Hati dan perasaan. Sebagai kaum yang sentiasa dianggap lemah, wanita perlu berjuang dengan kuat untuk dihargai dan dihormati
Wanita, janganlah mudah meminta untuk dikasihani.
Wanita yang kuat akan selalu bangkit ketika ada masalah dan tidak bersedih terlalu lama.
Dan dalam menjalankan apa sahaja aktiviti, wanita hendaklah dengan logik daripada perasaan meskipun pada kenyataan, kita sebagai wanita cenderung menggunakan perasaan dibandingkan logik akal.
Sebenarnya, kita perlu berfikir tentang baik buruknya suatu perkara yang sedang dan akan berlangsung di hidup kita.
Bila dikatakan hidup itu rumit, melelahkan, sulit dan sebagainya, perkara ini tidak selalunya benar.
Meskipun kadangkala kita mengalami kerumitan dalam hidup yang membuat kita down, namun jika kita berfikir dengan jauh, sebenarnya Hidup ini terlalu singkat untuk dibuat rumit.
Ada perkara dimana, kita harus berehat sejenak.
Menghirup udara segar, sambil memejamkan mata dan menikmati angin berdesir yang akan membuat beban kita seolah – olah terlepas.
Ada sahaja yang membuat perasaan kita gundah gulana, sedih, kecewa, marah dan sebagainya.
Lebih-lebih lagi bila kejenuhan hati sedang kita rasakan.
Banyak orang yang memutuskan untuk “menghilang sejenak”.
Wanita memang memerlukan waktu-waktu tertentu untuk kita berehat sejenak.
Menghindari dari segala kerumitan yang ada, yang tentu timbul dari sebuah perasaan.
Saya hanya ingin menjalani sesuatu sesederhana mungkin dan tidak ingin dibuai dengan perasaan..
.. kerana saya merasa bahawa kaum wanita kadangkala menjadi mangsa buaian perasaannya.
Bukan tidak boleh untuk berangan, tetapi janganlah berlebihan.
Kerana sesuatu yang dilakukan secara berlebihan hasilnya belum tentu baik. Betul kan?
Kita harus memiliki standard sendiri untuk memilih perkara yang baik untuk kehidupan kita.
Kalau sentiasa mengikuti kata perasaan, tentu yang diperolehi adalah kecewa dan sakit hati yang ada pada diri.
Padahal banyak yang dapat kita hargai dari dalam diri kita.
Tanpa perlu mendapat penghargaan dari orang lain.
Percayalah bahawa keletihan, kepenatan, kelemahan, kesakitan dan sebagainya akan dapat kita lalui semuanya.
Meskipun kadangkala semua itu harus kita lalui terlebih dahulu dengan beruraian air mata.
Tak mengapa, bukankah air mata dicipta untuk mengungkapkan sebuah rasa?
Kerana tidak hanya bahagia sahaja yang ada di dunia.
Engkau tidak akan bahagia dengan hanya berpindah dari satu tempat ke tempat lain… Tetapi kembalilah pada rasa yang ada dalam dirimu agar engkau gembira.” [Syaikh ‘Aidh Al-Qarni]
Kadangkala, bukan suasana yang harus diganti… Tetapi rasa di dalam hati yang perlu kita perbaiki“. [Tarbawi, 6 Mei 2010]
Kita perlu bijak mengawal perasaan kita, berfikiran logik, dan tidak gelabah dalam bertindak.
Apabila kita merasa harga diri kita hancur, ada baiknya untuk cuba bangkit kembali dan berusaha lebih untuk menghargai diri kita sebelum kita ingin dihargai orang lain.
Don’t waste your time.
Tinggalkan Komen Anda..
[…] ingin saya sampaikan di sini adalah, kita harus “Menghargai” perjuangan Untuk Berubah dirinya, dengan memberikan kesempatan padanya untuk […]
Intinya harus juga berfikir positif
Dan nikmati masa masa yang ada ini semua pembelajaran.Terimakasih
Suka
Artikel yg sangat bagus ?
Banyak ilmu dan pengajaran yang boleh di timba dari artikel di atas, sekurang kurangnya boleh membuat kita berlapang dada untuk menyelesaikan beberapa masalah yang masih belum dapat diselesaikan…
terimakasih, tulisannya sangat bagus dan menginspirasi:-)
Anehnya ada perempuan-perempuan yang malah sok kuat bahkan seolah mau melangkahi laki-laki seperti yang kisahnya saya ceritakan disini http://www.habibasyrafy.com/2016/12/cerita-wanita-tegar-kuat-dan-mandiri.html
Kadang kita bingung dibuatnya.
[…] “Engkau tidak akan bahagia dengan hanya berpindah dari satu tempat ke tempat lain… Tetapi kembalila….” [Syaikh ‘Aidh Al-Qarni] […]
Terima kasih dengan artikel ini…sedikit sebanyak artikel ini dh memberi sy fikiran yang lebih positif untuk tidak terlalu lemah dgn perasaan sendiri..yang penting setiap pengalaman hidup itulah yang akan membuatkan kita kuat..
[…] Para Nabi bersedih. Bahkan Rasulullah saw pun bersedih saat ditinggal oleh orang-orang dicintai dan dicintai beliau. Namun, para Nabi tidak berlebihan dalam bersedih. […]