
Ini adalah panduan bacaan surah 3 Qul rumi lengkap.
Dalam panduan ini, anda akan dibimbing secara lengkap bacaan surah ini secara ayat demi ayat. Bantuan audio juga akan disediakan.
Semoga memberi manfaat kepada anda..
Maksud Surah 3 Qul
Surah 3 Qul bermaksud bacaan untuk tiga buah surah yang bermula dengan perkataan “Qul” iaitu:
- Qul huwallฤhu aแธฅad (Surah al Ikhlas)
- Qul aโลซลผu birabbil-falaq (Surah al Falaq)
- Qul aโลซลผu birabbin-nฤs (Surah an Nas)
Bacaan Surah Al Ikhlas Rumi (Transliterasi)

Qul huwallฤhu aแธฅad
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa,

Allฤhuแนฃ-แนฃamad
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat,

Lam yalid wa lam yลซlad
Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan,

Wa lam yakul lahลซ kufuwan aแธฅad
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Bacaan Surah Al Falaq Rumi (Transliterasi)

qul aโลซลผu birabbil-falaq
Katakanlah (wahai Muhammad), “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,

min syarri mฤ khalaq
Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan,

wa min syarri gฤsiqin iลผฤ waqab
Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk,

wa min syarrin-naffฤแนกฤti fil-โuqad
Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan),

wa min syarri แธฅฤsidin iลผฤ แธฅasad
Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.
Bacaan Surah An Nas Rumi (Transliterasi)

qul aโลซลผu birabbin-nฤs
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.

malikin-nฤs
Yang Menguasai sekalian manusia,

ilฤhin-nฤs
Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

min syarril-waswฤsil-khannฤs
Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, –

allaลผฤซ yuwaswisu fฤซ แนฃudลซrin-nฤs
Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, –

minal jinnati wan-nฤs
(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.
Kelebihan Mengamalkan Surah 3 Qul
Antara kelebihan mengamalkan surah 3 Qul adalah seperti berikut:
1. Perlindungan Daripada Gangguan Syaitan
Surah An-Nas merupakan salah satu โAl Muโawwidzatainiโ, iaitu dua surah yang mengandungi permohonan perlindungan.
2. Surah Yang Diamalkan Oleh Nabi ๏ทบ Sebelum Tidur Pada Setiap Malam
Daripada Aisyah r.ha. katanya:
โNabi SAW apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam baginda menatadah kedua tangannya kemudian menghambus kedua tapak tangan lalu membaca surah Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas kemudian baginda menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, baginda memulakannya dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali.โ
(Hadis Riwayat Bukhari)
Kita digalakkan membaca surah 3 Qul dan disertai dengan Ayat Kursi sebelum tidur
3. Ganjaran Syurga
Kita selalu berdoa selepas beribadah solat lima waktu.
Surah al-Ikhlas adalah medium untuk doa diterima. Pembaca surah al-Ikhlas menjadi hamba Allah yang disukai.
Seseorang yang membaca surah al-Ikhlas dalam solat wajib lima waktu, Allah mengurniakan rahmatNya kepada orang tersebut, ibu bapa dan anak-anaknya, bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
Seseorang yang membaca surah al-Ikhlas sepuluh kali, maka Allah akan mendirikan rumah di syurga baginya.โ
Pernah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. berkata :
โAku sangat menyukai surah ini (al-Ikhlas).โ
Nabi S.A.W. menjawab :
โDan cintamu terhadapnya akan membuatkan kamu memasuki syurga.โ (HR Tirmizi)

Tinggalkan Komen Anda..
Saya ada baca website yang lain juga berkenaan ibadah solat, saya suka blog awak sebab sangat jelas dan tepat. Ini satu2 nya blog yang berkenaaan solat saya berani cadangkan kepada orang2 yang mahu belajar solat.
Alhamdulillah, terima kasih puan atas kata-kata yang sangat memotivasikan hati ini.
Saya bersyukur kerana perkongsian di blog ini dapat membantu puan dan menjadi rujukan yang diyakini. Doakan saya terus diberi kekuatan untuk menulis dan berkongsi ilmu yang bermanfaat.
Semoga segala usaha puan menyebarkan kebaikan ini juga diganjari pahala yang berpanjangan, insyaAllah.
Alhamdulillah syukran Ikhwan
Semoga Allah sentiasa memberkati tuan dan mengurniakan ketenangan serta keberkatan dalam setiap urusan.
Alhamdulillah..
Alhamdulillah.
Terima kasih atas maklumbalas.