Bagaimana Nilai sebuah persahabatan Akan Mengubah Cari Fikir Kita Mengenai Kehidupan?

Nilai sebuah persahabatan dalam islam

Ramai orang bersahabat, tetapi tidak ramai yang ada sahabat yang sejati.

Ramai yang bersahabat, mana mungkin kita hidup di dunia ini bersendirian tanpa insan yang bergelar sahabat.

Tidak dinafikan jika dahulu sahabat kita adalah ibu bapa dan adik beradik kita.

Kemudian apabila menjejakkan kaki ke alam persekolahan, akan ada pula kenalan lain digelar rakan dan rakan baik sehingga ada yang seperti belangkas asyik berkepit 24 jam.

Namun, ada juga persahabatannya terhenti seiring tamatnya musim persekolahan.

Oleh itu, apa sebenarnya erti sebuah persahabatan yang dianjurkan oleh Islam?

Adakah sahabat seseorang yang mempunyai banyak persamaan dengan kita? Atau seseorang yang ada bersama kita ketika kita senang atau susah?

Atau seseorang yang mungkin seakan lupakan kita tetapi doanya tidak putus buat kita?

Baca Sepenuhnya

Bagaimana Menjemput Jodoh Dalam Masa Terdekat?

Menjemput Jodoh Dalam Masa Terdekat
Bagaimana kita boleh menjemput jodoh dalam masa terdekat? * Foto oleh inchenaim

Apa yang anda rasakan bila selalu menjadi ‘punching bag’ kerana masih belum berkahwin?

“eh, kau bila nak kahwin ni?”

“Jangan asyik kerja je, nanti tak bersuamilah kau jawabnya!”

Dan banyak lagi ayat yang membuatkan kita berkecil hati.

– Sakitnya hati Tuhan sahaja yang tahu!!

Adakah mereka semua tidak faham bahawa jodoh itu adalah anugerah Allah? Yang mana kita sendiri tidak dapat mengawalnya.

Siapa yang mahu hidup membujang dan keseorangan sehingga akhir hayat.. tiada siapa yang mahu dilewatkan jodohnya.

Tiada siapa yang mahu digelar ‘anak dara tua

Baca Sepenuhnya

Bagaimana Facebook Meracuni Hati Kita?

keburukan facebook
Kadangkala, tanpa sedar, kita tertipu dengan perasaan sendiri bila melayari halaman facebook..

Facebook seperti sebilah pisau yang tajam.

Pisau yang tajam memudahkan kita menyediakan makanan dan pada masa yang sama boleh digunakan untuk mencederakan dan membunuh orang lain.

Begitu juga dengan Facebook.

Sedar tidak sedar, facebook telah membuka ruang untuk menternak dan membaja ‘ego’ manusia.

Dan pada masa yang sama, aplikasi ini juga boleh berfungsi dengan baik sebagai medium untuk menyebarkan kebaikan.

Jadi apa sebenarnya yang ingin saya sampaikan?

Baca Sepenuhnya

Hati Kita Akan Sentiasa Kecewa Jika Kita Berharap Perkara-Perkara Ini Daripada Orang Lain

Berharap cinta yang sempurna
Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.

Kekecewaan terbesar yang selalunya berlaku dalam hidup kita adalah meletakkan harapan dan jangkaan pada tempat yang salah.

Perkara ini selalunya berlaku apabila ia melibatkan hubungan kita dengan orang lain.

Berapa banyak orang yang mengalami tekanan jiwa akibat kecewa kerana tidak mendapat kesetiaan yang diharapkan?

Berapa ramai yang menderita dihantui bayangan masa lalu yang mengguris hati?

Oleh itu, menyesuaikan harapan kita terhadap orang lain akan membantu untuk menyingkirkan kekecewaan dan sakit hati yang tidak diperlukan, dalam hidup anda dan hidup orang lain.

…malah membantu kita untuk lebih fokus tentang apa yang lebih penting dan bermakna dalam kehidupan.

Maka kita harus pertimbangkan beberapa perkara ini:

Baca Sepenuhnya

Seni Mengelakkan Salam Tangan Dengan Lelaki & Perempuan Bukan Mahram

 salam tangan bukan mahram lelaki dan perempuan
Apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan daripada salam tangan bukan mahram? * image by McRos

Pada suatu hari Farah telah mempunyai satu temujanji dengan bakal clientnya, En. Tan, untuk menerangkan pelan takaful yang disediakannya, disebuah restoran.

Masalah bermula apabila..

En. Tan: Hai, apa khabar? (menghulurkan tangan untuk bersalam)

Farah: Khabar baik tuan (ragu-ragu untuk menghulurkan tangan.)

En. Tan: Ermm.. (air muka berubah. Malu. Menarik kembali tangan)

Farah: …… (pada masa tersebut dia telah menukar fikiran dan menghulurkan tangannya pula)

En. Tan: *menarik nafas lega* (menghulurkan kembali tangan untuk bersalam)

Farah: ……  (menarik kembali tangan.)

 

Pernahkan anda mengalami situasi diatas?

Baca Sepenuhnya

Servis Pemeriksaan Dan Penghantaran Bateri Kereta Secara Percuma Ke Seluruh Selangor & Kuala Lumpur!

servis penghantaran bateri kereta percumaSeperti hari-hari biasa, anda bangun awal pagi untuk ke tempat kerja.

Anda bergegas turun, ambil beg dan menuju ke kereta anda.

Setelah masuk ke dalam kereta, memperbetulkan tempat duduk, anda memulas kunci untuk menghidupkan enjin…

…dan enjin kereta anda tidak mahu hidup!

Pantas mata anda tertumpu ke bahagian dashboard untuk mencari sebarang indicator. Satu hembusan nafas panjang disulami kekecewaan terlepas dari dalam diri.

– Ianya masalah bateri!

Apa yang anda akan buat jika ‘musibah’ ini benar-benar berlaku kepada anda?

Baca Sepenuhnya

Mengapa Susahnya Nak Menjaga Hati Ini Dari Terluka Dan Sangkaan Orang?

menjaga hati dari keadaan
Bukan mudah untuk menjaga hati dari keadaan sekeliling * I give you my heart. by mylittlebluesky

“Susahnya nak menjaga hati ni…!!”

Alhamdulillah Allah bagi kita hati dari situ kita ada perasaan.

Dan mujur lah Allah ciptakan manusia tu dengan  satu hatinya.

Sebab apa dengan satu hati ni pun kita dah tak terjaga, jadi macam mana kalau kita punya banyak hati.

— Nak jaga ia dari bersangka-sangka dengan orang, nak jaga dari terluka.

Baca Sepenuhnya