7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat

melupakan orang
Melupakan orang yang disayangi tidak semudah yang disangka! | Old Memories by lennuk

Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.

Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.

Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..

..tapi kehidupan perlu diteruskan.

Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?

Saya juga seperti anda.

Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.

Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.

Lebih perit bila cinta tidak direstui.

Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Kehidupan amat perit saya rasakan.

Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.

Terdengar lagu itu, saya teringat dia.

Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.

Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.

Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?

Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.

Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.

Bukan mudah untuk memulihkan hati.

Suatu hari, saya bermuhasabah diri.

Menempatkan diri saya pada diri orang lain.

Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.

Mereka hanya inginkan yang terbaik.

Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.

Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.

Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.

Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.

Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.

Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.

Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.

Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.

Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.

Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.

Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.

Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.

Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.

Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.

Pandanglah ia dari sudut positif.

Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.

 

 Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:

Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:

1. Mohon kekuatan daripada Allah

Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.

Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

[2:216]

 


2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran

 …..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]

Hati yang terluka perlukan ubat.

Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.

Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.

 


3. Terimalah kenyataan

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.

Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.

Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.

Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?

Redhalah dengan ketentuanNYA.

 


4. Buang segala perkara tentang dia

Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.

Buanglah segala perkara tentang dia.

Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.

Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.

Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.

 


5. Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.

Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.

Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.

 


6. Hindari semua perkara tentang dia

Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.

Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.

Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.

Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.

 


7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai

Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.

Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.

Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.

Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.

Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.

Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.

Allah has already written the names of your spouses for you.

What you need to work on is your relationship with Allah swt.

HE will send her/him to you when you’re ready.

It is only a matter of time”.

 


Kesimpulan

Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.

Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.

Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.

Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.

Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.

Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.

Mungkin Allah ingin menguji  nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.

Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)

Bagaimana dengan anda wahai sahabat?

Sudah yakin mampu mengubat hati?

Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah

Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga  :)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

1,136 thoughts on “7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat”

  1. BAGAIMANA CARA AKAN BISA MELUPAKANNYA? JIKA SAYA AMSIH 1 ATAP DAN 1 RUMAH DENGAN DIRINYA? SAKIT SAAT SAYA DIPERLAKUKAN SEPERTI INI, DIMNA LETAK DERAJAT SEORANG PEREMPUAN? HNYA ALLAH YG TAU SAKIT SAYA

    Reply
  2. alhamdulillah,terima kasih atas perkongsian ini.
    22/11/2014 kami berpisah(jiwang plak)
    bila baca komen2 orang lain rasa masalah saya ni macam kecil pulak.orang punya lagi sedih.
    tapi cerita saya ni si dia memberitahu kepada saya yg dia akan berpindah rumah(2jam sebelum bertolak ke melaka).time tu rasa macam ditipu(kene game) saya igt dia hanya gurau2 tapi rupanya betul.dia mintak putus.pelik jadah.wkwkw.pastu sedih.lepas tu saya tanya kawan dia.kawan dia pon xtau yg dia akan pindah.pelik la erm.keesokkan harinya dia block wc dan ws saya.selepas itu saya masej dia.tetapi dia tidak reply.sedih la plak bila tulis bende ni

    Reply
  3. hati ini sakit skali.dia buat hal ulang thun ku.dia beri pberian hadiah ku dlu kpda nya dgn kwn ku dan bkn dgn tangan ku.peristiwa tu sukar ku lupakan.slama 4 tahun phubungn kmi aq prtahan kn.sampai hati dia hancur kan dgn berkata kpd ibu ku yg aq curang.ibu sapa x marah jika anknya d kata bgitu.sungguh pedih skali..hanya tawakal dpt ku buat dan melihat dgn sapa jodoh ku sbnr.adaka kmi brtemu lgi.jika kmi ada jodoh insyaallah akan btemu lagi.

    Reply
  4. Pahitnya terbuang dulu. Pahit sangat sangat. Tapi sekarang saya dah mampu tersenyum, saya dah jumpa jodoh saya. Segala sakit yang dia bagi dulu, berbaloi dengan apa yang saya dapat sekarang. Berdoa tiap masa, yakin dengan Allah. Cuba sedaya upaya terima ketetapan yang Dia bagi dan yang penting dekatkan diri dengan Allah, kita akan dapat kekuatan tu. Allah sayang kita, Dia bagi ujian ni sebab Dia nak bagi sesuatu yang lebih baik. Alhamdulillah, hidup saya sekarang lebih tenang, sangat bahagia. Menunggu masa nak bergelar isteri je tak lama lagi. Bersama bakal imam saya, saya tak pernah rasa bahagia selama berkawan dengan lelali lain. Dia melengkapkan hidup saya, terima baik buruk saya. Dia yang tinggalkan saya tu, Allah dah bagi balik segala rasa pahit yang sy lalui dulu. Allah Maha Adil, kan? Dan sekarang saya tak kan menoleh ke belakang lagi.

    Reply
  5. Ya allah.. i just realize.. Selama ni saya sibok cari article “how to move on after break up” la.. “how to get your ex back” la.. baca dan baca, tapi x pernah tenang..

    i just realize.. i need to fix my relationship with allah, then he will fix everything for me..

    Thank you, sangat2

    Reply
  6. hati yang sangat luka, sakit bila dpt tahu ada orang k3 dlm hub. kami.. aku dan dia dah 4 tahun… bila dapat tahu dia ada org lain.. hati hancur,, dia xputuskan saya cuma dia minta masa untuk bersama dgn wanita lain.. mcm2 usaha yang saya buat tp dia langsung x peduli.. sya cuma mampu luah segalanya pada Allah.. sya doa yang dia akan berubah.. yang ada saya y disisihkan… dia minta tempoh masa yang sya sndiri xtahu smpai bila.. sya cuma mampu diam.. n bila saya diam.. org k3 muncul n cakap y macam2 dgn saya.. tp saya x perna balas sya diam jak.. tp makin saya diam makin saya dkecam berabis.. mcm sya y bersalah.. saya cuma mampu doakan dia akan dibukakan pintu hati untuk melihat baik dan buruk.. saya sntiasa maafkan orang y menyakiti saya.. sya cuma mampu sabar y dia akan berubah n balik dgn saya.. saya rela disakiti demi orang y sya sayang.. tp ada masanya sya nak berputus asa tp ati kuat menyuruh untuk bersabar.. sabar tu ada hikmahnya…

    Reply
  7. kalo udah terlanjur syang itu memang sangat susah untuk melupakannya,apalagi perjuangan selama ini,pengorbanan yang tlah kita lakukan,dan ketulusan hati kita dya sia2kan gitu aja.rasanya memang sakit banget.tapi mo gimana lagi,itulah kenyataan.kalo memang dya lebih bahagia dengan yang lain,silahkan.aq ikhlas melepasnya,tapi aq yakin,hanya aq lah yang tulus menyayanginya….Allah memang sudah punya rencana yang terbaik buat kita.dan aq hanya bisa berusaha untuk mencapai kebaikan itu.
    ,,

    Reply
  8. Aku bru berpisah sma dia. Tak sangka selama 1 tahun 7 bulan kami bersama akhirnya berpisah juga :’) bru smlm aku blik dri labuan :’) aku pergi ke labuan semata mata mau jumpa dia dan selesaikan masalahnya yg kami hadapi :’) tapi apa yg aku dpt? aku dpt tahu dia pergi PROM NIGHT bersama pasangan baru nya dgn bpergangan tangan :’) sungguh sakit hati ni apabila mengetahui dan nmpak semua ni dgn mata sndiri :’) aku sayang dia sngt2 sehingga selera mkn aku tak cukup, badan aku lemah sngt mau bangkit :’) aku cuma tak mau dia rosak sbb llaki tu aku sngt kenal dgn perangainya :’) jujur aku ckp aku tak pernah, bukan mudah aku menangis dan akhirnya aku luahkan semuanya dgn kawan rapat aku :’) aku menangis teresak esak dsbbkn dia :’) aku bharap sngt yg dia adalah jodohku smpai ad satu saat aku rasa mau bunuh diri :’)

    Reply
  9. jadikanlah patah hati tu sebagai syukur hati. lekanya kita dalam cinta telah menyebabkan kita terlupa pada cinta sang pemilik nafas ini. sekarang mungkin tiba masa utk kita lupakan cinta manusia dan marilah kita kembali kepada fokus mencari cinta Allah. semoga Allah gantikan kepayahan ini dgn kebahagiaan di akhirnya.

    nasihat ini yg sy bg pada diri sy sendiri saat ini. sakitnya kenal dia dan jalinkan cinta hampir 4 tahun namun putus di tengah jalan. Allah tak redha dan mungkin kami tiada jodoh. kuatlah duhai hati. kamu dah jatuh cinta maka kamu harus kuat utk hadapi dugaan seperti ini.

    Reply
  10. Aku akan usahankan menjauh dr dia meskipun itu sangat berat dan menyakitkan,,,,
    Sepuluh bulan lbh aku jalani hubungan bersama dia suka dan duka,sedih dan canda tawa kita jalani bersama tp semua itu hanya tinggal kenangan dan dia akan menikah dgn pilihan orang tuanya.

    Reply
  11. artikelnya bagus (y)
    saat ini aku tersesat dalam cinta.. artinya aku telah memilih seseorang yg bukan terbaik untukku.. aku diputusin 8 kali, tetapi mengapa aku mau saja untuk balikan.. itulah yg biasa orang2 sekarang bilang kalo cinta itu buta.. tetapi sebenernya kata2 itu salah besar, dan aku menyadarinya itu.. Aku ingin seperti semula yg tidak terkunci dalam sebuah cinta. aku ingin melupakannya baik2.. walaupun semua ini terasa sakit.. aku juga akan menjadikan pengalaman ini untuk menjadikan aku lebih dewasa dan paham kalo cinta bukanlah segalanya :)

    Reply
  12. Hari ini aku putus kan untuk pergi dari orang yang sangat aku cintai. Nama nya fitria ningsih. Aku sdar aku memang tak bisa jadi yg baik untuk nya. Aku slalu menyakitinya. Hari ini aku putuskan untuk pergi jauh dri khidupan nya untuk selama- lamanya. Semoga aku bisa ya Allah.. doain ya teman2

    Reply
  13. assalamu’alaikum wr.wb….saya suka dengan tulisannya….rasa sakit pernah aq rasain kehilangan orang yang sangat aq sayang….restu ortu adalah restu Allah SWT…demi kebahagiaannya dan ortunya aq rela tinggalkannya….apakah sikapku salah walaupun amat sulit

    Reply

Leave a Comment