
Bagaimana cara mengerjakan Solat Sunat Tawaf?
Panduan ini akan membimbing anda melakukan Solat Tawaf secara langkah demi langkah secara lengkap โ Termasuk doa selepas Solat Sunat Tawaf.
Setiap bacaan juga dipermudahkan dengan transliterasi Rumi.
Semoga bermanfaat..
Maksud Solat Sunat Tawaf
Solat sunat tawaf merupakan solat yang dilakukan selepas seseorang Muslim menyelesaikan tawaf di Kaabah, di Masjidil Haram, Mekah. Solat ini adalah amalan yang dianjurkan dalam Islam, khususnya bagi mereka yang sedang menunaikan ibadah Haji atau Umrah.
Solat ini terdiri daripada dua rakaat dan dilaksanakan sebagai tanda kesyukuran dan penghormatan kepada Allah setelah menyelesaikan tawaf mengelilingi Kaabah, yang merupakan salah satu rukun Haji dan Umrah.
Menurut Mazhab Syafi’i, solat sunat tawaf adalah sunat muakkad, yang bermaksud ia adalah sunat yang sangat dianjurkan dan hendaklah dilaksanakan jika mampu. Solat ini biasanya dilakukan di belakang Maqam Ibrahim atau di mana-mana tempat dalam Masjidil Haram yang sesuai.
Dalam solat ini, selepas membaca Al-Fatihah, pada rakaat pertama biasanya dibaca Surah Al-Kafirun dan pada rakaat kedua dibaca Surah Al-Ikhlas, mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.
Nota
- Seseorang yang melaksanakan samada ia tawaf wajib atau tawaf sunat, disunatkan melakukan Solat Sunat Tawaf di sisi Baitullah.
- Solat ini tidak semestinya pada tempat atau masa tertentu, ia boleh dilaksanakan di mana-mana tempat dalam Masjidil Haram di Makkah.
- Adalah lebih afdal sekiranya Solat ini dapat dilakukan di belakang atau di sekitar Maqam Ibrahim yang terletak berdekatan dengan pintu Kaabah yang dikenali sebagai Multazam.
- Multazam merupakan tempat yang mustajab untuk berdoa maka seandainya dapat didirikan solat Tawaf di situ maka hendaklah seseorang itu mengambil peluang untuk memperbanyakan doa ketika sujud mahupun setelah membaca tasyahhud akhir sebelum memberi salam ke kanan.
- Sekiranya terdapat kesukaran untuk melaksanakan Solat Tawaf di Maqam Ibrahim, maka diperbolehkan untuk mengerjakannya berhampiran Hijr Ismail atau di bawah pancuran Emas atau di mana-mana kawasan dalam Masjidil Haram mahupun di luarnya.
Daripada Amru bin Dinar katanya, aku mendengar Umar r.a berkata:
Nabi SAW sampai (ke Mekah), lalu Baginda tawaf di Baitullah tujuh kali dan solat di belakang maqam Ibrahim dua rakaat, kemudian Baginda keluar ke Safa, dan sesungguhnya Allah Taala telah berfirman: “Sesungguhnya adalah bagi kamu pada Rasulullah SAW contoh yang baik.”
โ Riwayat Bukhari
Lafaz Niat Solat Sunat Tawaf
Niat solat sunat tawaf adalah seperti berikut:

Usolli Sunnatal Tawwafi Rakโataini Lillahi Taala
Sahaja aku solat sunat Tawaf dua rakaat kerana Allah Taala.
Cara Mengerjakan Solat Sunat Tawaf
Ringkasan Cara Mengerjakan Solat Sunat Tawaf
- Mulakan Solat Sunat Tawaf dengan Takbiratul Ihram sambil niat dalam hati, “Sahaja aku solat Sunat Tawaf dua rakaat kerana Allah Taala.
- Baca Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan surah pilihan seperti Al-Kafirun untuk rakaat pertama dan Al-Ikhlas untuk rakaat kedua.
- Lakukan Rukuk dan Sujud. Pastikan tumaโninah (ketenangan) dalam setiap gerakan.
- Rakaat Kedua: Bangun dengan takbir, baca Al-Fatihah dan surah pilihan yang lain, diikuti dengan rukuk dan sujud.
- Tahiyyat Akhir dan Salam. Duduk untuk tahiyyat akhir dan akhiri solat dengan memberi salam.
Solat Sunat Tawaf adalah sebahagian dari ibadah umrah dan haji. Hukumnya sunat dan dilakukan selepas menunaikan tawaf di Kaabah.
Rakaat Pertama
1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.
Niat Solat Sunat Tawaf
Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Sunat Tawaf dalam hati:

Usolli Sunnatal Tawwafi Rakโataini Lillahi Taala
Atau niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat Sunat Tawaf dua rakaat kerana Allah Taala
* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

2. Bacalah Surah al-Fatihah.
Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.
Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, maka ia adalah perbuatan sunat (dapat pahala membaca)
Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

Bismillฤhir-raแธฅmฤnir-raแธฅฤซm. Al-แธฅamdu lillฤhi rabbil-โฤlamฤซn. Ar-raแธฅmฤnir-raแธฅฤซm. Mฤliki yaumid-dฤซn. Iyyฤka naโbudu wa iyyฤka nastaโฤซn. Ihdinaแนฃ-แนฃirฤแนญal-mustaqฤซm. Sirฤแนญallaลผฤซna anโamta โalaihim, ghairil-magแธลซbi โalaihim wa laแธ-แธฤllฤซn
3. Kemudian, Bacalah Surah al-Kafirun
Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.
Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun

Qul Yฤ Ayyuhal-Kฤfirลซn. Lฤ AโBudu Mฤ TaโBudลซn. Wa Lฤ Antum โฤbidลซna Mฤ AโBud. Wa Lฤ Ana โฤbidum Mฤ โAbattum. Wa Lฤ Antum โฤbidลซna Mฤ AโBud. Lakum Dฤซnukum Wa Liya Dฤซn
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): โHai orang-orang kafir! โAku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. โDan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. โDan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. โDan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. โBagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamakuโ.
Anda juga boleh baca surah-surah yang lain selain al-Kafirun
4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal Aโzim Wabihamdih
5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:


Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
6. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal Aโla Wabihamdih
7. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa โAaFini Waโfu Anni
8. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal Aโla Wabihamdih
9. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

Rakaat Kedua
10. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat
Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah untuk rakaat kedua.
(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

11. Baca Surah al-Fatihah
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

Bismillฤhir-raแธฅmฤnir-raแธฅฤซm. Al-แธฅamdu lillฤhi rabbil-โฤlamฤซn. Ar-raแธฅmฤnir-raแธฅฤซm. Mฤliki yaumid-dฤซn. Iyyฤka naโbudu wa iyyฤka nastaโฤซn. Ihdinaแนฃ-แนฃirฤแนญal-mustaqฤซm. Sirฤแนญallaลผฤซna anโamta โalaihim, ghairil-magแธลซbi โalaihim wa laแธ-แธฤllฤซn
12. Seterusnya Membaca Surah Al-Ikhlas
Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

Qul Huwallฤhu Aแธฅad. Allฤhuแนฃ-แนขamad. Lam Yalid Wa Lam Yลซlad. Wa Lam Yakul Lahลซ Kufuwan Aแธฅad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): โ(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; โAllah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; โIa tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; โDan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNyaโ.
- Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita mahu dan ingat.
13. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal Aโzim Wabihamdih
14. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:


Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
15. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal Aโla Wabihamdih
16. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa โAaFini Waโfu Anni
17. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal Aโla Wabihamdih
18. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir

19. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.
Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

Assalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
โฆ kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

Assalamualaikum Warahmatullah
Doa Selepas Solat Sunat Tawaf

Selesai solat, bacalah doa ini. Sebaik-baiknya doa ini dibacakan di bawah pancur emas dan sebaik-baiknya di Multazam.

Allahumma Ya Rabbal-Baitil-โatiq, Aโtiq Riqaabana Wa Riqaaba Aabaaina Wa Ummahaatina Wa Ikhwaanina Wa Aulaadina Minan-naar, Ya Zal-birri Wal-juudi Wal-karami Wal-fadhli Wal-โatho-I Wal-ihsaan, Allahumma Ahsin โAaqibatana Fil-umuuri Kulliha, Wa Ajirna Min Khizyid-dunya Wa โAzaabil-aakhirah, Allahumma Inni โAbduka Wabnu โAbdika Waaqifun Tahta Baabika Multazamun Bi Aโtaabika Mutazallilun Baina Yadaika, Arju Rahmataka Wa Akhsya โAzaabaka, Yaa Qadiimul-ihsaan, Allahumma Inni As-aluka An Tarfaa Zikri Watadhoa Wizri Wa Tusliha Amri Wa Tuthohhira Qalbi Wa Tunawwwira Li Fi Qabri Wa Taghfirali Zanbi Wa As-alukad-darajaatil-โulaa Minal-jannah. Amin
Maksudnya:
Ya Allah, ya Tuhan Yang Memiliki rumah al-‘Atiq (Yang Maha Memberi Kemerdekaan), berilah kemerdekaan (kelepasan) kepada kami, ayah dan ibu kami, saudara-saudara dan anak-anak kami daripada neraka. Wahai Tuhan Yang Memiliki Kebaikan, Maha Pemurah, Memiliki Kemulian, Kelebihan dan Anugerah, Kurniaan dan Ihsan.
Ya Allah, kurniakan kebaikan kepada kami dalam segala kesudahan pekerjaan kami, dan peliharalah kami daripada kehinaan dunia dan seksa akhirat.
Ya Allah, sesungguhnya aku ini hambaMu dan putera daripada hambaMu. Aku berdiri memohon di bawah pintuMu (Multazam) dan merendah diri di sisiMu. Aku memohon rahmatMu dan aku sangat takut akan azab nerakaMu. Ya Tuhan yang berkekalan kebaikan, Ya Allah, aku memohon kepadaMu supaya ditinggikan sebutan namaku, dihapuskan dosaku dan diperbaiki urusanku. Aku mohon disucikan hatiku, dan diberi cahaya pada kuburku. Ampunilah dosaku dan aku memohon kepadaMu kedudukan yang tinggi (kelak) di syurga.
Tinggalkan Komen Anda..
Alhamdulillah
Terima kasih atad ilmu yang dikongsi dan sangat bermanafaat. Semoga tuan sentiasa dalam redha dan rahmat Allah jua..
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah, terima kasih kembali atas sokongan dan doa yang baik itu. Moga Allah juga mengurniakan rahmat, ketenangan serta keberkatan buat puan/tuan dan keluarga. Semoga ilmu yang dikongsi terus memberi manfaat dan menjadi amal jariah untuk kita semua.
ฤmฤซn, ya Rabbal โฤlamฤซn.
Terima kasih atas perkongsian yang sangat jelas..halalkan sy membacanya..ilmu yg bermanfaat..
Alhamdulillah, sama-sama puan.
Ya saya halalkan semuanyaใ
Terima Kasih atas ilmunini.Halalkan ye utk membacanya.
Ya sama-sama tuan ใ
Alhamdulillah..
Terima Kasih atas perkongsian ilmu ini…
Alhamdulillah, sama-sama tuan.
Semoga mendapat umrah yang mabrur
Alhamdulillah….
Terima kasih perkongsian ilmunya.
Semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Redho Allah.
Alhamdulillah, sama-sama
Subhanallah… sy rasa bersyukur sgt.. banyak panduan yg sy dapat dari paparan ni… Tajuk dan cara yg mudah utk solat dan mudah di fahami. Terima kasih banyak2 di atas perkongsian ini dan di harap kan pihak tuan di permudahkan dunia dan akhirat.
Aminn Ya Allah, terima kasih atas doa puan.
Semoga dapat membantu :-)
Alhamdulillah. Kandungan isi setiap tajuk ringkas, padat dan senang difahami. Bermanafaat utk semua.
Alhamdulillah, saya sangat gembira mengetahuinya.
Terima kasih atas maklumbalas :-)