
Apakah maksud Najis Mutawassitah?
Bagaimana cara membasuh dan menyucikan Najis Mutawassitah?
Panduan ini akan menerangkan maksud, contoh, kaedah menyucikan najis mutawassitah secara lengkap dan mudah.
Apa yang menarik:
Setiap langkah menyucikan najis ini diterangkan secara langkah demi langkah dengan bantuan gambar.
Mari kita mulakan..
Maksud Najis Mutawassitah
Apakah maksud najis mutawassitah?
Najis mutawassitah adalah bermaksud najis dalam kategori najis pertengahan.
Najis ini perlu dibasuh dengan air mutlak.
Najis sederhana yang tidak perlu dibasuh berulang kali seperti najis berat, tetapi ia juga tidak memadai dibersihkan dengan hanya dipercikkan air ke atasnya seperti najis ringan.
Contoh Najis Mutawassitah
Terdapat beberapa jenis najis mutawassitah. Antaranya adalah:
1. ARAK
Ini termasuk semua jenis arak dan semua cecair yang memabukkan.
Firman Allah SWT:
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari pada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
(Surah a-Ma’idah 5:90)
Rasulullah SAW pula bersabda:
Setiap yang memabukkan itu adalah arak, dan setiap arak adalah haram.
(Riwayat Muslim daripada Ibn Umar dalam Sahih Muslim, kitab Minuman: Bab penjelasan bahawa setiap yang memabukkan itu adalah arak, dan setiap arak adalah haram)
2. DARAH
Semua jenis darah manusia dan haiwan adalah najis.
Namun, ada beberapa pengecualian. Darah yang dihukum tidak tergolong sebagai najis adalah:
- Bukan darah manusia yang mati syahid, kerana darah orang yang mati syahid adalah suci.
- Bukan darah haiwan yang hidup di dalam air, seperti ikan.
- Darah yang banyak dan mengalir, tidak termasuk darah hati dan limpa, kerana kedua dua darah ini tidak dianggap najis berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
“Dihalalkan untuk kamu dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Dua jenis bangkai itu ialah ikan dan belalang. Semen tara dua jenis darah pula ialah hati dan limpa.”
(Riwayat Ibn Majah daripada Abdullah bin Umar dalam Sahih Ibn Majah, kitab Makanan: Bab hati dan limpa)
3. BANGKAI
Semua haiwan yang tidak disembelih atau disembelih tanpa mengikut hukum syarak adalah najis.
Ini termasuklah semua haiwan yang disembelih untuk berhala dan yang disebut selain daripada nama Allah. Ini berasaskan kepada firman Allah SWT:
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala.
(Surah Ma’idah 5:3)
Tiga Jenis Bangkai Yang Tidak Dianggap Sebagai Najis
1. MAYAT MANUSIA
Mayat manusia tidak dianggap sebagai najis kerana kemuliaannya di sisi Allah, sebagaimana firman-Nya:
Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam. Dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda-benda yang baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih lebihnya atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.
(Surah al-Isra’ 17:70)
Maksud kemuliaan yang dikurniakan kepada manusia dalam ayat ini ialah manusia itu suci sama ada ketika dia masih hidup atau setelah mati.
Abu Hurairah r.a. pernah bercerita kepada Abu Rafie’ r.a. bahawa:
Nabi SAW bertemu dengannya di sebatang jalan Madinah, sedangkan dia dalam keadaan berjunub. Lalu dia menyembunyikan diri daripadanya dan pergi mandi junub. Setelah itu, Nabi SAW memanggilnya. Apabila dia pergi kepadanya, Baginda berkata: “Ke mana kamu pergi Abu Hurai rah?” Jawabnya, “Wahai Rasulullah, ketika anda terserempak dengan saya, saya dalam keadaan berjunub, dan saya tidak mahu duduk berdekatan denganmu sehinggalah saya mandi” Sabda Baginda: “Maha Suci Allah, sesungguhnya orang Mukmin tidak najis.”
(Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah dalam Sahih Muslim, kitab Haid: Bab dalil orang Islam tidak najis)
2. BELALANG
3. IKAN
Kedua-dua haiwan ini tidak dianggap sebagai bangkai yang najis berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
Dihalalkan kepada kamu dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Dua bangkai tersebut ialah ikan dan belalang. Dua jenis darah pula ialah hati dan limpa.
(Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar dalam Sunan Ibn Majah, kitab Makanan: Bab hati dan limpa)
4. AIR KENCING, TAHI DAN MUNTAH MANUSIA SERTA BINATANG

Air kencing, tahi dan muntah manusia adalah najis dan wajib dibasuh.
Melainkan air kencing kanak-kanak lelaki yang masih menyusu, belum memakan makanan selain susu ibunya atau susu-susu yang lain, memadai sekadar direnjis air.
Begitu juga air kencing, tahi dan muntah haiwan-haiwan yang tidak dimakan dagingnya, seperti keldai dan baghal, atau yang dimakan dagingnya seperti lembu dan kambing, adalah najis.
Dalil yang menyatakan air kencing itu najis adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim bahawa seorang Badwi telah kencing di dalam masjid, lalu Baginda bersabda:
Tuangkan ke atasnya sebaldi air.
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Perintah Baginda agar menuangkan sebaldi air ke atas air kencing menunjukkan bahawa air kencing adalah najis.
5. ANGGOTA BADAN YANG TERPOTONG ATAU TERCERAI DARIPADA SEEKOR HAIWAN YANG MASIH HIDUP

Anggota atau mana-mana bahagian haiwan yang terpisah atau terpotong dari pada haiwan yang masih hidup adalah najis.
Seperti ekor yang dipotong daripada seekor lembu yang masih hidup, adalah najis dan haram dimakan.
Sabda Rasulullah SAW:
Apa yang terpotong daripada haiwan yang masih hidup, adalah bangkai.
(Riwayat Abu Daud melalui Abu Waqid dalam Sunan Abi Daud, kitab Pemburuan: Bab buruan yang terpotong)
Tetapi rambut dan bulu haiwan yang boleh di makan dagingnya seperti bulu kambing biri-biri, dikecualikan daripada hukum ini, dan ia adalah suci.
Firman Allah SWT:
Dan Dia menjadikan bagi kamu daripada kulit binatang-binatang ternak: Khemah khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (dibawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti dan (Dia juga menjadikan bagi kamu) daripada berjenis jenis bulu binatang-binatang ternak itu, pelbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga suatu masa.
(Surah al-Nahl 16:80)
6. SUSU HAIWAN YANG TIDAK DIMAKAN DAGINGNYA

Susu haiwan seperti keldai, dan baghal yang tidak dimakan dagingnya, adalah najis dan haram diminum.
Ini kerana hukum susu adalah sama dengan hukum dagingnya.
7. AIR WADI
Wadi ialah air putih yang keluar dari pada zakar selepas membuang air kecil atau kerana mengangkat benda yang berat, dan ia adalah najis.
Kerana air ini keluar bersama dengan air kencing dan selepasnya.
Oleh itu, ia mengikut hukum air kencing yang najis dan perlu dibersihkan.
8. AIR MAZI
Mazi ialah air jernih, pekat dan lekit yang keluar kerana syahwat atau apa bila memikirkan tentang seks.
Air mazi keluar dahulu sebelum air mani ketika berjimak walaupun manusia tidak akan merasa ketika ia keluar. Ia keluar daripada lelaki dan juga perempuan, tetapi perempuan lebih banyak mengeluarkan air mazi.
Air mazi ini adalah najis dan perlu dibasuh zakar dan faraj serta pakaian atau tempat yang terkena air tersebut.
Keluarnya air mazi ini juga menyebabkan batalnya wuduk berdasarkan hadis Ali bin Abu Talib r.a.:
Saya adalah seorang lelaki yang kerap keluar air mazi, lalu saya mengarahkan seorang lelaki (al-Miqdad bin al-Aswad) untuk bertanyakan kepada Nabi SAW kerana (malu dengan) kedudukan anak perempuannya (Fatimah sebagai isteri Ali). Dia bertanya dan Baginda menjawab: ‘Berwuduklah dan basuh zakar kamuโ
(Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ali bin Abu Talib dalam Sahih al-Bukhari, kitab Basuhan: Bab membasuh air mazi dan berwuduk)

Panduan Membersihkan Air Mani, Mazi Dan Wadi
Panduan ini akan menjelaskan secara terperinci hukum dan kaedah membersihkan air dari tubuh manusia.
Cara Membersihkan Dan Menyucikan Najis Mutawassitah

Bagaimana kaedah yang betul untuk membersihkan najis mutawassitah?
Najis mutawassitah adalah jenis najis yang tidak perlu dibasuh berulang kali seperti najis berat.
Namun, ia juga tidak memadai dengan hanya dipercikkan air ke atasnya seperti najis ringan.
Time needed: 15 minutes
Berikut adalah kaedah menyucikan najis mutawassitah langkah demi langkah:
- Menyingkirkan Najis
Baju atau pakaian terkena najis mutawassitah. Najis itu hendaklah dihilangkan daripada badan, baju atau tempat yang terkena najis mutawassitah tersebut.

- Alirkan Air Ke Kawasan Terkena Najis
Hendaklah mengalirkan air di tempat tersebut hingga hilang sifat-sifatnya (warna, bau dan rasa) dan tidak memadai dengan mengelapnya dengan kain atau kertas.

- Hilangkan Semua Kesan Najis. Berus Jika Perlu
Hendaklah dibersihkan semua sifat-sifat najis tersebut. Jika masih ada kesan, pakaian itu hendaklah diberus.

- Jika Najis Itu Terkena Pakaian, Rendam Sebentar
Rendam sebentar pakaian tadi jika kesannya masih ada.

- Langkah Terakhir, Bilas Sekali Lagi
Akhir sekali, apabila air najis telah hilang, seperti air kencing yang telah kering, tempat tersebut masih perlu dibilas dengan air mutlak yang mengalir.

Kaedah Menyucikan Najis Mughallazah Dan Muhaffafah
Selain daripada panduan membersihkan najis mutawassitah, jika anda memerlukan rujukan untuk membersihkan najis muhaffafah (ringan) dan mughallazah (berat), anda boleh merujuk pautan ini:
- Kaedah Menyucikan Najis Muhaffafah
- Kaedah Menyucikan Najis Mughallazah
- Jenis-Jenis Najis & Cara Menyucikan Najis Dalam Islam
Saya berharap panduan ini akan membantu melakukan taharah dengan betul.
Jika anda ada sebarang persoalan, anda boleh tinggalkan persoalan berikut pada ruangan komen di bawah. InsyaaAllah saya akan cuba menjawabnya secepat yang mungkin.
Terima kasih.





Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum Encik Naim, saya Wafiq.
Saya nak tanya untuk berkenaan cuci najis.
Cerita : Saya ada kucing di rumah. Kadang-kadang, mereka kencing, muntah di atas lantai. Ada kalanya kencing atas tilam/kotak kosong.
Cara saya cuci Apabila :
1.Tahi/Muntah kucing atas lantai
2.Air kencing atas lantai
3.Air kencing dekat tilam.
Hasil :
Saya dapati tiada bau,warna najis selepas saya cuci guna kaedah saya.
Soalan :
Terima kasih
Wa’alaikumussalam,
Berikut adalah penjelasan berkenaan masalah tersebut:
1. Hukum Membersihkan Najis Menggunakan Wipes, Sanitizer, atau Urine Remover
Dalam Islam, membersihkan najis memerlukan air mutlak untuk menyucikan kawasan yang terkena najis. Air mutlak ialah air yang suci lagi menyucikan, seperti air paip, air hujan, atau air yang tidak bercampur dengan bahan lain sehingga mengubah sifat asalnya.
Menggunakan wipes, sanitizer, atau urine remover sahaja tanpa mengalirkan air mutlak tidak memenuhi syarat penyucian najis dalam Mazhab Syafi’e, walaupun kawasan tersebut kelihatan bersih dari segi bau dan warna.
2. Cara Menyucikan Najis Mengikut Islam
Untuk menyucikan najis (seperti kencing atau muntah kucing) pada lantai atau tempat lain:
3. Kandungan Aqua (Air) dalam Sanitizer / Wipes
Walaupun sanitizer atau wipes mengandungi air (aqua), ia tidak dianggap sebagai air mutlak kerana sifatnya telah berubah akibat pencampuran bahan kimia. Oleh itu, ia tidak boleh menggantikan fungsi air mutlak dalam membersihkan najis.
4. Solat di Kawasan yang Dibersihkan dengan Wipes/Sanitizer Sah atau Tidak?
Solat di kawasan yang hanya dibersihkan dengan wipes atau sanitizer tidak sah jika najis tidak disucikan dengan air mutlak terlebih dahulu. Kawasan tersebut masih dianggap bernajis walaupun kelihatan bersih.
Cadangan untuk Menyelesaikan Isu Ini
—
Kesimpulannya:
Semoga penjelasan ini membantu tuan menjaga kesucian tempat solat dan memahami kaedah penyucian najis dalam Islam.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum,
Jika kita memegang kucing yang kita pasti yg kucing ni sentiasa masuk tong sampah untuk mencari makanan, dan selepas itu memegang barang lain tanpa membasuh tangannya, adakah barang lain itu terkena najis dari tong sampah tersebut?
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Dalam kes ini, terdapat beberapa perkara yang perlu difahami mengenai hukum najis dan bagaimana ia tersebar.
1. Kucing secara umumnya tidak najis: Dalam Islam, kucing bukanlah haiwan yang dianggap najis. Air liurnya juga tidak najis, berbeza dengan anjing. Oleh itu, memegang kucing tidak menjadikan tangan atau barang yang disentuh itu najis secara automatik.
2. Walaupun kucing itu sering masuk ke dalam tong sampah, kita perlu melihat kepada jenis kotoran atau najis yang mungkin ada. Jika kucing terkena sesuatu yang jelas dan kita yakin ia adalah najis mutawassitah (najis sederhana seperti darah, nanah, atau kotoran lain), maka najis itu boleh berpindah melalui sentuhan secara langsung. Namun, sekiranya tiada najis yang jelas pada kucing tersebut atau tiada bukti yang meyakinkan bahawa tangan terkena najis, ia tidak perlu dianggap najis.
3. Dalam kaedah fiqh, keraguan tanpa bukti yang jelas tidak membatalkan kesucian. Jika tiada kesan najis yang dapat dilihat atau diyakini pada kucing atau pada tangan selepas memegang kucing tersebut, tidak perlu menganggap barang lain yang disentuh sebagai terkena najis.
Oleh itu, jika tuan memegang kucing yang tiada tanda jelas najis padanya, dan tiada bukti najis pada tangan, maka barang lain yang disentuh tidak dianggap terkena najis. Namun, jika tuan merasakan ada kotoran atau najis yang nyata, eloklah mencuci tangan sebelum memegang barang lain untuk memastikan kesucian.
Wallahu a’lam.
Kucing saya ada buang air di tepi bakul pakaian yang saya hendak basuh. Kemudian saya tengok ada tuala kecil yang jatuh di lantai berdekatan. Saya sebenarnya tidak pasti sama ada tuala tersebut terkena najis atau tidak. Jadi saya terus buka paip air dan basuh tuala itu tanpa periksa ianya terkena najis atau tidak.
1. Soalan saya adakah air basuhan tuala itu (air yg turun dari tuala tersebut saat kena air paip) dikira najis?
2. Dan kalau ia najis bagaimana pula dengan lantai atau tempat yang terkena percikan air tersebut? Perlukah dibasuh juga?
3. Kalau air yang turun itu tidak berubah dari segi warna, bau dan rasa macam mana pula?
Mohon penjelasan ustaz. Terima kasih
Waalaikumussalam,
Berikut adalah penjelasan mengenai persoalan anda berdasarkan pandangan fiqh dalam Mazhab Syafie:
1. Adakah Air Basuhan Tuala Itu Dikira Najis?
Jika tuala tersebut terkena najis (air kencing kucing), maka air yang menitik dari tuala tersebut ketika dibasuh akan dikira najis. Ini kerana air yang terkena najis dan kemudian mengalir keluar masih membawa sifat najis, kecuali jika air yang digunakan untuk membasuh itu banyak (lebih dari dua qullah) dan air tersebut mengalir sehingga menghilangkan najis sepenuhnya.
2. Lantai atau Tempat yang Terkena Percikan Air Najis
Jika air basuhan yang menitik dari tuala itu najis dan mengenai lantai atau tempat lain, maka tempat tersebut juga dianggap terkena najis. Oleh itu, tempat yang terkena percikan air najis perlu dibasuh untuk menghilangkan najis.
3. Jika Air Tidak Berubah dari Segi Warna, Bau, dan Rasa
Menurut kaedah fiqh, jika air yang mengalir dari tuala tersebut tidak berubah dari segi warna, bau, atau rasa setelah dibasuh dengan air yang bersih, maka air tersebut tidak dianggap najis lagi. Ini bermakna air tersebut sudah hilang sifat-sifat najisnya dan tidak perlu dibimbangi.
Langkah yang Boleh Diambil:
1. Membasuh Tuala dengan Teliti
Pastikan tuala dibasuh dengan aliran air yang mencukupi sehingga hilang kesan najisnya. Basuh sehingga anda yakin bahawa najis telah hilang sepenuhnya.
2. Membersihkan Tempat yang Terkena Air Basuhan
Jika anda tidak pasti sama ada tempat tersebut terkena najis, lebih baik membersihkannya dengan air mengalir untuk memastikan kesuciannya.
3. Menggunakan Air yang Banyak (lebih dua qullah)
Menggunakan air yang banyak untuk membasuh najis adalah lebih baik kerana ia dapat memastikan najis hilang sepenuhnya dan mengelakkan keraguan.
Kesimpulan
Jika air basuhan yang turun dari tuala terkena najis, ia dikira najis kecuali jika air tersebut tidak berubah dari segi warna, bau, dan rasa setelah dibasuh dengan air yang mencukupi.
– Lantai atau tempat yang terkena percikan air najis perlu dibasuh.
– Sentiasa memastikan najis dibersihkan dengan betul menggunakan air yang mencukupi untuk menghilangkan sifat-sifat najis tersebut.
Semoga penjelasan ini membantu anda. Jika ada sebarang pertanyaan lanjut atau memerlukan penjelasan tambahan, sila maklumkan.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum. Boleh terangkan secara terperinci mengenai pembahagian najis mutawassitah? Adakah benar najis mutawassitah terbahagi kepada najis aini, najis hakiki dan najis hukmi? Jikalau benar terdapat najis aini, boleh berikan contoh? Bagaimana pula dengan najis hissi dan najis ma’nawi? Adakah najis hakiki sama dengan najis hissi manakala najis hukmi sama dengan najis ma’nawi? Mohon penerangan. Terima kasih
Waalaikumussalam.
Dalam Mazhab Syafie, najis terbahagi kepada tiga kategori utama: najis mughallazah, najis mutawassitah, dan najis mukhaffafah.
Untuk fokus pada najis mutawassitah, ia adalah najis yang bersifat pertengahan dan perlu dibersihkan dengan lebih teliti berbanding najis mukhaffafah tetapi tidak seberat najis mughallazah.
Najis mutawassitah terbahagi kepada dua jenis utama:
1. Najis ‘Aini (najis hissi):
Najis yang boleh dilihat atau dikesan dengan pancaindera (pandangan mata, bau, atau rasa).
2. Najis Hukmi (najis maโnawi):
– Najis yang tidak boleh dilihat secara zahir tetapi diketahui wujudnya melalui hukum atau dalil syarak.
– Contohnya, seseorang yang telah menyentuh najis kemudian membasuhnya sehingga tiada lagi kesan fizikal, tetapi masih perlu disucikan kerana hukumnya masih dianggap bernajis.
Najis Hakiki dan Najis Hissi
Najis hakiki biasanya merujuk kepada najis yang nyata dan boleh dilihat, yang sama dengan najis hissi atau najis ‘aini. Ia adalah jenis najis yang jelas dan nyata seperti darah, najis, dan air kencing.
Najis Maโnawi
Najis maโnawi adalah najis yang tidak nyata atau tidak dapat dilihat dengan pancaindera, tetapi ia tetap dianggap bernajis berdasarkan hukum syarak. Ini adalah sama dengan najis hukmi.
Ringkasan
Untuk mengelakkan kekeliruan, penting untuk memahami bahawa pembahagian ini adalah berdasarkan bagaimana najis tersebut boleh dikesan dan bagaimana ia perlu dibersihkan menurut syarak.
Jika ada sebarang soalan lanjut atau perlukan penjelasan tambahan, sila maklumkan ya. Terima kasih.
Assalamualaikum, saya ingin bertanya pada suatu hari saya bangun dari tidur dan menyedari saya telah terkencing di dalam seluar. Kemudian, saya perasan kawasan yang basah dan berbau hancing tersebut di bahagian poket sebelah kiri.
Persoalannya, adakah najis tersebut telah berpindah pada karpet yang telah saya gunakan untuk tidur sedangkan kawasan karpet tersebut tidak basah.Dan adakah wajib untuk saya membasuh kawasan tersebut walaupun tiada kesan basah padanya?
Dan adakah betul tindakan saya hanya dengan hanya terus menjirus air pada kawasan tersebut tanpa menghidu dahulu kawasan karpet tersebut kerana menganggap tiada perpindahan najis sebab tiada kesan basah pada karpet tersebut?
Waalaikumussalam,
Dalam situasi yang saudara jelaskan, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan berkaitan hukum najis dan cara membersihkannya.
1. Perpindahan Najis:
– Najis hanya akan berpindah jika terdapat kesan basah yang menghubungkan antara kawasan yang terkena najis dengan kawasan yang lain. Oleh itu, jika kawasan karpet tidak basah dan tidak ada kesan najis yang dapat dilihat atau dihidu, kemungkinan besar najis tidak berpindah ke karpet.
2. Membasuh Karpet:
– Jika tidak terdapat tanda-tanda najis pada karpet seperti bau atau kesan basah, maka tidak wajib untuk saudara membasuh kawasan karpet tersebut. Adalah cukup untuk saudara memastikan bahawa karpet tersebut tidak terkena najis sebelum menggunakannya kembali.
3. Cara Membersihkan Najis:
– Jika saudara merasa was-was, tindakan saudara menjirus air pada kawasan karpet tersebut adalah memadai sebagai langkah berhati-hati, walaupun secara hukum tidak diwajibkan jika tiada kesan najis.
Dalam mazhab Syafie, najis dianggap tidak berpindah melainkan terdapat kelembapan atau kesan yang jelas menunjukkan perpindahan. Oleh itu, tindakan saudara adalah betul dengan menganggap tiada perpindahan najis jika tiada kesan basah atau bau pada karpet tersebut.
Semoga penjelasan ini membantu.
Wallahu a’lam.