Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.
Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.
Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali?
Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.
Allah Timpakan Ujian Supaya Kita Bersabar..
Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.
Kita selalu tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.
Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya.
Mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.
Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.
Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.
Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.
Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan?
berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita.
Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.
Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.
Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!
Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.
Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita.
Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.
Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.
Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
Saya bakal dibuang kerja kerana kesilapan sy sendiri,sy amat sedih kerana saya bekerja selama ini bukan utk diri sendiri tetapi utk kesenangan dan kegembiraan ibu saya bila mendapat hasil dari pekerjaan itu,sy amat sayangkan ibu saya,saya takut kecewakan hati nya,doakan sy supaya mendapat mata pencarian yg baru demi bahagiakan ibu saya.
Amin InsyaaAllah.
Yang penting jangan berputus asa.
saya pergi interview HR suruh pergi medical checkup dan saya pun menghantar surat resign dekat tempat kerja lama. sampai harini tempat kerja belum call saya?kalau saya tahu macam ni saya tk akan berhenti kerja ditempat kerja lama saya?sebab saya terlampau DENGAR cakap HR sruh saya menghantar surat resign?doakan saya supaya cepat dipanggil kerja amin .
masalah kita sama! ?
InsyaaAllah.
Yakinlah dengan rezeki Allah
tolong ajarkan kami menghadapi ujian yang menimpa seorang Prof Doktor yang beberapa tahun mengobati kanker dengan sukses, saat sekarang ini beliaupun diiuji selama lebih kurang satu bulan , dimana usus beliau dipotong dan kotoran harus lewat perut.
Thanks..
Terima kasih atas nasihat yg diberikan. terima kasih mengingatkan semua ini :’) sy memohon utk share statement ni ye :).
Terima kasih atas nasihat dan kata2 semangat yg diberi. Saya juga tak terlepas dari ujian hidup. Saya diuji dengan autoimmune disease. Dan jenis autoimmune disease yg saya hidapi adalah antara yang jarang berlaku di Malaysia. Penyakit yang mana ia hanya boleh dirawat tapi tidak boleh sembuh seumur hidup. Ia akan melarat seiring waktu. Bekalan ubatan pula selalu sukar untuk didapatkan kerana ianya dibekalkan (imported from outside) upon order. Belum lagi kira kos ubat yg tinggi. Saya disahkan menghidap penyakit ini seawal usia 21 tahun tetapi telah mula diserang sejak 19 tahun. Umur yg mana anak2 muda sedang berlumba mengejar cita2 dan sepatutnya meniti usia muda dengan indah. Namun saya diuji dengan pelbagai perkara. Tak kurang juga masalah keluarga termasuklah dari segi pelajaran. Sekarang saya berumur 25 tahun tapi masih juga belum menamatkan pelajaran. Ramai kawan2 saya telah habis belajar dan malah ada yg sudah berumahtangga. Untuk diri saya pula masih bernasib baik, alhamdulillah ada yg dtg dari kalangan saudara terutamanya, merisik tentang saya. Tapi tak semudah yg orang sangka. Saya selalu terpaksa menyekat diri kerana masih belum bersedia dan rasa kurang yakin kerana penyakit yg saya hidapi. Sukar untuk saya jelaskan ’keperitannya’. Pretending seems to be one of the hardest parts. Saya pasti lambat laun orang akan mula menganggap saya sombong. Tapi apakan daya saya. Kalau dilihatkan dari fizikal, memang saya kelihatan normal dan ceria. Tapi hakikatnya, Allah saja yg tahu. Kadang saya bimbang mereka tak mampu terima saya seadanya. Apa yg mereka lihat hanya lah keindahan luaran. Maka dengan itu, saya tekadkan diri utk melengkapkan diri dan in shaa Allah akan cuba menampung diri sendiri bila saya dah stabil dari segi kewangan terutamanya. Tapi kadang2 saya penat. Penattt sangattt.. Bertapa susahnya jalan yg saya harungi. Rasa lelah dan bosan juga sering datang. Setiap kali saya cuba mendaki, setiap kali itu juga lah saya akan jatuh tersungkur. Saya juga sedar saya tak boleh sentiasa berharap pada kedua ibu bapa saya. Kos ubat saya sahaja mencecah RM5000 sebulan, malah pernah lebih dan tak dapat diperolehi percuma dari hospital kerajaan. Memang terpaksa beli sendiri dari luar. Bayangkan lah apabila orang mendengar kos ubat saya. Pasti takut dibuatnya. Di situ sahaja RM5000 atau lebih. Ada kala saya terasa ingin berputus asa tapi rasa malu pada Tuhan dan diri sendiri masih ada. Saya selalu mengadu pada Dia. Dia lah pendengar setia saya. Tapi saya juga manusia. Sering kali iman saya diuji. Persoalan demi persoalan memang sentiasa muncul dalam kotak fikiran. Namun saya cuba bertahan. Saya perbetulkan diri dan mengajar diri sendiri agar redha dgn ketentuanNya. Boleh saya katakan kebahagiaan buat saya sedikit demi sedikit lenyap sejak saya meninggalkan sekolah. Namun, saya tabahkan diri dengan mengukir senyuman pahit. Akhir kata, doakan moga saya terus bertahan dan kuat serta dipermudahkan urusan. In shaa Allah moga ada sinar bahagia buat saya suatu hari nanti. Kalau bukan di sini, mungkin di akhirat kelak. In shaa Allah.. terima kasih atas nasihat dan ingatan yg diberi. Assalamualaikum :)
Baca Bismilah 31x..setiap lps Subuh, tiup dalam air.. Minum dengan selawat 3x.. lebihan air itu sapu pada ubun2 kepala.. Lakukan setiap hari sehingga rasa lega..Insyaallah rasa sakit apa jua pasti hilang.. Ingat yg datang kan sakit itu Allah dan menghilangkan sakit itu jua adalah Allah..
Terima kasih atas perkongsian ilmu yg bermanfaat. In shaa Allah akan saya amalkan. Moga Allah merahmati dan membalas jasa baik awak. Aamiin..
terima kasih admin atas nasihat yg diberi..pada masa ini sy tgh di uji Allah,dugaan demi dugaan yg diterima..kadang2 sy ada jga rsa kecewa.tp dlm msa sma Allah membantu tunjuk kan jln.cuma sy xsedar..harap sy makin tabah harungi dugaan yg diberi..terima kasih admin utk ruangan ni..sy mulai sedar akan wujudNya.
Ujian demi ujian Allah berikan kepada saya…. Saya tabah sentiasa berdoa jika ini jalan yang Allah pilih saya redha…tapo kadang kadang saya menangis didalam hati… Kenapa Allah pilih saya? Kenapa saya tidak pernah merasa bahagia yang tidak pernah kekal. Sentiasa mengoncang rumahtangga yang dibina 21 tahun rebah kebumi oleh orang ketiga…dimana silap saya? Dilayan ditatang dari sorang kuli menjadi orang yang di hormati….. Kenapa dia tidak pernah bersyukur? Saya rasa seperti sudah berputus asa… Tapi demi dua putri dan tiga putra saya gagahi juga untuk berjuang…..kenapa??? Mengapa??? Dimana?? Silapnya saya……….????
Ya allah, kau permudahkanlah kesemua yang comment di sini. dan terima kasih banyak admin. Saya sendiri sedang membantu bapa saya yang jatuh bankruptcy. Masha allah segala nikmat yang Allah beri sebelum ini hilang sekelip mata. Saya sendiri masih mencuba membantu kedua ibu bapa saya akan tetapi saya sendiri sudah hampir putus asa. setelah membaca artikel ini, saya percaya setiap org pasti ada ujian dari Allah. dan saya redha dan akan terus membantu ibu bapa saya. Terima kasih lagi sekali admin.
Saya sedang menghadapi ujian daripada Allah.saya tertanya-tanya apa salah saya sehingga Allah uji saya.dan lepas itu saya cuba untuk redha dengan ketentuannya.Allah menguji saya kerana tahu yang saya mampu.itu adalah pasti
Terima kasih atas nasihat dan perkongsian yg diberi..saya sedang menghadapi ujian drpd Allah iaitu saya mengalami sakit epilepsi atau dikenali sebagai sawan sejak umur saya 10 tahun sehingga kini iaitu 18 tahun..Saya sangat sedih..Tetapi saya redha dan sabar dlm melalui ujian ini.. Alhamdulillah dengan berkat doa ibu bapa,abg2 dan kakak2 yg lain lama kelamaan penyakit ini berkurangan dengan tidak berputus-asa untuk beriman dan berdoa kpd Allah.. Alhamdulillah juga kerana keputusan peperiksaan saya ok.. Terima kasih kerana memberi byk pengajaran kpd saya
Terima kaseh di atas tulisan ini, cukup memberi kesan kpd diri ini.
Sangat bagus
Assalamualaikum. Terima kasih diatas nasihat yg diberik. Saya nk tanya sikit pendapat saya hadapi ujian putus tunang. Dua-2 ikut haluan masing. Sy redha. Dua-2 berjaya. Sy cuba. Tapi selepas 7 bulan. Dye kerap dtg mimpi saya tanpa diundang. Saya boleh rasakan dia sakit setiap kali saya tidur. Bila jumpa depan memang dye sakit. Walaupun saya duduk di perak dan dye di kl. Tp dpt rasakan. Apa yang saya harus lakukan.
Assalammualaikum, terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini. Saya sejak setahun yg lepas diserangi penyakit gatal kulit diseluruh badan (eczema). Berulang kali ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun keadaan saya jadi bertambah teruk, ini kerana ubat yg hospital bekalkan (cream steroid) menambahkan lagi sakit ini. Saya sedih, stress kerana penyakit ini datang mengejut disaat saya masih belajar di kolej. Saya sedih dan kadang mempersoalkan ujian Allah ini, kerana tak tertanggung rasa sakit ini. Tapi lepas baca perkongsian anda semua disini, Ya Allah, berdosanya saya kerana mempersoalkan ujian Allah. Perkongsian anda semua memberi pengajaran untuk saya sentiasa kuat dan percaya bahawa Allah itu tidak akan menguji diluar kemampuan hambanya. Saya redha dan yakin dengan Allah. Saya yakin bahawa Allah akan tolong saya dan menyembuhkan penyakit ini bila tiba waktunya. Kepada anda, percaya lah, disaat kita rasa kita diuji dengan begitu kuat sekali, pasti ada insan lain yg lebih dasyat lagi ujiannya. Itulah pengajaran yg saya nampak ketika baca perkongsian ujian anda
salam, sya dahulu berlajar dn berhenti dsbbkan ditpa musibah dugaan yg cukup berat bilamana iman dn islam sya cukup2 dihujunv tanduk, umpa hidup tanpa jasad xde hala tuju/tujuan hidup dsbbkan kesilapan yg penah sya lakukan cba try barang terlarang badan xleh terima sya jdi xbtol slama 3bulan macam2 bisikan2 syaitan dn dlm tubuh ada jin yg bersarang utk menyesatkan saya umat nabi adam , bisikan dtng slma 3bulan bertalu2 utk mengoyahkan keimanan sya ,klu sya certia bisikan yg dtang mmng sya xkan cerita mintak jauh2 utk menolak dri penipuan, Alhamdulillah slama 3 bula. sya mmerperbaiki diri dkt Allah , sya 1 je bila dtng bisikan2 sya akan refer pada Al-quran dgr dn hayati ada ke kitab smpurna spt kitab ini?? ini je penguat saya bila bisikan2 dtng bertalu2 kadang sya syahdu dgr Al-quran cpt tersentuh , ini perkongsian bila sya ditimpa musibah yg cukup berat , sya bersyukur sngat2 pada Allah msih ttpkan keimanan sya
Wkmslm adk..di samping rwtn hospital blh jgk berubat secara islam sbb kdg2 jin pn blh sebabkn pykit kulit secara tiba2…ubt mkn jgn skip n stop mknn yg menyebabkn gatal2…moga adk cepat smbuh n jgn lupa mtk kesembuhan dr Allah…
Salam…Adik Milktea….boleh cuba product KINGTON dr ELKEN-cari webnya, Cecair/air diambil ditengah laut hanya minum….agak mahal dlm RM300-400 tapi berkesan rawat dr dlm. Sy pernah guna utk anak sy bila buat solat hajat..dpt petunjuk drNYA. Sy bukan jual yee…..cuma share pengalaman je coz sblm tu pergi Dato Dr.Pakar kulit pun tak boleh sembuh hanya beri cream & ubat tahan gatal.Harap membantu….Tq
Alhamdulillah..
Saya tak tahu mana nak mula. 3 tahun lepas saya putus tunang, atas bukan kehendak sy tapi kehendak keluarga sy selepas pihak lelaki terlepas cakap nak putus tunang. Sedangkan pasangan sy xbermaksud rupanya. Dan selama kami putus tunang, pasangan saya sentiasa disisi saya. Biarpun apa yang berlaku, dia tetap ada dan saya sendiri mengaku saya x boleh hidup tanpa dia dan saya xpernah ada sesiapa selain dia. Masalah kami sekarang adalah, kami dh bersedia nak kawin dan perbaiki kesilapan kami yang lepas, tapi dapat tentangan daripada Mak belah lelaki. Mak lelaki tak tahu kebenaran tentang anak dia, jadi dia salahkan keluarga sy. Dan sy xtahu nak perbetulkan semua ni. Apa saya patut buat? Kami dah 8 tahun berkawan. Kalau saya istikarah dia jua yang hadir. Tapi lepas dapat tentangan, sy tak tahu nak buat apa, jawapan Allah dengan jawapan ibunya tidak sama. Sy terima ini ujian Allah buat saya, tapi apa patut saya buat?
Perkhawinan ini dengan lelaki bujang. Usia 10 thun muda dari sy. Anak sy ngn suami dlu ada 3 org paling sulung umur 10. Kami bercinta 3 tahun. Nikah tahun lepas bulan 8 , 2017. Masalah skrng suami bila gaduh ungkap lafaz talak. Selalu. Kini dia dh balik rumah emak dia. Seminggu dh. Sy x blh call dan wasap. Semua dia block. Dia bagi duut sewa rumah dan nafkah. Tapi dia x nk kembali kepada saya. Dia khbrkan pada kakak dan emak dia bhwa kmi dh bercerai. Sy benar2 sedih. Sy rindukan suami sy. Doa dia kembali pada saya meskipun saya sering diugut dengan cerai dan dia sering ungkapkan kata2 yang melukakan hati. Sy hnya mampu menangis. Sy tak pasti apa yg dia lakuka sekarang. Sepjng berkahwin sy tgok jiwa dia masih nak lepak2 mcm time bujang dan tak betah diam dirumah.
Ujian yg sy hadapi masa kini terasa berat dan payah sekali.. sy di ganggu oleh pnyakit misteri penah sy mbuat rwtn islam ada yg myatakn sihir.. kehdpn sy berubah .sy khilangan ksh syg ahli keluarga sy..kerjaya sy bagaikan musnah. Apa saja yg saya cuba buat msti akhirny tak mjadi. Sy cuba bersangka baik dgn takdir Allah tapi kdgkala saya rasa bena2 hdp dlm kesunyian sy tiada tmpt utk meluah.. sy cuba merapatkn diri utk berkwn tapi penerimaan kdg sy diasingkn mgkin mmg sudah takdir sy.. sy hampir putus asa dgn khdpn sy.. sy kehilangan byk perkara sejak digangu pnyakit misteri ini. Mohon doakan sy mgkin asbab dari kalian Allah kabulkn doa sy utk sembuh..dan berikan khdpn yg lebih baik dan bahagia utk sy dunia akhirat..terima kasih..
Mohon petunjuk dr Allah dan selalu amalkan mandian daun bidara..pakai wangi2an yg di doakan bersesuain dgn syarak…sy pnh merasai semua tu..lama sy amik msa nk pulih…alhmdlh skrg dh okey semuanya…minta pd Allah moga di beri petunjuk dan kebenaran..jgn mudah putus asa
Ujian yang saya hadapi, amat berat hidup saya tidak seperti dulu,, saya exsiden keredaan 2tahun lepas dan mengalami pendarahan dalam kepala, tempurung kepala dibuka sebesar telapak tangan dibahagikan dahi,, saya tidak boleh solat dengan normal lagi,,,
Tuan, saya amat memahami apa yang tuan rasakan.
Saya juga diuji dengan sakit kanser, sudah hampir 1 tahun saya tidak dapat solat dengan sempurna.
Bersabarlah tuan, insyaaAllah ujian itu tanda Allah kasih. Allah ingin memberikan lebih pahala.