Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Berhias merupakan panggilan fitrah bagi seorang wanita. Islam tidak pernah menyekat muslimah untuk berhias, selagi cara berhias itu masih sesuai dengan syariat Islam.
Islam menganjurkan umatnya agar selalu tampil indah dan cantik kerana Islam itu sendiri amat cantik dan indah.
Ketaatan dalam bersyariat bukanlah alasan untuk kita mengabaikan penampilan diri.
Muslimah yang taat dan patuh kepada syariat, tidak seharusnya membiarkan dirinya kelihatan tidak berseri dan tidak langsung untuk cuba menghias diri mereka walaupun secara minimum, terutamanya bagi mereka yang sudah bersuami
Satu perkara yang mesti kita ketahui adalah bahawa penampilan kita akan memunculkan kesan bagi sesiapa yang melihatnya. Ketika orang lain yang pertama kali bertemu dengan kita, mereka akan menanggapi kita daripada cara kita berpakaian.
Justeru itu, bagaimana kita ingin dikategorikan?