TAWAF QUDUM: Hukum, Niat & Cara Mengerjakannya

panduan tawaf qudum

Tawaf Qudum adalah suatu bentuk penghormatan dan tanda syukur semasa memasuki tempat yang paling suci di muka bumi, iaitu Kaabah di Masjidil Haram. Tawaf ini merupakan salah satu ibadah yang disunatkan bagi jemaah haji, khususnya bagi mereka yang masuk ke Mekah dengan bermiqat.

Ini adalah panduan lengkap melaksanakan Tawaf Qudum secara langkah demi langkah.

Saya juga turut menyertakan bacaan zikir dan doa-doa yang ma’thur untuk dibacakan pada setiap pusingan Tawaf Qudum.

Malah bacaan-bacaan ini juga dipermudahkan dengan transliterasi rumi bagi membantu anda yang sukar membaca teks arab.

Tanpa buang masa, mari kita mulakan..

Maksud Tawaf Qudum

Tawaf Qudum (طواف القدوم) bermaksud tawaf yang dilakukan oleh jemaah haji sewaktu pertama kali tiba di Masjidil Haram setelah datang ke Makkah. Perkataan “Qudum” dalam bahasa Arab bermaksud “kedatangan”. Oleh itu, Tawaf Qudum boleh diertikan sebagai “Tawaf Selamat Datang”.

Bagi jamaah haji Tamattu’ (iaitu yang mengerjakan haji dengan menggabungkan umrah), Tawaf Qudum ini dianggap sebagai Tawaf Umrah mereka. Namun bagi jamaah haji Ifrad atau Qiran, Tawaf Qudum bersifat sunnah atau anjuran.

Sebagai catatan, setelah melakukan tawaf, para jamaah biasanya melaksanakan Saie antara Safa dan Marwah. Setelah selesai melakukan Saie, bagi jamaah haji Tamattu’, mereka akan mencukur atau memendekkan rambut sebagai tanda telah menyelesaikan umrah, kemudian melepas ihram dan menunggu hingga waktunya menjalankan ibadah haji.

Hukum Tawaf Qudum

Hukum Tawaf Qudum dalam Islam bergantung pada jenis haji yang dijalankan. Terdapat tiga jenis haji dalam Islam: Haji Ifrad, Haji Qiran, dan Haji Tamattu’.

  1. Haji Ifrad: Dalam Haji Ifrad, jemaah hanya mengerjakan haji tanpa umrah. Untuk jenis haji ini, Tawaf Qudum tidak diwajibkan, tetapi boleh dilakukan sebagai amalan sunat.
  2. Haji Qiran: Dalam Haji Qiran, jemaah melakukan umrah dan haji secara serentak tanpa melepaskan ihram. Bagi mereka yang melaksanakan Haji Qiran, Tawaf Qudum dianggap wajib. Ia merupakan sebahagian penting dari ibadah haji mereka.
  3. Haji Tamattu’: Bagi jemaah yang menjalankan Haji Tamattu’, di mana umrah dilaksanakan dahulu dalam bulan-bulan haji, diikuti oleh haji setelah melepaskan ihram dan kemudian memakainya kembali, Tawaf Qudum tidak diwajibkan. Biasanya, jemaah Haji Tamattu’ sudah melakukan tawaf ketika mereka datang untuk umrah.

Untuk maklumat lanjut mengenai hukum Tawaf Qudum, tuan-puan boleh merujuk lawan web mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada pautan ini

Kebanyakan para jemaah kadang kala keliru atau kurang faham mengenai Tawaf Qudum, sama ada disunatkan atau tidak.

Sebenarnya bagi mereka yang masuk ke Mekah dengan berihram umrah tidak disunatkan untuk mengerjakannya, sebaliknya mereka hendaklah terus mengerjakan tawaf rukun.

Tawaf ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak ada tawaf rukun seperti mereka yang masuk dengan ihram haji kerana tawaf rukun hanya dikerjakan selepas wukuf atau mereka yang masuk tanpa ihram.

Syarat Mengerjakan Tawaf Qudum

Tawaf Qudum adalah tawaf yang dilakukan apabila seseorang tiba di Masjidil Haram untuk kali pertama. Walaupun ia bersifat sunat, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk melaksanakannya:

  1. Niat: Sebelum memulakan tawaf, seseorang itu perlu berniat di dalam hatinya bahawa dia ingin melakukan Tawaf Qudum.
  2. Berwuduk: Sebelum memulai tawaf, seseorang perlu dalam keadaan berwuduk.
  3. Menutup Aurat: Bagi lelaki, aurat yang wajib ditutup adalah antara pusat hingga ke lutut. Bagi wanita, seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan perlu ditutup. Bagi lelaki, mereka disunatkan untuk melakukan “idtiba'”, iaitu menunjukkan bahu kanan dengan melepaskan sebahagian kain ihram dan melingkarinya di bahu kanan.
  4. Memulai dan Mengakhiri di Hajar Aswad: Proses tawaf harus dimulai dan diakhiri di Hajar Aswad. Jika boleh, disunatkan untuk mencium Hajar Aswad. Jika tidak kerana terlalu ramai, boleh mengangkat tangan dan mengucapkan “Bismillah, Allahu Akbar”.
  5. Melakukan tujuh putaran: Satu tawaf terdiri dari tujuh putaran mengelilingi Kaabah.
  6. Melakukan tawaf di luar Hijr Ismail: Hijr Ismail adalah kawasan berbentuk setengah bulatan di salah satu sisi Kaabah. Semasa tawaf, jemaah harus melaluinya di luar Hijr Ismail, bukan di dalamnya.
  7. Menghadap kiblat semasa berdoa: Semasa berdoa ketika tawaf, adalah sunat untuk menghadap ke arah Qibla.

Itulah syarat-syarat utama bagi Tawaf Qudum. Walaupun ia bersifat sunat, adalah penting untuk memastikan semua syarat dan rukun dilaksanakan dengan betul agar amalan tersebut diterima oleh Allah S.W.T.

Waktu Mengerjakan Tawaf Qudum

Sebaik-baiknya, Tawaf Qudum hendaklah dilakukan oleh jemaah haji ketika mereka memasuki bangunan Masjidil Haram. Dianjurkan untuk melakukan Tawaf Qudum sebelum Solat Tahiyyatul Masjid. Ringkasnya, seorang jemaah mesti melakukan tawaf mengelilingi Kaabah terlebih dahulu dan kemudian barulah menunaikan solat sunat.

Niat Tawaf Qudum

Niat tawaf qudum

Allahumma Innī Urīdu Ṭawāfa Baitika Al-Ḥarāmi Sab‘Ata Ashwāṭin Ṭawāfa Al-Qudūmi Fayassirhu Li Wa Taqabbalhu Minnī Lillāhi Ta‘Ālā.

Maksudnya dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku tawaf di Baitullah ini tujuh pusingan kerana tawaf selamat datang, maka permudahkanlah pekerjaanku dan terimalah kerana Allah Taala.

Hukum niat Tawaf Qudum adalah wajib. Syarat dan caranya adalah sama seperti tawaf-tawaf yang lain. Setelah selesai tawaf disunatkan Solat Sunat Tawaf dua rakaat.

Cara Melakukan Tawaf Qudum

Ringkasan langkah-langkah atau cara melaksanakan Tawaf Qudum

  • Sebelum memulai tawaf, niatkan di dalam hati: “Sahaja aku tawaf di Baitullah ini tujuh pusingan kerana tawaf qudum, maka permudahkanlah pekerjaanku dan terimalah kerana Allah Taala.”
  • Mulakan tawaf di Hajarul Aswad. Jika dapat, cium Hajar Aswad atau letakkan tangan padanya. Jika terlalu ramai orang, cukup dengan mengangkat tangan ke arah Hajar Aswad sambil mengucapkan “Bismillah, Allahu Akbar” dan kemudian teruskan tawaf.
  • Lakukan tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh putaran, dengan memastikan anda berjalan di luar Hijr Ismail.
  • Bagi lelaki, mereka disunatkan untuk melakukan idtiba’ semasa tawaf ini. Ini bermaksud melepaskan sebahagian kain ihram dari bahu kiri dan melingkarinya di bahu kanan, sedangkan bahu kanan dibiarkan terbuka.
  • Bagi lelaki, disunatkan untuk berjalan dengan langkah cepat (seperti berlari-lari anak) dalam tiga putaran pertama tawaf, dan selebihnya dengan berjalan biasa.
  • Semasa tawaf, bacalah doa dan zikir yang diketahui. Tiada doa khusus yang ditetapkan untuk setiap putaran, anda boleh membaca apa-apa doa yang anda inginkan. Sebagai panduan, saya ada menyediakan bacaan-bacaan doa yang ma’thur dibacakan pada ruangan di bawah ini.
  • Selepas selesai tujuh putaran, tamatkan tawaf di Hajarul Aswad juga.
  • Selepas tawaf, lakukan solat sunat tawaf dua rakaat di belakang Maqam Ibrahim jika berpeluang. Jika tidak dapat, anda boleh solat di mana-mana tempat di dalam Masjidil Haram.
  • Selepas solat, minumlah air Zam-Zam, sambil membaca Bismillah dan berdoa kepada Allah untuk apa yang diinginkan.
  • Sa’ie: Bagi mereka yang melakukan haji Tamattu’, Tawaf Qudum akan diikuti dengan Sa’ie antara Safa dan Marwah sebagai sebahagian dari umrah mereka.

Itulah langkah-langkah asas dalam melaksanakan Tawaf Qudum. Ingatlah untuk melakukan tawaf dengan penuh kesabaran, tawaduk, dan kekhusyukan.

Bacaan Semasa Tawaf Qudum

Rasulullah ﷺ dan para sahabat tidak pernah mengkhususkan bacaan-bacaan tertentu ketika melakukan tawaf pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Apa yang disebut oleh Baginda Rasulullah ﷺ adakah doa antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad di setiap pusingan.

Sebahagian doa-doa yang dipaparkan digunakan adalah dipilih daripada doa yang ma’thur dan ringkas bagi memudahkan para jemaah haji dan umrah yang melakukan tawaf buat pertama kali.

Doa Ketika Memasuki Masjidil Haram

Ketika memasuki Masjidil Haram untuk pertama kali, adalah disunatkan untuk melalui Babussalam. Apabila melangkah kaki ke Babussalam, hendaklah membaca doa seperti berikut:

Doa memasuki masjidil haram

 Allāhumma Anta As-Salām Wa Minka As-Salām Fahayyinā Rabbana Bi As-Salām Wa Adkhilnā Al-Jannata Dāra As-Salām. Tabārakta Rabbana Wa Ta’ālayta Yā Dzāl-Jalāli Wal-Ikrām. Allāhumma Iftaḥ Lī Abwāba Raḥmatika Wa Maghfiratik Wa Adkhilnī Fīhā, Bismillāhi Wal-Hamdu Lillāh Wa Aṣ-Ṣalāmu ‘Alā Rasūlillāh ﷺ. 

Ya Allah, Engkaulah yang bersifat sejahtera, Dari-Mu sahajalah segala kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dalam kesejahteraan dan masukkanlah kami ke dalam syurga tempat yang selamat dan sejahtera. Maha Suci dan Maha Tinggi Tuhan Yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Ya Allah! Kurniakanlah daku dengan rahmat dan keampunan-Mu, masukkanlah daku ke dalamnya dengan nama Allah SWT, segala puji-pujian tertentu bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan kami Sayyidina Muhammad SAW.

Doa di atas bermaksud untuk memohon keselamatan di dunia akhirat dan agar dianugerahkan syurga dengan penuh sejahtera dan aman sentosa. Setelah itu, anda akan menuruni tangga dataran Kaabah melalui pintu Bani Syaibah.

Doa Ketika Melihat Kaabah

Setelah berada di dalam masjid, anda akan melihat keagungan rumah Allah SWT iaitu Kaabah. Maka bacalah doa ini:

doa ketika melihat kaabah

 Allāhu Akbar, Allāhu Akbar, Allāhu Akbar. Lā Ilāha Illallāh Wahdahu Lā Sharīka Lahu, Lahu Al-Mulku Wa Lahu Al-Hamd Wa Huwa ‘Alā Kulli Shay’in Qadīr. A’ūdzhu Birabbi Al-Bayti Min Al-Kufri Wa Al-Faqri Wa Min ‘Adhābi Al-Qabri Wa Ḍīqi Al-Ṣadri. Wa Ṣallallāhu ‘Alā Muḥammad Wa ‘Alā Ālihi Wa Ṣaḥbihi Wa Sallam. Allāhumma Zid Baytaka Hāza Tashrīfan Wa Takrīman Wa Ta’ẓīman Wa Mahābatan Wa Rif’atan Wa Birra Wa Zid Yā Rabbi Man Sharrafahu Wa Karramahu Wa ‘Aẓẓamahu Mimman Ḥajjahu Wa’tamarahu Tashrīfan Wa Takrīman Wa Ta’ẓīman Wa Mahābata Wa Rif’ata Wa Birra. 

Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar. Tiada Tuhan Yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, Tuhan Yang memerintah segala sesuatu, bagi-Nya segala pujian dan ialah Tuhan Yang berkuasa ke atas setiap sesuatu. Aku memohon perlindungan daripada Tuhan rumah ini (Kaabah) daripada kekufuran, kemiskinan, azab kubur dan sempit fikiran. Rahmat Allah dan kesejahteraan-Nya mencucuri ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW keluarganya dan sekalian sahabatnya. Ya Allah tambahkan-lah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, kekuasaan, keagungan dan kebaikan dan tambahkanlah kurnia-Mu kepada sesiapa yang memuliakannya dan membesarkannya dari kalangan orang orang yang menunakan haji dan umrah dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan, kehebatan, ketinggian dan kebaikan.

Selesai membaca doa ini, maka bersedialah untuk mengerjakan tawaf. Anda boleh ikuti bacaan untuk setiap pusingan tawaf yang disediakan pada ruangan di bawah ini.

Tawaf Pusingan 1

1. Ketika hendak memulakan tawaf berdirilah menghadap  Kaabah, iaitu diantara Rukun Yamani dengan Rukun Hajarul Aswad.

2. Kemudian, berjalanlah dengan cara mengirikan Kaabah (Kaabah di sebelah bahu kiri kita).

3. Apabila sampai di Rukun Hajarul Aswad (penjuru kaabah yang terletaknya Hajarul Aswad), maka sunat untuk berniat tawaf:

Niat Tawaf

 Allahumma Innī Urīdu Ṭawāfa Baitika Al-Ḥarāmi Sab‘Ata Ashwāṭin Ṭawāfa Al-Qudūmi Fayassirhu Li Wa Taqabbalhu Minnī Lillāhi Ta‘Ālā 

Sahaja aku tawaf di Baitullah ini tujuh pusingan kerana tawaf selamat datang, maka permudahkanlah pekerjaanku dan terimalah kerana Allah Taala.

Nota:

Niat hendaklah dilafazkan dan ditanamkan dalam hati sebelum tapak kaki memijak garisan hitam (yang menandakan arah Hajar Aswad) dan ketika tangan melambaikan ke arah Kaabah.

4. Setelah berniat, mulakan tawaf. Jika ada berkesempatan, ambillah kesempatan mengucup Hajarul Aswad. Jika orang terlalu ramai dan sesak, maka cukuplah dengan melakukan istilam.

Istilam bermaksud melambaikan atau memberi isyarat tangan ke arah Hajarul Aswad dan mencium tangan itu dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

Nota:

Istilam adalah perbuatan melambaikan tangan ke arah Kaabah dan diulangi pada setiap pusingan tawaf apabila kita sampai di penjuru Hajarul Aswad.

5. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah.

6. Semasa sedang melakukan tawaf, disunatkan membaca doa.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan pertama adalah seperti berikut:

Doa Taubat

 Allahumma Inni ZhoLamTu Nafsi ZulMan KaTsiRan, Wa Laa YaghFiruz-DzuNuuBa ilLaa AnTa, FaghFirLi MaghFiroTan Min InDiKa, WarHamNi inNaka AnTal GhoFuuRur-RoHim 

Ya Allah, aku telah banyak berbuat dosa terhadap diri sendiri, sedangkan yang mengampuni segala dosa itu tidak lain hanyalah Engkau, maka berilah aku keampunan dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengampun lagi Maha Pemurah. (Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Doa Taubat Nabi Yunus

 Laa iLaaHa ilLaa Anta SubHaaNaKa inNii KunTu Minal ZhoLimin 

Tidak ada tuhan melainkan hanyalah Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini termasuk orang yang zalim

Penghulu Istighfar

 AllaahumMa Anta Rabbii Laa ilaaha illaa AnnTa Kholaq-tanii Wa Anaa ‘Abduka Wa Anaa ‘Ala ‘Ahdika Wawa’ Dika Mas-tatha’-tu Auudzu-bika Min Syarrimaa Sona’-tu Abuu-U Laka Bini’matika ‘Alayya Wa Abuu-U Bidzanmmbi, Faghfirlii Fainnahu Laa Yagh-Firudz-zunuuba Illaa Annta. 

 Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan hanya Engkau, Engkaulah yang mencipta diriku, aku sebagai hambaMu, aku tetap setia kepadaMu sebagaimana sumpah yang telah aku ikrarkan sesuai dengan kemampuanku, aku mohon perlindungan kepadaMu daripada keburukan yang aku buat, aku mengakui atas kurnian nikmatMu terhadapku dan aku mengakui dosa-dosaku, maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tiadalah yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.

Doa Istighfar

 AllahumMag-FirLi Maa QadDamTu, Wa Maa Akh-KhorTu, Wa Maa AsRarTu Wa Maa A’LanTu, Wa Maa AnTa A’LaMu BiHi MinNi. AnTal-MuQaddim Wa Antal-MuAkh-Khir, Laa IlaaHa ilLaa Anta 

Ya Allah, ampunilah dosaku yang telah lalu dan kemudian, yang aku lakukan secara sembunyi mahupun secara terang-terangan. Engkau sahajalah yang lebih mengetahui daripadaku, Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terkemudian, tiada tuhan melainkan Engkau.

Doa Memohon Dilindungi Daripada Segala Yang Buruk

 AllahumMa Inni Aa-‘UuDzuBika Mina MunKaRaaTil-Akhlaq Wal A’MaaLi Wal AhWaa-ie Wal AdWaa-ie 

Ya Allah, aku mohon perlindunganMu daripada akhlak yang tidak baik, daripada segala perbuatan yang tidak baik, daripada segala nafsu yang tidak baik dan daripada segala penyakit yang berbahaya (Riwayat al-Tirmizi)

7. Seterusnya, setiap kali apabila sampai pada Rukun Yamani, hendaklah kita mengangkat tangan sambil mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

8.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

9. Ini dikira satu pusingan (selesai pusingan pertamaa) dan anda masih berbaki enam (6) pusingan lagi.

Tawaf Pusingan Ke-2

10. Lakukan  istilam pada Hajarul Aswad.

11. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan kedua adalah seperti berikut:

Doa Kesejahteraan Rumah Tangga

 RabbaNa HabLana Min AzWaaJiNa Wa DzurRiyyaTina QurraTa A’yun Waj’Alna LilMuttaQiiNa ImaaMaa 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami penyejuk hati dan jadikan diri kami sebagai pimpin golongan yang bertakwa.

Doa Supaya Nama Harum

 Robbi Habli HukMan Wa AlHiqNi BisSooLihin Waj’Al-Li LiSaaNa SidQin Fil AaKhiRin Waj-‘Alnii Min WaroTsaTi JannaTin-Na’im 

Ya Tuhanku, berilah aku ilmu dan bawalah aku dapat berkumpul bersama orang-orang yang soleh, jadikan aku mempunyai nama (yang baik) oleh golongan generasi selepas kami, dan jadikanlah aku sebahagian daripada orang yang dapat mewarisi syurga.

Doa Murah Rezeki

 AllahumMag-FirLii DzanBi, Wa Was-SigLi Fii DaaRii Wa BaaRikLii Fii RizKii 

Ya Allah, ampunilah dosa, luaskanlah kelapangan dalam rumah tanggaku dan berkatilah untukku pada rezekiku.

Doa Agar Ibu Bapa Diberi Keampunan

 RabbaNag-FirLii Wa LiWaa LiDayYa Wa Lil MukMiNina YauMa YaQuuMul Hisabb 

Ya Tuhan kami, ampunilah aku, kedua-dua ibu bapaku dan semua kaum Muslimin pada hari kiamat.

Doa Agar Dikurniakan Keindahan Akhlak

 AllahumMa KaMaa HasSanTa KholQii Fa Hassin KhuluQii 

Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperelokkan kejadianku, maka perelokkan pula akhlakku.

12. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

13.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

14. Maka selesailah pusingan kedua dan anda masih berbaki lima (5) pusingan lagi.

Tawaf Pusingan Ke-3

tawaf qudum
15. Lakukan  istilam pada Hajarul Aswad.

16. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ketiga adalah seperti berikut:

Doa Bersyukur

 Ya Rabbi Lakal Hamdu Kama YanBaGhii LiJaLaaLi WajHika Wa ‘AziiMi SulThooNik 

Ya Tuhanku! Bagi-Mu segala puji sebagaimana semestinya, demi keagungan wajah-Mu (keredhaan-Mu) dan kebesaran kekuasaan-Mu.

Doa Menolak Bala

 AllahumMa Inni A-‘UuDzuBika Min JahDil Bala’ Wa DaroKis-SyaQa’, WaSuu-il Dho’, Wa SyaMaaTaTil A’-Daa’ 

Ya Allah, sesungguhnya aku belindung denganMu daripada bala yang berat, daripada kesusahan yang bersangatan pada urusan dunia dan kesempitan ke atasnya, daripada takdir yang membimbangkan dan daripada kegembiraan musuh terhadap musibah yang menimpa.

Doa Agar Dilunasi Hutang

 AllahumMa Inni A-‘UuDzuBika Minal Hazan. Wa A-‘UuDzuBika Minal Ajzi Wal Kasal. Wa A-‘UuDzuBika Minal JunNi Wal Bukh, Wa A-‘UuDzuBika Min GhoLaBatid DayNi Wa QahRir-Rijal 

Ya Allah aku memohon perlindungan kepadaMu daripada ditimpa dukacita dan kesusahan. Aku memohon perlindunganMu daripada sikap lemah dan malas. Aku memohon perlindunganMu daripada sikap pengecut dan bakhil. Aku memohon perlindunganMu daripada lilitan hutang dan penindasan orang.

Doa Memohon Perlindungan Daripada Segala Ujian Hidup

tawaf qudum
 AllahumMa Inni A-‘UuDzuBika Min FitNatin-Narr Wa ‘AdzaaBin-Narr Wa FitNatil-Qobri Wa ‘AdzaaBil-Qobri Wa Min SyaRi FitNatil GhiNaa Wa Min SyarRi FitNatil Faqri, Wa A-‘UuDzuBika Min SyarRi FitNatil MasiiHid-Dajjal 

Ya Allah aku memohon perlindunganMu daripada ujian dan seksaan api neraka, daripada ujian dan seksaan kubur, daripada ujian kemewahan dan kekayaan, daripada ujian kemelaratan hidup dan aku mohon perlindungan daripada kejahatan fitnah al-Masih dajjal.

Doa Agar Dihapuskan Dukacita & Diberi Kegembiraan

tawaf qudum

 AllahumMa InNi AbDuka, WabNu AmaTik, NaaSiYati BiyaDika MaaDhin FiyYa HukMuka, ‘AdLun FiyYa QoDhoo-Uka, As-Aluka BiKulLis-Min HuWaLaka, SamMaiTa Bihi NafSaka, Au AnZal-Tahu Fii KitaaBika, Au ‘AllamTu A-HaDan Min KholFika, Awis-Ta’-TsarTa Bihi Fii ‘ilmil-Ghoibi ‘inDaka, An Taj-‘Alal Qur-AaNa Robii’A QolBi Wa NuuRo SodRi, WaJaLaa’ HuzNii WaDzaHaaBa HamMi. 

Ya Allah, inilah aku hambaMu yang lelaki, anak hambaMu yang perempuan, ubun-ubunku ada di tanganMu, undang-undang peraturanMu berlaku ke atasKu, undang-undang keputusanMu wajar ke atas diriku. Aku mohon kepadaMu dengan segala nama sebutanMu, yang Engkau sendiri menamakan diriMu demikian atau yang Engkau wahyukan dalam kitab suciMu atau yang Engkau khabarkan kepada salah seorang makhlukMu atau Engkau khususkan untuk dirimu sendiri di luar pengetahuan manusia, agar Engkau menjadikan al-Quran yang agung itu penenang hatiku, cahaya mataku, penghibur kesedihanku dan pelenyap dukaku.

17. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

tawaf qudum

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

18.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

19. Maka selesailah pusingan ketiga dan anda masih berbaki empat (4) pusingan lagi.

Tawaf Pusingan Ke-4

tawaf qudum
20. Lakukan  istilam pada Hajarul Aswad.

21. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ke-4 adalah seperti berikut:

Doa Atas Nikmat Islam

 alḥamdu lillāhillażī hadānā lihāżā, wa mā kunnā linahtadiya lau lā an hadānallāh 

Segala puji bagi Allah yang telah memimpin kami di jalan ini (Islam), jika tidak ada pimpinan daripada Allah, nescaya kami akan kehilangan pimpinan

Doa Agar Ditetapkan Dalam Iman & Islam

 rabbanā lā tuzig qulūbanā ba‘da iż hadaitanā wa hab lanā mil ladunka raḥmah, innaka antal-wahhāb 

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau memberi hidayah kepada kami, kurniakan kepada kami rahmat daripada sisiMu, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha mengurniakan

Doa Agar Diberi Keselamatan Dan Kesejahteraan

 Allahumma Inni As-Alukal AfWa Wal-‘AaFiyah Fid-DunYaa Wal AaKhirah 

Ya Allah, aku memohon kepadaMu keampunan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat (Riwayat Ibn Majah)

Doa Agar Dipelihara Kesihatan

 AllahumMa Inni A-‘UuDzuuBika Min ZaWaaLi Ni’MatiKa WataHawWali ‘AaFiyaTika 

Ya Allah, aku mohon perlindunganMu daripada hilangnya nikmat kurniaanMu, daripada dihilangkan atau berubah keadaan kesihatan pemberiaanMu, daripada datangnya balasan seksa yang mendadak dan daripada segala kemurkaan.

Doa Agar Mencakupi Segala Macam Doa

 AllahumMa InNa Nas-Aluka Min Khori Maa Saa-Alaka ManHu Nabiyyuka Muhammad SAW Wa Na-‘UuDzuBika Min SyarRiMas Ta-‘AaDza MinHu Nabiyyuka Muhammad SAW Wa inTal MusTa’AaNu Alaykal BaLaaGhu Wa Laa HawLa WaLaa QuwwaTa ilLaa Billahi 

Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan apa yang dipohon oleh NabiMu Muhammad ﷺ, aku memohon perlindungan daripadaMu daripada keburukan apa yang pinta perlindungan oleh NabiMu Muhammad ﷺ, Engkaulah tempat meminta pertolongan dan Engkaulah yang menyampaikan segala sesuatu, tiada daya mahupun upaya melainkan dengan pertolongan Allah (Riwayat al-Tirmizi)

22. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

23.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

24. Maka selesailah pusingan keempat dan anda masih berbaki tiga (3) pusingan lagi.

Tawaf Pusingan Ke-5

25. Lakukan istilam pada Hajarul Aswad.

26. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ke-5 adalah seperti berikut:

Doa Agar Tidak Tidak Menjadi Orang Yang Zalim Dan Jahat

 rabbanā lā taj‘alnā ma‘al-qaumiẓ-ẓālimīn 

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim

Doa Memohon Keputusan Terbaik Dalam Sesuatu Urusan

 rabbanaftaḥ bainanā wa baina qauminā bil-ḥaqqi wa anta khairul-fātiḥīn 

Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim.

Doa Memohon Agar Dipermudahkan Segala Urusan

 rabbanā ātinā mil ladunka raḥmataw wa hayyi’ lanā min amrinā rasyadā 

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.

Doa Agar Dikurniakan Kekuatan

 rabbanā afrig ‘alainā ṣabraw wa ṡabbit aqdāmanā wanṣurnā ‘alal-qaumil-kāfirīn 

Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir

Doa Agar Dijauhi Zina

 Allahummag-Fir DzanBi Wa Thoh-Hir Qolbi, Wa Hassin FarJii 

Ya Allah, ampunilah dosaku, sucikanlah hatiku dan peliharalah kemaluanku. (Riwayat Ahmad)

12. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

13.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

27. Maka selesailah pusingan kedua dan anda masih berbaki lima (5) pusingan lagi.

Tawaf Pusingan Ke-6

28. Lakukan  istilam pada Hajarul Aswad.

29. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ke-6 adalah seperti berikut:

Doa Ketika Dalam Kesusahan

bacaan tawaf qudum

Laa iLaaHa ilLallahul ‘AziiMul Halim, Laa iLaaHa ilLallahu Robbul ‘ArSyil ‘Azimm, Laa IlaHa ilLallahu Robbus-SamaWaaTi Wa Robbul Ardh, Wa Robbul Arsyil Karim

Tiada than selain Allah Yang Maha Agung lagi Maha Penyantun, tiada than selain Allah, Tuhan pemilik Arasy Yang Maha Agung, tiada than selain Allah, Tuhan pemelihara langit dan Tuhan pemelihara bumi dan Tuhan pemilik Arasy Yang Maha Mulia.”

(Riwayat Ahmad)

Doa Memohon Kemudahan

AllahumMa Laa SahLa ilLaa Maa Ja’AlTahu SahLaa, Wa Anta Taj-‘Alul HazNa Izaa Syi’Ta SahLaa

Ya Allah, tiadalah kemudahan melainkan jika Engkau jadikannya mudah dan Engkau menjadikan kesusahan itu mudah jika Engkau kehendaki. (Riwayat Ibnu Hibban)

Doa Memohon Berada Dalam Kebenaran

tawaf qudum

AllahumMa Inni As-Aluka Fi’Lal KhoiRooTi Wa TarKal-MunKaRat, Wa HubBal MasaaKin, Wa in TaghFiRaLii Wa TarHaMaNii, Wa iDzaa ArodTa FitNatan Fii QauMin FataWaf-Fani GhoiRo MafTun

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar sentiasa dapat mengerjakan kebalkan, meninggalkan kemungkaran dan mencintai orang-orang miskin. Ampunilah aku dan kasihanilah aku. Sekiranya Engkau hendak menurunkan bencana, maka matikanlah aku dalam keredaan-Mu lebih dahulu hingga aku tidak tertimpa musibah tersebut.” (Riwayat Ahmad)

Doa Memohon Perlindungan Daripada Perbuatan Buruk Orang Yang Hampir Dengan Kita

doa tawaf qudum

AllahumMa Inni Aa-‘UuDzuBika Min JaaRil Suk’ Wa Min ZawJin TuSyay-YiBuNii Qoblal MaSyibb, Wa Mun Waladin YaKuuNu ‘AlayYa Riba, Wa Min MaaLin YakuuNu AlayYa ‘AdzaaBan Wa Min KhoLiiLin Maa Kirin ‘iiNuHuu TaRaaNi WaQolBuhu Tar’AaNi in RoAy HasanaTan DaFaaNaha, Wa iiZaa RoAy Sayyi-Atan Adzaa-‘AHaa

Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada jiran yang jahat, pasangan yang menjadikan aku tua sebelum aku tua, anak yang menjadikan aku susah, harta yang menjadikan aku terseksa dan kawan yang khianat yang matanya memerhatikanku, apabila dia melihat kelebihanku disembunyikannya, apabila dia melihat kekuranganku disebarkan.” (Riwayat al-Tabarani dalam kitab al-Dua)

Doa Mendapat Rezeki Yang Berganda

Allahummaj-‘Alni Min A’Dzomi ‘AbaDika NaSiiBan Fii Kulli KhoiRin TaqSiMuHul GhoDaaTa Wa NuuRaa TahDi Wa RahMatan TanSyuRuHaa Wa RizQan TabSuThuHu Wa DhurRan TakSyiFuHu WaBaLaa’ TarFa’U-Hu Wa FitNatan TasRiFuHa

“Ya Allah, jadikan aku dalam kalangan hamba-Mu yang mendapat bahagian yang hebat pada cahaya yang Engkau kurniakan sebagai hidayat, rahmat yang Engkau sebarkan, rezeki yang Engkau lapangkan, bahaya yang Engkau selamatkan, bala yang Engkau angkatkan, (elakkan) fitnah yang Engkau jauhkan dan keburukan yang Engkau hindarkan.” (Riwayat al-Tabarani)

30. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

31.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

32. Maka selesailah pusingan keenam dan anda masih berbaki satu (1) pusingan lagi.

Tawaf Pusingan Ke-7

tawaf qudum
33. Lakukan  istilam pada Hajarul Aswad.

34. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ke-7 adalah seperti berikut:

Doa Kesejahteraan Ibu Bapa

 rabbirḥamhumā kamā rabbayānī ṣagīrā 

“Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang, memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Doa Memohon Kecukupan Keperluan

 ḥasbiyallāhu lā ilāha illā huw, ‘alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul-‘arsyil-‘aẓīm 

“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku) tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.”

Doa Menghindari Fitnah

 AllahumMa Inni A’UuZu Bika Min ‘AzaaBi JahanNam, Wa Man ‘AzaaBil Qobri, Wa Min FitNatil MahYa Wal Mamat, Wa Min SyarRi FitnaTil-MasiiHid-Dajjal 

“Ya Allah, aku memohon perlindungan daripada azab api neraka, azab kubur, fitnah kehidupan, kematian dan fitnah al-Masih al-Dajal.” (Riwayat Muslim)

Doa Memohon Dikurniakan Anak Yang Soleh Atau Solehah

 rabbi hab lī mil ladunka żurriyyatan ṭayyibah, innaka samī‘ud-du‘ā’ 

“Wahai Tuhanku, kurniakan aku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar lagi memperkenankan.”

(Surah Ali ‘Imran 3: 38)

Doa Memohon Kecintaan Allah

 AllahumMa Inni As-Aluka HubBaka, Wa HubBa Man YuHibBuka, Wal ‘Amalal-lazi YuBalLi-RghuNi HubBaka, AllahumMaj-‘Al HubBaka AhabBa ilayya Min Nafsi Wa Ahli, Wa Minal Maa il-BaaRidi. 

Ya Allah aku memohon curahan cinta-Mu dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu serta memohon curahan amal yang dapat menghantar diriku mencintai-Mu. Ya Allah jadikanlah kecintaan kepada-Mu lebih tertanam dalam jiwaku melebihi kecintaanku kepada diri sendiri, keluargaku dan air yang sejuk.

(Riwayat al-Tirmidzi)
35. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

36.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

37. Maka selesailah pusingan ketujuh dan ibadah tawaf tersebut.

Seterusnya, anda boleh lakukan beberapa ibadah lain sebelum melakukan ibadah Sai’e. Ibadah-Ibadah tersebut adalah seperti yang dinyatakan di bawah.

Ibadah Selepas Tawaf Qudum

Solat Sunat Tawaf 2 Rakaat

Antara ibadah yang pertama yang boleh dilakukan selepas selesai Tawaf adalah melakukan Solat Sunat Tawaf.

Antara tempat terbaik untuk mendirikan Solat Sunat Tawaf adalah di belakang Maqam Ibrahim A.S. Akan tetapi, jika tidak dapat, maka boleh dilakukan di dalam lingkungan Hijir Ismail di bawah pancuran emas.

Solat sunat tawaf

Jika tidak dapat juga, maka solatlah berhampiran Kaabah atau dimana-mana tempat dalam Masjidil Haram.

Niat Solat Sunat Tawaf adalah seperti berikut:

niat solat sunat tawaf

 Usolli Sunnatal Tawwafi Rak’ataini Lillahi Taala 

Tatacara lengkap Solat Sunat Tawaf boleh dirujuk pada panduan khas ini: Niat & Cara Solat Solat Sunat Tawaf Beserta Doa

Berdoa Selepas Tawaf

multazam

Setelah selesai Solat Sunat Tawaf dan berdoa, maka disunatkan juga berdoa.

Antara kawasan yang digalakkan adalah di Multazam. Multazam ialah satu ruang di antara pintu Kaabah dengan Hajarul Aswad dan ia merupakan salah satu tempat paling mustajab untuk berdoa.

Doa Di Multazam

Antara doa yang paling muktabar di tempat ini adalah seperti berikut:

doa di multazam

 Allāhumma Yā Rabbal-Baytil-‘Atīq, A‘Tiq Riqābanā Warīqāba Ābā’inā Wa’ummahātinā Wa’ikhwāninā Wa’awlādinā Minal-Nār, Yā Dhal-Birri Wal-Jūd Wal-Karami Wal-Fadli Wal-‘Aṭā’i Wal-Iḥsān, Allāhumma Aḥsin ‘Āqibatanā Fīl-Umūri Kullihā Wājirnā Min Khizyid-Dunyā Wa‘Adhābal-Ākhirah, Allāhumma Innī ‘Abduka Wabnu ‘Abdik Waqīfun Taḥtabābik Multazimun Bi’a‘Tābik Mutadhallilun Bayna Yadayk Arjū Raḥmataka Wa’akhshā ‘Adhābak, Yā Qadīmal-Iḥsān, Allāhumma Innī As’aluka An Tarfa’a Dhikrī Wataḍa’a Wizrī Wuṣliḥ Amrī Wuṭahhira Qalbī Wutanawwira Lī Fī Qabrī Wtaghfirlī Dhanbī Was’aluka Ddarajātil-‘Ulā Minal-Jannah. Āmīn. 

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang memelihara Kaabah ini, merdekakanlah diri kami, bapa dan ibu kami, saudara-saudara dan anak-anak kami dari seksa neraka. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah yang mempunyai keutamaan, kelebihan, anugerah dan kebaikan. Ya Allah baikkanlah kesudahan segenap urusan kami dan jauhkanlah dari kehampaan dan kehinaan di dunia dan seksa di akhirat. Ya Allah sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak daripada hamba-Mu, sedang tegak berdiri di bawah pintu Kaabah-Mu menundukkan diri di hadapan-Mu sambil mengharapkan rahmat-Mu, kasih sayang-Mu, aku takut akan seksa-Mu, wahai Tuhan pemilik kebaikan abadi, aku mohon pada-Mu agar Engkau tinggikan namaku, hapuskan dosaku, perbaiki segala urusanku, bersihkan hatiku, berilah kelak cahaya dalam kuburku. Berilah keampunan ke atas dosaku dan aku mohon kepada-Mu martabat yang tinggi di dalam Syurga. Ya Allah perkenankanlah.

Doa Di Maqam Ibrahim

Antara doa yang boleh dibaca di kawasan Maqam Ibrahim adalah:

doa di maqam ibrahim

 Allāhumma Innaka Ta‘Lamu Sirrī Wa ‘Alā Niyyatī Faqbal Ma‘Dhiratī Wata‘Lamu Ḥājatī Fa‘Ṭinī Su’ālī Wata‘Lamu Mā Fī Nafsī Faghfirlī Dhanbī. Allāhumma Innī As’aluka Īmānan Yubāshiru Qalbī Wa Yaqīnan Ṣādiqan Ḥattā A‘Lama Annahu Lā Yuṣībunī Illā Mā Katabta Lī Waridhan Minka Bimā Qasamta Lī. Anta Walīyī Fīd-Dunyā Wal-Ākhirah Tawaffanī Musliman Wa’alḥiqnī Bis-Ṣāliḥīn. Allāhumma Lā Tada‘ Lanā Fī Maqāminā Hādhā Dhanban Illā Ghafartahu Walā Hammān Illā Farrajtahu Walā Ḥājatan Illā Qaḍaytahā Wayassartahā Fayassir Umūranā Washrāh Ṣudūranā Wanawwir Qulūbanā Wakhtim Bis-Ṣāliḥāti A‘Mālanā. Allāhumma Tawaffanā Muslimīn Wa’aḥyinā Muslimīn Wa’alḥiqnā Bis-Ṣāliḥīn Ghayra Khazāyā Walā Maftūnīn. 

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dari rahsiaku dan amal perbuatan-ku yang nyata, maka terimalah keuzuranku, dan Engkau Maha Mengetahui segala hajatku maka kabulkanlah permohonanku. Engkau Maha Mengetahui apa sahaja yang terkandung di dalam hatiku, maka ampunilah dosaku. Ya Allah aku ini bermohon kepada-Mu iman yang kekal yang melekat terus di hati, keyakinan yang bersungguh-sungguh sehingga aku dapat mengetahui bahawa tiada sesuatu yang menimpa aku selain dari apa yang telah Engkau tetapkan kepadaku. Redhailah aku terhadap apa pun yang Engkau berikan kepadaku. Ya Allah Yang Maha Pengasih lebih daripada segala yang berhati kasih sayang, Engkau adalan pelindungku di dunia dan di akhirat. Matikanlah aku dalam keadaan muslim masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh. Ya Allah janganlah Engkau biarkan di tempat kami ini satu dosa pun kecuali Engkau ampunkan, tiada satu kesusahan pun melainkan Engkau lapangkan, tiada satu hajat pun kecuali Engkau penuhi dan Engkau permudahkan, maka permudahkanlah segala urusan kami dan lapangkanlah dada kami, terangilah hati kami, dan sudahilah seluruh urusan kami dengan baik. Ya Allah matikanlah kami dalam keadaan Muslim, hidupkanlah kami dalam Islam dan masukkanlah kami ke dalam golongan orang soleh tanpa sebarang kehampaan dan fitnah.

Minum Air Zam-Zam

Disunatkan juga untuk meminum air zam-zam. Air zam-zam mempunyai banyak keberkatan dan kelebihan.

Sabda Nabi ﷺ:

Sesungguhnya ia berkat, makanan yang mengenyangkan dan penyembuh kepada penyakit

(Riwayat Abu Daud)

Ketika hendak minum air zam-zam, disunatkan minum dalam keadaan berdiri, menghadap kiblat dan berdoa.

Doa Minum Air Zam-Zam

Doa yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ ketika minum air berkat ini ialah:

 AllahumMa Inni As-Aluka ‘ilman NaaFi’Aa, Wa RizQan Waa Si’Aa, Wa SyiFa’an Min Kulli Daa’in 

Maksudnya:

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit

(Riwayat al-Daruqutni)

Ketika berdoa hendaklah diiringi dengan niat tertentu seperti mohon kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat, diberi pasangan hidup, diberi keluasan rezeki dan apa-apa sahaja hajat yang baik.

Panduan Mengerjakan Saie

panduan mengerjakan saie

Setelah selesai mengerjakan tiga ibadah sunah di atas, maka bolehlah melakukan rukun yang seterusnya iaitu Sai’e.

📚 Panduan niat, cara & bacaan ketika Saie boleh dirujuk pada pautan ini: PANDUAN LENGKAP NIAT & BACAAN KETIKA SAI’E

Fadhilat & Kelebihan Mengerjakan Tawaf Qudum

Walaupun Tawaf Qudum merupakan tawaf yang bersifat sunat, melaksanakannya membawa beberapa kelebihan dan fadhilat:

  • Menghormati Tanah Suci: Melakukan Tawaf Qudum ketika pertama kali tiba di Masjidil Haram menunjukkan penghormatan seseorang terhadap tempat yang paling suci di dunia ini. Ini adalah cara untuk mengawali ibadah haji dengan langkah yang penuh keberkatan.
  • Mendekatkan Diri kepada Allah: Tawaf adalah salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Dengan melaksanakan Tawaf Qudum, jemaah haji memiliki kesempatan tambahan untuk berdoa, berzikir, dan merenung dalam suasana yang penuh ketenangan dan kesucian di sekitar Kaabah.
  • Membiasakan Diri: Bagi jemaah haji yang belum pernah ke Makkah sebelumnya atau yang belum terbiasa dengan prosedur tawaf, Tawaf Qudum dapat menjadi latihan atau persiapan sebelum melaksanakan tawaf-tawaf wajib yang lain dalam ibadah haji.
  • Mencari Keberkatan: Setiap amalan yang dilakukan di Masjidil Haram, termasuk tawaf, memiliki keberkatan dan pahala yang berlipat ganda. Melakukan Tawaf Qudum menambah pahala dan keberkatan bagi jemaah haji.
  • Memulakan Ibadah dengan Baik: Melakukan Tawaf Qudum ketika tiba di Makkah memberikan kesan positif dan memulai rangkaian ibadah haji dengan semangat yang tinggi.

Meskipun Tawaf Qudum adalah tawaf yang sunat, fadhilat dan keutamaannya menyebabkan ramai jemaah haji menjadikannya sebahagian daripada ibadah mereka. Hal ini mencerminkan ketulusan dan hasrat mereka untuk memaksimakan setiap peluang dalam mendekati diri kepada Allah S.W.T. ketika berada di bumi yang suci ini.

Kesimpulannya, Tawaf Qudum merupakan ibadah yang penuh makna dan barakah, menggambarkan penghormatan dan syukur kita kepada Allah SWT ketika memasuki bumi yang paling suci.

Melalui panduan ini, semoga setiap langkah dan doa yang kita lafazkan semasa Tawaf Qudum dapat membawa kita lebih dekat kepada keinsafan dan ketakwaan. Ingatlah, setiap bacaan zikir dan doa yang kita ucapkan bukan sahaja untuk memenuhi sunnah tetapi juga sebagai medan untuk merenung dan menghayati kebesaran Allah SWT.

Marilah kita jalankan Tawaf Qudum ini dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan, semoga ia menjadi sumber keberkatan dalam ibadah haji kita.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments