Cara Membersihkan Dan Mencuci Najis Mutawassitah

Bagaimana cara membasuh dan menyucikan najis mutawassitah?

Panduan ini akan menerangkan kaedah membasuh dan menyucikan najis mutawassitah secara lengkap dan mudah.

Apa yang menarik:

Panduan ini turut menerangkan definisi dan contoh-contoh najis mutawassitah. Setiap langkah diterangkan secara satu persatu dengan bantuan gambar.

Mari kita mulakan..

Maksud Najis Mutawassitah

Apakah maksud najis mutawassitah?

Najis mutawassitah adalah bermaksud najis dalam kategori najis pertengahan.

Najis ini perlu dibasuh dengan air mutlak.

Najis sederhana yang tidak perlu dibasuh berulang kali seperti najis berat, tetapi ia juga tidak memadai dibersihkan dengan hanya dipercikkan air ke atasnya seperti najis ringan.

Contoh Dan Jenis Najis Mutawassitah

1. ARAK

Ini termasuk semua jenis arak dan semua cecair yang memabukkan.

Firman Allah SWT:

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari pada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

(Surah a-Ma’idah 5:90)

Rasulullah SAW pula bersabda:

Setiap yang memabukkan itu adalah arak, dan setiap arak adalah haram.

(Riwayat Muslim daripada Ibn Umar dalam Sahih Muslim, kitab Minuman: Bab penjelasan bahawa setiap yang memabukkan itu adalah arak, dan setiap arak adalah haram)

2. DARAH

Semua jenis darah manusia dan haiwan adalah najis.

Namun, ada beberapa pengecualian. Darah yang dihukum tidak tergolong sebagai najis adalah:

  • Bukan darah manusia yang mati syahid, kerana darah orang yang mati syahid adalah suci.
  • Bukan darah haiwan yang hidup di dalam air, seperti ikan.
  • Darah yang banyak dan mengalir, tidak termasuk darah hati dan limpa, kerana kedua dua darah ini tidak dianggap najis berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

“Dihalalkan untuk kamu dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Dua jenis bangkai itu ialah ikan dan belalang. Semen tara dua jenis darah pula ialah hati dan limpa.”

(Riwayat Ibn Majah daripada Abdullah bin Umar dalam Sahih Ibn Majah, kitab Makanan: Bab hati dan limpa)

3. BANGKAI

Semua haiwan yang tidak disembelih atau disembelih tanpa mengikut hukum syarak adalah najis.

Ini termasuklah semua haiwan yang disembelih untuk berhala dan yang disebut selain daripada nama Allah. Ini berasaskan kepada firman Allah SWT:

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala.

(Surah Ma’idah 5:3)

Tiga Jenis Bangkai Yang Tidak Dianggap Sebagai Najis

1. MAYAT MANUSIA

Mayat manusia tidak dianggap sebagai najis kerana kemuliaannya di sisi Allah, sebagaimana firman-Nya:

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam. Dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda-benda yang baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih lebihnya atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.

(Surah al-Isra’ 17:70)

Maksud kemuliaan yang dikurniakan kepada manusia dalam ayat ini ialah manusia itu suci sama ada ketika dia masih hidup atau setelah mati.

Abu Hurairah r.a. pernah bercerita kepada Abu Rafie’ r.a. bahawa:

Nabi SAW bertemu dengannya di sebatang jalan Madinah, sedangkan dia dalam keadaan berjunub. Lalu dia menyembunyikan diri daripadanya dan pergi mandi junub. Setelah itu, Nabi SAW memanggilnya. Apabila dia pergi kepadanya, Baginda berkata: “Ke mana kamu pergi Abu Hurai rah?” Jawabnya, “Wahai Rasulullah, ketika anda terserempak dengan saya, saya dalam keadaan berjunub, dan saya tidak mahu duduk berdekatan denganmu sehinggalah saya mandi” Sabda Baginda: “Maha Suci Allah, sesungguhnya orang Mukmin tidak najis.”

(Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah dalam Sahih Muslim, kitab Haid: Bab dalil orang Islam tidak najis)

2. BELALANG

3. IKAN

Kedua-dua haiwan ini tidak dianggap sebagai bangkai yang najis berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

Dihalalkan kepada kamu dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Dua bangkai tersebut ialah ikan dan belalang. Dua jenis darah pula ialah hati dan limpa.

(Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar dalam Sunan Ibn Majah, kitab Makanan: Bab hati dan limpa)

4. AIR KENCING, TAHI DAN MUNTAH MANUSIA SERTA BINATANG

Air kencing, tahi dan muntah manusia adalah najis dan wajib dibasuh.

Melainkan air kencing kanak-kanak lelaki yang masih menyusu, belum memakan makanan selain susu ibunya atau susu-susu yang lain, memadai sekadar direnjis air.

Begitu juga air kencing, tahi dan muntah haiwan-haiwan yang tidak dimakan dagingnya, seperti keldai dan baghal, atau yang dimakan dagingnya seperti lembu dan kambing, adalah najis.

Dalil yang menyatakan air kencing itu najis adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim bahawa seorang Badwi telah kencing di dalam masjid, lalu Baginda bersabda:

Tuangkan ke atasnya sebaldi air.

(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Perintah Baginda agar menuangkan sebaldi air ke atas air kencing menunjukkan bahawa air kencing adalah najis.


5. ANGGOTA BADAN YANG TERPOTONG ATAU TERCERAI DARIPADA SEEKOR HAIWAN YANG MASIH HIDUP

Anggota atau mana-mana bahagian haiwan yang terpisah atau terpotong dari pada haiwan yang masih hidup adalah najis.

Seperti ekor yang dipotong daripada seekor lembu yang masih hidup, adalah najis dan haram dimakan.

Sabda Rasulullah SAW:

Apa yang terpotong daripada haiwan yang masih hidup, adalah bangkai.

(Riwayat Abu Daud melalui Abu Waqid dalam Sunan Abi Daud, kitab Pemburuan: Bab buruan yang terpotong)

Tetapi rambut dan bulu haiwan yang boleh di makan dagingnya seperti bulu kambing biri-biri, dikecualikan daripada hukum ini, dan ia adalah suci.

Firman Allah SWT:

Dan Dia menjadikan bagi kamu daripada kulit binatang-binatang ternak: Khemah khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (dibawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti dan (Dia juga menjadikan bagi kamu) daripada berjenis jenis bulu binatang-binatang ternak itu, pelbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga suatu masa.

(Surah al-Nahl 16:80)

6. SUSU HAIWAN YANG TIDAK DIMAKAN DAGINGNYA

Susu haiwan seperti keldai, dan baghal yang tidak dimakan dagingnya, adalah najis dan haram diminum.

Ini kerana hukum susu adalah sama dengan hukum dagingnya.


7. AIR WADI

Wadi ialah air putih yang keluar dari pada zakar selepas membuang air kecil atau kerana mengangkat benda yang berat, dan ia adalah najis.

Kerana air ini keluar bersama dengan air kencing dan selepasnya.

Oleh itu, ia mengikut hukum air kencing yang najis dan perlu dibersihkan.


8. AIR MAZI

Mazi ialah air jernih, pekat dan lekit yang keluar kerana syahwat atau apa bila memikirkan tentang seks.

Air mazi keluar dahulu sebelum air mani ketika berjimak walaupun manusia tidak akan merasa ketika ia keluar. Ia keluar daripada lelaki dan juga perempuan, tetapi perempuan lebih banyak mengeluarkan air mazi.

Air mazi ini adalah najis dan perlu dibasuh zakar dan faraj serta pakaian atau tempat yang terkena air tersebut.

Keluarnya air mazi ini juga menyebabkan batalnya wuduk berdasarkan hadis Ali bin Abu Talib r.a.:

Saya adalah seorang lelaki yang kerap keluar air mazi, lalu saya mengarahkan seorang lelaki (al-Miqdad bin al-Aswad) untuk bertanyakan kepada Nabi SAW kerana (malu dengan) kedudukan anak perempuannya (Fatimah sebagai isteri Ali). Dia bertanya dan Baginda menjawab: ‘Berwuduklah dan basuh zakar kamu’

(Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ali bin Abu Talib dalam Sahih al-Bukhari, kitab Basuhan: Bab membasuh air mazi dan berwuduk)
air kencing

Panduan Membersihkan Air Mani, Mazi Dan Wadi

Panduan ini akan menjelaskan secara terperinci hukum dan kaedah membersihkan air dari tubuh manusia.

Cara Membersihkan Dan Menyucikan Najis Mutawassitah

Bagaimana kaedah yang betul untuk membersihkan najis mutawassitah?

Najis mutawassitah adalah jenis najis yang tidak perlu dibasuh berulang kali seperti najis berat.

Namun, ia juga tidak memadai dengan hanya dipercikkan air ke atasnya seperti najis ringan.

Time needed: 15 minutes.

Berikut adalah kaedah menyucikan najis mutawassitah langkah demi langkah:

  1. Menyingkirkan Najis

    Baju atau pakaian terkena najis mutawassitah. Najis itu hendaklah dihilangkan daripada badan, baju atau tempat yang terkena najis mutawassitah tersebut.najis mutawassitah

  2. Alirkan Air Ke Kawasan Terkena Najis

    Hendaklah mengalirkan air di tempat tersebut hingga hilang sifat-sifatnya (warna, bau dan rasa) dan tidak memadai dengan mengelapnya dengan kain atau kertas.najis mutawassitah

  3. Hilangkan Semua Kesan Najis. Berus Jika Perlu

    Hendaklah dibersihkan semua sifat-sifat najis tersebut. Jika masih ada kesan, pakaian itu hendaklah diberus.
    memberus najis mutawassitah

  4. Jika Najis Itu Terkena Pakaian, Rendam Sebentar

    Rendam sebentar pakaian tadi jika kesannya masih ada.
    rendam najis mutawassitah

  5. Langkah Terakhir, Bilas Sekali Lagi

    Akhir sekali, apabila air najis telah hilang, seperti air kencing yang telah kering, tempat tersebut masih perlu dibilas dengan air mutlak yang mengalir.
    najis mutawassitah

Kaedah Menyucikan Najis Mughallazah Dan Muhaffafah

Selain daripada panduan membersihkan najis mutawassitah, jika anda memerlukan rujukan untuk membersihkan najis muhaffafah (ringan) dan mughallazah (berat), anda boleh merujuk pautan ini:

Saya berharap panduan ini akan membantu melakukan taharah dengan betul.

Jika anda ada sebarang persoalan, anda boleh tinggalkan persoalan berikut pada ruangan komen di bawah. InsyaaAllah saya akan cuba menjawabnya secepat yang mungkin.

Terima kasih.

Tinggalkan Komen Anda..

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments