Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa

kecewa
Bagaimana menenangkan hati yang sedang kecewa? | We come in peace by =Azzeria

Hati sedang kecewa dan terluka?

Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?

Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.

Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.

Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.

Cinta itu ada pasang surutnya.

Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.

Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.

Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain.

Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.

Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.

Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

 

Bagaimana Menenangkan Hati Kecewa?

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.

kita berpura-pura kuat.

Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.

Sampai bila kita harus berpura-pura?

Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.

Ada perasaan lemah & duka.

Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.

Hati anda merasa tidak tenang.

Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.

Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.

Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga:


1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.

Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.

Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.

Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.

Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.

Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.

Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..


2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.

Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.

Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.

” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.

Adukan masalah kita direct kepada Allah.

Mintalah ketenangan hati.

Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:

اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال

‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’

(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada  hutang dan  penindasan manusia)

Tips supaya mudah nak bangun

  • Berwudhuk sebelum tidur
  • Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
  • Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
  • Kunci jam

 


3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

 – Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.


4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.

Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.

KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?

Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)


5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali.

Sentiasa mengingati Allah.

Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

Penutup:

Bagaimana?

Rasa masih belum kuat?

Saya sarankan anda membaca artikel dibawah ini pula:

Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda.

Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan.

Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?

Marilah berkongsi dengan saya bagaimana cara anda mengubati rasa pilu pada ruangan komen dibawah.. :-)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

943 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
seorang hamba allah
seorang hamba allah
1 tahun yang lalu

terima kasih😭😌, macam tahu2 je hati tengah sedih skrg ni, yaa ada orang suruh sabar and yes, tapi perasaan sedih ni tak dapat dibendung, tuhan je yang tahu.

hamba allah
hamba allah
2 tahun yang lalu

Sometimes there’s nobody yg akn dpt fhm situasi kita. Kesedihan yg menjengah ini juga terkdg hanya dpt dirasai oleh mereka yg senasib. If u r in sadness we’re all here on the same boat. I dont even know why i bg advice for sudden but im totally down n no one know bout this. Serious speaking, i am being cracked when i got insulted n swearing from those that i love most i mean the most closest person!

-“those who r just cracked my soul i just want u to know that I am deeply offended by this insult i swear even tho i know this all untuk kebaikan bersama but there’s the wrong way untuk bertindak istg”-

Hamba Allah
Hamba Allah
Reply to  hamba allah
2 tahun yang lalu

I feel you… and what we can do is wake up and cry to Him and try to do tahajud… semoga hidayah given to those that have insulted you. HE will guide us .. slowly but surely

Yusufe Zamir
Yusufe Zamir
2 tahun yang lalu

Thank you. Thank you for this blog/article. Somewhat give’s me a peace of mind. Yes it’s not easy but anything is possible with Allah S.W.T by your side.

Mysha
Mysha
3 tahun yang lalu

Sedih apabila kepercayaan dikhianati… Ditipu hidup2 dan tanpa ada rasa bersalah..Tak pernah meletakkan diri sendiri di tempat org yg kau sakiti.. Segala pengorbanan xpernah kau hargai…Jgn disebabkan ketidakpuashati kau menghukum aku.. Org yg amat menyayangimu..
Andai tiada lg kasih dan sayang buat diri ini kau pulangkanlah aku kembali..

Last edited 3 tahun yang lalu by Mysha
shira
shira
3 tahun yang lalu

terima kasih kerana menulis blog seperti ini. banyak inspirasi yang saya boleh gunapakai untuk mengubati luka ini. ye,setiap manusia pasti ada jalan masing-masing. gembira sedih kecewa semua tidak sama. lain org lain isinya. semoga kita sama-sama dapat mengubat hati ini dengan menuju ke jalan allah. doa adalah jalan terbaik. insyaallah suatu hari nanti kita semua sama-sama dapat mengubati perasaaan kecewa ini dan menjadi lebih baik dimasa akan datang..amin.

Mira
Mira
3 tahun yang lalu

Saya cari artikel yang berkaitan hati yang terluka… Setelah melalui Fasa terpaksa Terima suami dah ada ke kasih disaat saya mengandung anak ke 4…trimester pertama… Xpernah saya rasa mcm ni…. Setiap hari mesti kluar air mata… Mmg saya sentiasa baca al-quran… Solat sunat semua saya amalkan… Tapi disaat perasaan kecewa tu hadir… Allah saja yg tahu… Sebak, sesak, sedih x terkata… Pernah ambil no kaunseling, tp x terdetik nk buka aib rumahtangga sendiri…. Saya sedar… Isteri sentiasa diuji hingga akhir HAYAT.
Hari demi hari… Saya cari artikel, dgr ceramah di utube, alhamdulillah saya dah lepas Fasa sedih n kecewa… Saya dh redha, mungkin ada sikap saya yang x senang dimata suami…
Setiap hari cari artikel untuk bina keyakinan diri.. Cari semangat yang hilang… Tapi ada masa, air mata akan mengalir juga…
1 perkataan yang saya pegang… SABAR, ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA.

shira
shira
Reply to  Mira
3 tahun yang lalu

sedih bila suami sendiri buat kita mcm ni. ye mungkin benar ada sikap kita sebagai isteri yang tidak digemari oleh sang suami. tapi kita hanya manusia biasa. kenapa kita sebagai isteri boleh terima baik buruk seorang suami dan mereka pulak sebaliknya. tidak adil. saya doakan akk dapat harungi ujian ini dengan tenang. insyaallah pasti ada pelangi selepas hujan..

Ni
Ni
3 tahun yang lalu

Saya cuma nk luah apa yg saya rasa dari saya kecik smpai sekrng .saya tak dk tempat nk luah .waktu kecik mak saudara saya kebanyakan tak suka aku sebb atuk saya suka lebih kan saya dari sepupu sepupu saya yg lain .lps tu waktu saya besar saya rasa mcm mak saya suka lebih kan abang abang saya even saya perempuan ank bongsu dlm family.kdg abg abg saya bergurau suka down kan saya smpai saya tak suka bercampur bersembang dgn family lebih suka buat hal sndiri . Kdg kak ipar saya pon ckp saya tak elok smaa mcm abg saya ckp even bg depa melwk tp saya terasa smpai sekrng . Kwn sekolah pon kdg ckp suka down kan saya .awl tahun lepas saya ad knl dgn sorng lelaki masuk taun ni dh dua taun tp dia suka tengking ii,mrh, suka bndingkan dgn org lain .saya pikir bila saya dh besar saya jmpa org yg phm saya tp tak smaa ja mcm dlu .saya org yg sensitif tak blh nk pikir positif msti hari ii pikir negatif apa yg akn jd kedepan kedepan . smpai satu tahap smua org saya tak percaya .saya darah rendh blh cpt mrh walaupon bnda tu kecik ,cpt terasa.setiap hari rasa gelisah mcm ada bnda yg tak kena.kdg ii dada sakit . Dari dulu smpai sekrng rasa bnda ni .hari ii menangis bnda sama hidup saya trkurung tak bebas mcm org lain .hm smpai bila nk kena hadap org yg suka down kan suka bnding kan dgn org lain tambah tambah part pilih kasih sumpah sakit ? .klau pikir ja msti gelisah kdg menanggis smpai dada sakit tgn mengeletar rasa diri ni kurang.tk mntk yg kesia tp ckp yg memahami

nur
nur
3 tahun yang lalu

Sakit hati dn kecewa dngn ibu bapa is another level of sabar and pendam “) bukannya benci dkt parents tpi kadang rasa diri ni penat sangat nak lalui semua ni dngn kata kata diorng kadang tu tk sabar nk tunggu masa yng sesuai untk keluar rumah.Bukan tak sayang,sayang sebenarnya tapi makin lama rasa sayang kat diri sendiri tu yng makin kurang rasa mcm “kalau aq takde kat dalam fam ni mngkin diorng tak mcm ni” mula salahkan diri sendiri end up suicide “) pernah time umur saya 12 kat dlm bilik sndiri sumpah tangan dah pegang pisau dlm otak dah banyak suara” yang suruh buat dosa besar tu alhamdulillah masih ada iman walau sedikit dlm hati masih ingat dkt Allah masih tau apa akn jdi klw buat mcm tu so masi hidup smpai sekarang haha alhamdulillah.?Tapi tulah hidup ni penuh dugaan smua manusia diuji dengn cara lain lain.Saya slalu ingt kan diri saya “rasa sakit ni sekejap je dkt ‘sana’ nnti akan ada nikmat yng kau takkan pernah imagine bnyk dia,allah sayang kau sbb tu dia uji kau” and lepastu baca al quran surah surah tertentu then rasa mcm allah sedang pujuk kita last” bukn lagi nangis tntg masalah hidup tpi nangis tntg betapa allah sayangkan kita sbgai umat dia and nak kita sentiasa ingt dia. (surah al baqarah ayat 152 & 153) : “Maka ingatlah kepada ku,aku pun akan ingat kepadamu.Bersyukurlah kepada ku,dan jangan lah kamu ingkar kepadaku.Wahai orang orang yang beriman!mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat,sungguh Allah berserta orang orang yang sabar” ??

Nurha
Nurha
3 tahun yang lalu

Salam,
saya baru sahaja melalui fasa kecewa yang saya tak pernah rasa sebelum ni.. Hubungan saya dengan dia bermula daripada kawan, dia sangat baik, sangat lembut dengan saya, saya byk nasihat dia bila dia ada masalah, dia sentiasa ada dengan saya, itu buat saya tersentuh hati.. dia pernah ajak saya kawin, saya mintak dia tunggu saya lagi 2 tahun.. tapi ternyata saya sedar saya bukanlah jodoh dia bila saya dapat tau dia dh kawin minggu lepas.. pertama kali dalam seumur hidup saya lalui fasa kecewa ini.. sakit, menyesakkan dada.. bukan senang nk lupakan dia, lagi bila tahu dia masih sayang saya, dan saya juga begitu tapi bukan jodoh kami bila dapat tau dia kawin dgn ex dia?.. sepanjang lalui fasa kecewa ni kadang saya rasa kuat utk lupakan dia, kadang saya rasa fikiran saya sesak dengan kenangan kami.. kadang saya terdduk fikir dia , x sedar air mata mengalir.. rindunya saya.. berulang kali saya cuba titip kata semangat dalam diri, kadang saya rasa kuat kadang tu saya rasa saya terlalu lemah.. sejak daripda tu saya dah mula cuba ubah diri saya, bangun malam tahajjud.. InsyaAllah saya akan okay dari hari ke hari.. biarlah kenangan lepas berlalu? saya tak pernah doakan yg buruk untuk, tak sampai hati saya nak buat macam tu, sedikit pun hati ni tak rasa benci dengan dia.. saya cuma harap dia bahagia selalu..

Annisah
Annisah
Reply to  Nurha
3 tahun yang lalu

I feel you. Can’t hate someone that you have loved. In Shaa Allah, everything will fine for you and your heart.

Faiz
Faiz
3 tahun yang lalu

Cinta itu unik. Hubungan yang hanya atas dasar adik dan kakak, akhirnya bertukar pada sayang setelah dia akhirnya menyentuh hati saya. Namun akhirnya saya sedar itu hanya ujian Allah semata apabila 2 minggu selepas itu saya di beritahu dia akan menikah pada Februari ini. Meruntun jiwa mengenangkan betapa hati ini mudah memberikan ruang dan ternyata amat perit untuk saya lepaskan. Hanya pada Allah saya kembali. Saya yakin perancangan Allah adalah yang terbaik utk diri saya.