
Kencing tidak lawas dan istihadah adalah satu keuzuran.
Terdapat hukum khas mengenai cara berwuduk dan solat bagi bagi pengidap penyakit kencing tidak lawas dan istihadah.
Dalam panduan ini, saya akan menerangkan secara ringkas kaedah wuduk dan solat bagi kedua jenis keuzuran ini.
Penyakit Kencing Tidak Lawas
Jika pengidap kencing tidak lawas hendak mendirikan solat, dia hendaklah melakukan perkara-perkara berikut:
- Apabila masuk waktu solat, dia hendaklah kencing terlebih dahulu.
- Selepas kencing, wajib baginya istibrak iaitu memastikan tiada lagi air kencing yang mengalir dari kemaluannya.
- Selesai istibrak, dia hendaklah terus beristinjak iaitu membasuh kencing.
- Sesudah istinjak, dia hendaklah membalut zakar dengan kain. Bagi perempuan pula memadailah dengan memakai tuala wanita.
- Sesudah itu, terus berwuduk tanpa berlengah-lengah.
- Sesudah berwuduk, hendaklah terus melakukan solat. Jika selepas berwuduk dia tidak terus mendirikan solat, maka dia wajib mengulangi langkah 1 hingga 5.
- Jika sedang solat, tiba-tiba air kencing terkeluar, maka hendaklah dia meneruskan solat sehingga selesai. Solatnya sah walaupun air kencing keluar ketika sedang solat kerana dia berada dalam keuzuran.
Bila Perlu Berwuduk?
1. Jika dia hendak melakukan solat fardu, dia hendaklah berwuduk setiap kali masuk waktu solat kerana satu wuduk hanya sah untuk satu solat fardu sahaja. 2. Sebaliknya, jika dia hendak melakukan solat sunat, maka memadailah baginya berwuduk sekali sahaja. Dia boleh melakukan seberapa banyak solat sunat mengikut kemampuannya. 3. Begitu juga jika dia berwuduk kerana hendak melakukan solat fardu, dengan wuduk itu dia boleh melakukan solat-solat sunat seperti solat sunat rawatib.Cara Wuduk Dan Solat Bagi Perempuan Istihadah
Perempuan yang mengalami darah istihadah dipanggil mustahadah (مستحاضة)
Darah istihadah ialah darah yang keluar bukan pada masa haid dan nifas.
Perempuan mustahadah wajib mengambil wuduk setiap kali mendirikan solat fardu kerana keadaan hadasnya yang berkekalan.
Sebelum berwuduk, dia wajib membasuh darah istihadah terlebih dahulu.
Selepas itu menyumbat lubang farajnya dengan kain atau kapas. Dalam konteks sekarang, memadailah dengan memakai tuala wanita.
Setelah itu, tanpa berlengah dia hendaklah terus berwuduk.
Selesai berwuduk, dia wajib segera melakukan solat kecuali jika ada maslahat seperti hendak menutup aurat, menunggu iqamah dan menunggu kedatangan jemaah untuk solat berjemaah.
Penutup
Dalam sesetengah kes keuzuran, terdapat kesukaran bagi seseorang untuk kekal suci dari hadas.
Namun adalah kesukaran ini membuatkan dia terkecuali dari solat? Tidak.
Malah syariat menyediakan cara-cara khusus bagi seseorang yang mengalami keuzuran seperti ini melakukan solat.
Rujukan bagi panduan ini adalah dari Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar, Q&A solat ketika keuzuran.
Semoga panduan ini memberi manfaat.
Assalamualaikum ustaz..saya disahkan mgidap penyakit kanser usus tahap 4,penyakit saya ini mengakibatkan pembuangan air besar tidak normal.saya juga perlu sentiasa memakai lampin pakai buang.Boleh ustaz terangkan panduan solat utk keadaan saya ini.Terima kasih ,,JAZZAKALLAH
Wassalam. Hukum yang terpakai kepada tuan adalah sama seperti hukum perempuan istihadah.
Maksudnya, setiap kali ingin solat, tuan perlu berwuduk dan memakai pampers. Satu wuduk hanya boleh melakukan satu solat fardu (dan beberapa solat sunat).
Jika semasa solat solat, ada najis terkeluar (dalam pampers), solat itu tidak batal dan dimaafkan pada syara’ kerana tuan mengalami masyaqqah (kesulitan).
Saya mendoakan agar tuan dipermudahkan urusan dan diberikan aafiyah oleh Allah SWT. Semoga tuan diberikan sebesar-besar pahala atas kesabaran menghadapi ujian ini. Amin
Aslm ustaz, kalau saya balut dulu dari rumah lepas tu saya pergi masjid 3 minit lepas tu baru ambil wudhu sebab tunggu azan boleh ke macam tu?
Wassalam. Boleh jika najis terkeluar sebelum menunaikan solat
Assalam ustaz, kalau kencing balut dan berwudhu’ di rumah sebelum masuk waktu tapi menghampiri masuk waktu lebih kurang dalam 5 minit gitu.. pastu gi masjid orang dah azan,, terus buat ibadah tanpa kencing balut wudhu’ semula (guna wudhu’ yg baru dilakukan tadi tu).. boleh ke mcm tu ustaz?
Wassalam. Boleh jika tuan yakin yang air kencing tidak terkeluar dalam tempoh itu.
kalau dalam tempoh 10 minit gitu ustaz? dan yakin air kencing tidak keluar dalam tempoh tersebut. masih dibenarkan ke?
Iya boleh, kalau tuan yakin air kencing tidak keluar.
assalamualaikum ustaz…sy ingin bertnya..jika semasa melakukan umrah wajib..iaitu semasa tawaf jika kita batuk berterusan dn terkencing…bagaimana hukumnya tawaf tersebut…batuknyg tdk hilang
Wassalam. Tawaf itu batal dan tuan perlu ambil semula wuduk serta mulakan kembali tawaf ditempat ia batal.
Rasanya untuk wuduk, tidak perlu keluar dari masjid. Ada tempat wuduk dikawasan bawah tangga.
assalamualaikum ustaz..adakah menggunakan seluar dalam itu dikira membalut zakar?
Wassalam. TIdak.
Assalamualaikum ustaz. Sy ada kurang fhm sikit dn sy nk tanya… Kan perlu ambil wuduk dn terus segera solat fardu kan, means tak boleh berlengah kan…. Tapi Kalau kita nk buat solat sunat qabliyah, mcm mana? Adakah kita kene ambil wuduk , kemudian solat sunat qabliyah sehingga selesai dan kemudian adakah bila nk buat solat fardu, kene ambil wuduk lagi?
Waalaikumsalam. Bagi orang yang mengalami kencing tidak lawas, mereka perlu mengambil wuduk dan segera melakukan solat fardu tanpa berlengah.
Sekiranya mereka ingin melakukan solat sunat qabliyah, mereka boleh menggunakan wuduk yang sama untuk solat sunat tersebut.
Namun, apabila masuk waktu solat fardu, mereka perlu mengulangi proses wuduk untuk solat fardu tersebut. Ini bermakna, selepas mereka selesai solat sunat qabliyah, dan waktu solat fardu telah masuk, mereka perlu berwuduk semula untuk solat fardu itu
Jadi, dalam situasi ini, wuduk untuk solat sunat tidak membolehkan seseorang terus solat fardu tanpa memperbaharui wuduk sekali lagi apabila masuk waktu solat fardu.
Assalamualaikum Ustaz
Bagaimana jika saya berada di Masjidil Haram wudhu diambil untuk tawaf umrah dan selepas tawaf azan berkumandang masuk waktu solat. Adalah sangat sukar untuk keluar masjid bagi beristinjak semula dan memperbaharui wudhu. Adakah apa2 rukhsah dalam keadaan begini.
Terima kasih
Waalaikumsalam,
Dalam Islam, ada prinsip kemudahan atau rukhsah dalam keadaan tertentu, termasuk dalam situasi di mana terdapat kesukaran untuk beristinjak dan memperbaharui wuduk. Di Masjidil Haram, terutamanya semasa musim umrah atau haji, memang diketahui ramai jemaah dan boleh menjadi sangat sukar untuk keluar dan memperbaharui wuduk.
Dalam keadaan ini, ulama telah memberi beberapa panduan:
1. Menggunakan Tayammum: Jika memang sukar untuk mendapatkan air atau pergi ke tempat wuduk, anda boleh melakukan tayammum sebagai pengganti wuduk. Ini adalah berdasarkan prinsip kemudahan dalam Islam.
2. Menyambung Solat: Jika azan berkumandang dan anda sudah dalam keadaan berwuduk untuk tawaf, anda boleh menyambung untuk solat. Ini kerana, dalam keadaan tertentu, keutamaan diberikan untuk mengambil peluang solat berjemaah, terutama di tempat suci.
3. Berwuduk Sekali untuk Beberapa Ibadah: Dalam beberapa pandangan fiqh, jika seseorang sudah berwuduk untuk satu ibadah seperti tawaf, wuduk itu masih sah untuk solat selagi tidak batal.
Selain itu disarankan untuk membawa botol spray kecil bersama supaya senang untuk berwuduk pada bila-bila masa sahaja.
Perlukah untuk memperbaharui wuduk sekiranya sekejap istihadah sekejap tidak?
Iya perlu.
Kalau keputihan yang berterusan, adakah solat/wuduknya tergolong dalam kategori istahadah tadi?
Ya sama sahaja.
Keputihan yang sentiasa keluar sehingga menyukarkan wanita melakukan ibadah, hukumnya adalah sama dengan hukum darah istihadah dan daim al-Hadath (دَائِمُ الْحَدَثِ) iaitu berkekalan hadas.
Ini bermakna cara wuduknya adalah sama dengan cara berwuduk orang istihadah dan daim al-Hadath.
tapi kalau saya solat fardu maghrib contohnya mcm 10min sblum masuk waktu, lepas tu masuk isyak sambung dgn solat isyak, wudhu tk batal ke
Batal wuduk. Kena perbaharui wuduk kerana 1 wuduk hanya untuk 1 solat fardu sahaja
Nk tnya apa hukum xpergi solat jumaat. Sebab masalah kencing…kadang2 ketika solat nk terkencing..ketika khutbah pun bnyk kali ulang alik ke tandas..utk kncing..apa hukum kalau xpergi jumaat sbb masalah ni…
Dimaafkan pada syara’ kerana tuan menghadapi masyaqqah (kesukaran)