NIAT & CARA SOLAT JUMAAT (Panduan Lengkap Rumi)

solat jumaat

Bagaimana niat dan cara Solat Jumaat?

Ini adalah panduan lengkap untuk mengerjakan Solat Fardu Jumaat.

Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai, dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.

Apa yang menarik:

Panduan ini juga dipermudahkan dengan transliterasi RUMI untuk membantu anda yang menghadapi kesukaran membaca tulisan arab.

Semoga bermanfaat..

Pengenalan

Solat Jumaat wajib bagi lelaki muslim yang baligh tetapi tidak wajib ke atas perempuan.

Sembahyang Jumaat juga tidak wajib sekiranya dalam keadaan musafir.

Solat ini ditunaikan pada hari Jumaat menggantikan sembahyang fardu Zohor.

Ianya dikerjakan di masjid dan wajib dikerjakan secara berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal secara tetap di kawasan itu.

Sembahyang jumaat mestilah didahului dengan dua khutbah dan diikuti dengan solat dua rakaat.

Hukum Solat Jumaat

Solat Jumaat diwajibkan ke atas semua golongan yang memenuhi syarat-syarat wajib Jumaat.

Ia adalah kewajipan; fardu ain yang mesti dilakukan sendiri oleh setiap individu tersebut.

Diriwayatkan oleh Thariq bin Syibab yang berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Solat Jumaat adalah hak yang wajib ke atas setiap orang Islam, melainkan empat golongan, iaitu hamba yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak atau orang sakit

— Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abi Daud

Lafaz Niat Solat Jumaat

Lafaz niat Solat Fardu Jumaat untuk makmum ialah:

Usolli Fardol Jum’ati Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala

Maksudnya:

Sahaja aku solat fardu Jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala

Cara Mengerjakan Solat Jumaat

Ringkasan Cara Melakukan Solat Fardu Jumaat

  1. Permulaan Solat: Selepas pembacaan dua khutbah dan iqamat, mulakan solat dengan niat dan takbiratul ihram. Niat solat fardu Jumaat adalah “Usolli Fardol Jum’ati Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala” atau “Sahaja aku solat fardu Jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala”.
  2. Baca Doa Iftitah: Setelah takbiratul ihram, disunatkan membaca doa Iftitah, walaupun ditinggalkan tidak membatalkan solat
  3. Baca Surah al-Fatihah: Setelah imam membaca al-Fatihah, jemaah mengikut dengan membaca al-Fatihah sendiri secara perlahan
  4. Rukuk dan Sujud: Ikut gerakan imam mulai dari rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan sujud kedua
  5. Rakaat Kedua: Mulakan rakaat kedua dengan takbir intiqalat, kemudian ulangi bacaan al-Fatihah selepas imam
  6. Rukuk dan Sujud Rakaat Kedua: Lakukan rukuk dan sujud mengikut imam
  7. Tahiyyat Akhir dan Salam: Setelah selesai rakaat kedua, lakukan tahiyyat akhir dan akhiri solat dengan memberi salam selepas imam.

Perlu diingat bahawa semua gerakan dalam solat Jumaat mesti dilakukan selepas imam selesai melakukannya, kerana solat Jumaat adalah solat berjemaah

Di bawah ini merupakan cara melaksanakan solat fardu Jumaat secara langkah demi langkah:

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan dengan niat & takbiratul ihram.

Sesudah pembacaan dua khutbah oleh imam atau khatib dan sesudah iqamat, maka berdirilah sebagai persediakan mengerjakan solat.

Selepas imam mengangkat takbiratul ihram, maka barulah kita pula yang melakukan takbiratul ihram.

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat fardu Jumaat dalam hati.

 Usolli Fardol Jum’ati Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala 

.. atau

Sahaja aku solat fardu Jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala

takbiratul ihram

2. Kemudian, bacalah doa Iftitah.

Selepas angkat takbir, maka disunatkan membaca Iftitah.

Hukum membaca Iftitah adalah sunat hai’ah. Solat tetap sah jika doa ini ditinggalkan. Tetapi jika dibaca, akan mendapat pahala.

Setelah selesai, berdiamlah seketika sehingga imam habis membaca surah al-Fatihah.

doa iftitah
Doa Iftitah

Allaahu Akbaru Kabiiraa-walhamdu Lillaahi Katsiiran, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila.

Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw-wamaa Anaa Minal Musyrikiina.

Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina.

Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin


3. Seterusnya bacalah surah al-Fatihah.

Selepas imam selesai membaca al-Fatihah, maka semua jemaah akan meng”amin”kan bacaan itu beramai-ramai secara serentak.

Selepas itu barulah para makmum membaca al-Fatihah sendiri secara perlahan sementara imam membaca ayat/surah lain dari Al-Quran..

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


4. Rukuk Dan Sujud Dalam Rakaat Pertama

Setelah selesai dibaca ayat / surah al-Quran oleh imam, maka ikutlah segala gerak dan perbuatan imam bermula dari rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan sujud kedua.

Sekali lagi diingatkan, jangan mendahului imam dari segi perbuatan kerana ia akan membatalkan solat.

rukuk solat
sujud

Rakaat Kedua

5. Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat

Sehabis sujud kedua, bangun berdiri tegak kembali dengan tangan diletakkan di atas pusat untuk rakaat kedua.

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


6. Baca surah al-Fatihah Selepas Imam

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah selepas imam selesai membacanya.

surah al fatihah
surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


7. Solat diteruskan dengan rukuk dan sujud.

Lakukanlah rukuk dan sujud seperti biasa mengikut pergerakan imam.


8. Bangun dari sujud, terus lakukan tahiyyat akhir sehinggalah selesai rakaat kedua.

tahiyat akhir

9. Sesudah tahiyat, solat diakhiri dengan memberi salam selepas imam selesai memberi salam.

salam

10. Selesai solat, jangan tergesa-gesa keluar dari masjid.

Amat baik jika kita mengikut imam bertasbih, tahmid, takbir dan berdoa.

Syarat Wajib Untuk Solat Jumaat

Berikut adalah beberapa syarat yang mewajibkan seseorang itu untuk mengerjakan sembahyang Jumaat:

  1. Islam
  2. Baligh
  3. Merdeka
  4. Berakal
  5. Lelaki
  6. Untuk perempuan hukumnya harus

Syarat Sah Solat Jumaat

teks khutbah raya aidilfitri

Berikut adalah syarat sah solat fardu Jumaat:

1. Ditunaikan di satu tempat atau bangunan di dalam kawasan kediaman tetap, pekan atau kampung walaupun tidak di dalam masjid


2. Ditunaikan pada waktu Zuhur pada hari Jumaat.


3. Ditunaikan secara berjemaah sekurang-kurangnya 40 orang ahli jemaah termasuk imam dan mereka adalah penduduk yang bermastautin di kawasan itu.


4. Tidak ada kumpulan lain yang mendahului atau melakukan sembahyang jumaat di dalam kawasan yang sama.

Maksudnya, tidak boleh mendirikan dua sembahyang Jumaat di dalam satu tempat atau kawasan walaupun di masjid yang berlainan.

Kecuali untuk kawasan penempatan kampung atau pekan yang terlalu besar dan penduduknya sukar untuk berkumpul di satu tempat, maka sembahyang Jumaat boleh dibuat lebih daripada satu tempat.


5. Didahului dengan dua khutbah

Perkara Sunat Pada Hari Jumaat

Perkara-perkara yang disunatkan pada hari Jumaat khusus untuk mereka yang hendak menunaikan solat Jumaat.

  1. Mandi sebelum pergi ke masjid, sebaik-baiknya ketika hendak berangkat ke masjid.
  2. Memakai pakaian yang bersih, elok dan kemas, seeloknya berwarna putih.
  3. Memakai bau-bauan.
  4. Memendekkan kuku, merapikan misal, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari dan bersugi.
  5. Bersegera ke masjid dengan tujuan mendapatkan saf hadapan.
  6. Perbanyakkan zikir, istigfar, doa dan terutama sekali selawat. Rasulullah SAW menyatakan, pada hari jumaat ada satu waktu mustajab yang diperkenankan doa orang yang berdoa pada waktu itu.
  7. Memberi perhatian pada khutbah yang disampaikan oleh khatib. Makruh menggunakan telefon bimbit atau benda-benda lain termasuk tasbih  ketika khatib sedang berkhutbah.

Soalan Lazim Berkaitan Solat Jumaat

Berikut dikumpulkan beberapa permasalahan lazim yang berlaku ketika solat fardu Jumaat:

Adakah Perlu Solat Fardu Zohor Jika Sudah Mengerjakan Solat Jumaat?

Tidak perlu. Jika sudah mengerjakan Solat Jumaat, maka tidak perlu lagi melakukan Solat Zohor.

Adakah Orang Yang Bermusafir Perlu Solat Jumaat?

Apabila bermusafir selepas terbit fajar hari Jumaat, wajib untuknya menunaikan solat Jumaat sama ada ketika masih dalam perjalanan atau sudah tiba di tempat yang dituju.

Sebaliknya apabila musafir sebelum terbit fajar hari Jumaat, maka tidak wajib untuknya menunaikan solat Jumaat. Bagaimanapun, sekiranya mereka mengerjakannya, itu adalah lebih utama.

Adakah Wajib Solat Jumaat Jika Tinggal Disuatu Tempat Melebihi 4 Hari?

Orang yang bermukim ialah orang yang tinggal di suatu tempat lebih dari tempoh musafir iaitu tempat hari empat malam, tetapi tidak berniat untuk menetap di situ. Seperti orang yang datang kerana berniaga, belajar dan sebagainya. Mereka wajib menunaikan solat Jumaat, tetapi tidak boleh dikira sebagai bilangan ahli Jumaat. Iaitu mereka dikecualikan dari bilangan 40 orang ahli Jumaat yang diwajibkan.

Adakah Polis dan Tentera Yang Sedang Bertugas Wajib Solat Jumaat?

Harus bagi polis dan tentera meninggalkan solat Jumaat kerana menjalankan tugas-tugas keselamatan yang dikira uzur syari’e disebabkan mereka terpaksa bertugas dengan syarat tidak meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut.

Apakah Hukum Solat Jumaat Bagi Orang Bermastautin?

Orang yang bermastautin ialah orang yang tinggal tetap di sesuatu tempat sama ada dilahirkan di situ atau sudah membeli tanah atau rumah atau menyewa rumah dan menetap di tempat itu. Mereka wajib solat Jumaat dan mereka dikira sebagai bilangan ahli Jumaat.

Siapakah Orang Yang Tidak Diwajibkan Solat Jumaat?

Golongan yang tidak diwajibkan solat jumaat adalah wanita, kanak-kanak dan orang yang musafir sebelum terbit fajar hari Jumaat. Tetapi sekiranya mereka ingin mengerjakan solat Jumaat, maka solat mereka adalah sah dan tidak perlu lagi mendirikan solat fardu zohor pada hari itu.

Apakah Hukum Melangkah Tengkuk Orang Ketika di Dalam Masjid?

Orang yang datang lewat untuk bersolat Jumaat perlu duduk di saf yang belakang.

Makruh hukumnya apabila dia mencelah dan menyelit sehingga melangkah tengkuk jemaah lain kerana mahu duduk di saf hadapan kerana perbuatan ini menunjukkan kesombongan dan akan mengguris hati ahli jemaah yang lain.

Sebaik-baiknya datang lebih awal jika mahu duduk di saf hadapan.

Apakah Status Makmum Masbuk Dalam Solat Jumaat?

Untuk makmum yang masbuk, makmum perlu mengikut imam sekurang-kurangnya sempat membaca al-Fatihah dan rukuk bersama imam dalam rakaat kedua. Sekiranya tidak sempat rukuk bersama imam dalam rakaat kedua, dikira tidak dapat bersolat Jumaat pada hari itu.

Apakah Hukum Mengerjakan Solat Sunat Ketika khutbah Jumaat?

Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar, maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyatul masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyatul masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain daripada solat sunat tahiyatul masjid yang tadi.

Adakah Solat Jumaat Dikerjakan Secara Bersendirian?

Tidak boleh. Syarat sah Solat Jumaat mesti dikerjakan secara berjemaah dan dihadiri oleh sekurang-kurangnya 40 orang ahli jemaah yang tinggal dikawasan itu.

Apakah Hukum Solat Jumaat Di Kawasan Pedalaman Yang Jemaah Kurang 40 Orang?

Orang yang tinggal jauh di pedalaman dan akan berjalan jauh untuk ke masjid berhampiran, dibolehkan untuk Solat Jumaat di kawasan mereka sendiri walaupun kurang daripada 40 orang jika mengikut pandangan ulama yang membolehkan solat jumaat kurang daripada 40 orang dan mengikut pendapat yang mengatakan tidak semestinya solat jumaat dikerjakan di masjid (Fath al-Mu’in, 2/69)

Penutup

Saya berharap agar panduan ini dapat membantu memudahkan anda dalam melaksanan solat fardu Jumaat.

Jika terdapat sebarang persoalan atau kemusykilan, anda boleh tinggalkan perkara tersebut pada ruangan di bawah.

Terima kasih.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

79 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
@Bdul
@Bdul
8 bulan yang lalu

Salam Auditor.

Maaf kalau saya bertanya. Kita ke solat Jumaat. Setelah masuk ke masjid dan sebelum kita duduk kita lakukn solat sunat tahayatul masjid. Selepas itu masuk waktu zohor azan berkumandang. Apa kah niat untuk solat selepas azan itu? Ini dilakukan semua jemaah sebelum khutbah.

Terima Kasih

Tihani
Tihani
11 bulan yang lalu

Assalammualaikum Tuan Auditor.. Terima kasih atas penerangan ini..
Saya ingin Bertanya, pada pukul berapakah waktu yang sesuai untuk seorang lelaki berada di dalam masjid ketika ingin mengerjakan solat jumaat? Bermula dari mendengar khutbah hingga selesai solat jumaat. Pada kebiasaannya, pukul berapa khutbah akan dimulakan?

Weng
Weng
1 tahun yang lalu

Alhamdulillah penerangan yg sangat jelas , terimah kasih admin.

عبد الله
عبد الله
1 tahun yang lalu

الحمد لله. Assalamualaikum auditor. Terima kasih d atas info yg sangat berguna ini. Semoga الله memberikan kesihatan dan ilmu kepada pihak auditor agar trus dapat memberikan ilmu2 yang berguna.

Kari
Kari
1 tahun yang lalu

Adakah sah solat Jumaatnya sekiranya makmum hanya mendengar bacaan fatihah imam? Ada mengatakan cukup hanya diam dan dengarkan sahaja bacaan imam serta mengaminkannya.

Taufik
Taufik
1 tahun yang lalu

Mcm mana seseorg yg ada anxiety, perasaan takot dan berdebar shaking ketika berdepan dgn ramai org…

Yusof
Yusof
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum
saya nak tanya boleh kah solat jumaat di surau berseorangan/ sendiri disebabkan masa kerje yang hanya diizinkan ke surau yang berdekatan sahaja !
terima kasih

Alsheen mad
Alsheen mad
2 tahun yang lalu

Terimaksih saya pun baru nak mula solat fhardu jum’at kali ni. Thanks for your information jazakallah khairan?

Rizal
Rizal
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya perlukah makmum untuk membaca sendiri ketika rukuk, sujud, tahiyat awal dn akhir ketika solat jumaat? Atau perlu diam sahaja?

hafiq
hafiq
3 tahun yang lalu

salam jumaat,

1.)bolehkah saya melakukan solat tahiyatul masjid 2rakaat sebelum azan?
2.)dan selepas azan pertama saya melakukan silat sunat qabliyah 2rakaat lagi?
total 4 rakaat sunat sebelum waktu solat fardhu jumaat