
Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.
Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.
Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..
..tapi kehidupan perlu diteruskan.
Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?
Saya juga seperti anda.
Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.
Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.
Lebih perit bila cinta tidak direstui.
Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Kehidupan amat perit saya rasakan.
Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.
Terdengar lagu itu, saya teringat dia.
Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.
Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.
Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?
Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.
Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.
Bukan mudah untuk memulihkan hati.
Suatu hari, saya bermuhasabah diri.
Menempatkan diri saya pada diri orang lain.
Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.
Mereka hanya inginkan yang terbaik.
Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.
Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.
Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.
Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.
Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.
Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.
Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.
Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.
Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.
Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.
Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.
Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.
Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.
Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.
Pandanglah ia dari sudut positif.
Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.
Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:
Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:
1. Mohon kekuatan daripada Allah
Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.
Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[2:216]
2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran
…..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]
Hati yang terluka perlukan ubat.
Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.
Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.
3. Terimalah kenyataan
Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.
Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.
Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.
Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?
Redhalah dengan ketentuanNYA.
4. Buang segala perkara tentang dia
Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.
Buanglah segala perkara tentang dia.
Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.
Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.
Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.
5. Sibukkan diri
Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.
Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.
Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.
6. Hindari semua perkara tentang dia
Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.
Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.
Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.
Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.
7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai
Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.
Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.
Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.
Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.
Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.
Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.
Allah has already written the names of your spouses for you.
What you need to work on is your relationship with Allah swt.
HE will send her/him to you when you’re ready.
It is only a matter of time”.
Kesimpulan
Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.
Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.
Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.
Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.
Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.
Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah ingin menguji nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.
Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)
Bagaimana dengan anda wahai sahabat?
Sudah yakin mampu mengubat hati?
Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah
Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.
Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga :)
Terimakasih untuk artikelnya sangat mmbntu saya
Saya yakin ini sudad kehendakNya apapun yang Allah berikn dalam hidup aku aku percaya semuanya yg terbaik karena allahlah penulis skenario terbaik :(
Ketika cinta di hianati, ketika kmu tidak menganggap diriku sebagai kekasih mu, di saat itu aq berfikir bahwa ini hal yg paling menyakitkan buat ku.
.Dan krna alasan itu hubungan kita berakhir
Sudah 2 tahun aku knl dgn die. Waktu sem 1 aku tgk die mcm org baik, selalu nampak dia gi surau, selalu dengar dia azan n selalu dia jadi imam. Kadang kadang aku ternampak di sebalik tirai surau dia selalu mengaji. Hati ini sudah dicuri oleh dia. Suatu hari ketika sem 2 aku saja bertanye kpdnye tentang diasrama lelaki ade besi buruk x? Dia jawab sepatah n meninggalkan aku. Aku terkilan gak. Bila melihat dia n rupanya yg bolehlah tu aku jatuh cinta pada die. Walaupun dia kos lain. Satu hari aku terdengar kawan aku ckp tersempak die jalan berdua2an di pasar mlm. Hati ini terasa sakitnye. Bila akubcuba nak dekat ngan mamat ni die selalu mengelak bajet hot. Memang hot pun. Bagi aku lah. Kawan aku ckp dia macm bangla lah. Sebenarnye x oun muka dia boleh tahan gak. Hinggalah satu hari aku ambik keputusan nak lupakan die. Satu hari die dtg panggil aku nak bincang pasal asrama pasal dia pegang jawatan ketua aras asrama lelaki. Aku pon ckp ape yg perlu je. Bila dia tanye satu pasal hal lain aku x nak layan. Aku ingatkan diri ape yg dia buat sblm ni. Dia sombong ngan aku sblm ni.setiap kali jumpa atas sebab kerja asrama aku malas nak layan@jumpa ngan die. Entah laa. Menyampah lak. Honggalah sem ni sem last aku kat koalej die ade 1 sem lagi. Aku jadi last sbb nak tukar kolej sbb baru dpt panggilan nak wat spa kos MA. Kat kolej tu aku amik Programmer. Aku rase susah sgt so nak berhenti. Bila kat rumah ni, aku asyik teringat kat mamat tu je x tau laa camne nak cakap. Bila nak tidur asyik terbayang wajah mamat tu je. Rase rindu ngan die sangat2. X tau nak ckp camne. Walaupun kami x berkouple. Hati in merasakan aku dah suka kat die kut. Tu sebab rase rindu kat die. Ngan member kelas aku xde pon rase rindu camni. Miss him so much. Rase nak text die je tp aku sedar aku je syok kat dia, mamat tu ade dia kisah.
Waktu itu sya sngat kecewa karnah dia memili untuk berpisah dan saya pun memilih pergih jauh untuk melupakan masa masa saat bersamanya namun sejauh mana pun saya pergi dia selalu ada di fikiran qu dan aqu pun memaksa diri qu untuk melupakannya semakin aqu berusaha melupakannya semakin jga aqu sayang n cinta am dia
Nasehat yang indah, Allah harus dicintai dari segalanya. Mudah-mudahn kita semua diberikan kekuatan dan tetap dalam kebaikan. Amin….
sedikit perkongsian dr pengalaman saya,
6 tahun relationship,hancur. sepanjang 6 tahun bermacam-macam yg dia buat di belakang saya,tp saya tetap percayakan dia,sebab dia selalu ada di saat saya susah ataupun senang,mungkin saya stuck kat dalam kenangan yg baik2 dgn dia,and pada tahun terakhir, relationship kami putus disebabkan oleh seorang janda muda anak 1,yang jugak kenalan saya dan dia,hati hanya Allah yang tahu apa yg saya rasa waktu tu,then 6 bln kami tdk berhubung,saya cuba ceriakan hati,usaha utk lupakan dia,tp dia muncul balik,meminta maaf tanpa henti,kerana janda yg dia pilih,dah kembali semula dkt ex husband dia.,entah,tetiba sy terima maaf dia,dan saya seakan2 lupa semua apa yg dia buat dkt sy dulu,dan kami jadi kawan,but,sekarang sy buat keputusan utk tinggalkan dia,kerana sy takut saya tak dpt nak kawal perasaan saya,saya takut sy akan fall in love balik dkt dia,sebenarnya,perasaan tu dah ade sedikit,sy dah start layan dia,selau bagi pertolongan seperti waktu kiteorg bersama dulu,tp bila fikir semula,untuk elak benda yang sama berulang lagi,saya decide untuk tinggalkan dia,tetapi,hati tidak kuat Ya Allah. :(
saya sokong keputusan saudari utk meninggalkan dia. Semoga saudari diberi kekuatan. Amin.
Terima kasih untuk tips ni.. Mungkin benar, Allah SWT itu jadikan perpisahan ini untuk buatkan kita tersedar dari kelalaian bercinta.. Macam tak percaya, percintaan selama 5 tahun yang indah buat saya putus di tengah jalan.. Sesungguhnya perpisahan itu memang suatu penyiksaan :'( Allahu.. Maafkan aku ya Allah kerana mencintai manusia lebih daripadaMu :'( Saya percaya, ada jodoh dia tetap akan pulang ke pangkuan saya.. Insha Allah.
perkongsian yang membantu.. moga terus tabah . aamiin
Saye ila…nama bf saye shahrul…(syaila)atas nama gabungan nama kami.
Kami knl dh setahun byk kenangan manis aku tak blh lupe…syg sgt kat dia.
Tpi pada hari ini 20.06.2015 dia benci aku…di sebab kn aku text ex gf dia…yaAllah betapa dia benci kat aku…
Sape aku???sehingga dia benci aku..dia text i ..(dia tak.penah jumpe pompuan bodoh bahalul mcm saye yaAllah mana perginye maruah i)saye merayu ..saye meminta maaf atas keslh saye tpi.dia ttp nak berpisah ngan saye..
Dgn nama Allah saye amat menyayanginye..
Nasihat saye pada kaum adam…jgn guriskn perasaan wanita..assalam
assalamualaikum….sya dewi mya naufa naurah…… sbar la setiap hubugan pasti ade tagisan…..setiap tagisan psti ade kegembiraan
saya pernah kena macam ni. saya jeles bila bekas teman lelaki saya gunakan nama manja dengan seorang perempuan ni di social network twitter. saya tegur baik baik. tapi sekejap je dia ubah. lama kelamaan lepas tu dia mula balik panggil perempuan tu dengan nama manja jugak. perempuan tu pun sama. saya akan selalu like tweet mereka yang ada panggilan manja tu. sampai satu hari saya jumpa dengan bekas teman lelaki saya ni, saya tergerak hati nak check handphone dia. ya Allah hancurnya hati masa tu. perempuan tu private message dia di twitter mengatakan yang dia tak selesa sebab saya dok like like tweet dia dengan bekas teman lelaki saya. sebelum tu memang ada bekas teman lelaki saya marah saya. katanya saya tak patut buat macam tu. oke saya tak buat. tapi bila baca pm tu, hati saya sentap. masakan dia sanggup katakan pada perempuan tu yang saya ni gila. jangan layan saya. setahun dah berlalu saya masih rasa sakit tapi saya kuatkan hati. dan perempuan itu sekarang dah jadi teman wanita barunya. yang makin sakitnya, saya tak tau dia dah bercinta dengan perempuan ni. sebelum puasa 2015 ni dia ada cari saya, rindu katanya, masih sayang lagi. yang paling tak boleh lupa dia ulang ayat saya dulu, “betul cakap you, tak ada perempuan boleh sayang i macam you sayang i’. saya terkejut. kami keep in touch balik. saya ingatkan semua dah oke. tiba tiba satu hari dia senyap. saya jadi macam orang gila cuba cari dia. sampai kan hari raya baru dia muncul. dia mintak maaf. tapi sebab terlampau marah dan sakit hati saya marah dia balik dan suruh dia berambus dari hidup saya sampai mati. itulah yang dia buat dan itulah yang terbaik untuk saya. tak lama lepas tu, Allah nak tunjuk, kawan saya bagitahu yang hari tu dia senyap tiba tiba dari saya sebab dia berjumpa dengan perempuan yang saya ceritakan di atas. Allahuakbar! Sakitnya hati, pedihnya rasa Allah sahaja yang tahu. Tapi saya tetap kuat. Saya anggap Allah tarik nikmat bahagia saya dengan dia sebab Allah nak tunjukkan jalan yang lebih DIA redhai.
Makasih iya semoga saya bisa melupakannya . Tpi itu sulit Bagi saya karna mantan saya itu saudara dengan saya . Tapi insya allah pasti bisa sya melupakannya
Sy dgn ex sy da sthun lebh nak dkt 2 tahun.. Lepas ayah die meninggal die trus berubah. Die tak cntc sy mcm dulu.. Tpi dgn org lain die cntc. Die lepas kan sy pun alasn y tak munah sabah langsung.. Lpas ayh die meninggal die ada ckp jgn tggal kan die.. Tapi skrg die y tggal kan sy. :'( memng sedih sgttt.. Sbb die bg sy harap tapi skrgdie y tggalkan sy.. Baru2 nie die ad ckp gn sy “die mintak maaf ats ap y belaku n dlm.aty die cume ada sy.. In shaa Allah kalau ada jodoh tak kemana :'( ” dia siap buat muke sedih lgi.. .. Jujur mmng sy happy sgt2 .. Tapi bile 2 3 hari lps tu sy try msg die .die lgsg tak rply whtspp sy. Dekat situ sy cnfius if di kate dlm aty die still ad sy knp sy msg lgsg die tak rply.. Cll tak angkat. . smpai ke hari ni sy cnfius die jujur dr aty atau hanye kate2 dibibir.. mohon sasiape beri sedikit pendapat..
Annur kita kena kuat kn semangat
percaya kan die tapi jangan 100% jangan meletakkan harapan yg terlalu tinggi. Bukan ape takut hati sendiri yg sakit. Biarkan saja. Kalau betul dia sayang, dia cinta, dia akan cari awak. Itu pendapat saya la. Bercinta itu kdg2 manis kdg2 pahit. tak semestinya manis sentiasa.
Subhanallah. Saya rasa kuat dan tabah selepas membaca artikel ini :)
Kita tengok aje lepas final. Kalau dia betul sayangkan Kamu, dia akan hubungi kamu. Jika tidak , lupakan. Skrg jgn ganggu dia.
Walaupun baru 5 bulan berkenalan. Tp disebabkan perasaan sayang. Terlalu sakit bila die pergi. Hmm sy sekarang dalam delima. Hubungan kami seperti tergantung. Tibe2 die spt menjauhkan diri. Die cakap jangan ganggu die di sebabkan skrg musim final exam. Jadi die ingin fokus. Tp sy hanya contact die dgn menanyakan bagaimana paper tersebut. Dan die memarahi sy. Sy bukan sembang2 kosong. Dan status2 di wechat sepertinya mcm ingin meninggalkan sy. Tp bila sy minta kata dua kat dia. Dia senyap. Sy stress,sy sakit hati. Allah je yg tahu perit nya skrg.. Tambahan skrg waktu final. Amat susah untuk sy fokus. Hubungan kami tergantung. Sy nak lupakan die. Dan fokus pada final. Tapi amat la payah nak melupakan dia. Mohon sesiapa beri pendapat.
saya rasa, dia nak main tarik tali dengan awak. mungkin dia ada pilihan lain. mungkin jugak betul dia nak fokus final, so dia tak nak fikir lagi pasal benda benda lain. atau mungkin sebenarnya dia biasa biasa je dengan awak, tapi awak yang letak expectation lebih kat dia. mungkin lah. tapi bagi saya lah, awak boleh lupa dia. patut lupa dia. sebab kalau betul dia nak, dia tak buat awak tunggu. orang kalau betul ikhlas dengan kita, dia tak layan kita macam tuh. mula mula memang susah, perit nak lupa. perlahan lahan. be strong. selalu ingat, setiap perpisahan atau pertemuan tuh pasti ada hikmah. percaya pada hikmah pertemuan. percaya. just my two cents. btw, all the best final heee :D
tengs utk pendapat tu shafiqah. Syukur skrg ni sy dah boleh lalui kehidupan tanpa memikirkan dia. Saya skrg dah tiada rasa sakit hati. Betul. Ia hanya perlukan masa, dan hati yang kuat. dan satu lagi.. Doa itu penting :)
walau bagaimana pun. sy masih lagi menyayangi die. Saya harap sangat yg die akan jadi isteri saya. Lepas ni saya kene kumpul duit. dan kawen. Doakan saya berjaya shafiqah. :)
In shaa Allah. Good luck bro. Teruskan doa. Allah pegang hati kita. Semoga dia rasa apa yang awak rasa. Selamat berpuasa!
Hmm.. Betula cakap saudari.. Die main tarik tali dgn saya.. Die ade lelaki lain.. Lelaki itu adalah anak kepada kawan ayah nya.. Ia la.. Mungkin die setaraf.. Sebab die anak org kaya.. Sy mengetahui apabila sy mendesak die.. Memberitahu perkara yg sebenar dan die mengaku.. 2kali ditipu dgn die. Takpela. Sy redha. Buat semua.. Jangan la kalian curang.. Jujur la dgn pasangan anda.. Dan cuba la setia.. Tak susah pon..
Kita sama bro, katanya sempena bulan ramadhan nak fokus pergi masjid dan quran and tak yakin dengan aku dapat jaga dia lepas kahwin. aku rela kan saja..4 hari lpas putus,tup2 block aku kat instagram.. suddenly upload gambar bunga someone bagi. (aku stalk guna instagram lain)
aku sedar, pendapatan dia lebih dari aku dan umur dia pun lebih tua dari aku 5 tahun..
mungkin dia nak org yg boleh beri dia kesenangan..walau dia kata pada aku, aku org yg paling baik dan paling sayangi dia.. hmmm…
aku nekad, kumpul duit bila sampai waktunya dah cukup, and terjumpa jodoh..kahwin terus..
bertabah ya bro
samalah bro…aku dlu bpe byk kali kena tipu..tp ntah knpe masih beri dia peluang…tup2 skrg ckp dh nk kawin dgn org lain..aku pelik dia tu..wlwpn dh ada kisah silam yg buruk dgn ramai lelaki,dan aku terima dia seadanya,dia boleh pergi kt org lain..xpalah..mgkn bkn jodoh aku…aku doakan yg terbaik je..cme aku harap nti klau suami dia dh tau keadaan diri dan sejarah lama dia mcm mn,dia dtg melutut kt aku trima dia blk..mmg akan aku sekolahkan dia kaw2 pnye…sakit gler hati aku die hncurkn byk kali ni…skrg aku kena truskan hdup…Allah maha besar…semua telah ditetapkn olehNya…pe2 pon dgr2 bercinta lepas kawin tu best…cri jodoh bro..lps kawin bercinta.. :)
Tidak mudah untuk smua itu
mitha ,maksudnye?
Hi there to all, the contents existing at this web page are
truly amazing for people knowledge, well, keep up
the nice work fellows.
Terima kasih atas penkongsian ini.. Alhamdulillah dlm sebulan sya buat ape yang di suroh sya da boleh lupa kn nya… Wajah nya nama nya semua tentang nya sya sudah daplupa kan… Terima kasih ya…
semua cara itu benar karna dengan mendekatkan diri pada allah kita akan tau yang terbaik yg allah kirim untuk kita . jika saat ini harus berakhir mungkin allah punya rencana indah kedepan. amiin ..
makasih yah
Dyra dah lama knal dgn die. Dalam setahun lebih jugak lah. Byk kali dia buat dyra mcm tkde perasaan. 1st time kenal dgn die. Die selalu cerite ex die yg tglkn die. Taksampai sebulan knal dah putus. Bile dyra cube nak jaga relay gn die. Die pulak buat hal. Tglkn dyra mcmtu je. Tak bersyukur langsung org dh jge die. LAgipun die yg harap akn kekal lme gn dyra. LAst2 dia yg pergi. Bukan senang nk lupekan org yg kita sayang. Lepas dyra dah putus dgn die. Dyra dh xde perasaan nk bercinte. Hati ni mcm dh tertutup. Dyra pon dah move on. Dyra pon dh lepaskan die. Lgpon dyra mude lg. Jodoh ditangan allah. Dyra percaya. Suatu hari nanti Allah hadirkan insan yang lebih baik dr die. Cintakan Allah kekal abadi. SEkarang dyra lebih tenang. Bile dekatkan diri dgn Allah s.w.t. takde mase dh nk pikir cintan cintun ni. Ada family dgn kawan pon dh bahagia. Dulu jaga hati org. Sekarang nkl jaga hati sendiri pulak.
sya da knl dia slma 1 thun lbih …tpi sya bru thu dia da kwin .. . tpi sya brusaha utk lpkn dia..slma 2 bln sya cuba elakkan kn diri sya block dia tpi sya x thu dia dpt cri sya blik …dia pjuk sya blik spya blik dgn dia…sya mmng nak tpi lps fkir anak dan isteri dia sya trus lemah sya x nak jd i prmpas! tpi syg sya kat dia x dpt nak lpkan dia …bantu sya saya x nak pntingkn diri . sya thu rasa mcm mna klau suami sya sndri kena rampas org lain. dan sya pon x prkara itu jdi pda rumah tngga sya nnti . .. sbb itu sya nak lpkn dia