Zikir & Doa Mudah Bersalin (Panduan Lengkap Rumi)

Doa Mudah Bersalin

Ini adalah panduan zikir dan doa mudah bersalin.

Doa-doa ini dipermudahkan dengan ejaan rumi untuk membantu mereka yang kurang mahir membaca arab.

Makna setiap doa juga turut dinyatakan.

Semoga membantu..

Doa Dipermudahkan Bersalin

1. Bacakan ayat al-Kursi (surah al-Baqarah, ayat 255):

ayat kursi

 Allahu La ilaha illa Huw, al-hayyul-qayyum, La Ta’khuzuhu Sinatuw Wa La Naum, Lahu Ma Fis-samawati Wa Ma Fil-ard, Man zallazi Yasyfa’u ‘Indahu illa Bi ‘iznih, Ya’lamu ma baina Aidihim Wa Ma Khalfahum, Wa La Yuhituna Bisyai’im Min ‘Ilmihi illa bima sya’, Wasi’a Kursiyyuhus-samawati wal-ard, Wa la ya’uduhu Hifzuhuma, Wa Huwal-‘aliyyul-azim 

Maksudnya:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.

Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.

Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)


2. Bacakan ayat 54, surah al-A’raf:

Doa Mudah Bersalin
Doa Mudah Bersalin

 Inna Rabbakumullahullazi Khalaqas-samawati Wal-arda Fi Sittati Ayyamin Summastawa ‘Alal-‘arsy, Yugsyil-lailan-nahara Yatlubuhu Hasisaw Wasy-syamsa Wal-qamara Wan-nujuma Musakhkharatim Bi’amrihi Ala Lahul-khalqu Wal-amr, Tabarakallahu Rabbul-‘alamin 

Maksudnya:

Sesungguhnya Tuhan-Mu ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy (singgahsana). Dia menutupi malam dengan siang yang mengikutinya dengan cepat. Dia juga menjadikan matahari, bulan dan bintang yang semuanya ditundukkan perintahNya. Ketahuilah olehmu, Allah yang mempunyai penciptaan dan suruhan. Maha berkat Allah, Tuhan semesta alam.

Sebaik sahaja mula sakit hendak bersalin, harus dibanyakkan membaca tasbih dan zikir seperti:

Doa Mudah Bersalin

 Subhaanallah 

Maksudnya:

Maha Suci Allah

Doa Mudah Bersalin

 Astaghfirullah 

Maksudnya:

Aku memohon ampun kepada Allah

Ayat Untuk Menghilangkan Kesukaran Bersalin

Untuk menghilangkan kesukaran bersalin, bacalah ayat berikut:

Doa Mudah Bersalin

 Subhanallahi Rabbil ‘Arsyil-‘azim. Kaannahum Yauma Yaraunaha Lam Yalbatsu Illa ‘Ashiyyatan Au Dhuhaha 

Doa Mudah Bersalin

 Kannahum Yauma Yarauna Ma Yu ‘Aduuna Lam Yalbatsu Illa Sa’Atan Min Naharin Balarghun Fahal Yuhlaku Illal-Qaumul Fasiqun 

Maksudnya:

Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar. Seolah-olah mereka pada hari mereka melihatnya (hari kiamat), tiada mereka berhenti melainkan pada waktu petang hari atau pada waktu dhuha. Seolah-olah pada hari mereka melihat apa yang dijanjikan, mereka tiada menetap melainkan pada suatu saat pada siang hari. Inilah yang disampaikan kepada mereka maka tidak dibinasakan, melainkan kaum yang fasik.

Doa Ketika Saat Melahirkan Anak

Bila tibanya saat bersalin, maka perbanyakkan doa berikut:

Doa Mudah Bersalin

 Hasbunallahu Wani’mal Wakil, ‘Alallahi Tawakkaltu 

Maksudnya:

Cukuplah Allah bagiku, (Dialah) sebaik-baik wakil, kepada Allah jualah aku bertawakkal.


Berkaitan:

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments