Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.
Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.
Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali?
Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.
Allah Timpakan Ujian Supaya Kita Bersabar..
Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.
Kita selalu tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.
Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya.
Mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.
Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.
Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.
Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.
Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan?
berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita.
Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.
Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.
Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!
Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.
Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita.
Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.
Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.
Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
Saya baru dibuang kerja.. niat nak bahagiakan orang tua. Senangkan dorang. Bukan tu sahaja, tanggung kucing. Harini bawak kucing ke vet, kucing taknak makan. Rupanya kucing kritikal tak boleh kencing. Allahu. Rasa sangat give up dan tak tahu nak buat apa. Dengan nak fikir rumah, kerja apa lagi lepas ni dan nak tggung org tua. Semoga allah beriksn sya hikmah dan slalu istiqomah..
Tuhan merupakan ‘penenun’ yang Maha Bijak. Antara takdir dengan masa, antara ketentuan dengan doa dan usaha, Dialah yang bakal menjahit lembaran kisah hidup kita.
Masih banyak yang perlu kita baiki, syukuri, pelajari, dan usahakan.
Simpankan semuanya dekat dengan Tuhanmu, selalu. Moga Dia akan menunjukkan apa yang terbaik.
subahannallah
Tak manpu dgn dugaan Yg diberi kadang2 rasa tak tahu nk ckp.minta Kerja tak dapat hutang makin berlambak Keta isteri Rosak keta Aku sangkut nk kena tarik hutang belambak
Doakan saya,saya bru lepas excident dan tngan saya patah family di kmpung tak tau karna takut risau,doakan saya cpat kmbali sihat agar bisa membantu umi saya di kmpung lgi,doakan saya kuat dengan ujian ini?
Allah bersama org2 yg sabar..moga terus tabah menghadapi ujian dariNya..aamiin
Semoga allah selalu merahmati awk dan diberi kesembuhan
Terima kasih . Semoga Allah membalas nya dengan pahala. Amin
Alhamdulillah…hari ini saya selamat melahirkan seorang puteri yang diberi nama Nur Aafiyah binti Mohamad Shahril Azmeer..puteri saya ini lahir 24w 1 hari (pramatang), berat 550g, mata belum buka dan keadaan jantung yang lemah sekarang…doakan saya sentiasa kuat..amin
Saya bakal bercerai, demi masa depan saya dan kedua dua belah keluarga sudah memberi pendapat bahawa hidup saya akan merana jika sy masih pertahankan perkahwinan saya….saya faham mereka sayang saya dan tidak rela melihat saya menderita lagi…bohonglah saya tidak sedih untuk melepaskan semua ini…saya sedang belajar untuk terima kenyataan.
Boleh bagi saya nasihat tak ?
Nasihat berkenaan?
Sabar..ada hikmah disebalik apa yg berlaku.sebaik2 perancangan adalah ketentuanNYA
saya pernah komen di sini,berkenaan sy tak buat apa2 persiapan untuk anak2 sekolah, alhamdulillah allah permudahkan usuran sy, suami pula masih tidak dapat pekerjaan hanya buat kerja sambilan, ada kerja ada duit, tak ada kerja, tak ada duit… semalam dapat tahu kawan suami khianati suami pula, kami dalam kesusahan dia pura2 nak tolong tapi dia ambil kesempatan atas sumai sy, Allahuakbar mengucap panjang sy dibuatnya? kenapa dugaan sy tak pernah berakhir, dari awal perkahwinan hinggalah 11 tahun kami bersama mcm2 dugaan sy lalui dgn suami, kena halau, kena fitnah hinggakan org tak sukakan sy dan suami, sy tak kisah org benci kan kami sekeluarga… mohon doa dari sesiapa yg baca ini, doakan sy dan suami tabah dgn dugaan dari allah, doa kan segala urusan kami dipermudah. doakan sy agar jadi isteri&ibu yang kuat demi anak2 sy… terima kasih kasih admin
sabar kak,kita pun sama jugak hadap ujian hebat…tapi saya nak salahkan takdir rasanya mcm tak ada mkna langsung…jadi saya sabar…sejauh mana lagi la ujian yg saya kena hadap pasni…
Amin,semoga Allah angkat derajat puan dngan suami puan
tahun 2018 4 dugaan besar dtg.1 -kemalangan kereta (1 family-saya,wife n baby dlm perut 7 bln+anak sorg lagi umur 4 thn)akibat salah org lain,kereta dua2 total lost,saya patah kaki,wife pun doctor assume patah,xleh x ray sbb mengandung.dua2 kaki kena simen.anak sorg lagi trauma,ada pendarahan sikit kat kepala,siap muntah 2x.alhamdulillah semua selamat.lps baby ke 2 keluar,dpt kerja baru.mgkin rezeki baby.2 – tgh tahun wife kn denggi,sy pun kena denggi.dua2 mc 7hr,anak ok.selamat lagi.3 – selang 3 bln sy kena serangan jantung,masa tu sdh fikir mgkin dh nk mati.siap buat angiotgram and angioplasti operation.selamat lagi..4 – hujung tahun,kehilangan kerja dgn anak sulung br nk masuk tadika..Allahurabii….xsampai 2 mggu dpt kerja baru.tp ibarat keluar mulut rimau masuk mulut naga..Allahh…kuat kah aku nk tempuh semua ni
sabar Tn. Bergembiralah kerana org yg Tn sayang masih berada di samping Tn. Bersyukurlah Tn, bersyukurlah.
Allah bersama dgn org yg sabar.tingkatkan ibadah Insyaallah semua selamat.
Kuatkn smgt kuatkn iman saudaraku
Saya anak sulung. Ayah saya bekerja sebagai buruh kasar disebuah kilang di Johor manakala ibu saya bertugas sebagai suri rumah sahaja di Sabah. Boleh dikatakan kehidupan keluarga saya miskin meski kadang kala kami sekeluarga menikmati kesenangan yang cuma singgah sebentar dalam hidup kami. Saya sayang adik-adik saya tetapi hubungan kami adik beradik selalu ada masalah dan kami akan bergaduh apabila timbul kesalahfahaman. Saya juga mempunyai saudara mara. Tetapi kebanyakan sepupu saya bersifat renggang terhadap saya sebaliknya ada yang rapat dengan adik-adik saya. Perasaan sedih selalu saya rasakan kerana diri ini seolah-olah sangat terpinggir dan tidak dihormati. Saya juga punya banyak kawan tetapi saya tidak punya sahabat baik. Saya pernah disisihkan dan dibenci oleh kawan-kawan yang lain. Pedih sekali hati saya bila mereka mengabaikan kewujudan saya didunia ini. Saya merasa kekosongan. Saya merasa keseorangan. Tiada sesiapa yang memahami saya walaupun keluarga saya sendiri. Tiada siapa yang membantu mengelap air mata saya disaat saya sedang menangis. Aneh betul apa yang saya rasakan. Seolah-olah tiada maknanya saya dimata orang lain. Namun, jauh disudut hati, saya sebenarnya punya cita-cita yang tinggi dam impian yang mendalam. Keadaan sekeliling membuatkan saya lambat untuk berusaha mencapai keinginan saya itu. Saya perlukan sokongan bukan saingan. Saya perlukan kasih sayang bukan duit. Saya berasa amat memerlukan sesuatu namun saya tidak pasti apa itu.
Kisah Tyqha hampir serupa dengan kisah kekasih hati saya, arwah isteri. Bersabarlah dan bersyukurlah sebab banyak benda yang Allah hadiahkan melebihi kesedihan yang Tyqha hadapi. Sesungguhnya ada kemanisan di penghujung nanti. Percayalah. Tawakallah kepadaNya.
Sabar ya tyqah
saya seorang ibu dan mempunyai seorang anak.. sy bekrja sebagai pegawai disalah sebuah bank.. berkhawin lima tahun. sy mahu bertanya apa hukum suami sering berkata.. menyesal bagi duit hantara .. dan gadai kn mas kawin,nafkah katanya tidak wajib
kena banyak bersabar dan berdoa, solat sama dgn suami, insha allah lama2 kehidupan puan dengan suami akan kembali pulih, untuk baiki kehidupan kita, baiki solat kita puan. in sha allah dipermudahkan urusan puan dan suami.
Saya kehilangan manusia yg paling saya cinta dan syg ayah saya tahun lepas..die sumber kekuatan saya..bila die xde saya down sgt2 ibu saya pula tak sihat dan makin x sihat..pergi hospital doc ckp x ada apa2..pergi perubatan islam merata2 sebagai ikhtiar utk ibu saya sembuh..kini saya x kerja saya stress..segala apa yg saya buat x menjadi..saya buntu rungsing..saya xtau na buat apa..ibarat jatuh jatuh jatuh terus jatuh..adakah semua ini terjadi sebab dosa2 saya? Saya x tau macam mana nak bangkit semula.. Tolong berikan saya nasihat..saya takut jika saya buat perkara di luar jangkaan..? ?
Allahu, saudari kena ingat, yg ujian yg saudari hadapi itu sgt besar ganjaran dia di akhirat.. Semoga saudari bertabah.. Jgn lupa utk berdoa kpd Allahyarham ayahanda saudari..
Bertaubat pada Allah walaupun kita xthu apa kesilapan yg kita buat.
Sabar wahai sahabat,kita perlu ingat setiap yg hidup pasti akan mati,diri kita pun akan mati,lumrah kehidupan yg kita perlu tahu setiap manusia akan menempuhi 3 alam iaitu alam dunia,alam kubur,dan alam akhirat…jadi kita semua akan kembali ke alam akhirat,jgnlh bersedih wahai sahabat,serahkan segala2nya pada Allah.
Saya terpaksa berhenti kerja disebabkan tidak mahu lagi di maki hamun oleh majikan. Saya sangka akan dpt rezeki ditempat lain yg menghargai pekerja mereka. Tetapi sampai sekarang saya tidak mendapat kerja. Kadang2 terfikir adakah tindakan Saya yg salah. Tetapi Saya masih berpegang rezeki Kita milik Allah, minta pada Dia Bukan pada manusia..sesekali goyah juga dengan pegangan tersebut. Banyak dah mohon tapi satu pun Tak sangkut..Ya Allah permudahkanlah semuanya juga untuk kawan2 di disini..amin
Amalkan surah Al Waqiah Dan jgn tinggal solat dhuha..
amalkan zikir nabi yunus, istifar, berzikir sampai cik penat sangat, amalkan surah al-waqiah dan solat dhuha.
in sha allah akan dimurahkan rezeki,
cik juga harus sertakan usaha dan tawakal.
Belajarlah menerima ujian2 terdahulu. Mungkin ada terdetik kekesalan didalam hati atas kegagalan yg lalu. Lupakan kegagalan yang lalu dan belajar untuk menerima kegagalan sebagai hamba yang lemah. InshaaAllah, akan ada keputusan yang positif kemudian nanti. Tawakallah padaNya.
Terima kasih atas perkongsian ilmu yg bermanfaat ini..insyaAllah sy akan hadapi ujian dgn sabar dan tenang..
Alhamdulillah
kurang lagi sebulan sisi persekolahan bermula,saya tak buat apa-apa persiapan untuk anak darjah 1 kerana suami dibuang kerja, satu company dibuang kerja,berasa sangat sedih dengan ujian allah,tiada siapa yang menolong disaat susah begini, masing-masing menjauhkan diri,saya tidak bekerja hanyalah menjadi suri rumah sepenuh masa,kesian kepada anak-anak saya. ?
Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.”
— Al-Maidah:7
Letakkan sepenuh kepercayaan kepadaNya dan bertenang.
InsyaaAllah pasti ada rezeki untuk anak puan dan keluarga nanti
Amalkan surah Al Waqiah Dan jgn tinggal solat dhuha..
terlalu perit dengan ujian allah,kesian pada anak-anak ku yang masih kecil yang tidak mengerti apa yg berlaku kepada ibu bapa mereka
As salam.. selepas membaca masalah yang dihadapi oleh orang lain, saya bersyukur kerana masalah saya tidaklah berat sperti mereka. Ramai lagi yg menghadapi masalah yang lebih sukar dari saya. Saya ingin berhenti kerja kerana masalah gaji yang tidak dibayar. Tetapi saya sangat suka dan sayang pada kerja itu. Bila terfikir nak berhenti sedih sangat rasanya hati ni. Berat sangat nak lepaskan. Moga Allah kuatkan hati saya yang lemah ni. Lepas baca blog ni, perasaan saya rasa lebih baik. Terima kasih.
Life is about making choices.
You make a choice, face the result, and keep moving on no matter what. If you stay behind, you’ll lose.
Pada suatu ketika kita perlu buat keputusan dalam hidup. Hidup kita mungkin tak indah tapi itulah yang menjadikan siapa diri kita.
Ada beberapa garis / jarak yang mungkin kita takut nak langgar / langkah. Tapi jika kita tak cuba, kita tak akan tahu apa-apa.
Maka pilihlah yang terbaik untuk diri kita.
Sy ditamatkan kontrak di jabatan kerajaan setelah kerajaan PH mengambil alih. Mudah2n sy tabah hadapi semua ini. Payahnya mencari kerja, apatah lagi setelah mempunyai komitmen yg perlu dijelaskan setiap bulan.
Semoga puan terus kuat dan tabah menghadapi dugaan hidup.
InsyaaAllah, perbanyakkan doa dan usaha, pasti Allah akan buka jalan rezeki seluas-luasnya untuk puan.
Aamiiiin. Terima kasih ye admin.
Sama-sama
amalkan zikir nabi yunus, istifar, berzikir sampai cik penat sangat, amalkan surah al-waqiah dan solat dhuha.
in sha allah akan dimurahkan rezeki,
cik juga harus sertakan usaha dan tawakal.
Terimakasih banyak atas sumbangan artikel tuan. Saya sorg yg m’punyai kelulusan degree eko industri yg di uji oleh Allah dgn ujian penyakit di bahagian otak iaitu epilepsy. Disbbkn ujian ini saya x dibenarkan utk bekrja di mana2. Saya rasa semua syarikatpun pasti tidak inginkan pekerja yg b’penyakit spt saya. Apa patut saya buat agar blh m’cari pndptn utk mbyr PTPTN saya. Saya sbg sorg anak sulung dan cucu sulung dlm kluarga besar m’hadapi masalah ini. Semoga saya dpt hadapi ujian ini dgn tinggi kesabaran dan kekuatan diri lagi selepas m’baca artikel ini…
Jangan berputus asa.
Awak tidak berseorang dalam menghadapi nasib ini. Saya juga mengidap penyakit kanser, dimana sangat menjejaskan kehidupan.
Tapi ia bukanlah alasan untuk kita berputus asa.
Awak masih muda, masih banyak peluang yang boleh diteroka. InsyaaAllah rezeki Allah itu luas, jika tidak bekerja secara makan gaji sekali pun, awak boleh mencuba bidang perniagaan (bekerja sendiri).
Tidak perlu merasa gusar. Yang penting kita yakin dengan rezeki yang Allah telah tetapkan. Semua orang ada bahagian masing-masing.
Assalamualaikum tuan. Adakah tuan bekerja di bawah sektor kerajaan pada masa kini? Jika ya, kerja apa tuan peroleh itu?
Saya cikgu.
Tapi sekarang sedang cuti sakit.
tqvm to cikgu atas semua tulisan cikgu..semoga dberi kesihatan yg baik..
amalkan zikir nabi yunus, istifar, berzikir sampai cik penat sangat, amalkan surah al-waqiah dan solat dhuha.
in sha allah akan dimurahkan rezeki,
cik juga harus sertakan usaha dan tawakal.
saya graduan degrree in marketing, kerja bank 4 tahun, skrg duk rumah berniaga online, walauopun cik xleh kerja di mana2 company, cik boleh belajar berniaga online, gunakan hp yg cik ada, in sha allah dipermudahkan urusan zik kalau ada usaha, doa dan tawakal
Allahuakbar….