
Apakah perbezaan diantara makmum masbuk dan makmum muwafiq?
Artikel ini akan menerangkan secara lengkap mengenai makmum masbuk dan muwafiq, untuk membantu anda memahami hukum dalam solat berjemaah dengan lebih baik lagi.
Semoga panduan ini dapat membantu anda melakukan ibadah solat dengan sempurna.
Makmum Masbuk
Makmum masbuk ialah makmum yang tidak sempat solat bersama imam dari awal takbiratulihram.
Ketika makmum mula mengikuti imam, sekurang-kurangnya imam sudah pun membaca al-Fatihah dan makmum tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah apabila imam rukuk.
Sekiranya semasa makmum masuk untuk solat jemaah, imam hampir rukuk atau sedang dalam keadaan rukuk, makmum tadi sempat mendapatkan rakaat tersebut sekiranya makmum:
- Terus takbir memulakan solat dengan berniat mengikut imam.
- Setelah berdiri sebentar (sekadar bacaan “subhanallah) teruskan rukuk untuk mendapatkan imam.
- Sekiranya sempat berdiri seketika bersama imam, makmum perlu terus membaca al-Fatihah sekadar yang sempat dan terus mengikut imam rukuk apabila imam rukuk.
Kecuali apabila makmum membaca bacaan-bacaan sunat seperti doa iftitah dan taawuz atau diam sahaja serta sebelum sempat dia membaca al-Fatihah imam sudah rukuk, maka makmum harus segera membaca al-Fatihah sekadar lama masa makmum membaca bacaan sunat atau diam tadi dan terus mengikut imam rukuk.
Kesimpulannya, selagi sempat rukuk bersama imam walaupun seketika, makmum dikira mendapat rakaat tersebut.
Sebaliknya, apabila makmum masuk berjemaah ketika imam sudah melepasi rukuk, maka rakaat tadi tidak dikira.
Makmum mesti menambah rakaat yang terkurang itu selepas imam memberi salam.
Perkara Yang Perlu Dilakukan Oleh Makmum Masbuk
Makmum yang masbuk sunat membaca bacaan-bacaan sunat seperti doa iftitah dan taawuz sebelum membaca al-Fatihah.
Tetapi apabila makmum berasakan tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah sebelum imam rukuk, maka makmum perlu terus membaca al-Fatihah tanpa didahului oleh bacaan yang sunat.
Bahkan, jika pada waktu itu makmum tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihahnya sedangkan imam telah rukuk, maka makmum perlu mengikut imam walaupun tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah.
Sebaliknya, apabila makmum tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah apabila imam rukuk kerana leka membaca yang sunat, maka makmum perlu meneruskan bacaan al-Fatihah sekira-kira sama panjangnya dengan bacaan sunat yang telah dibacanya.
Sekiranya makmum sempat rukuk serta tamakninah bersama imam ketika imam masih rukuk, maka makmum mendapat rakaat itu.
Sebaliknya apabila imam sudah bangun dan hendak turun sujud dan makmum masih lagi meneruskan bacaannya, makmum perlu berniat berpisah dari imam (mufaraqah) atau solatnya terbatal.
Makmum Muwafiq
Makmum muwafiq ialah makmum yang mempunyai cukup masa bersama imam untuk membaca al-Fatihah dengan bacaan yang sederhana.
Jika makmum masih belum selesai membaca al-Fatihah sedangkan imam rukuk, maka makmum perlu menghabiskan bacaan al-Fatihah sebelum rukuk.
Sekiranya makmum sempat menyelesaikan bacaan al-Fatihah sebelum imam melakukan sujud kedua, maka makmum perlu segera rukuk dan seterusnya sehingga sempat bersama imam semula.
Makmum dikira mendapat rakaat tersebut bersama imam.
Sebaliknya, apabila makmum tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah sedangkan imam sudah duduk antara dua sujud, maka makmum perlu terus rukuk dan sebagainya untuk sempat bersama imam.
Makmum masih mendapat pahala berjemaah tetapi rakaat itu tidak dikira.
Oleh sebab itu, makmum mesti menambah rakaat yang kurang itu.
Sekiranya makmum hendak meneruskan bacaan al-Fatihah, maka makmum perlu berniat mufaraqah iaitu berpisah daripada imam dan meneruskan solat bersendirian.
Dalam hal ini, makmum tidak lagi mendapat pahala jemaah.
Perkara yang Perlu Dilakukan Oleh Makmum Muwafiq
Makmum yang muwafiq atau yang dapat mengikut imam semasa berdiri sama ada ketika baru masuk mengikut jemaah atau sedang dalam rakaat dan sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah, makmum wajib menghabiskan bacaan al-Fatihah sebelum mengikut imam rukuk.
Apabila makmum sepatutnya sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah tetapi:
- dia sibuk membaca bacaan-bacaan yang sunat
- atau mengulangi bacaan al-Fatihah kerana ragu-ragu dengan bacaannya sebelum itu
- atau imam membaca dengan cepat sehingga dia tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah ketika imam rukuk
.. maka makmum muwafiq dalam kes ini diberi tempoh iaitu belum berlalu tiga rukun panjang* untuk dia menghabiskan bacaan al-Fatihahnya.
Contohnya, makmum masih boleh terus berdiri untuk menghabiskan bacaan al-Fatihah sehingga imam melakukan sujud yang kedua.
Sebelum imam bangkit dari sujud kedua, makmum perlu segera rukuk apabila bacaan al-Fatihahnya telah habis dibaca.
Sebaliknya apabila makmum masih belum selesai bacaan al-Fatihah, makmum boleh berniat mufaraqah dan menunaikan solat seterusnya secara sendirian.
*Rukun yang panjang:
— Rukun yang panjang adalah rukuk dan sujud, iktidal dan duduk di antara dua sujud tidak termasuk sebagai rukun yang panjang.
Assalamualaikum,
Tadi saya masuk ke dalam jemaah lewat dan imam sudah di sujud tahiyat akhir, tapi semasa sujud tadi saya lupa mengatur kopiah, jadi saya sujud bersama imam tadi tak kena dahi sedangkan ia rukun wajib, tapi saga makmum masbuk ganti 4 rakaat sendiri,
Jadi apakah solat saya masih sah walaupun rukun ketika bersama imam tadi tidak sah di rakaat terakhir? Apakah perlu sujud sahwi dsb?
Waalaikumussalam warahmatullah tuan Azmi.
Jika tuan masuk ketika imam sudah berada pada penghujung solat (sama ada sedang sujud rakaat akhir atau sudah duduk tahiyat akhir), dan tuan tidak sempat rukuk bersama imam, maka rakaat itu memang tidak dikira untuk tuan. Sebab itu selepas imam salam, tuan perlu berdiri dan menyempurnakan 4 rakaat penuh sendiri.
Berkenaan sujud yang tuan ikut bersama imam tadi tetapi dahi tidak terkena tempat sujud: insya-Allah ia tidak menjejaskan solat fardu tuan yang tuan sempurnakan selepas imam salam, kerana tuan memang tidak memperoleh sebarang rakaat bersama imam (tidak dapat rukuk). Yang penting, pastikan dalam 4 rakaat yang tuan kerjakan sendiri itu, semua sujud dilakukan dengan dahi menyentuh tempat sujud dan ada tuma’ninah.
Sujud sahwi tidak diperlukan dalam kes ini. Sujud sahwi biasanya untuk tertinggal perkara sunat yang tertentu atau ragu pada bilangan rakaat; manakala jika rukun benar-benar tertinggal dalam rakaat yang dikira, solat perlu diperbetulkan/diulang, bukan dengan sujud sahwi.
Wallahu a‘lam.
Assalamualaikum ustaz,
Dalam masbuk muwafiq,
Sekiranya imam sudah iktidal, dan makmum baru habis alfatihah dan terus ke rukuk.. apakah dikira rakaatnya?
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, tuan.
Jika imam sudah i‘tidal (rukun rukuk imam telah berlalu), maka rakaat itu tidak boleh dikira hanya dengan tuan rukuk sendirian selepas itu. Dalam mazhab Syafi‘e, mendapat rakaat bagi masbuk ialah sempat rukuk bersama imam dengan tuma’ninah; bila imam sudah i‘tidal, maksudnya tuan sudah terlepas rukuk imam.
Namun, jika tuan sebenarnya muwafiq (tuan bersama imam ketika berdiri tetapi lambat habiskan al-Fatihah), kaedahnya begini:
Wallahu a‘lam.
Assalamualaikum ustaz,
Apakah akan ada kesan dalam solat jika makmum baru masuk sujud kedua? Dan tidak mendapat tomakninah dengan sujud imam yang terus berdiri naik ke rakaat seterusnya?.
I mean like, syarat makmum masbuk adalah mendapat rukuk bersama imam…
Saya baca bacaan alfatihah lambat kerana lagi sakit tekak, sedangkan imam sudah di rukun yang lain..
Saya sempat sujud kedua sebelum imam berdiri tapi tidak rasa mendapat tomakninah sujud bersama imam..
Mohon penjelasan
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, tuan.
Jika tuan baru sempat masuk pada sujud kedua (imam sudah melepasi rukuk), maka rakaat itu tidak dikira bagi makmum masbuk.
Dalam mazhab Syafi‘e, dapat rakaat bagi masbuk ialah sempat rukuk bersama imam dengan tuma’ninah. Jadi tuan ikut imam sampai salam, kemudian tambah baki rakaat yang belum tuan dapat.
Berkenaan tuma’ninah sujud: yang wajib ialah tuma’ninah pada sujud tuan sendiri. Jika tuan rasa sujud terlalu “terkejar” hingga tiada tuma’ninah, cuba pastikan sekurang-kurangnya ada tuma’ninah sekejap sebelum bangun ikut imam.
Dan jika kes tuan sebenarnya muwafiq (bersama imam dari berdiri tetapi lambat habis al-Fatihah kerana uzur), rakaat itu dikira hanya jika tuan sempat habiskan al-Fatihah dan sempat “catch up” sebelum imam bangkit dari sujud kedua.
Jika tuan ragu sempat atau tidak, ambil yang yakin: kira tidak sempat, dan tambah satu rakaat selepas imam salam.
Wallahu a‘lam.
Assalamualaikum wbt, jika imam dah rukuk, makmum baru masuk takbir.
Apakah wajib tomakninah atau Kadar bacaan subhanallah bagi makmum yang hendak takbir kedua untuk rukuk?
Dalam kes saya, setelah takbir masuk solat, saya terus takbir ke rukuk mengikuti imam tanpa tamakninah.
Itu sahaja, terima kasih
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, tuan.
Dalam mazhab Syafi‘e, bila tuan masuk ketika imam sedang rukuk:
Jadi kes tuan: kalau takbiratul ihram tuan selesai ketika berdiri (bukan ketika sedang menunduk turun), solat sah. Cuma selepas ini elok amalkan berdiri sekejap sebelum rukuk supaya lebih yakin dan tertib.
Wallahu a‘lam.
Pengertian masbuk anda seperti di atas adalah tidak tepat. Yg betul ialah Makmum masbuk ialah makmum yang tidak mempunyai cukup masa bersama imam untuk membaca al-Fatihah dengan bacaan yang sederhana.
ustaz, bagaimana jika saya takbir masuk jamaah, ketika saya turun rukuk, imam sekaligus dalam saat yang sama bangun dari rukuk,
adakah saya masih dapat rakaat tersebut? mohon bantuan pencerahan ustaz, alhamdulillah terima kasih.
Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu situasi dan beberapa soalan.
Situasi: Saya tiba di masjid ketika imam sedang membaca tahiyat akhir dalam solat maghrib. Saya segera bertakbir dan duduk bersama imam hingga selesai memberi salam. Kemudian saya bangun dan menyambung tiga rakaat seorang diri.
Soalan:
a. Adakah saya dikira sebagai masbuk atau muwafik?
b. Adakah cara solat yang dilakukan oleh saya sah menurut hukum fish mazhab Syafi’i. Sekiranya tidak keberatan, saya ingin tahu sebabnya (jawapan).
Terima kasih.
Waalaikumussalam wbt,
a) Status tuan/puan ialah masbūq (bukan muwāfiq), kerana tidak sempat ruku‘ bersama imam untuk mendapat satu rakaat.
b) Cara yang dibuat itu sah menurut mazhab Syafi‘e: niat ikut imam ketika takbir, duduk bersama imam hingga salam; apabila imam salam, bangun dan sempurnakan tiga rakaat penuh secara bersendirian dengan tertib
Rakaat 1 & 2 baca al-Fatihah + surah, duduk tahiyat awal selepas rakaat 2.
Rakaat 3 baca al-Fatihah sahaja, kemudian tahiyat akhir dan salam. (Bahagian yang duduk bersama imam tadi tidak dikira rakaat.)
Nota: Masuk berjemaah walaupun pada tahiyat akhir adalah disunatkan. Jika ada peluang jemaah baharu selepas itu, turut serta adalah lebih afdal.
Wallahu a‘lam.
Assalamualaikum wbt ustaz,
Saya jenis baca lambat terutamanya bacaan tahiyat.
Imam sudah bangun dari tahiyat awal namun saya masih dalam keadaan membaca tahiyat awal kerana lambat baca.. Saya berusaha menghabiskan bacaan tahiyat Dan terus berdiri rakaat ketiga namun tidak sempat lagi membaca alfatihah, jadi saya terus mengikuti imam rukuk..
Apakah saya perlu menambah rakaat ataupun rakaat saya dikira sah kerana sempat rukuk bersama imam?
Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh.
Tahiyat awal itu hukumnya sunat. Jadi bila imam bangun, sepatutnya awak ikut terus bangun tanpa perlu menghabiskan bacaan tahiyat. Pada rakaat ketiga, makmum yang bersama imam dari awal wajib membaca al-Fatihah.
Jika tidak sempat habiskan al-Fatihah kerana imam sudah rukuk dan awak ikut rukuk juga, maka rakaat itu tidak dikira untuk awak. Solat tetap sah, cuma awak perlu tambah satu rakaat selepas imam salam sebagai ganti.
Kecuali jika awak masuk lewat (masbuk), maka cukup sempat rukuk bersama imam sudah dikira satu rakaat walaupun tidak sempat membaca al-Fatihah.
Jadi untuk elakkan perkara ini berulang, bila imam bangun, bangun segera dan fokus untuk habiskan al-Fatihah, walaupun tanpa surah tambahan.
Allahu a‘lam.
Assalamualaikum ustaz, saya masuk rakaat bersama imam waktu beliau sudah membaca surah kedua… Saya masa sudah masuk ke dalam solat tu saya hanya diam sahaja tanpa membaca beberapa ayat alfatihah, saya terus meingikuti imam rukuk. Apakah ia dikira masuk?
Seterusnya, apakah makmum wajib menambah rakaat walaupun dia sempat makmum masuk iaitu rukuk bersama imam tadi?
Waalaikumussalam warahmatullah.
1/ Masuk ketika imam sedang baca surah, puan diam & terus ikut rukuk
Jika tuan sempat rukuk bersama imam dengan tuma’ninah, rakaat itu dikira dapat, walaupun tidak sempat habiskan al-Fatihah. Kewajipan Fatihah gugur bagi makmum masbuq yang tidak sempat kerana perlu ikut imam.
Jika tidak sempat tuma’ninah (imam sudah tegak i‘tidal sebelum puan sempat settle rukuk), rakaat itu tidak dikira.
2/ Perlu tambah rakaat?
Kaedahnya: kira berapa kali puan sempat rukuk bersama imam; itulah bilangan rakaat yang puan dapat. Selepas imam salam, tambah baki rakaat yang belum cukup.
Contoh:
Semoga jelas
Wallahu a‘lam.
Terima kasih
Soalan.imam baca surah al ikhlas pada rakaat kedua selepas baca fatihah.makmun tidak sempat habis baca fatihah.makmun itu terhukum muafiq ke masbuq?..terima kasih
Istilah muafiq dan masbuq berkaitan dengan kehadiran dan keterlibatan makmum dalam solat berjemaah. Muafiq adalah makmum yang dapat mengikuti imam dari awal hingga akhir solat tanpa ketinggalan apa-apa bahagian solat. Sebaliknya, masbuq adalah makmum yang terlewat dan mengikuti solat setelah imam sudah memulai solat, biasanya terlepas satu atau lebih rakaat.
Dalam situasi di mana makmum tidak sempat menyelesaikan bacaan Al-Fatihah kerana imam sudah memulai membaca Surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua, ini tidak menjadikan mereka sebagai masbuq. Mereka masih dianggap sebagai muafiq kerana telah mengikuti solat dari awal. Situasi ini tidak mempengaruhi status mereka sebagai muafiq atau masbuq kerana kedudukan ini ditentukan oleh saat mereka bergabung dalam solat, bukan oleh bacaan mereka.
Jadi, dalam hal ini, makmum tersebut tetap dianggap sebagai muafiq dan tidak berubah menjadi masbuq hanya kerana tidak sempat menyelesaikan bacaan Al-Fatihah. Makmum diharapkan untuk mengikuti imam sebaik mungkin, dan dalam keadaan di mana mereka tidak sempat menyelesaikan bacaan Al-Fatihah, mereka perlu langsung mengikuti gerakan berikutnya dari imam, yang dalam hal ini adalah membaca Surah Al-Ikhlas.
Penting bagi imam untuk mengambil kira keperluan makmum dalam membaca Al-Fatihah dengan memberi masa yang cukup sebelum bergerak ke bacaan atau gerakan seterusnya, namun jika situasi seperti ini berlaku, makmum tidak perlu risau kerana mereka masih mengikuti solat secara sah dalam kedudukan sebagai muafiq.
salam ustaz. apa hukumnya masbuk yg sempat rukuk bsama imam di rakaat pertama tetapi dia tetap menambah satu rakaat lagi kerana was2 rukuknya tk ckup tomatdinah atau dia sengaja tambah satu rakaat kerana tk sempat baca alfatihah.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Masalah yang disebutkan melibatkan dua situasi:
1. Masbuk yang Sempat Rukuk dengan Imam:
Dalam madzhab Syafi’i, jika seorang makmum masbuk (terlewat) datang ke masjid dan dia sempat rukuk bersama imam pada rakaat pertama, maka rakaat tersebut dianggap sah bagi dia dan dia hanya perlu menambah rakaat yang terlewat setelah imam memberi salam. Jadi, jika dia telah sempat rukuk dengan imam pada rakaat pertama, dia hanya perlu menambah satu rakaat lagi setelah imam selesai solat.
2. Makmum yang Tambah Rakaat kerana Was-was atau Tidak Sempat Baca Al-Fatihah:
Dalam madzhab Syafi’i, bacaan Al-Fatihah adalah rukun dalam solat, dan solat tidak sah tanpa membaca Al-Fatihah. Jika seorang makmum was-was atau yakin bahwa dia tidak sempat membaca Al-Fatihah atau rukuknya tidak sempurna, maka dia seharusnya menambah rakaat untuk memastikan solatnya sah.
Namun, jika makmum yakin dia telah sempat rukuk dengan imam dan rukuknya sempurna, dia tidak sepatutnya menambah rakaat lagi.
Was-was adalah salah satu dari tipu daya syaitan untuk mengacaukan ibadah seseorang. Jika seseorang sering merasakan was-was, dia sepatutnya meminta perlindungan kepada Allah dari gangguan syaitan dan memperbanyakkan zikir serta meminta nasihat dari orang yang berilmu.
Alhamdulillah terima kasih atas penerangan ini. smoga ramai yg membaca dan mendapat manafaatnya.
Assalamualaikum Ustaz , saya tengah berwuduk dan masa tu Imam dah habis baca Al Fatihah , masa tu saya gegas pergi masuk saf , masa tu imam tengah baca surah kedua , saya cepat cepat takbir then solat , then saya batalkan sebab terlupa masukkan makmum masa niat , kemudian saya sambung balik niat dan sambung solat , masa saya dalam permulaan Al Fatihah, Imam dah rukuk , so saya terus rukuk walaupun belum habis fatihah , sah kan ustaz sebab saya dikira Masbuk , atau saya patut ulang balik?
Wassalam.
Ya solat awak sah dan tidak perlu diulang balik kerana awak sempat bersama imam
Terima Kasih ustaz , lega saya hshs ,👍
Salm ustaz..sy nk brtanya kita dah masbuk dah hgga tahiyat akhir,kita prlu ddk tahiyat akhir sebagaimana imam ke atau kita ddk tahiyat awal..
Wassalam, duduk tahiyat awal (tawarruk).
Bagaimana kalau solat maghrib. saya tunggu imam siap baca alfatihah. lepas tu imam tu baca surah pendek, x sempat saya habiskan alfatihah saya. Kena teruskan alfatihah atau rukuk bersama imam. terima kasih.
Habiskan baca al-Fatihah tetapi jangan sampai tertinggal sehingga dua rukun solat daripada imam
Assalamualaikum, ustaz sy nak bertanya.Adakah boleh jadi kemungkinan pada rakaat pertama seseorang Muafik , Dan pada rakaat ke dua menjadi Masbuk?
ssesaorng menepuk bahu saya untuk masbuq waktu zohor,pada masa itu saya sedang buat solat sunat qobliah rakaat kedua jadi sebagai iman bolihkah saya teruskan solat itu utk solat zohor dgn menukar niat didlm hati ,saya keliru
saya masbuk untuk solat zohor akan tetapi imam yg saya ikut sedang solat sunat hajat.sy teruskan solat dan tambahkan rakaat yg tidak cukup untuk solat zohor..adakah sah solat saya? adakah sya perlu untuk solat zohor semula?
Wassalam. Solat itu sah tiada masalah
Kalau dirujuk kitab2 bab makmum muafiq dan masbuq ~
Maksud makmum masbuq ialah makmum yang tidak sempat mendapat masa SATU FATIHAH ketika dia berdiri/qiam bersama berdiri/qiam imamnya sama ada pada rakaat pertama, kedua, ketiga atau keempat. Maka makmum tersebut dikira masbuq dan wajib rukuk mengikut imamnya serta tamakninah masa rukuk sebelum imam iktidal.
Makmum muafiq pula ialah makmum yang sempat mendapat masa SATU FATIHAH ketika dia berdiri/qiam bersama berdiri/qiam imamnya sama ada pada rakaat pertama, kedua, ketiga atau keempat. Maka makmum tersebut dikira muafiq dan wajib menghabiskan bacaan fatihahnya sebelum ketinggalan tiga rukun yang panjang (Imam sujud kedua sebelum imam bangkit rakaat seterusnya atau duduk tahiyat awal atau akhir.)
info:
Masa satu fatihah itu dianggarkan oleh ulama bersamaan dalam 25 saat.
Rukun Panjang
Rukuk dan dua sujud.
rukun pendek:
Iktidal dan duduk antara dua sujud.
Asalamualaikum, mohon share
Assalamualaikum,
Saya masuk berjemaah ketika imam di rakaat yang kedua(solat zohor@asar).Saya sempat membaca Al Fatiha.Jadi bila saya kena baca tahiyat awal?Sebab,imam pada rakaat ke tiga,sedangkan saya baru 2 rakaat.
Waalaikumuuslam, tahiyat awal dibaca bersama tahiyat akhir imam jika kita mengikuti imam di rakaat kedua atau ketiga. Jika kita mengikuti imam di rakaat terakhir kita disunatkan untuk membaca tahiyat awal ketika menggantikan rakaat