Menghadapi Ujian Daripada Allah Dengan Tenang & Redha

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.

Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.

Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Ujian
Hadapi setiap ujian yang mendatang dengan tenang..

Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali?

Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.

 

Allah Timpakan Ujian Supaya Kita Bersabar..

Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.

Kita selalu tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.

Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya.

Mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.

Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.

Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.

Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.

Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan?

berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita.

Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.

Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.

Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!

Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.

Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita.

Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.

Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.

Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

223 thoughts on “Menghadapi Ujian Daripada Allah Dengan Tenang & Redha”

  1. Salam sejahtera pembaca dan penulis komen di ruangan ini. Macam mana pun rintangan masing masing hadapi, sabarlah. Kerana apa yang terjadi sesungguhnya sudah terjadi. Dan apa yang telah terjadi sebelum ini membuat kita berfikir sejenak bagaimana kita mengatasi rintangan itu. Jadi marilah positifkan diri walau apa pun terjadi. Kerana dunia ini bukan penghujungnya. Semua perjalanan tidak akan OK selagi tiada pengakhiran, jadi sabarlah. Jika kita sudah sampai di pengakhiran jalan kita, maka OK lah semuanya.

    Reply
  2. bullshit apa ko merepek ni sial!!!pe bnde nk uji?!!bodo sial allahhubabi ni!!!!!!cuba allah tu ltak kt tpt kite pe si allahbabi tu rse?suka x?

    Reply
    • nie mangkuk ayung mn pulak nie..
      ckp ikut sedap mulut je…
      mcm dia sorang yg sedang di uji..
      artikal nie bukan utk org mcm mg..
      yg babi tu mg.. bukan Allah swt.
      yg sial tu mg sbb otak mg dah biol
      trlebih telang penadol..sampai jd samdol badigol tolol…
      kalu rasa benda nie merepek…dan mg rasa dok leh nk terima..
      mg g cari agama yg sesuai dgn diri mu dn percakapan mg..
      ????

      Reply
  3. Assalammualaikum wahai saudaraku sekalian, disini aq hnye ingin kongsi sesuatu kpd kalian dimana ujian yg sgt berat bagiku. Drpd peringkat sekolah menengah lgi aq dh trime satu ujian yg ku kira amat berat bgiku. Dulu aq bersekolah yg sama jenis dgnku dan alhamdulillah semuanya beragama Islam. Aq ni mmg dikategorikan sbagai plajar yg nakal sbb aq slalu ‘fly’ blok smpaikan hmpir semua warden dah knal sgt dgn aq. Nak dijadikan cerita, ada satu malam ni aq ‘fly’ ke blok kwn aq yg agak jauh dari blok aq. Dia kata dia nak jumpa dgn adik dia sekejap jdi aq pon tunggu dia sambil duduk atas katil salah seorg dormmate dia, junior dia lah. Lama2 tanpa aq sedari aq terlena terus atas katil tu manakala junior kwn aq tu pulak tido sebelah aq (sbb tu mmg katil dia an). Keesokan harinya, masa aq siap2 pergi sekolah semua org pandang aq pelik,, aq abaikan je tpi still tertanya-tanya maksud pandangan mereka tu. Sampai lah malam esoknya, masa aq nak ‘fly’ sekali lagi member rapat aq bagithu pada aq pe jadi masa malam yg aq tertido atas katil junior tu. Dia minta aq explain kepada dia dulu sbb dia knal aq dan dia taknak maruah aq jatuh disebabkan satu benda yg dia tak pasti. Jadi aq just explain yg aq tunggu kwn aq ni then disbbkan pnat sgt aq tertido terus. Dia pon tersentak dan alangkah sakitnya hati aq bila dia kata nama aq dah tercemar, satu sekolah thu. Rupa-rupanya masa aq tido, junior tu tido sambil memeluk aq dan perkara tu terus tersebar sampaikn satu sekolah tahu. Aq terus menangis dan mengadu kepada Allah bahawa aq telah difitnah. Kali kedua aq kena pada tahun yg sama dimana aq ditugaskan ‘conduct’ kawad blok sempena hari sukan yg bertemakan Fifa World Cup. Dalam 3/4 hari sebelum hari sukan, aq suruh semua ahli siapkan barang2 dalam dorm aq. Sesudahnya siap, aq arahkan semua untk balik ke bilik masing2 dan terus tido. Salah seorg junior aq yg bersebelahan bilik dgn aq ni tak dpt nk masuk dormnya sbb dah terkunci. So aq suruh la dia tido dalam dorm aq untk malam tu sbb aq kesian tgk dia,, tak sanggup biarkan dia tido kt luar sorg2. Keesokan harinya, perkara yg sama aq kene mcm sebelum ni…difitnah. MasyaAllah, niat aq baik untk tolong junior tu tapi perkara buruk yg aq dpt. Jdi aq try kuatkan diri aq, aq bertekad yg aq taknak lgi ulang perkara yg sama. Sehinggalah aq melanjutkan pelajaranku ke satu tempat untk mendapat diploma. Aq sangkakan perkara2 yg pernh aq alami itu takkan lgi aq hadapi, tpi dgn kehendakNya mana boleh kita elak an. Kali ni ujian yg Allah berikan padaku lbih kurang samanya dgn sebelum ni. Masa aq sem 1, aq ad knal dgn seorg senior ni. Aq ckup kagum dgn dia sbb dia mmg nmpk warak. Jadi aq pon try berbaik-baik dgn dia sampaikan aq tak perasan yg kami terlalu rapat sbb ramai kwn2 aq ckp yg kami ni rapat mcm adik-beradik dah. Tpi ad perkara yg membuatkn aq rse lain bila dia slalu ajak aq tido dgn dia. Mula2 aq tolak dgn baik sbb aq taknak difitnah lagi, lgi satu sbb aq taknak nama dia tercemar lbih2 lgi dia ad jawatan di blok kami tu. Tpi dia paksa jugak dan disbbkan nak jge hati dia aq turutkan je lah permintaan dia. Klw aq tak pergi ke bilik dia, dia akn pergi bilik aq. Tpi pe yg membuatkan aq rse lain sbb stiap hari dia akn ws aq dan klw aq tak balas, dia akn call aq. Bila aq dalam bilik aq pulak, dia akn ketuk pintu bilik sampai aq bukak dan klw aq tak bukak, dia akn call sampai aq jawab. Aq just respect dia sbagai senior aq, takde pernah sedikit pon rasa lbih pada dia. Aq cuma taknak nama dia tercemar macam mana aq kena dulu. Tpi dia tak pernah faham aq, pada dia mcm aq ni takde hati & perasaan…aq je yg kena jge hati & perasaan dia. Aq penat, aq rimas, aq bnyk keje kena buat. Assingnment, presentation, latihan lgi tpi dia stiap hari nak ajak aq pergi bilik dia la lepak dgn dia teman dia. Klw aq just bluetick ws dia, dia akn merajuk dgn aq dan dia pernah kata yg dia jeles bila nmpk aq mesra dgn org lain. Pada masa tu lah aq rse ‘smething wrong smewhere’. Aq try jauhkan diri drpd dia tpi dia tetap cari aq sampai ke lubang cacing. Aq stress,, sgt2 stress, aq pnat pnat sbb slame ni aq je yg jge hati org lain tpi org lain tak pernah pon jge hati aq. MasyaAllah, stiap kali hbis solat aq akn sujud lama sambil menangis. Aq takut Allah jauh drpd aq, aq takut Allah murka pada aq. Biarlah aq kehilangan kwn2 aq tpi tidak Allah. Alhamdulillah syukur sgt aq rse sbb Allah kurniakan aq seorg kwn yg faham akn aq yg pernah mengalami pe yg aq alami. Dia slalu advice aq untk kuatkan diri dan dia taknak nmpk aq lemah. Dia tahu aq ad masalah sbb riaksi muka aq. Aq slalu sakit, muka aq slalu pucat & takde selera nak mkn sampai lah aq kena gastrik hampir stiap hari. Dia slalu ingtkn aq yg Allah bgi ujian2 ni pd aq sbb Allah sygkn aq, sbb Allah nk aq slalu ingt Dia, slalu mengadu pd Dia. Ya Allah, aq tak kuat tanpaMu…jdi Kau kuatkanlah aq untk menghadapi semua ini. Mudah-mudahan kita sama2 sentiasa lah bersabar dan kuat untuk trime segala ujian yg Allah berikan sama ada yg berat mahupun yg ringan. Sekian, wassalam…

    Reply
  4. Assalamualaikum , saya juga diberikan ujian oleh Allah s.w.t , saya taknak keluarga saya terpisah , mak saya meminta cerai kerana adanya org ketiga . saya sangat sedih kerana pikirkan adik saya yang kecil . harap semua yang membaca mendoakan yang terbaik supaya keluarga saya dapat bersatu kembali . Amin

    Reply
    • W’salam, semoga Allah lindungi keluarga awak dan Allah memberi kekuatan pd awak..sy tumpang simpati dgn apa yg sedang berlaku, semoga Allah lembutkan hati mak awak dan memberi kesabaran yg kuat pada ayah awak…in sha Alah dgn izinNya hidup berpoligami pun mampu bahagia…sy tak menyokong dn sy mendoakan yg terbaik utk awak…amin

      Reply
    • Bermadu tu amalan para nabi, bapak aku kahwin 4 dan aku sokong bapak aku ikut amalan para nabi beristeri lebih dari satu. Mak aku pn senyap bila aku aku cakap perkara betul. Jangan sesekali fikir yg beristeri lebih dari satu adalah perkara tak baik.

      Reply
  5. Aku merasa dugaan yang ALLAH berikan untuk Aku kali ni cukup besar . Sepatut nya Aku Dah berkahwin tetapi bf aku tetiba2 hilangkan diri bawak diri ke Thailand Tak nak balik Malaysia katanya mcm2 Dia janji kan tapi yang Dia tinggalkan kan hanyalah hutang yang perlu aku selesai kan memandagkan Dia Dah putus hubugan dgn keluarga Dia . Aku pulak di sah kan hamil. Aku Tak Boleh beritahu Hal sebernarya dekat family aku memandagkan bapak Aku ni gila sikit. Kalau Dia taw Aku hamil confirmed2 Aku mati dbnuh. Sekarang ni pulak family Aku tengah dlanda masaalah hutang yang sangat besar. Memandagkan Aku Dah berhenti kerja Dan balik kampung Aku memang Tak dapat tolong family Aku . Dgn perut yang semakin membesar, dgn hutang yang Aku perlu selesaikan + dgn masaalah hutang family Aku lagi. ???????? apelah kesudahan nye.

    Reply
  6. Terpanggil utk baca ruangan sbb rasa sgt kesunyian jiwa ni. Bukan sunyi dr gelak ketawa kwn2 & family, tp rasa sunyi utk berckp dgn Dia. Diri ini pernah melalui zaman muda, pernah rasa kesoronokan dunia yg sgt bahagia. Kesenangan & stressed free. D kurniakan keje yg mudah utk dpt duit..no financial problems. Then diri ini d temukan jodoh dgn insan yg the opposite side of diri ini. Cuba mengenali & lama kelamaan diri ini cinta insan seperti dia. Jodoh d satukan dgn pernikahan. Diri ini bahagia dlm ragu2. Ragu2 kerana bukan pilihan hati. Setahun pertama d kurniakan si kecil yg sgt aktif & sihat serta sempurna luar dlm nya. Dirinya bekerja nun jauh d sana. Hanya kepercayaan yg kami pggkan. Namun, diri ini d uji dgn bende yg plg takot sekali dlm jiwa. Ye, kepercayaan itu yg membunuh jiwa ini. Jiwa ini pilih utk mati dlm hidup. Diri ini mula beri perhatian sepenub utk si kecil & kerjaya. Hari2 berlalu seperti seorg ibu muda single. Kerjaya menjadi keutamaan. Bekerja utk si kecil Tanpa mengira masa & tmpt. Namun, d suatu hari yg biasa, diri ini d uji. Ujian yg sgt berat. Iaitu d uji dgn kedtgn seorg hamba yg dirinya perlu d cintai. Hati ini menolak kerana situasi tidak menbenarkan. Namun, sejauh mana diri ini harus menipu diri sendiri. Hari demi hari cinta utk si dia yg perlu d cinta semakin kuat. Sehingga tidak dpt d pisahkan. Jiwa ini sedih, pilu kerana rumah tangga jadi taruhan. Si dia akhirnya dpt m’hidu diri ini. Diri ini menunding ke arahnya kerana kesalahan si dia membuatkan diri ini lari. Lantas diri ini & dia berpisah. Secara zahiriah. Cinta utk yg perlu d cinta semakin kuat. Namun, jiwa ini kosong & sunyi kerana semakin jauh dr Dia. Mana Dia? Adakah ini betul2 ujian buat ku? Atau ini adalah hanya satu kesilapan utk kau m’hukum.diri ini??

    Reply
  7. Saya sekarang sedang menghadapi ujian Allah. Sukar untuk menyatakannya tapi mohon yg membaca doakan saya baik2 saja. Allah sentiasa ada. Alhamdulillah.

    Reply
  8. Asalamualaikum..
    Alhamdullh terima ksih dengan masukan” nya saya seorang perempuan ynk baru sajh mengalami musibah karna kebodohan saya sendiri,
    saya tertipu uang oleh pacar saya di sisi lain ibu saya sedang sakit meminta kiriman uang untuk berobat, tapi saya membuat kesalhn dengan mengirim kn uang ke pacar saya setelah itu saya di tipu dan saya merasa bersalah ke pada ibu dan musibah ini saya tanggung sendiri tapi di balik ini semua saya mendapat hikmah nya sekrng sya lebih memperdulikn ibu dan iningin membahagiaknnya dan saya pun menyadari dengn musibah ini karna ALLAH SWT, Telah mengingatkn saya untuk kembali ke jalan ynk benar, :)

    Reply
  9. Assalamualaikum..aku terbaca blog ni..smua manusia masalah termasuk aku..aku dibelenggu masalah yg xpernah aku lalui..kerana syaitan bertopeng manusia..aku terseksa..kini aku terduduk sendirian tiada 1 hamba Allah yg boleh membantu..semua menghilang umpama batu jatuh ke lubuk..apa guna kwn klu disaat susah ditinggalkan sendirian..puas aku berusaha,berdoa supaya Allah angkat segala beban,ujian,dugaan yg merintang hdpku..hingga aku bersuara kpd Allah..hebat sangat ke ilmu sihir dari kuasa tuhan sehingga aku dibiar begini trus trseksa..sehingga aku minta kepada tuhan ambil shj nyawaku ini jika tiada jalan penyelesaiannya kerana aku sudah tidak berdaya..drpd aku trus terseksa..daripada aku trus dibelenggu dosa kerana saban waktu brrtanya kenpa aku yg kau duga?

    Reply
    • Assalam saudara.
      saya jgak mngalami sperti anda.. shingga tertanya besar sngat kah kuasa sihir tu shingga brdoa mcmna pon tak sembuh2..hidup hancur..shancur2nya dri smua segi.
      Tertanya di mana prtolongan Allah?? :'(

      Reply
    • Salam brother pengalaman sya kena gangguan..time tu sya blajar U..kena time sya stress ..hisap rokok trus kena shock..tiba2 jdi paranoid ketakutan yg amat..saya kena jgk ttpi tak tahu sihir ..atau gangguan jin syaitan..iman saya ni tak thu la…hari2 ngadap lintasan hati …mmpertingkaikan Allah,nabi muhammad saw,hadis nabi la mcm2pasai islam…dia suruh jadi athies la …kadang2 keyakinan sya hilang tak thu la hari sya brdoa supaya benda ni xde ..supaya dpt hidup normal dn buat beribah dgn tenang..tpi tak tahula..dulu sya ok ..xde kena cmni ..klu ada mse kecik hanya takut alam barzakh ..sbb dlu mgkin tak thu psai agama2 …skrng dh parah main akidah …skrng dh bole syak wasangka pada Allah.knpa aku diuji sedemikian rupa.apa kau nak aku jdi ahli neraka..ko tak nak bantu mendekatkan diri pada kau..mcm2lgi..tpi bila dengar al quran dn baca tafsir sya jdi sayu..tak thu perasaan tu nk gambarkan cmana..tiap2 persoalan yg ada dlm jiwa dn pikiran sya ada jwpan dlm al quran ..tpi adakala.bila tngok orng skliling tenang je xkena mcm aku..snng je nk buat ibadab sbb ada pegangan kukuh..aku ibarat hujung tanduk..abg dn adik aku kena jgk tpi yang shir ..jin mmng msuk bdn dia

      Reply
  10. Saya ada masalah dgn bestfriend saya..semuanye berpunca dri fitnah seseorang yg memfitnah kami berdua..dn bff sy die mule jd putus snmgt n makin berubah..tpi sy berusaha utk slmtkn tali persahbtn kami selama 7 blan sudah hgga skrg n sy dh bnyk kali mkn hati n kekadang rase mcm beratnye ujian nie…blh kasi sy advises x??or solution n opinion plizz??

    Reply
  11. Saya mengalami stress yang begitu dasyat,,saya merasakan hidup ini sunyi,,sedih,,..dulu saya seorang yang begitu periang,,namun,,selepas sekolah buka dari cuti..saya menjadi seorang yang pendiam,,kekok betsama rakan..saya mrnjadi lebih senang bersama keluarga…sehingga ini,,saya mengalami kemurungan yang teruk,,bagaikan mahu
    Lenyap dari dunia ni…mohon berikan nasihat kepada saya

    Reply
  12. Ya, setiap dr kits ada cubaan masing2. Adakalanya kita merancang utk bersabar.. Tetapi tidak lagi berjaya. Cthnya masih lg panas baran, merungut bla ada masalah. Sememangnya mohon doa tidak boleh putus. Berdoala agar kita jd penyabar dn jd org yg bersyukur. Berdoalah yg baik2. InsyaAllah semua ok.. Terima kasih admin atas perkongsian bermakna.

    Reply
  13. Ada yg bisa bantu jawab nggak, klo memang tuhan tidak akan memberikan cobaan diluar kemampuan umatnya, kenapa sampai ada orang yg stress bahkan gila?

    Reply
    • Assalammualaikum saudara Arif, Sseungguhnya Allah tidak akan memberi suatu ujian itu diluar kemampuan hambaNya dan kerana itu dia berfirman:-

      “Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )

      Makanya jiwa yang kacau dan stress lantaran ketika musibah adalah kerana tidak mengingati Allah tatkala menerima ujianNya. Kalau dibandingkan ujian yang kita terima dengan ujian yang diterima Baginda Rasullullah s.a.w dan sahabat baginda, betapa kecilnya ujian yang kita hadapi. Semoga jawapan saya dapat menjawap persoalan saudara. mudah-mudahan

      Reply
    • Sebenarnya Allah mengisyaratkan bahwa manusia itu mampu menghadapi ujiannya. Kenapa sampai stress atau gila, biasanya karena dia menolak untuk percaya bahwa ia bisa menyelesaikan persoalannya.

      Ia bersikeras tidak bisa (berfikir negatif) dan akhirnya terkungkung dalam masalahnya (gila). Oleh karenanya, agar terhindar dr kungkungan masalah, sebaiknya kita berserah diri pd Allah dan memohon petunjukNya. Rendah hati dan mohon ampun atas segala kesalahan.

      Reply
    • Kehendak Allah ke atas hamba-hambanya … mungkin menjadi gila adalah terbaik utknya Allah maha mengetahui …wallahualam

      Reply
  14. Alhamdullilah, kurang bercakap dengan manusia, lebihkan berdoa, dan banyak membaca, allah kan ada, biarlah ape pun dugaan penipuan yg kita terima..redhalah bahawa allah terlalu menyanyangi mu

    Reply
  15. Aku suka sekali ulasan ini, dpt membimbing memberi makna atas pertanyaan yg kadang tak tahu mau ditanyakan kepada siapa.
    Thx…

    Reply
  16. alhamdulilah…saya mendapatkan banyak pencerahan dan pengetahuan dalam rubrik ini,Saya adalah perepmpuan yang mungkin introvert sehingga banyak hal yang selalu saya sembunyikan apalagi untuk hal hal yang menyakitkan lebih baik saya tahu dan pendam sendiri, tapi ternyata di sembunyikan bagaimanapun kalo sudah waktunya yang lain tahu pasti akan kebuka juga makanya setelah sadar akan hal itu,saya akan belajar untuk selalu mengkomunikasikan apapun yang terjadi apalagi dengan orang yang paling dekat dengan kita<aplagi untuk yang sudah bersuami,bersikaplah terbuka karena hal itu yang akan membuat kita langgeng dalam menjalani bahtera rumah tangga kita. saya sangan bersyukur sama alloh,swt yang telah memberikan suami kepada saya karena beliau mau menerima saya lagi walaupun beliau tahu bahwa aku sudah sangat mengecewakannya dengan sangat fatal,dan saya akui itu,beliau telah mengangkat dan telah membuka kehidupan saya yang baru,saya seperti terlahir kembali dan saya sudah menyesali apa yang sudah terjadi, saya tidak akan menyia-nyiakan kepercayaan dan kesempatan yang telah diberikan sama suami, terimakasih suamiku aku akan semakin menjaga keutuhan rumah tangga kita untuk kita dan anak-anak,amin….ini bukti klo alloh,swt sangan sayang sama kita sbg hambanya……….

    Reply
  17. You’ll find certainly a couple much more details to take into consideration, but thanks for sharing this info.

    Reply
  18. Saya pada mulanya menghadapi peperiksaan pertama dan saya telah berusaha dengan tawakkal kepada allah tetapi keputusan saya amat memuaskan. Dan, peperiksaan yang selanjutnya hadir saya telah berusaha dan berdoa tetapi masih gagal. Adakah saya ini seorang hamba yang terlalu lemah dan sangat berdosa dan adakah iman saya ini tidak kuat.Tetapi kedua peperiksaan yang saya ceritakan di atas pada sebelumnya mempunyai peperiksaan. Pada masa itu saya cemerlang tetapi Allah menguji saya dengan kegagalan selepas peperiksaan tersebut sebanyak dua kali.

    Reply

Leave a Comment