Menghadapi Ujian Daripada Allah Dengan Tenang & Redha

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.

Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.

Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Ujian
Hadapi setiap ujian yang mendatang dengan tenang..

Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali?

Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.

 

Allah Timpakan Ujian Supaya Kita Bersabar..

Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.

Kita selalu tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.

Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya.

Mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.

Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.

Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.

Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.

Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan?

berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita.

Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.

Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.

Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!

Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.

Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita.

Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.

Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.

Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

223 thoughts on “Menghadapi Ujian Daripada Allah Dengan Tenang & Redha”

  1. Ujian yg diberikan pada saya bermula sejak di bangku sekolah ketika arwah bapa saya dimasukkan ke hospital lebih kurang setahun lamanya.. waktu itu saya akan menduduki ujian OLevels di tingkatan 4. Dan saat itu juga arwah bapa meninggal dunia. Dan 40 hari setelah bapa saya meninggal kita harus kosongkan rumah. Waktu itu kedua2 adik saya baru di sekolah rendah. Setelah selesai diploma saya menikah kerana tak ingin ibu menanggung kehidupan saya kerana dia sudah banyak berkorban utk kita adik beradik. Tapi baru sebulan menikah bekas suami menjauhkan diri dari saya tanpa ada sebab lalu tinggalkan saya tergantung tak bertali hingga dlm 3 thn lamanya. Setelah itu saya bernikah lagi dan saya sangka itu adalah pernikahan yg hakiki.. tapi malah lebih teruk. Saya sering dipukul kerana sifat cemburu kerana saya pernah bernikah dulu. Dan paling sedih setelah 8 thn bernikah saya dpt tahu dia curang sejak 2 thn lalu..
    Kini saya bertemu dgn seseorg mualaf yg teguh imannya pada Allah tapi kami diuji dgn masalah lain.. dia adalah seorg businessman tapi brg2 yg dibawa transit ke Msia tertunggak kerana mempunyai pelbagai masalah n perlukan bayaran yg banyak sekali. Hingga sekarang sudah 4 bulan dia tersangkut di KLIA kerana permasalhn di sana. Bukan kerana dia bawa barang dagangan haram cuma kerana taxes dan permit yg tiada kesudahan yg perlu di bayar hingga kami terpaksa berhutang. Loans, bills, sch fees semua dah tak terbayar lagi.. Buntu sangat saya sekarang.. Sepatutnya kami harus bernikah tahun ini tapi duit yg harus digunakan utk majlis pernikahan kami habis dek taxes n permit. Sampai duit dlm tangan pun takde utk buat makan..Sehingga sekarang saya masih menantikan kepulangannya. Apatah lagi Ramadhan bakal tiba..alangkah sedihnya saya.. Mungkin ini takdir Illahi buat saya…

    Reply
    • Saya faham apa yang sedang puan sedang alami.

      Terus terang saya cakap “bersangka baik” disaat ujian datang bertimpa-timpa itu sukar, kerana saya pernah melalui fasa itu.

      Fasa dimana bibir ini bertanya pada Allah mengapa semua ini terjadi, saat air mata mengalir, menerima hakikat kehidupan yang tak selalu indah.

      Tapi itulah, kita tetap kena percaya dengan kasih sayang Allah.

      Sesukar mana pun ujian itu, kita mesti yakin bahawa kita akan nampak hikmahnya.

      InsyaaAllah, pasti ia indah bila hati benar-benar redha. benar -benar ikhlas.

      Reply
  2. Saya selalu diberi ujian kadang tu x mampu nak bangun & teruskan???? tk pe lah saya cuba untuk bangun ! Saya percaya allah akan gantikan dengan sebuah kegembiraan suatu hari nnti inshaallah

    Reply
  3. sya stress dgn kes sya disekolah..sya baru sja berumur 13 tahun…sya dituduh mcm2 sperti mencaci cg…bahkan sya tidak tetapi kwn sya sendiri yg sggup memfitnah sya…sya tdk percaya benda ini berlaku…tiada seorg pun yg ingin mendengar penjelasan sy….adakah ini satu ujian dri Allah…sya tidak kuat untuk mnhadapi ujian ini

    Reply
    • saya mempunyai kawan ttpi ,lama2 mereka tidak mahu lagi kwn dengn sy ,saya rasa ini ada salah sya juga ,sya rasa sedih sgt sbb selalu seorg2,saya rasa dah 2 kali kejadian ni berlaku dlam hidup saya,tiada rakan untuk berkongsi suka dan duka,kdg2 sya redha ,ttpi sya rasa kecewa ,tiada semangat kerana tiada org kwn dngn sya ….

      Reply
      • Adik akak pun selalu kena mcm tu, dari akak kecil masa tadika sampai skrg ni dah bljr ambil degree. Akak tak tahu mana salahnya yg membuatkan org tak nak kwn dengan akak. Apa2 pun masalah ni akan jadi berat bila dah kena buat assignment sbb kena buat berkumpulan sedangkan orang tak nak ambil akak dalam kumpulan.

        Reply
    • Sabar adk…semua ni ujian dr Allah..sentiasa bsgka baik dgn Allah n hukum kifarah Allah ada utk si pemfitnah…sentiasa berbuat baik walaupn tidak di layan dgn baik..insyaAllah bahagia akn jd milik adk n kebenaran akn tserlah jua 1 ari nnti

      Reply
  4. Kdg² sy rasa tuhan ni tk adil dkt sy , sy selalu rasa tersisih jika nk dibandingkan dgn adk beradik yg lain . Yela adk bradik yg lain semua pandai² selalu dpt keputusan yg baik . Tapi sy ? Bila setiap kali peperiksaan , sy selalu dpt keputusan yg memuaskan . Kadang dpt keputusan yg baik kdg cukup cukup mkn ja . Time spm dulu pun sy just dpt keputusan yg biasa biasa ja , nk apply upu mmg tkk layak lah lpstu sy masuk form 6 . Then bila dpt result stpm , result sy tk lepas utk apply upu utk degree ???? . Ujian yg sy terima ni sy rasa terlalu berat utk sy hadap sorg sorg even sy dahh study hard , lpstu study group dgn kwn semua tapi result tetap ke laut jgkk . Sy kesian tgk parents sy yg asyik susah hati dgn sy bilaa tgk result exam sy . Kenapa Allah bg sy ujian yg sy rasa sy tk boleh nkk hadap ???? sakit , sedih , kecewa dia tuu sy tk tahu nkk ckp kt sape , sy selalu berendam air mata sorg sorg bilaa terkenangkan nasib diri yg malang ni ????????????

    Reply
    • Saya pun malang jugak tapi berlainan kes dari awak. Saya masuk form 6 sbb tak dpt tawaran upu tapi saya tak kisah sangat sbb yuran murah. Saya dapat masuk universiti sambung ijazah yang saya pilih tapi bukan yang saya betul2 minat. Ayah saya terutamanya tak bagi kata putus dan nasihat tentang kos mana yang terbaik patut saya ambil. Walaupun ibu ayah tak paksa tapi stress juga bila semua masalah kita fikir sendiri sorang2. Dan sekarang walaupun dah belajar 2 tahun, saya jarang gembira dan sentiasa stress dgn kawan2 punya perangai, orang tak ambil sekumpulan untuk buat assignment, dengan lemah pengiraannya, pointer makin menurun, pensyarah tak endahkan. Saya tak ada sorang pun yang saya boleh luahkan perasaan. Semuanya bermuka2. Bila saya stress kesihatan makin menurun.

      Reply
  5. SubhanaAllah baca kisah dan komen dari org yg hebat2 diruang nie… rasa bersemangat untuk move on.
    Alkisah hidup akak pun ditimpa ujian.. suami pengamal LBGT… ustaz pulak.. macam mana nk hadapi… Allah pilih akak untuk ujian nie..

    Reply
  6. Saya telah ditimpa musibah yg terlalu berat sepanjang hidup saya..saya telah kehilangan semua dalam hidup, keluarga, difitnah saudara mara..hampir hilang kerja akibat tekanan dan putus asa.. lumrah manusia hanya ingat pada keburukan dari kebaikan yg pernah kita buat..saya hampir membunuh diri dan depresi yang terlalu teruk..hilang selera makan, mengurung diri.. ada masa saya kuat..ada masanya saya rebah..airmata jadi peneman setiap hari.. saya berdoa dan meminta padaNya supaya tamatkan ujian ini sbb saya sudah tak berdaya lagi.. saya tak ada sesiapa lagi selain Dia..entah bila Dia akan menjawab doa saya.. semoga Allah kabulkan doa saya.. saya hanya mengharapkan kasih syg Allah saja..utk menghabiskan sisa hidup ni..

    Reply
  7. Ujian saya Allah tarik nikmat tidur sebentar. Allah hu rabb, berat sungguh. Tetapi insyallah akan ku bersabr dan akan terus berdoa agar ada jalan kluar nya dan akan kembali sihat agar bisa tidur seperti insan yang lain. YA ALLAH kuatkanlah semangat ku agar ku dapat bersabar. STAY STRONG PEOPLE <3

    Reply
  8. Ujian saya Allah tarik nikmat tidur sebentar. Allah hu rabb, berat sungguh. Tetapi insyallah akan ku bersabr dan akan terus berdoa agar ada jalan kluar nya dan akan kembali sihat agar bisa tidur seperti insan yang lain. YA ALLAH kuatkanlah semangat ku agar ku dapat bersabar. STAY STRONG PEOPLE <3

    Reply
  9. Semalan saya baru hantar cat kereta jam 5 pm , saya bergerak ke KL untuk tujuan kerja. Dalam jam 7.50 PM saya terlibat dalam kemalangan . Saya terkaku seketika apa yang kurang pada masa itu. Alhamdulillah saya tidak cedera langsung tetapi hanya kereta sahaja yang teruk. Saya masih bersyukur kerana di beri peluang untuk meneruskan kehidupan.

    Reply
  10. Allah tarik kesihatan saya, kewangan, suami kerja tak tetap…sy masih belum dpt kerja, duit kian habis, hutang keliling pinggang, rumah pun tak konsisten bayar bank, ini 4 bulan dah x bayar …macam mana saya nak rasa Allah tu sayang saya…saya tak tau cara nak bersangka baik dgn Allah dalam keadaan macam ni….kalau sy tau, saya taknak belajar peringkat tinggi…berniaga pun tak pandai…

    Reply
    • Saya kini didalam musibah diatas perlakuan saya sendiri..saya selalu memohon pada Allah agar saya dikuatkan imam dan tidak lemah. Sesungguhnya allah masa Esa, maha besar dan maha mengetahui. Saya redha dan akan terus kuat dengan meminta dari NYA. Cuba anda amalkan berzikir nama allah serta surah pendek dari al-quran (Doa Nabi Yunus dan surah At Taubah 128 dan 129) semasa kita diuji. Saya mmg mengaku semasa diuji Allah kita resah serta sedih tapi ada hikmah nya. Percayalah. Allah aku sayangkan mu..

      Reply
    • ALLAH BKN MCM MANUSIA ATAU MAKHUK LAIN ..CARA ALLAH SAYANG PADA HAMBANYA DIA AKAN BERI UJIAN BERTUBI2…ITU TANDA ALLAH SAYANG PADA HAMBANYA ..NAK SURUH HAMBA DIA SLALU INGAT DAN MERINTIH PADA DIA…INSYALLAH KALAU KITA MENGERJEKAN SOLAT DAN BERSABAR ALLAH AKAN BANTU DAN KITA AKAN NAIK 1 PANGKAT BILA MANA MUSIBAH LAIN DATANG KITA DAPT ATASI SBB KTA DAH LALUI UJIAN YG BERAT2 ..KLU BAB PRASANGKA JGN BURUK..ALLAH BRPRANSGKA SESUA PADA HAMBANYA..SO BRPASNGKA BAIK PADA ALLAH

      Reply
  11. Setiap kali diri ini diuji, aku akan ingatkan diri dengan perihal saudaraku yang sedang menderita sakit cancer. Setiap kali hati resah, aku panjatkan doa dengan seikhlas hatiku kepada Ya Rabb. Setiap kali aku rasa amat kecewa dan rasa sudah tidak berdaya, aku pujuk hatiku dengan membaca ayat2 suci AlQuran yang seolah2 memberi penjelasan tentang situasiku. Ya Allahu Ya Ghaffar Ya Rahim.

    Reply
  12. Di Bulan agustus ini saya penuh dengan rasa kecewa.. Banyak sekali hal” buruk menimpa saya.. Entahlah ini ujian atau memang takdir

    Reply
  13. Saya bru shaja diuji oleh Allah setelah sblum ini diuji juga dgn dugaan yg berat..Ya Allah hambamu ini tabah mghadapi stiap ujianmu…wlaupun ujian kali ini adlaah yg pling berat dlm hidupku…smoga Allah mmbukakan jalan kepada semua kebuntuan ini…brsabarlah rakan2 yg senasib dganku….dekatkanlah diri kita kepada Allah…prcayalah akan perancangannya…

    Reply
  14. UJIAN SAYA HADAPI JIWA DN FIKIRAN ..SYAITAN NK MENYESATKAN /MENYIMPANGKAN SAYA DARI ISLAM..DN TIDAK BERTUHANKAN ALLAH..KADANG2 SYA DOWN …BILA ALLAH NK MAKBULKAN DOA SAYA…BERAT SUNGGUH UJIAN NI ..KADANG2 RSE PUTUS ASA

    Reply
  15. saya sangat berterima kasih atas saran saran yang anda sampaikan. semoga bermanfaat untuk saya pribadi, anda serta kaum muslimin yang sedang di uji.
    saya dari indonesia, berucap sangat terimakasih. semoga saran saran dari anda dapat memotivasi diri saya untuk bangkit dari keterpurukan ini.
    wassalamualaikum.

    Reply
  16. Aku dan isteri aku sedang menjalani ujian allah….Ya Allah terlalu besar Dugaan mu…Doakan aku dan Isteriku semoga dpt menjalani ujian allah dgn tenang…amin….

    Reply

Leave a Comment