna sy menulis di saat air mata saya juga mengalir. barakallahu alaik, Fiqa :)