NAJIS MUGHALLAZAH: Maksud, Contoh & Cara Menyucikan

cara sama menyucikan najis mughallazah

Apakah maksud Najis Mughallazah?

Bagaimanakah cara samak atau kaedah menyucikan Najis Mughallazah?

Panduan ini akan menerangkan secara langkah demi langkah cara menyucikan najis mughallazah secara lengkap.

Semoga memberi manfaat..

Maksud Najis Mughallazah

Apakah yang dimaksudkan dengan najis mughallazah?

Dalam bahasa Arab, Mughallazah bermaksud najis yang berat untuk disucikan.

Najis ini tidak memadai membasuhnya dengan air seperti najis-najis lain. Ia perlu dibersihkan dengan cara samak1.

Samak ialah kaedah basuhan menggunakan enam kali basuhan air mutlak dan satu kali basuhan air tanah.

Samak Atau Sertu?

Sebenarnya berlaku kekeliruan dalam masyarakat kita diantara samak dan sertu.

Oleh kerana pengertian samak dan sertu ini adalah sangat hampir dari segi bahasa, sering terjadi kekeliruan terhadap samak dan sertu.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sertu ialah menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali, menyamak.

1 Samak pula mempunyai beberapa makna.

Antaranya ialah bahan zat yg digunakan untuk memasak serta mewarnai kulit binatang, membersihkan najis mughallazah dengan air tanah sekali dan air mutlak enam kali, sejenis tumbuhan yang digunakan untuk menyamak kulit.

Maka, kekeliruan yang timbul berkemungkinan datang daripada takrifan sudut bahasa kerana menyamak juga mengandungi makna yang sama seperti sertu iaitu membersihkan najis mughalazah dengan air dan tanah.

Boleh rujuk penerangan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan: AL-KAFI #1316: BEZA SERTU DENGAN SAMAK


Nota

Tajuk panduan ini saya menggunakan perkataan “samak” kerana memudahkan carian pengguna berkaitan tajuk penyucian ini.

Ini disebabkan kata kunci “samak” digunakan secara meluas dalam enjin carian.

Oleh itu, diharapkan sisipan nota ini diharapkan akan memperbetulkan kefahaman yang silap sebelum ini

Jenis & Contoh Najis Mughallazah

Apakah jenis dan contoh Najis Mughallazah?

Najis mughallazah atau najis berat ini terbahagi kepada dua, iaitu:

1. Anjing

Anjing dan keturunannya serta semua yang berasal daripadanya adalah najis, termasuk air liur, peluh dan darah.

Jika bekas, pakaian atau anggota badan terkena najis ini, ia hendaklah dibersihkan sebanyak tujuh kali dan salah satunya hendaklah menggunakan air yang dicampurkan dengan tanah.

Hukum ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

Bekas air sesiapa diantara kamu yang dijilat anjing boleh dibersihkan dengan membasuhnya tujuh kali dan pertamanya dengan tanah.

(Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab Taharah, Bab Hukum jilatan anjing)

Boleh difahami disini, jika mulut anjing yang lebih bersih adalah najis, bahagian-bahagian lain sudah tentu lebih najis.

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah dijemput ke rumah satu keluarga Ansar dan dia menerimanya.

Kemudian, dia sekali lagi dijemput ke sebuah rumah lain, tetapi dia tidak pergi.

Apabila mereka bertanya, Baginda menjawab:

“Kerana di rumah kamu ada anjing.” Mereka membalas. “Tapi di rumah mereka ada kucing”. Baginda menjawab: “Kucing adalah haiwan pemangsa”

(Riwayat Ahmad daripada Abu Hurairah)

2. Babi

Babi dan keturunannya sama ada disembelih mengikut syarak atau tidak, haiwan ini adalah najis berat.

Oleh itu, air liur darah, darah, najis, daging, bulu, tulang atau kulit sama ada yang telah disamak atau tidak, adalah najis.

Ini adalah berdasarkan firmah Allah SWT:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi, kerana sesungguhnya ia adalah kotor.

— Surah al-An’am 6: 145)

Cara Samak (Kaedah Menyucikan Najis Mughallazah)

Bagaimana cara menyucikan Najis Mughallazah?

Najis ini apabila terkena pada pakaian, badan atau tempat, hendaklah dibersihkan dengan tujuh basuhan.

Salah satu daripada tujuh basuhan itu hendaklah menggunakan air bercampur tanah.

(1 air tanah + 6 kali air mutlak = 7 basuhan)

Cara samak (sertu) ini terpakai tidak kira sama ada najis itu nampak zahir najisnya (aini) atau tidak meninggalkan kesan (hukmi)

Kaedah penyuciannya adalah seperti berikut:

Time needed: 10 minutes

Berikut dinyatakan kaedah menyucikan Najis Mughallazah secara langkah demi langkah.

  1. Kenalpasti Jenis Dan Kedudukan Najis Mughallazah Tersebut

    Contohnya najis anjing yang terkena karpet atau tikar. Najis biasanya mempunyai warna, bentuk dan bau.Menyucikan najis mughallazah

  2. Singkirkan Najis Sehingga Hilang Ainnya

    Gunakan alat yang sesuai untuk mengalihkan najis tersebut seperti penyapu dan surat khabar.menyucikan najis mughallazah

  3. Siram Air Ditempat Bekas Najis Tersebut

    Siram dengan air mutlak ke atas tapak najis tadi sehingga hilang warna dan baunya.Menyucikan Najis Mughallazah

  4. Basuh Dan Siram Dengan Air Tanah

    Dalam salah satu basuhan air, gunakan air bercampur tanah. Air tanah boleh disiram pada awal, ditengah atau pada akhir basuhan.menyucikan najis mughallazah

  5. Seterusnya Dibasuh Dengan Enam Basuhan Air Mutlak

    Basuh tapak najis tadi dengan enam basuhan air mutlak sehingga bersih

Penutup

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang baik kepada kita sebagai seorang Muslim di dalam hal-hal agama.

Marilah kita membiasakan diri untuk membuat perkara yang betul dan memperbetulkan perkara yang biasa kita lakukan.

Semoga panduan ini membantu saudara saudari sekalian.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

101 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Contri
Contri
1 bulan yang lalu

Assalamualaikum,

saya nak tanya , boleh ke ambil pendapat Imam Malik berkenaan Najis anjing ataupun pendapat hanya air liur anjing najis , untuk mengatasi was was , dimana saya masih menggunakan Mazhab Syafie untuk urusan lain , tetapi hanya Anjing atau Babi sahaja dalam Mazhab Maliki kerana terlampau was was melampau , lagi lagi lalu di kawasan banyak anjing dan kasut kasut yang mungkin diperbuat oleh Babi

Dan juga saya pernah berkata ayat , aku nak croot kat masjid dekat kawan saya , untuk penjelasan , croot itu term agak lucah yang merujuk ke onani , macam slang lucah contohnya nacak atau toceng , tapi saya memang tak berkenan dengan maksud tu , so saya tukar maksud ayat tu croot tu kepada kencing atau berak sebab lebih padan dan kena , lagi lagi saya ada masalah penghadaman , so bila berak atau kencing memang akan bunyi croot macam cirit birit ke apa , kawan saya pun paham apa saya maksudkan sebab dia tahu saya tak suka term lucah lucah , dan dia tahu saya tukar maksud ayat tu semua untuk tidak melucahkan dan menghindari benda benda lucah sebab tak patut ayat ayat slang macam tu disebut , lagi lagi bunyi croot macam bunyi orang membuang dan sangat tak patut untuk sandarkan benda tu ke onani , jadi setelah apa saya bagi penjelasan ni , ok , satu hari tu kami ke masjid , saya pulak rasa nak membuang , pastu cakap macam , aku nak croot jap kat masjid macam tu , bukan lah maksud onani tapi masa tu nak terkencing , kawan saya paham je , saya juga melawak sindir term tu uji kawan sebab kadang kawan saya ingat croot merujuk onani , saya cam agak dia ingat saya nak onani (memang taklah) tapi dia paham yang saya sebenarnya nak kencing, cam saya sindir term tu la , sebab tak patut bunyi croot tu sandar ke onani , jadi selepas cakap tu saya pergi kencing , bersuci dan bersolat terus sama sama ,

Tapi perbuatan saya ini risau takut menghina syariat Islam macam menghina masjid , adakah perbuatan saya ini termasuk menghina masjid walau takda niat? Risau pula sebab takut macam rosak akidah saya , sebab takut jatuh kufur kalau mempersendakan Islam

Last edited 1 bulan yang lalu by Contri
Contri
Contri
Reply to  Muhamad Naim
1 bulan yang lalu

Baik Ustaz , jadi untuk 1 , boleh lah saya pakai pendapat Mazhab Maliki untuk bab anjing atau babi sahaja dan bab Ibadah dan bersuci dalam Mazhab Syafie , dikira sebagai talfiq kan? , kerana boleh jadi gila saya dengan was was ni sebab saya was was dengan semua benda , jika saya pakai pendapat Mazhab Maliki dalam bab anjing maybe lebih mudah dalam Ibadah , psikologi saya sekarang agak lain jadi sebab terlampau was was ,

Was was saya itu sampai menghina Allah dan Rasul (was was kufur dari syaitan laknatullah, bukan saya yang hina tapi setan dalam kepala) , dan juga maybe sebab saya banyak Jahil setan ni suka was was kan saya ,

Saya juga nak tanya ragu akan kekafiran orang kafir jadi kafir itu bagaimana , situasi saya , saya ni jenis memang berhati hati , saya risau mentakfir orang Islam , sebab salah takfir , saya risau takut jatuh kafir , sebab salah tuduh orang kafir boleh jadi kafir , dalam masa yang sama saya baca Pembatal Pembatal Islam , salah satu ialah seperti di atas , saya confuse dan saya tak ragu akan agama selain Islam itu Kafir dan atheis dan murtad kafir , memang saya tak ragu , tapi bagaimana aplikasi itu di real time view , contohnya , ada orang hantar barang ke rumah orang kafir, kalau dia jelas kafir tu memang kafir lah , bagaimana ada kesamaran atau tak tahu , contohnya tak tau dalam rumah tu penganut dia apa adakah semua dalam rumah tu kafir atau tak , walaupun bela anjing , bukan apa , saya berhati hati terlampau sebab saya ada kawan saya yang dulu dia kafir sebelum dia masuk Islam , keluarganya India tapi saya tak tau status keluarga nya yang lain sekarang ini , saya punya berhati hati dia sampai , kalau dia pakai baju contohnya baju agama lain dalam lakonan ke apa , saya still tak macam takfir , bukan apa sebab memang ada orang Islam yang pakai baju agama lain juga Wallahu a’lam , rasanya sebab cosplay atau saya tak tahu lah , saya terlampau berhati hati sebab zaman sekarang orang Islam dan orang Kafir berpenampilan hampir serupa , mestilah kalau orang Islam yang ke arah penampilan itu macam pelaku maksiat secara umum , tapi disebabkan itu saya berhati hati , sebab ada orang Islam yang minum arak , bela anjing , jadi disebabkan itu saya berhati hati walaupun nampak hint hint terdekat , sebab saya tak tau dan takut tersalah , tapi kalau jelas kafir dia memang kafir lah dia macam agama lain atau atheis atau murtad , lagi satu bab pelaku pembatal Islam atau orang yang murtad ni , saya tau banyak pasal ni , tapi even dah tau , saya still berhati hati , takut salah , saya ni orang awam walaupun saya tahu banyak , saya masih jahil dan saya bukan alim ulama , jadi bila berlaku depan mata saya benda ni , saya tak takfir orang itu tapi saya tahu perbuatannya salah dan boleh jatuh kafir kalau buat benda tu , apa yang menghalang saya ialah , saya tahu ada macam condition , condition dia untuk takfir orang itu dan biasa Alim Ulama lebih pakar bab itu , contoh penghalang takfir orang itu gila contohnya (seingat saya maaf kalau tersalah) . Sebab tu saya terlampau berhati hati , Tapi cara saya berfikir juga dan psikologi saya juga makin rosak pula bila melayan was was jahat sebab ada je benda yang dia was was kan jadi disebabkan terlalu berhati banyak was was timbul , bagaimana kes saya ni ustaz ? Saya confuse sangat ni Nauzubillah , saya confuse dan sakit kepala dengan was was , maybe sebab saya kurang paham bab agama , tapi juga saya maybe kurang paham bab ragu akan kekafiran orang kafir ni , risau sangat dengan akidah saya ini .

Contri
Contri
Reply to  Muhamad Naim
1 bulan yang lalu

Lagi satu Ustaz , saya pernah sampai terpikir nak buat bahasa baru , dia macam Bahasa ni memang hanya Allah yang tahu , sebabnya even bahasa Malaysia , Arab , English pun saya ada was was , was was akidah dan was was kufur , kacau bahasa arab contohnya ketika bacaan Al Quran , kadang ada ayat bunyi synonym dengan ayat lain an , ha dia mula kacau part situ macam nak ayat Al Quran dalam masa sama dia gi was was bab akidah , bab fiqh , ha bab agama dan semua ni berlaku serentak sentiasa even dalam solat dan ibadah lain , bayangkan 10 lapis lintasan ayat berlaku serentak dalam satu masa dan dia looping , dia macam idk la , sampai saya rasa nak buat code bahasa yang hanya Allah yang tahu so dapat kelirukan setan ni dari kacau saya , sakit kepala jadi dengan was was ni , apa hukum kalau saya nak cipta bahasa baru sebab ni ? Macam code bahasa yang hanya saya tau dan Allah Maha Mengetahui apa saya maksudkan , dia macam , mestilah saya elak yang bertentangan dengan syariat, dia macam bunyi bunyi je , bloob bloob beep beep camtu. Fuh frust saya dengan was was syaitan ni memang jahat , dan patutlah syaitan dilaknat oleh Allah , memang durjana makhluk syaitan ni , saya juga pernah terpikir yang ada ayat Syaitan atau Iblis ni akan cakap dalam neraka nanti dia just menghasut dan kita salah sebab dengar bisikan dia camtu la maaf kalau tersilap , tapi berdasarkan apa yang saya hadap , saya cam fuh ko memang laknat syaitan sebab cara menghasut tu dia bukan “just” sebab apa saya hadap bukan “just” tapi ini dah tahap syaitan ni memaksa sebab even small thing dia akan was was kan , Saya takda tak percaya ayat AlQuran ni sebab AlQuran kan Firman Allah , tapi saya marah kat syaitan tu sebab dia kata “just” dan saya tahu Allah macam beritahu apa akan terjadi kelak dan macam beritahu apa syaitan ni akan kata dalam neraka kelak dan takda menidakkan Allah , cuma marah syaitan tu kata macam “just” sebab apa dia buat kat saya lain macam dari just , adakah macam saya menolak dan mengubah atau tak percaya , sebab ayat “just” tu , saya bukan tak percaya Allah dan Al Quran , saya cuma marah syaitan tu sebab dia kata mcam dia ni “just menghasut je” padahal , apa dia buat kat saya ni jahat betul sampai sakit kepala jadi , dan betul kata dia bila dia kata cam siapa suruh dengar bisikan tu sebab kita ikut bisikan dan ajakan dia tu camtulah bunyi dia sorry kalau salah , dia macam tulah saya marah sangat dengan syaitan ni , dan of course lah yang bercakap tu Iblis sebab dia kan termasuk dalam syaitan dalam ayat AlQuran , Surah Ibrahim tak silap , saya marah sangat sebab ko kata bisik tapi ko was was teruk gila ni macam dah tahap dan menggilakan orang macam gitulah , apa hukum kalau saya macam ingat camni ustaz sebab marah syaitan/iblis tu

zul
zul
1 bulan yang lalu

Salam..saya ade beli.product cream kecantikan muka..saya baru dpt tahun dlm tu ade collagen extract dari porcine iaitu babi..apa saya perlu buat?sertu satu badan ke..sertu semua benda saya pgg ke..sbb tgn pgg cream tu di sapu di muka..saya pening

Amni
Amni
3 bulan yang lalu

Assalamualaikum. Saya bekerja d klinik haiwan, setiap hari akan ada pelanggan membawa anjing. Sya menggunakan baju labcoat & plastik utk mengelakkan terkena pada baju. Sya akan basuh labcoat & kebiasaannya sya akan sertu dulu, walaupun tidak ada kesan najis yg jelas (kerana risau saya bersandar pd meja rawatan & sebagainya yang tercemar.)
Soalan:
1. Perlukah saya sertu labcoat tersebut?

2. Dalam proses sertu, tangan yang menyentuh pakaian yg disertu & air sertu yang mengalir di lantai tu bagaimana? Adakah dikira tercemar dan perlu disertu selepas itu? Saya melihat banyak di youtube cara sertu – tangan bersih membasuh tangan/barang yang tercemar dengan menggosok², bukankah menyebabkan tangan tersebut juga tercemar?

3. Apakah tangan saya tercemar jika menyentuh meja rawatan, atau apa² barang lain dalam keadaan kering? (Staf Non-muslim/pelanggan memegang anjing dan memegang barang/meja/pen/duit dll)

Amni
Amni
Reply to  Muhamad Naim
3 bulan yang lalu

Terima kasih ustaz atas pencerahan.

Amni
Amni
Reply to  Amni
3 bulan yang lalu

Maafkan sya ustaz, untuk soalan no. 1 tu, kalau meja rawatan tu kering, walaupun telah tercemar, maknanya kalau tersentuh/terkena labcoat pun tidak mengapa? Atau barang yang yakin sudah tercemar walaupun kering tetap dianggap tercemar?(Jawapan ust no. 3)

adakah juga bermaksud Melainkan saya rasa kemungkinan/yakin terkena najis berat ‘direct’ ke labcoat/anggota badan saya baru perlu sertu?

Terima kasih ustaz.

Amni
Amni
Reply to  Muhamad Naim
3 bulan yang lalu

Syukran ustaz, telah mencerahkan apa yang terbeban dalam fikiran saya selama ini. Saya doakan ustaz dimurah rezeki & dikurniakan kesihatan berpanjangan. Amiin.

Khairul annuar
Khairul annuar
5 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, saya ada persoalan pasal najis mughllazah ni . Ketika di tempat kerja saya terpijak tahi anjing dan tahi itu melekat pada tapak kasut dan kawasan tempat kerja saya . Selepas itu, saya buang tahi anjing dkt tmpt kerja dan kasut , pastu di kasut saya bersihkan najis itu dan basuh dengan air tanah 1kali , air mutlak 6 kali . Jadi sah x saya bersihkan najis tersebut. Masih ragu ragu lagi ni..

Eli
Eli
5 bulan yang lalu

Assalamualaikum, saya ada persoalan mengenai najis mughallazah.
Saya menetap di negara non muslim dan agak sukar untuk mendapatkan tanah. Kebiasaannya rakan serumah saya makan daging babi dan kami berkongsi peti ais. Tangan saya pernah terkena daging tersebut. Saya telah membasuh tangan saya menggunakan tanah(sabun sertu) dan air dalam kuantiti yang sangat sedikit.

Persoalan saya:
1) Saya risau sekiranya masih ada anggota tangan yang belum disertu sepenuhnya kerana kuantiti air tanah tersebut terlalu sedikit disebabkan saya sudah kehabisan sabun sertu. Apakah yang perlu dilakukan?
Situasi saya agak sukar untuk mendapatkan tanah secara biasa.

2) Sekiranya tangan saya sudah terkena najis mughallazah dan sudah dibuang ainnya tetapi hanya dibasuh secara biasa, lalu saya menyentuh peralatan lain… Adakah peralatan yang saya sentuh ketika tangan basah dikira najis juga?

Terima kasih

Eli
Eli
Reply to  Muhamad Naim
5 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz,

Saya sudah faham jawapan kepada soalan no.1 tetapi saya masih kurang jelas dengan jawapan kepada soalan no.2.

Bagaimana sekiranya kejadian itu sudah berlaku 2 bulan yang lalu dan saya sudah menyentuh banyak peralatan lain dengan tangan basah? Adakah saya masih perlu sertu semua peralatan itu? Kerana saya sudah tidak ingat apa yang saya pegang ketika tangan basah. Walaupun saya ingat, tapi saya tidak sertu. Contohnya peralatan elektrik atau phone.

Merujuk semula kepada persoalan awal saya, sebenarnya saya tidak menyentuh daging tersebut tetapi hanya tersentuh plastik daging(bahagian dalam) sahaja. Darah daging atau cebisan daging tidak melekat, cuma tangan saya basah. Jadi saya hanya basuh tangan saya secara biasa dan terus memegang peralatan lain.
Lagi satu, waktu tu saya sedang mengeluarkan plastik ais dan plastik ais juga terkena plastik daging tersebut(bahagian dalam).

Saya agak waswas kerana saya sudah sertu tangan tapi tidak sertu plastik ais tersebut dan sudah disentuh semula. Apakah tangan saya masih najis?

Saya pernah mendengar ceramah seorang ustaz di youtube menyatakan bahawa tangan yang tersentuh najis mughallazah jika sudah dibasuh secara biasa, tidak akan berpindah najis pada peralatan yang dipegang walaupun tangan basah. Namun tangan masih wajib disertu. Jadi saya masih keliru dengan jawapan mengenai perpindahan najis mughallazah ketika tangan basah.

Saya selalu terfikir mengenai soalan ni dan agak mengganggu kehidupan seharian kerana dikhuatiri masih terdapat najis.

Saya memohon maaf kerana bertanya banyak soalan dan terima kasih kerana sudi menjawab persoalan saya..

Last edited 5 bulan yang lalu by Eli
Eli
Eli
Reply to  Muhamad Naim
4 bulan yang lalu

Saya sudah faham penjelasan tuan. Terima kasih.

Siti Nurulhuda
Siti Nurulhuda
6 bulan yang lalu

Assalamualaikum, maaf nak tanya saya ada kekeliruan.. Ada satu kejadian dimana ada anjing kencing di depan kedai saya., semasa saya sedang bilas dengan air ada customer lalu dan masuk ke dalam kedai (cucian saya sudah 1air tanah & 3 kali air mutlak) kemuadian selepas customer keluaq dari kedai saya sambung semula 3 kali basuhan air mutlak., adakah sah??? Atau saya kena samak sampai ke dalam kedai??

Last edited 6 bulan yang lalu by Siti Nurulhuda
Syatillia Rosle
Syatillia Rosle
6 bulan yang lalu

Assalamualaikum. Saya mengahdiri majlis di rumah rakan non muslim.Dia telah memelihara seekor anjing.Anjing itu berkeliaran di dalam rumah. Saya telah terpijak lantai yg telah dilalui oleh anjing berkenaan.Adakah saya kena samak? Mohon penjelasan.

Contri
Contri
Reply to  Muhamad Naim
6 bulan yang lalu

adakah air liur anjing sahaja yang najis ustaz sebab ada pendapat bulu anjing suci ialah pendapat paling rajih walaupun dalam mazhab syafie ianya najis , maksudnya hanya air liur dan najis anjing yang najis berat , manakala bulu dan sebagainya suci adakah betul ustaz?

Contri
Contri
Reply to  Muhamad Naim
6 bulan yang lalu

Berkenaan dengan ini , jika waktu hujan banyak anjing lalu lalang di kawasan kawasan , contohnya tengah jalan ataupun lalu kawasan yang anjing lintas dengan kereta , adakah air yang terpercik dekat kereta tu najis jikalau langgar lopak yang berdekatan(tidaklah dekat tetapi berhampiran) dengan anjing anjing tu ? Dan juga boleh kah ambil pendapat Mazhab Hanafi iaitu hanya air liur sahaja najis , ataupun Mazhab Maliki kerana agak sukar untuk menjaga sebab di area saya dan tempat saya selalu lalu dan ulang alik , pasti ada anjing mahupun hujan ataupun siang ataupun orang yang memakai kasut dari kulit khinzir , contohnya dalam mrt atau mall , saya sudahlah was was agak teruk sehingga ada bisikan pelik pelik dalam hati , tambah masalah ni juga ianya meresahkan hati dan makin takut pulak dengan najis , agak banyak juga kasut yang dari kulit babi contohnya brand seperti New Balance , dan ada juga brand seperti Puma Suede dan sebagainya , risau sebab diri ni selalu sangat terdedah dengan najis berat dan agak sukar nak ikut pandangan Mazhab Syafie yang menajiskan keseluruhan anjig , bagaikan najis bergerak anjing itu, lagi lagi juga isu barang barang dari babi contohnya cawan dari tulang babi yang viral dulu yang kita tidak tahu akan barang ni diperbuat babi ke tak , saya juga turut mengkaji dan sedang belajar akan kenajisan anjing dan babi dalam 4 Mazhab ni tetapi tak berani nak ambik pendapat dari Mazhab lain , tapi hujah hujah dan dalil dari Mazhab lain agak Kuat, dan juga bersesuaian dengan waktu sekarang dimana dimana mana pasti ada unsur najis berat , mahupun di bandar , saya selalu memang sangat was was dekat bandar ke tempat kerja ke , pengangkutan awam ke , saya bila was was lega pun bila sampai di kawasan yang kebanyakan melayu dimana pasti tidak ada najis anjing dan babi dikawasan itu , dan paling saya risau ialah bersalaman atau bersentuhan dengan kawan saya yang non-muslim dimana dia pernah bela anjing dan juga makan makan x halal , saya tak pasti lah apa makanan dia tapi seringkali jika nak ajak keluar makan sekali , dia nak keluar makan dengan kawan non muslim lain untuk makan makanan non halal lah , agak merunsingkan juga kalau dia makan tu ntah ntah babi ke apa sebab dari reaksi dan hint dia bagi seolah olah babi la yang dia nak makan tu , risau sebab saya pernah duduk dalam kereta dia semua , bolehkah saya ambik pendapat antara Mazhab Maliki dan Hanafi dalam kenajisan anjing dan babi , tetapi solat , mandi wajib , bersuci semua , ikut Mazhab Syafie , saya nak hilangkan was was ni , takut satu hari nanti jadi gila nak hadap dalam kepala asyik pikir najis , dia dah start effect hidup saya juga sebab terlampau berhati hati , bukan untuk bermudah dan ikut hawa nafsu , tapi jalan keluar untuk pulihkan was was ni dari berterusan.

Last edited 6 bulan yang lalu by Contri
Contri
Contri
Reply to  Muhamad Naim
6 bulan yang lalu

Ouh maksudnya saya bolehlah ambik pendapat yang ringan dengan tujuan untuk mengurangkan beban dan mudahkan dan bukan untuk bermain main sebab memang taknak main pun kerana was was saya terlalu melampau dan sangat tinggi . Tetapi still , bolehkah saya masih mengamalkan mazhab Syafie dalam bersuci dan beribadah macam biasa tetapi hanya bab najis saya ambik sedikit dari mazhab lain seperti Maliki dan Hanafi?

Contri
Contri
Reply to  Muhamad Naim
6 bulan yang lalu

dan lagi satu , saya ni was was sama ada saya pernah terpegang anjing tak masa kecil , dan juga was was dimana tahun lepas macam ada anjing lalu tapi tak pasti sama ada orang atau anjing yang langgar kaki saya tapi saya tak rasa anjing sebab rasa macam kaki orang yang langgar tapi saya masih was was dan tak ingat sama ada kaki saya basah ke tak masa tu atau masa tu hujan ke tak sebab masa tu lepas kerja dan saya masuk kedai non muslim untuk beli barang hobby , dia ada bela anjing dalam kedai , saya sampai check layout kedai untuk memastikan kawasan anjing lalu tu memang tak kena saya , sebab masa tu owner anjing dan anjing tu masuk kedai dan lalu di belakang saya , dan saya rasa waktu tu malam tapi tak tahu hujan ke tak , saya juga tak ingat sama ada anjing tu basah ke tak , boleh juga jadi beg yang saya pakai langgar kaki saya sebab saya ada macam sangkut air dekat bag tu atau tali beg langgar kaki saya , tapi kesimpulannya saya tak pasti sangat dengan situasi tu , apa nak buat ustaz kalau banyak sangat kemungkinan ini dan saya tak dapat pastikan sebab dah berlalu lama , apa yang saya ingat , saya ignore sahaja was was dan terus balik masa keluar dari kedai tu tahun lepas , benda ni dah jadi lama dalam tahun lepas tapi harini pula tiba tiba was was tu naik balik , macam mana ustaz?

Syatillia Rosle
Syatillia Rosle
Reply to  Muhamad Naim
6 bulan yang lalu

Terima kasih tuan.

Nur
Nur
7 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz. waktu hari perayaan hantu haritu, mereka ada makan-makan dalam bilik meeting di office saya. saya telah duduk di situ setelah beberapa hari. jadi apa hukumnya?

Faiz
Faiz
8 bulan yang lalu

Assalammualikum saya buat grab, lepasty terkena najis babi,saya balik rumah lepastu saya pegang kerusi dan barang2, saya kene samak ke semua barang dekat rumah saya

Zubaidah
Zubaidah
8 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz,saya ingin brtnya soalan,ada seekor anjing tlh masuk k dlm kedai saya dn ada kesan air liur, mcm mna cara saya hndk bersihkan untk pengetahuan ustaz dlm kedai ada karpet yg tlh d lekatkan dn sukar hndk d buka, mcm mna cara saya hndk membersihkannya

AIMAN
AIMAN
Reply to  Muhamad Naim
8 bulan yang lalu

Ustaz najis saya terkena pada pakaian perlukah saya sertu pakaian tersebut?adakah sertu wajib?

Adakah terkena bulu Babi yang kering perlu sertu?