NIAT & CARA SOLAT GERHANA BULAN (Panduan Lengkap)

Solat Gerhana Bulan

Mencari panduan lengkap tatacara Solat Sunat Gerhana Bulan?

Anda telah tiba di tempat yang betul.

Memandangkan fenomena gerhana ini jarang-jarang berlaku, sudah tentu ramai di antara kita yang terlupa atau kurang pasti tentang cara pelaksanaannya.

Apatah lagi bentuk solat gerhana ini sedikit unik berbanding solat sunat biasa kerana ia mempunyai dua kali rukuk dalam setiap rakaat.

Oleh itu, artikel ini disusun khas untuk membimbing anda secara langkah demi langkah, bermula dari lafaz niat sehinggalah selesai memberi salam.

Apa yang menarik dalam panduan ini?

  • Panduan ini dipermudahkan dengan transliterasi rumi untuk membantu anda yang mungkin mengalami kesukaran membaca teks Arab.
  • Disertakan bersama bantuan audio bagi memastikan sebutan dan bacaan anda tepat.
  • Sesuai dijadikan rujukan pantas oleh ketua keluarga di rumah, imam di surau, mahupun saudara baru (mualaf).

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan memudahkan urusan ibadah anda tatkala menyaksikan tanda kebesaran Allah SWT ini.

Mari kita mulakan..

Maksud Solat Gerhana Bulan (Khusuf)

malam nisfu syaban

Solat Sunat Gerhana Bulan (صلاة سنة الخسوف) bermaksud solat sunat yang didirikan tatkala berlakunya fenomena gerhana bulan. Perkataan ‘Khusuf’ menurut penggunaan bahasa Arab merujuk kepada kejadian hilangnya cahaya bulan di dada langit, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.

Oleh itu, Solat Gerhana Bulan ini juga dikenali secara ringkas sebagai Solat Khusuf.

Solat sunat ini amat digalakkan agar didirikan apabila kita melihat gerhana sedang berlaku. Ia seharusnya menjadi amalan setiap muslim dalam menzahirkan rasa kekaguman dan kepatuhan terhadap kebesaran Allah SWT.

Ini kerana melalui Solat Gerhana ini, seseorang hamba dapat bermunajat, memperbanyakkan zikir, istighfar dan berdoa kepada Allah SWT dalam suasana yang penuh dengan peringatan.

Suasana alam yang berubah ini menghadirkan rasa kekerdilan (takhwif), keinsafan dan kelemahan diri sebagai hamba Allah yang hakikatnya bergantung sepenuhnya kepada aturan Tuhan semata-mata. Gerhana sama sekali bukanlah petanda nasib malang, nasib baik, atau petanda kematian dan kelahiran seseorang.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya…” (Surah Fussilat, ayat 37)

Solat Sunat Gerhana sangat digalakkan untuk dilakukan secara berjemaah, dan disusuli dengan khutbah peringatan.

Rasulullah SAW dan para sahabat amat menitikberatkan ibadah ini dan baginda sentiasa mengarahkan umatnya agar bersegera mendirikan solat apabila melihat fenomena ini.

Dalam sebuah hadis, Abu Mas’ud al-Ansari RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidak gerhana kerana kematian atau kelahiran seseorang. Maka apabila kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah dan solatlah sehingga ia kembali terang.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Waktu bagi mendirikan Solat Sunat Gerhana Bulan bermula sebaik sahaja gerhana mula berlaku. Iaitu ketika bulan mula terlindung oleh bayang-bayang bumi, walaupun tidak sepenuhnya.

Sebaik sahaja kita melihat secara terus atau mendapat pengesahan rasmi (seperti laporan falak dari Agensi Angkasa Malaysia) bahawa fasa gerhana telah bermula, solat sudah boleh didirikan.

Bilakah Waktu Solat Ini Tamat?

Waktu pelaksanaannya berakhir apabila gerhana tamat sepenuhnya (iaitu apabila bulan tidak lagi dilindungi oleh bayang-bayang bumi dan kembali terang seperti biasa).

Berbeza dengan solat fardu, solat gerhana terikat sepenuhnya dengan keberadaan fenomena alam tersebut. Waktu solat gerhana bermula ketika gerhana bermula dan berakhir apabila gerhana tamat sepenuhnya.

Apabila gerhana sudah berlalu, solat ini tidak lagi dilakukan dan tidak perlu diqadakan sama sekali.

Bolehkah Bersolat Pada Waktu Haram (Waktu Tahrim)?

Umum mengetahui bahawa terdapat waktu-waktu yang ditegah untuk kita mendirikan solat sunat mutlak (contohnya selepas waktu Asar atau selepas waktu Subuh).

Namun menurut Mazhab Syafie, Solat Gerhana dibolehkan untuk didirikan walaupun ketika waktu tahrim tersebut. Hal ini kerana ia dikategorikan sebagai ibadah yang mempunyai sebab (solat bersebab).

Bagaimana Jika Gerhana Berlarutan Hingga Waktu Subuh?

Bagaimana pula situasinya jika gerhana bulan berlarutan panjang sehinggalah masuknya waktu fajar (Subuh)? Adakah kita masih boleh mendirikan solat gerhana?

Dalam perbahasan Mazhab Syafie, terdapat dua pandangan mengenai hal ini:

  • Masih Boleh Diteruskan (Qaul Jadid)
    Ini adalah pandangan yang lebih kuat dan terkini. Solat gerhana masih dibenarkan kerana ‘kekuasaan’ bulan pada waktu malam dianggap masih berbaki sehinggalah terbitnya matahari di ufuk timur (Syuruk).
  • Waktu Telah Tamat (Qaul Qadim)
    Ini merupakan pandangan lama yang menyatakan tiada lagi solat gerhana. Ini kerana tempoh kekuasaan bulan dianggap telah hilang sebaik sahaja fajar menyingsing.

Sebagai orang awam, anda masih dibenarkan mendirikan solat gerhana ini selagi matahari belum terbit (Syuruk).

Walau bagaimanapun, jika waktu Subuh hampir tamat, anda wajib mendahulukan Solat Fardu Subuh berbanding solat sunat gerhana kerana kewajipan fardu sentiasa menjadi keutamaan.

Secara umumnya, Solat Sunat Gerhana Bulan didirikan sebanyak 2 rakaat. Namun, terdapat dua cara untuk melaksanakannya iaitu cara asas (ringkas) dan cara sempurna (akmal).

1. Cara Asas (Paling Ringkas)

Solat gerhana boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat sama seperti solat sunat biasa (seperti solat Dhuha atau solat sunat Rawatib).

Cara ini memadai jika anda mempunyai kekangan masa, uzur, atau gerhana hampir tamat.

2. Cara Tahap Sempurna (Akmal)

Kaifiat (tatacara) yang lebih sempurna dalam Mazhab Syafi‘e ialah melaksanakan 2 rakaat dengan format yang sedikit unik.

Setiap rakaat mempunyai:

  • 2 kali berdiri (Qiyam)
  • 2 kali bacaan Al-Fatihah
  • 2 kali Rukuk
  • 2 kali Sujud

Ini bermakna untuk melengkapkan keseluruhan 2 rakaat solat ini, anda akan melakukan 4 kali berdiri, 4 kali rukuk, dan 4 kali sujud.

Disunatkan untuk memanjangkan bacaan surah, pergerakan rukuk, dan sujud di dalam solat ini mengikut kemampuan jemaah.

Hal ini kerana Nabi SAW melakukan qiyam dan rukuk yang panjang ketika berlakunya gerhana.

Namun ia tidak diwajibkan. Jika imam atau jemaah tidak mampu, boleh sahaja membaca surah yang pendek mengikut keselesaan.

Sebelum memulakan Solat Sunat Gerhana Bulan, perkara pertama dan paling utama yang perlu dilakukan adalah menetapkan niat.

Niat merupakan paksi utama kepada setiap ibadah yang kita lakukan, terutamanya bagi solat sunat yang istimewa dan jarang-jarang berlaku ini.

Bagi memudahkan anda, berikut disediakan lafaz niat bagi Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) berserta maksudnya:

أُصَلِّي سُنَّةَ الْخُسُوفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatal Khusuufi Rak’ataini Lillahi Taala

Atau anda boleh berniat dalam Bahasa Melayu sahaja, “Sahaja aku Solat Sunat Gerhana Bulan dua rakaat kerana Allah Taala

Panduan Niat Jika Berjemaah (Imam & Makmum)

Solat gerhana ini amat digalakkan untuk didirikan secara berjemaah.

Jika anda solat secara berjemaah, anda hanya perlu menambah perkataan Makmuman (mengikut imam) atau Imaman (menjadi imam) di dalam niat tersebut.

Cara Mengerjakan Solat Gerhana Bulan

Ringkasan Cara Melakukan Solat Gerhana Bulan

  • Solat Gerhana dimulakan dengan takbiratul ihram sambil niat dalam hati: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala” (tambah mengikut imam jika berjemaah).
  • Rakaat Pertama. Bacalah surah Al-Fatihah, diikuti surah lazim dari Al-Quran. Kemudian lakukan rukuk yang pertama.
  • Bangkit dari rukuk (Iktidal), JANGAN terus sujud. Anda perlu kekal berdiri dan membaca surah Al-Fatihah sekali lagi, diikuti surah lazim. Selepas itu, lakukan rukuk yang kedua.
  • Bangkit dari rukuk kedua (Iktidal), barulah sujud dua kali seperti biasa. Pastikan anda menjaga tama’ninah (ketenangan) dalam setiap gerakan.
  • Rakaat Kedua. Bangun untuk rakaat kedua. Ulangi langkah yang sama seperti rakaat pertama (iaitu lakukan dua kali berdiri membaca Al-Fatihah dan dua kali rukuk).
  • Setelah selesai sujud pada rakaat kedua, duduk untuk tahiyyat akhir. Akhiri solat dengan memberi salam.
  • Khutbah Gerhana. Selepas selesai menunaikan solat Gerhana secara berjemaah, disunatkan untuk imam membaca Khutbah Gerhana (sama seperti rukun Khutbah Jumaat) bagi memberi peringatan tentang kebesaran Allah SWT.

Di bawah ini adalah tatacara mengerjakan Solat Gerhana Bulan secara langkah demi langkah:

Rakaat Pertama

1

Solat Gerhana Bulan Dimulakan Dengan Takbiratul ihram dan Niat

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat gerhana bulan dalam hati:

أُصَلِّي سُنَّةَ الْخُسُوفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatal Khusuufi Rak’ataini Lillahi Taala

Atau anda boleh berniat dalam Bahasa Melayu sahaja, “Sahaja aku Solat Sunat Gerhana Bulan dua rakaat kerana Allah Taala

Nota

Jika anda tidak dapat berniat dalam hati serentak dengan takbiratul ihram, maka boleh lakukan takbiratul ihram dahulu kemudian diikuti oleh niat dalam hati beberapa detik kemudian.

Cara mengangkat takbir (takbiratul ihram) dalam solat

Ucapkan takbir “Allahuakbar” dengan jelas (dapat didengari oleh telinga sendiri) sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati.

اَللَّهُ أَكْبَرُ

Allahuakbar!

Maksud Bacaan

Allah Maha Besar!


2

Kemudian, Bacalah Doa Iftitah

Hukum membaca Doa Iftitah dalah sunat hai’ah. Tidak mengapa jika bacaan doa ini ditinggalkan.

اَللّٰهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالحَمْدُ لِلّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا وَجَّهْتُ وَجْهِىَ لِلَّذِى فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Allāhu Akbaru Kabīrāw Wal-Ḥamdu Lillāhi Kathīrāw Wa Subḥānal-Lāhi Bukrataw Wa Aṣīlā. Wajjahtu Wajhiya Lilladhī Faṭaras-Samāwāti Wal-Arḍa Ḥanīfan Muslimāw Wa Mā Anā Minal-Mushrikīn. Inna Ṣalātī Wa Nusukī Wa Maḥyāya Wa Mamātī Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Lā Sharīka Lahū Wa Bidzālika Umirtu Wa Anā Minal-Muslimīn.

Maksud Bacaan

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.


3

Bacalah Surah al-Fatihah (Secara Kuat / Jahar)

Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al-Fatihah tanpa Doa Iftitah terlebih dahulu. Tetapi jika anda ingin membaca Doa Iftitah, ia adalah perbuatan sunat yang digalakkan dan mendapat pahala.

Nota

Untuk Solat Sunat Gerhana Bulan, bacaan surah al-Fatihah dan surah selepasnya disunatkan untuk dibaca dengan suara yang kuat (jahr), sama seperti solat Subuh, Maghrib dan Isyak. (Hal ini berbeza dengan Solat Gerhana Matahari di mana bacaannya dilakukan secara perlahan/sirr).

Surah al-Fatihah adalah rukun solat, maka ia wajib dibaca. Ingat, disebabkan keunikan solat ini, anda akan membaca surah al-Fatihah sebanyak dua kali dalam rakaat yang sama (iaitu pada Qiyam pertama dan Qiyam kedua).

Surah Al-Fatihah

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Maksud Bacaan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


4

Kemudian, Bacalah Mana-Mana Surah Atau Ayat Al-Quran

Selesai membaca al-Fatihah, anda disunatkan untuk membaca surah atau ayat dari al-Quran.

Mengikut sunnah Nabi SAW yang paling sempurna, sangat digalakkan untuk membaca surah-surah yang panjang. Sebagai contoh, pada Qiyam yang pertama ini, kadar panjang bacaannya adalah menyamai keseluruhan Surah Al-Baqarah.

Walau bagaimanapun, Islam itu mudah. Bagi mereka yang tidak menghafal surah yang panjang, dibolehkan membaca apa-apa sahaja surah atau ayat yang dihafal, asalkan dibaca dengan tertib.

Anda boleh membaca Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, atau mana-mana surah lazim.

Nota

Untuk Qiyam yang kedua dalam rakaat yang sama nanti, sunat dibaca surah yang sedikit pendek berbanding surah pada Qiyam pertama).

Sebagai panduan mudah untuk anda, di bawah ini disediakan bacaan Ayat Kursi yang boleh dibaca:

Ayat Kursi (Al Baqarah 255)

ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَيُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُۥ سِنَةٞ وَلَا نَوۡمٞۚ لَّهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِي يَشۡفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيۡءٖ مِّنۡ عِلۡمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ ٢٥٥

Allāhu Lā Ilāha Illā Huw, Al-Ḥayyul-Qayyūm, Lā Ta’khużuhū Sinatuw Wa Lā Naum, Lahū Mā Fis-Samāwāti Wa Mā Fil-Arḍ, Man Żallażī Yasyfa‘U ‘Indahū Illā Bi’iżnih, Ya‘Lamu Mā Baina Aidīhim Wa Mā Khalfahum, Wa Lā Yuḥīṭūna Bisyai’im Min ‘Ilmihī Illā Bimā Syā’, Wasi‘A Kursiyyuhus-Samāwāti Wal-Arḍ, Wa Lā Ya’ūduhū Ḥifẓuhumā, Wa Huwal-‘Aliyyul-‘Aẓīm

Maksud Bacaan

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).


5

Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk Pertama

Posisi dan cara melakukan rukuk dalam solat

Lakukan rukuk dengan sempurna. Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan asas dalam rukuk adalah sama seperti bacaan rukuk solat fardu iaitu:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”

Keistimewaan solat gerhana adalah pada rukuknya yang sangat panjang. Mengikut sunnah tahap sempurna, kadar panjang rukuk yang pertama ini adalah menyamai tempoh masa membaca 100 ayat Surah Al-Baqarah!

Namun sebagai panduan praktikal, anda amat digalakkan untuk memperbanyakkan ulangan bacaan tasbih di atas (lebih daripada 3 kali, contohnya diulang 11, 21, atau lebih) mengikut kemampuan masing-masing bagi memanjangkan tempoh rukuk.

Nota

Jika anda tidak mampu berdiri atau rukuk terlalu lama, memadai membacanya 3 kali sahaja seperti solat biasa


6

Kemudian Bangun Iktidal

AWAS: JANGAN TERUS SUJUD!
Kedudukan ketika iktidal

Bangun dari rukuk pertama dan berdirilah tegak. Semasa bangkit, bacalah:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Sami Allahu Liman Hamidah

Maksud Bacaan

“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”

Nota

Berhenti dan kekal berdiri! Tidak seperti solat biasa, anda TIDAK BOLEH terus turun untuk sujud selepas iktidal ini. Anda perlu kekal berdiri tegak untuk memulakan Qiyam yang kedua.

Apa yang perlu dilakukan ketika berdiri ini?

Oleh kerana Solat Gerhana mempunyai dua kali rukuk dalam setiap rakaat, maka setelah berdiri tegak dari rukuk yang pertama tadi:

  1. Wajib membaca Surah Al-Fatihah sekali lagi untuk kali kedua.
  2. Selesai Al-Fatihah, disunatkan membaca surah atau ayat Al-Quran yang lain. (Sunat membaca surah yang sedikit pendek berbanding surah yang dibaca pada awal rakaat tadi).

Antara surah pendek yang boleh dibaca selepas al Fatihah (pada rukuk pertama) adalah Surah Al-Ikhlas. Ia adalah pilihan yang sangat baik dan mudah dibaca:

Surah Al Ikhlas

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


7

Lakukan Rukuk Kedua

Selesai membaca Al-Fatihah kali kedua dan surah pilihan (seperti Surah Al-Ikhlas), teruskan dengan rukuk buat kali kedua.

Pergerakan dan bacaan tasbihnya adalah sama seperti rukuk yang pertama tadi.

Cuma dari segi sunnah tahap sempurna, tempoh rukuk kedua ini disunatkan sedikit pendek berbanding rukuk pertama.

rukuk solat

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”

Mengikut sunnah tahap sempurna, tempoh rukuk kedua ini disunatkan sedikit pendek berbanding rukuk pertama.

Sebagai panduan praktikal, anda digalakkan untuk terus memperbanyakkan ulangan bacaan tasbih di atas. Namun, bilangannya boleh dikurangkan sedikit berbanding rukuk pertama tadi

Contohnya, jika rukuk pertama diulang 21 kali, rukuk kedua ini boleh diulang 15 atau 11 kali mengikut kemampuan masing-masing.

Nota

Jika anda tidak mampu berdiri atau rukuk terlalu lama, memadai membacanya 3 kali sahaja seperti solat biasa


8

Bangkit Iktidal Kedua (Terakhir Sebelum Sujud)

Selesai melakukan rukuk yang kedua, bangunlah semula dan berdiri tegak (Iktidal). Ini adalah berdiri yang terakhir bagi rakaat pertama ini sebelum anda turun untuk sujud.

Semasa bangkit, bacalah bacaan iktidal seperti biasa:

Kedudukan ketika iktidal

Bangun dari rukuk pertama dan berdirilah tegak. Semasa bangkit, bacalah:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Sami Allahu Liman Hamidah

Maksud Bacaan

“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”

Jika mengikut sunnah yang sempurna, berdiri iktidal yang kedua ini juga disunatkan agak panjang, tetapi tempohnya lebih pendek berbanding iktidal pertama tadi.

Namun untuk panduan praktikal dan kebiasaan masyarakat awam, memadai sekadar membaca bacaan iktidal seperti di atas dengan tenang (tama’ninah) sebelum terus turun melakukan sujud.


9

Turun Melakukan Sujud Pertama

Selesai iktidal yang kedua tadi, barulah anda turun untuk melakukan sujud seperti biasa.

Kedudukan atau posisi yang betul ketika sujud dalam solat

Pastikan tujuh anggota sujud (dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut, dan perut jari kedua-dua kaki) diletakkan dengan kemas.

Semasa dahi menyentuh lantai, bacalah tasbih sujud ini:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)

Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya

Mengikut sunnah tahap sempurna, tempoh sujud di dalam solat gerhana disunatkan panjang (anggaran masanya hampir menyamai tempoh rukuk yang telah dilakukan sebelumnya).

Sebagai panduan praktikal, anda digalakkan untuk memperbanyakkan ulangan bacaan tasbih sujud di atas (contohnya 11, 15, atau 21 kali) mengikut kemampuan.

Nota

Jika tidak mampu, memadai dibaca 3 kali sahaja seperti solat biasa


10

Bangkit Untuk Duduk Di Antara Dua Sujud

Bangun dari sujud pertama dan duduklah sebentar (duduk iftirasy) seperti kebiasaan solat fardu.

Posisi atau cara duduk istirahat
Posisi Duduk iftirasy

Berbeza dengan pergerakan rukuk dan sujud tadi, pergerakan duduk di antara dua sujud ini tidak disunatkan untuk dipanjangkan tempohnya.

Bacaan tasbih untuk duduk antara dua sujud adalah seperti ini:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Maksud Bacaan

“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”


11

Lakukan Sujud Kedua

Selesai membaca doa duduk di antara dua sujud, teruskan dengan turun melakukan sujud yang kedua.

Kedudukan atau posisi yang betul ketika sujud dalam solat

Pergerakan dan bacaan tasbihnya adalah sama seperti sujud yang pertama tadi, iaitu:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)

Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya

Sama seperti sujud pertama, sujud kedua ini juga disunatkan dengan bacaan tasbih yang panjang.

Namun sebagai panduan, anda boleh mengurangkan sedikit bilangan ulangan tasbih berbanding sujud pertama. (Contohnya, jika sujud pertama anda ulang 15 kali, sujud kedua ini boleh diulang 11 kali).

Nota

Jika anda membaca tasbih 3 kali pada sujud pertama, kekalkan 3 kali juga untuk sujud kedua ini


12

Bangkit Duduk Sebentar (Duduk Istirehah) Sebelum Bangun

Selesai melakukan sujud yang kedua, anda kini telah melengkapkan rakaat pertama.

Posisi atau cara duduk istirahat

Sebelum terus bangun berdiri untuk memulakan rakaat kedua, anda disunatkan untuk bangkit dan duduk sebentar. Duduk ini dinamakan sebagai Duduk Istirahah (duduk rehat seketika).

Cara duduknya adalah sama seperti posisi duduk di antara dua sujud (duduk iftirasy).

Berapa lama perlu duduk?

Tempoh duduk ini adalah sangat sekejap. Memadai sekadar bersesuaian dengan kadar masa sebutan “Subhanallah”. Tiada sebarang bacaan khusus yang perlu dibaca ketika duduk istirehah ini.

Selesai duduk sebentar, barulah anda bersedia untuk bangun berdiri bagi memulakan rakaat kedua.

Sunat untuk anda menekan atau menyokong badan menggunakan kedua-dua belah tapak tangan ke lantai ketika mahu bangun)

Rakaat Kedua

13

Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat

Selepas bangun dari duduk istirehah, maka bertakbirlah sekali lagi untuk rakaat kedua. Takbir ini dikenali sebagai takbir intiqalat.

(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua atau takbir mengiringi pergerakan).

Takbir intiqalat

اَللَّهُ أَكْبَرُ

Allahuakbar!

Pelaksanaan rakaat kedua bagi Solat Gerhana adalah sama seratus peratus seperti rakaat pertama tadi.

Ini bermakna, pada rakaat kedua ini anda perlu mengulangi semula format yang unik ini:

  • Dua kali berdiri tegak (Qiyam) dan wajib membaca Surah Al-Fatihah.
  • Dua kali pergerakan rukuk.

14

Berdiri Tegak (Qiyam Ketiga) & Membaca Al-Fatihah

Selepas bertakbir dan berdiri tegak, mulakan rakaat kedua ini dengan membaca Surah Al-Fatihah.

Ini bermakna anda sedang membaca Surah Al-Fatihah buat kali ketiga di dalam solat ini. Sama seperti rakaat pertama tadi, bacaan ini disunatkan untuk dibaca dengan suara yang kuat (Jahr).

Surah Al-Fatihah

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


15

Kemudian, Bacalah Mana-Mana Surah Atau Ayat Al-Quran

Selesai membaca Al-Fatihah, anda disunatkan membaca mana-mana surah atau ayat dari Al-Quran.

Mengikut sunnah, kadar panjang bacaan surah pada qiyam ketiga ini adalah menyamai panjang Surah An-Nisa’.

Namun sebagai panduan yang memudahkan, anda bebas membaca apa-apa sahaja surah lazim yang dihafal. (Sunat membaca surah yang sedikit pendek berbanding surah pada rakaat pertama tadi).

Sebagai cadangan praktikal untuk rakaat kedua ini, anda boleh membaca Surah Al-Falaq. Berikut adalah bacaannya:

Surah Al Falaq

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ ١ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ٢ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ٣ وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّٰثَٰتِ فِي ٱلۡعُقَدِ ٤ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ٥

Qul a‘ūzu birabbil-falaq. Min sharri mā khalaq. Wa min sharri ghāsiqin izā waqab. Wa min sharrin-naffā-tsāti fīl-‘uqad. Wa min sharri ḥāsidin izā ḥasad.

Maksud Bacaan

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.


16

Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk (Rukuk Ketiga)

Selesai membaca surah pilihan (seperti Surah Al-Falaq tadi), turunlah untuk melakukan rukuk. Ini adalah rukuk yang ketiga di dalam keseluruhan solat gerhana anda.

Pergerakan dan bacaan tasbihnya adalah sama seperti rukuk-rukuk yang telah anda lakukan sebelum ini iaitu:

rukuk solat

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”

Mengikut sunnah tahap sempurna, tempoh rukuk ketiga ini masih disunatkan panjang (anggaran tempohnya menyamai bacaan 70 ayat).

Namun, ia lebih pendek berbanding rukuk pertama dan kedua yang dilakukan pada rakaat pertama tadi.

Sebagai panduan praktikal, anda digalakkan untuk terus memperbanyakkan ulangan bacaan tasbih di atas mengikut kemampuan anda (contohnya diulang 11 atau 15 kali).

Nota

Jika anda tidak mampu berdiri atau rukuk terlalu lama, memadai membacanya 3 kali sahaja seperti solat biasa


17

Bangkit Dari Rukuk (Iktidal)

AWAS: JANGAN TERUS SUJUD!
Kedudukan ketika iktidal

Bangun dari rukuk ketiga dan berdirilah tegak. Semasa bangkit, bacalah:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Sami Allahu Liman Hamidah

Maksud Bacaan

“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”

Nota

Berhenti dan kekal berdiri! Sekali lagi diingatkan, anda TIDAK BOLEH terus turun untuk sujud selepas iktidal ini. Anda perlu kekal berdiri tegak untuk memulakan Qiyam yang keempat (berdiri yang terakhir).

Apa yang perlu dibaca ketika berdiri kali ini?

Oleh kerana ini adalah qiyam yang terakhir sebelum anda menamatkan pusingan rakaat kedua, anda perlu:

  1. Membaca Surah Al-Fatihah (Kali Keempat). Wajib bagi anda untuk membaca Surah Al-Fatihah buat kali keempat (dan terakhir) dalam solat ini.
  2. Membaca Surah Pendek. Selesai membaca Al-Fatihah, disunatkan membaca surah yang lebih pendek berbanding surah sebelumnya.

Sebagai penutup yang sangat cantik dan mudah, anda boleh membaca Surah An-Nas:

Surah An Nas

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ ١ مَلِكِ ٱلنَّاسِ ٢ إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ ٣ مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ ٤ ٱلَّذِي يُوَسۡوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ ٥ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ ٦

Qul A‘Ūżu Birabbin-Nās. Malikin-Nās. Ilāhin-Nās. Min Syarril-Waswāsil-Khannās. Allażī Yuwaswisu Fī Ṣudūrin-Nās. Minal Jinnati Wan-Nās

Maksudnya

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. “Yang Menguasai sekalian manusia, “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, – “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.


18

Lakukan Rukuk Keempat (Rukuk Terakhir)

Selesai membaca surah, teruskan dengan turun melakukan rukuk buat kali keempat. Ini adalah rukuk yang terakhir dalam Solat Gerhana anda.

rukuk solat

Pergerakan dan bacaan asas tasbihnya adalah sama seperti rukuk-rukuk yang telah anda lakukan sebelum ini iaitu:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”

Mengikut sunnah, rukuk keempat ini juga disunatkan panjang, tetapi ia adalah rukuk yang paling pendek antara keempat-empat rukuk yang dilakukan sebentar tadi (anggaran tempohnya menyamai bacaan 50 ayat).

Sebagai panduan praktikal, anda boleh mengulang tasbih rukuk ini beberapa kali mengikut keselesaan (contohnya diulang 7 atau 11 kali).

Nota

Jika anda tidak mampu berdiri atau rukuk terlalu lama, memadai membacanya 3 kali sahaja seperti solat biasa


19

Bangkit Iktidal Terakhir Sebelum Sujud

Selesai melakukan rukuk yang keempat (terakhir), bangunlah semula dan berdiri tegak (Iktidal).

Kedudukan ketika iktidal

Ini adalah berdiri iktidal yang terakhir bagi solat ini sebelum anda turun untuk sujud.

Semasa bangkit, bacalah bacaan iktidal seperti biasa:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Sami Allahu Liman Hamidah

Maksud Bacaan

“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”

Sama seperti qiyam dan rukuk sebelumnya, iktidal ini juga disunatkan agak panjang berbanding solat biasa, namun ia adalah iktidal yang paling pendek tempohnya dalam solat ini.

Untuk panduan praktikal, memadai sekadar membaca bacaan iktidal di atas dengan tenang (tama’ninah) sebelum anda terus turun melakukan sujud.


20

Turun Melakukan Sujud Pertama (Rakaat Kedua)

Selesai berdiri iktidal yang terakhir tadi, barulah anda turun ke bawah untuk melakukan sujud seperti kebiasaan solat fardu. Pastikan tujuh anggota sujud diletakkan dengan kemas pada sejadah.

Kedudukan atau posisi yang betul ketika sujud dalam solat

Semasa dahi menyentuh lantai, bacalah tasbih sujud ini:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)

Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya

Sama seperti sujud pada rakaat pertama tadi, tempoh sujud pada rakaat kedua ini juga disunatkan untuk dipanjangkan berbanding solat biasa.

Sebagai panduan, anda digalakkan untuk memperbanyakkan ulangan bacaan tasbih sujud (contohnya diulang 7 atau 11 kali). Namun, bilangannya disunatkan sedikit kurang berbanding sujud pada rakaat pertama tadi.

Nota

Jika tidak mampu, memadai dibaca 3 kali sahaja seperti solat biasa


21

Bangkit Untuk Duduk Di Antara Dua Sujud

Bangun dari sujud pertama dan duduklah sebentar (duduk iftirasy) seperti kebiasaan solat fardu.

solat taubat

Sama seperti pada rakaat pertama dahulu, pergerakan duduk di antara dua sujud ini tidak disunatkan untuk dipanjangkan tempohnya.

aan tasbih untuk duduk antara dua sujud adalah seperti ini:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Maksud Bacaan

“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”


22

Lakukan Sujud Kedua (Sujud Terakhir)

elesai membaca doa duduk di antara dua sujud, teruskan dengan turun melakukan sujud yang kedua. Ini merupakan sujud yang terakhir di dalam Solat Gerhana anda.

Pergerakan dan bacaan tasbihnya adalah sama seperti sujud-sujud yang sebelumnya iaitu:

Sama seperti sujud-sujud sebelum ini, sujud terakhir ini juga disunatkan dengan bacaan tasbih yang panjang berbanding solat fardu kebiasaan.

Sebagai panduan, anda boleh mengurangkan sedikit bilangan ulangan tasbih berbanding sujud pertama pada rakaat kedua tadi. (Contohnya, jika sujud pertama anda ulang 11 kali, sujud kedua ini boleh diulang 7 kali).

Nota

Jika anda membaca tasbih 3 kali pada sujud pertama, kekalkan 3 kali juga untuk sujud kedua ini


23

Duduk Tahiyat Akhir

Selesai melakukan sujud yang terakhir, bangkitlah dan duduk untuk membaca Tahiyat Akhir.

Kedudukan duduk ini dinamakan duduk Tawarruk (iaitu bersimpuh dengan menyilangkan kaki kiri ke bawah kaki kanan), sama seperti duduk tahiyat akhir dalam solat fardu biasa.

Posisi atau cara tahiyat akhir

Seperti bacaan tahiyat akhir solat-solat fardu, bacaan tahiyat adalah seperti berikut:

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللّٰهِ. السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ. أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

At-taḥiyyātu al-mubārakātu aṣ-ṣalawātu aṭ-ṭayyibātu lillāh. As-salāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa raḥmatullāhi wa barakātuh. As-salāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhi aṣ-ṣāliḥīn. Ash-hadu alla ilāha illallāh, wa ash-hadu anna Muḥammadar-rasūlullāh. Allāhumma ṣolli ‘alā Muḥammad, wa ‘alā āli Muḥammad, kamā ṣollaita ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīm. Wa bārik ‘alā Muḥammad wa ‘alā āli Muḥammad, kamā bārakta ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīma fil-‘ālamīn, innaka ḥamīdun majīd.

Maksud Bacaan

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia


24

Mengakhiri Solat Dengan Memberi Salam

Selesai membaca Tahiyat Akhir, akhiri solat sunat gerhana bulan ini dengan memberi salam sebanyak dua kali, iaitu bermula dengan memberi salam ke sebelah kanan dan kemudian memberi salam kedua sambil memalingkan muka ke sebelah kiri.

memberi salam dalam solat

Pada salam pertama, palingkan muka ke sebelah kanan dan ucapkan salam seperti berikut:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksud Bacaan

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Alhamdulillah. Dengan selesainya lafaz salam ini, maka sempurnalah panduan pergerakan Solat Sunat Gerhana Bulan anda. Semoga Allah SWT menerima ibadah dan taubat kita pada detik yang penuh keinsafan ini.

Selesai sahaja mendirikan solat sunat gerhana secara berjemaah, imam amat digalakkan (sunat) untuk menyampaikan khutbah kepada para jemaah.

Ini selari dengan sunnah Rasulullah SAW yang bangkit berkhutbah memberi peringatan kepada para sahabat selepas selesainya solat gerhana.

Berbeza dengan solat Jumaat di mana khutbah dibaca sebelum solat, khutbah gerhana dibaca selepas solat selesai didirikan.

Adakah Khutbah Ini Wajib?

Tidak. Hukum menyampaikan khutbah gerhana adalah Sunat dan ia bukanlah syarat sah bagi solat gerhana.

Ini bermakna, jika anda mendirikan solat ini di rumah bersama isteri dan anak-anak, tetapi anda tidak pandai atau tidak mahu berkhutbah, solat gerhana berjemaah anda itu tetap sah dan mendapat pahala yang besar.

Anda boleh gantikan masa tersebut dengan duduk berzikir dan berdoa bersama keluarga.

Bagi imam surau atau ketua keluarga yang mahu membaca khutbah, formatnya adalah sama seperti Khutbah Jumaat:

  1. Dua Khutbah.
    Terdiri daripada dua bahagian khutbah. Imam perlu duduk sebentar di antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
  2. Rukun Asas.
    Rukun khutbahnya juga sama, iaitu perlu memuji Allah (sebut Alhamdulillah), berselawat ke atas Nabi SAW, berpesan supaya bertakwa, membaca sekurang-kurangnya satu ayat Al-Quran, dan mendoakan kesejahteraan umat Islam (pada khutbah kedua).

Tema dan Isi Kandungan Khutbah

Memandangkan gerhana adalah fenomena yang menimbulkan rasa keinsafan, isi kandungan khutbah gerhana lazimnya memfokuskan kepada perkara-perkara berikut:

  • Mengagungkan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT yang mentadbir alam.
  • Mengingatkan jemaah tentang hari kiamat dan kematian.
  • Menolak sebarang unsur khurafat atau mitos karut yang dikaitkan dengan kejadian gerhana.
  • Mengajak jemaah untuk segera bertaubat, memperbanyakkan istighfar, dan bersedekah.

Bagaimana Jika Jemaah Wanita Atau Solat Bersendirian?

Jika anda mendirikan solat ini secara bersendirian, anda tidak perlu membaca khutbah.

Bagi jemaah di rumah yang terdiri daripada wanita sahaja (tiada lelaki dewasa), khutbah yang rasmi tidak dituntut.

Namun, ketua jemaah digalakkan untuk memberikan sedikit nasihat atau tazkirah ringkas sebagai peringatan jiwa bersama.

Hukum Mendirikan Solat Gerhana Bulan

Doa Solat Witir

Hukum mendirikan Solat Sunat Gerhana Bulan adalah Sunat Muakkad (sunat yang sangat dituntut) mengikut pandangan majoriti ulama (Jumhur), termasuklah di dalam Mazhab Syafie.

Ia amat digalakkan untuk didirikan oleh seluruh umat Islam tidak kira lelaki mahupun wanita, sama ada yang sedang berada di kampung halaman (mukim) mahupun yang sedang bermusafir.

Walaupun terdapat perbezaan kecil pandangan ulama mengenai tahap tuntutannya, pandangan yang paling kuat dan diamalkan secara meluas di negara kita menetapkan ia sebagai ibadah sunat yang mempunyai ganjaran yang amat besar dan tidak wajar dilepaskan begitu sahaja.

Kenapa solat ini sangat dituntut?

Hal ini kerana Rasulullah SAW sendiri telah melaksanakannya di dalam siri kehidupan Baginda.

Malah, Baginda secara spesifik memerintahkan umat Islam untuk bersegera mendirikan solat, berdoa, bersedekah dan beristighfar apabila melihat perubahan pada kejadian alam ini.

Solat gerhana didirikan bukan kerana takutkan sesuatu musibah, sebaliknya ia adalah tanda keinsafan dan ketundukan kita kepada kekuasaan Allah SWT yang mentadbir perjalanan cakerawala.

Walaupun amalan yang paling utama ketika berlakunya gerhana adalah mendirikan solat sunat, namun ibadah pada waktu ini tidak terhad kepada solat semata-mata.

Nabi Muhammad SAW sangat menggalakkan umatnya untuk menghidupkan tempoh gerhana tersebut dengan pelbagai amalan kerohanian yang lain sehinggalah bulan kembali terang.

Ini juga merupakan peluang keemasan buat wanita yang sedang uzur (haid) untuk turut serta mengutip pahala ketika fenomena kebesaran Allah ini berlaku.

Antara amalan sunat yang sangat dituntut adalah:

1. Memperbanyakkan Berdoa

Gerhana adalah waktu yang sangat mustajab untuk berdoa. Berdoalah memohon keampunan, keselamatan di dunia dan akhirat, serta perlindungan daripada azab kubur. Anda bebas berdoa di dalam apa jua bahasa yang difahami.

2. Melazimi Istighfar

Sentiasa basahkan lidah dengan ucapan Astaghfirullahalazim. Fenomena gerhana didatangkan untuk menimbulkan rasa gerun (takhwif) di dalam hati kita, maka memperbanyakkan taubat dan memohon ampun atas dosa-dosa lalu adalah tindakan yang paling tepat.

3. Bertakbir dan Berzikir

Agungkan kebesaran Allah SWT yang mentadbir perjalanan cakerawala ini dengan memperbanyakkan lafaz takbir (Allahuakbar), tahmid (Alhamdulillah), dan tasbih (Subhanallah).

4. Bersedekah

Bersedekah ketika berlakunya gerhana adalah salah satu sunnah yang disebut secara spesifik oleh Rasulullah SAW. Anda boleh bersedekah secara dalam talian (online transfer) ke tabung-tabung masjid, badan kebajikan, atau sekadar berkongsi rezeki makanan dengan jiran tetangga dan ahli keluarga di rumah.

Kesemua amalan di atas adalah bersandarkan kepada hadis sahih, di mana Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila kamu melihat gerhana tersebut, maka bertakbirlah, berdoalah kepada Allah, beristighfarlah, dan bersedekahlah.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

solat gerhana bulan

Berikut adalah beberapa situasi yang mungkin berlaku semasa mengerjakan Solat Gerhana:

Bagaimana jika saya terlewat (masbuk) dan imam sedang rukuk?

Kiraan rakaat bagi solat gerhana sedikit berbeza. Anda hanya dikira mendapat rakaat tersebut sekiranya anda sempat rukuk bersama imam pada rukuk yang pertama. Jika anda menyertai solat ketika imam sedang melakukan rukuk yang kedua, rakaat tersebut tidak dikira dan anda perlu menambah rakaat yang tertinggal selepas imam memberi salam.

Bagaimana jika bulan tiba-tiba hilang dilindungi awan tebal ketika sedang solat?

Teruskan solat anda seperti biasa. Ini kerana pada asalnya fenomena gerhana tersebut benar-benar sedang berlaku, cuma ia tidak dapat dilihat buat seketika kerana dilindungi oleh awan.

Apa yang perlu saya buat jika gerhana tamat sepenuhnya ketika saya masih bersolat?

Anda perlu meneruskan solat tersebut sehinggalah selesai. Walau bagaimanapun, disunatkan untuk anda memendekkan atau meringkaskan baki pergerakan dan bacaan dalam solat tersebut.

Solat saya dah habis, tetapi gerhana belum tamat. Perlukah saya mengulangi solat?

Tidak perlu. Sekiranya solat selesai tetapi gerhana masih belum tamat, anda tidak disunatkan untuk mengulangi solat gerhana tersebut. Isikan sahaja masa yang berbaki dengan memperbanyakkan zikir, istighfar, dan berdoa sehinggalah bulan kembali terang sepenuhnya.

Adakah Solat Gerhana ini mempunyai khutbah yang khusus?

Ya, ada. Jika didirikan secara berjemaah, imam sangat disunatkan untuk membaca dua khutbah selepas selesai solat. Khutbah ini bukanlah syarat wajib sahnya solat, tetapi ia adalah amalan sunat yang dituntut sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW bagi memberikan peringatan kepada jemaah.

Jika waktu gerhana bertembung dengan waktu solat yang lain, mana yang perlu didahulukan?

Secara amnya, Islam mendahulukan solat yang paling ringan, dan jika ia sama nilainya, maka didahulukan solat yang paling kuat tuntutannya. Sebagai contoh, jika ia bertembung dengan Solat Fardu di awal waktu (dan waktunya masih panjang), anda digalakkan mendahulukan Solat Gerhana kerana bimbang fenomena gerhana akan tamat. Namun, jika waktu fardu sudah hampir tamat, anda wajib mendahulukan Solat Fardu. Bagi situasi pertembungan dengan Solat Jenazah pula, anda perlu mendahulukan Solat Jenazah kerana dikhuatiri keadaan jenazah akan berubah. Manakala jika ia bertembung dengan solat sunat lain seperti Solat Witir, anda dituntut untuk mendahulukan Solat Gerhana.

Bolehkah solat gerhana didirikan secara bersendirian di rumah, terutamanya bagi wanita?

Boleh. Solat sunat gerhana bulan tetap sah didirikan secara bersendirian di rumah, tidak kira sama ada bagi jemaah lelaki mahupun wanita. Bagi individu yang mendirikan solat ini secara bersendirian, anda hanya perlu melaksanakan pergerakan solat seperti biasa (dua rakaat berserta empat kali rukuk) sehinggalah selesai memberi salam. Anda juga tidak perlu atau tidak disunatkan untuk membaca sebarang khutbah selepas tamat solat tersebut.

Dibolehkah mendirikan solat ini jika gerhana berlaku pada waktu larangan (waktu tahrim)?

Ya, dibolehkan. Menurut pandangan rasmi Mazhab Syafie, solat sunat gerhana dikategorikan sebagai ibadah “solat bersebab” (solat yang mempunyai asbab yang mendahuluinya). Oleh hal yang demikian, ia tetap sah dan dibenarkan untuk didirikan pada bila-bila masa sebaik sahaja fasa gerhana mula berlaku, walaupun ia jatuh pada waktu yang kebiasaannya diharamkan untuk solat sunat mutlak, seperti selepas waktu Asar atau selepas menunaikan solat fardu Subuh.

Adakah wajib membaca surah yang panjang dan melakukan rukuk yang lama?

Tidak wajib. Walaupun sunnah Rasulullah SAW adalah memanjangkan bacaan ayat Al-Quran, pergerakan rukuk, dan sujud ketika mendirikan solat gerhana, ia hanyalah sekadar amalan sunat yang sangat digalakkan mengikut tahap kemampuan jemaah. Jika imam atau anda yang bersolat sendirian tidak menghafal surah yang panjang atau tidak mampu berdiri dan rukuk terlalu lama, memadai sahaja untuk membaca mana-mana surah lazim yang pendek dan melakukan pergerakan rukuk seperti kebiasaan.

Penutup

Fenomena Gerhana bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt.

Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains.

Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.

Saya berharap panduan telah dapat membantu anda.

Nota Rujukan

  1. Ensiklopedia Solat — Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif
  2. Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam.
  3. Matla’ Badrai, al-’Alim al-’Allamah Syaikh Wan Muhammad bin Wan Ismail bin. Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1, terjemahan : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda.
  4. Ensiklopedia A-Z Tentang Solat — Dr Nik Yusri Musa
Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Leave a Comment