21 Himpunan Doa Keluarga Bahagia Untuk Suami Isteri

doa keluarga bahagia
Keluarga bahagia adalah dambaan setiap insan.

Apakah doa yang harus diamalkan dalam rumah tangga?

Kesejahteraan dan kerukunan berumah tangga adalah idaman setiap keluarga.

Semua orang mahukan keluarga bahagia.

Alangkah bahagia kiranya dapat suami, isteri dan anak-anak hidup dalam suasana mesra, harmoni dan penuh ketakwaan terhadap Allah SWT.

Oleh itu, saya menyediakan beberapa doa yang mustajab diamalkan oleh suami isteri keluarga Islam untuk menjamin kelangsungan kehidupan keluarga bahagia lagi harmoni.

 


1. Doa Ketika Hendak Berjimak Dengan Isteri

Doa Keluarga Bahagia

Maksudnya:

Ya Allah, ya Tuhanku, hindarilah aku daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan itu daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami (anak)

InsyaaAllah, jika pasangan itu memperoleh anak kelak, syaitan tidak akan dapat mempengaruhinya.

 


2. Doa Mendapat Anak Soleh

Doa Keluarga Bahagia

Maksudnya:

Tuhanku, kurniakan kepadaku anak-anak yang soleh (bertakwa)

 


3. Zikir Untuk Mendapat Anak

Maksudnya:

Wahai Tuhan Yang Maha Menjadikan, Wahai Tuhan Yang Maha Mencipta dan Yang Maha Membentuk

Perempuan  yang lama berhasrat memiliki anak, bolehlah mewiridkan nama-nama (Asmaul Husna) di atas sebagai wirid harian.

 


4. Doa Untuk Mendapat Anak Yang Sempurna (Tidak Cacat)

Maksudnya:

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

Surah Ali-‘Imran ayat 38

 


5. Doa Agar Mendapat Anak Yang Berakhlak Mulia Dan Menghormati Ibu Bapa

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”

Surah al-Ahqaf ayat 15

 


6. Doa Memperoleh Isteri Dan Anak-Anak Bertakwa

Maksudnya:

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

— Surah al-Furqan 74

 


7. Doa Mengekalkan Kasih Sayang Suami, Isteri & Anak-Anak Yang Terpisah Agar Tertambat Hati Antara Satu Dengan Yang Lain

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

— Surah Ali ‘Imran 200

Dibaca setiap kali solat fardhu.

 


8. Doa Kasih Sayang (Pelembut Hati Suami atau Isteri)

 

Taha (Hai Manusia). Tiada Kami turunkan al-Quran ke atasmu supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Penurunan daripada Allah yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan Yang Maha Pemurah, berkuasa di atas ‘Arasy

— Surah Taha ayat 1-5

 

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

— Surah Asy-Syura ayat 19

 


9. Doa Keampunan Allah

Maksudnya:

Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.

— Surah al-A’raf ayat 23

 


10. Doa Memohon Rahmat Dan Pimpinan Allah

Maksudnya:

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”

— Surah al-Kahfi ayat 10

 


11. Doa Menghindar Diri Daripada Perangai & Nafsu Jahat

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada perangai buruk, dan kerakusan hawa nafsu.

 


12. Doa Mendapat Hidayah Berkekalan Daripada Allah

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

— Surah Ali Imran ayat 8

 


13. Doa Mendapat Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

Maksudnya:

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.

— Surah al-Baqarah ayat 201

 


14. Doa Keluar Rumah Agar Mendapat Perlindungan Allah Atas Harta Benda Dan Keluarga

Maksudnya:

Dengan nama Allah (dalam keadaan) aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua.

 


15. Doa (Selawat) Mohon Rezeki Yang Luas Dan Akhlak Yang Baik

Maksudnya:

Ya Allah, kurniakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW dengan selawat yang melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami, begitu juga (selawat ini dikurniakan) atas keluarga dan sahabat-sahabatnya serta berikanlah kesejahteraan (kepada mereka).

 


16. Doa Melindungi Anak-Anak Daripada Gangguan Syaitan

Maksudnya:

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat (yang akhirnya mengakibatkan sakit)

 


17. Bacaan Untuk Menolak Gangguan Syaitan

Maksudnya:

Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada penipuannya, bisikannya dan godaaannya.

 


18. Doa Ketika Marah

 

doa ketika marah

Maksudnya:

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam

 


19. Doa Mengawal Diri Daripada Sifat Panas Baran

Maksudnya:

Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji, air embun, dan air yang sejuk. Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana  Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran.

 


20. Doa Ketika Ditimpa Musibah

doa ditimpa musibah

Maksudnya:

Sesungguhnya kami milik Allah dan KepadaNya kami akan kembali (pada hari Kiamat). Ya Allah! Berilah pahala pada musibahku dan gantilah aku dengan lebih baik daripadanya (musibah itu)

 


21. Doa Memohon Akhlak Yang Baik

Doa Keluarga Bahagia

Maksudnya:

Ya Allah, sepertimana Engkau telah mencantikkan kejadianku, maka perbaiki pula akhlakku.

 

 

Adab dan Sebab Doa Diterima

  • Niat yang ikhlas kerana Allah
  • Yakin doa diterima
  • Mengulang doa sebanyak 3 kali
  • Berdoa dengan khusyuk serta rasa rendah diri
  • Mengadap kiblat
  • Memohon diampun segala dosa dan bertaubat
  • Mula dan akhiri dengan pujian kepada Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad
  • Berdoa dalam keadaan suci dan berwudhuk
  • Mengangkat dua belah tangan dengan rasa rendah hati
  • Memastikan urusan kehidupan adalah dari sumber halal
  • Mulakan dengan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain
  • Ucapkan syukur atas nikmat Allah
  • Tidak memohon selain daripada Allah

 

Doa keluarga Bahagia Ini Perlu Dijadikan Amalan Harian

Manusia memerlukan Allah lebih daripada segala keperluan lain.

Tanpa Allah dalam hatinya, manusia umpama ikan yang ketiadaan air. Jiwanya akan mati.

 Doa ialah cara hidup yang menjadi tradisi orang soleh.

Semua perkara dalam kehidupan mempunyai doa khusus. Apatah lagi soal-soal yang besar seperti membina keluarga bahagia dan beriman.

Itulah uniknya Islam.

Allah mendidik manusia agar selalu dan sentiasa berdoa kepada-Nya.

Malah Allah mengajar manusia tentang doa yang bagaimana seharusnya diajukan, menerusi ayat-ayat dalam al-Quran.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat dalam usaha kita membina keluarga bahagia, sakinah dan mawaddah.

Mohon kongsikan panduan ini jika ia memberi manfaat kepada anda.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

7 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum Ustaz,

Bila niat/doa, boleh tak kalau baca ayat rumi/terjemahan sahaja.

Terima kasih.

Faizal
Faizal
4 tahun yang lalu

Jazakallah Khairan Kathira

farah ahmad
farah ahmad
4 tahun yang lalu

terima kasih..konsi doa semoga kita semua beroleh keberkatan dari Allah swt.

nur sakinah
nur sakinah
4 tahun yang lalu

kenapa x de rumi. saya blum pandai baca Al quran

mohamad harey
mohamad harey
5 tahun yang lalu

☺☺☺☺☺☺☺???