
Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.
Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.
Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..
..tapi kehidupan perlu diteruskan.
Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?
Saya juga seperti anda.
Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.
Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.
Lebih perit bila cinta tidak direstui.
Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Kehidupan amat perit saya rasakan.
Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.
Terdengar lagu itu, saya teringat dia.
Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.
Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.
Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?
Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.
Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.
Bukan mudah untuk memulihkan hati.
Suatu hari, saya bermuhasabah diri.
Menempatkan diri saya pada diri orang lain.
Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.
Mereka hanya inginkan yang terbaik.
Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.
Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.
Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.
Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.
Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.
Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.
Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.
Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.
Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.
Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.
Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.
Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.
Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.
Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.
Pandanglah ia dari sudut positif.
Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.
Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:
Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:
1. Mohon kekuatan daripada Allah
Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.
Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[2:216]
2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran
…..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]
Hati yang terluka perlukan ubat.
Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.
Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.
3. Terimalah kenyataan
Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.
Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.
Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.
Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?
Redhalah dengan ketentuanNYA.
4. Buang segala perkara tentang dia
Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.
Buanglah segala perkara tentang dia.
Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.
Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.
Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.
5. Sibukkan diri
Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.
Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.
Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.
6. Hindari semua perkara tentang dia
Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.
Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.
Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.
Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.
7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai
Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.
Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.
Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.
Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.
Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.
Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.
Allah has already written the names of your spouses for you.
What you need to work on is your relationship with Allah swt.
HE will send her/him to you when you’re ready.
It is only a matter of time”.
Kesimpulan
Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.
Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.
Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.
Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.
Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.
Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah ingin menguji nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.
Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)
Bagaimana dengan anda wahai sahabat?
Sudah yakin mampu mengubat hati?
Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah
Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.
Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga :)
mantaplah ini, semoga bermanfaat
Salam…tak tahu mcm mna nk mula. Tp nk ucpkn terimakasih ats segala perkongsian yg sgt relevan dn mudah serta logik. Bkn sekadar menempel cara2 yg biasa kita baca di buku2 motivasi…tp sebuah lgkh yg direct. Sya bersyukur ketemu fb saudara pd ketika sya buntu dn hilg arah. Mmbesar sbg ank tunggal tanpa ibu disisi…bkn mudah. Tiada siapa utk berkongsi rasa. Namun syukur Allah temukan sya dgn fb saudara. Sya masih struggle namun lega stp kli mmbaca bait kata2 do fb sedara. Tq. Hanya Allah sj yg bisa mmbalas nya.
Trmakasih Sobat atas argumennya.
setiap hubungan pacaran pasti ada lika-likunya. Namun sahabat perlu tau setiap kita punya lagu yg berbeda2. Saya punya lagu seperti ini maka irama saya seperti ini. Kalian punya lagu seperti itu maka iramanya pun seperti itu.
Trima Kasih masukan ny. Daya lbih sdikit lega
Terima kasih saudara, argumen yang anda buat memberikan pencerahan untuk saya, supaya tidak berlama-lama bergelut dalam duka. tipsnya sangat membantu, jujur apa yang saudara tulis memang terasa oleh
saya saat ini.????
Alhamdulillah.. semoga saudara terus kuat dalam menempuhi ujian kehidupan ini.
Ia tidak lain tidak bukan hanyalah bertujuan untuk membuatkan hati kita semakin teguh. InsyaAllah.
Terimakasih sarannya akan saya coba
InsyaaAllah
Allah cemburu … Saya terlalu berlebihan menyayanyi makhluknya.
Taoi ya Allah… I i sakit ????????
Rasanya sangat sulit untuk melepaskan orang yang kita sayang
Cuba..
InsyaaAllah, Dia akan bantu hambaNya yang berusaha.
rasaya emang sakit kalu tidak dihargai dan di cinta. suda ilang dan ber ganti dgn yg lain semuaya sangat sulit seberapa ingin melupakan kenyataan hati sakit entah kpn semua akan ber akir. 3 kali di sakit terlukan berat sekali untuk menerima kenyataan hidup . tapi hidup terus selama kita bernafas ujian hidup pasti ada seperti halya siang dan malm itulah hidup…..
aku hampir 9thun brcinta..tp dhalang oleh maknya..aku xpnya kerja bgus..tiada hrta bnda..nmun sdya upaya aku usaha..usaha aku blom lg mmbuahkn hasil..dia trpksa ikot kata mak dia..mak dia xsuka aku..mak dia suka kt kwan dia..mak dia sroh kwen ngn kwan dia..td aku tnya..trima x lmran bdak tu..dia ckap dh trima..aku xtau ape aku prlu buat..dia pon trpksa ikot kata mak dia..dia msih lg bg hrpan..dia ckap dh trima blom tntu mnjd..klu korang dtempat aku..apa yg korang buat??aku dh pnat nk brsedih..nmum msih lg bercalu pkir bkn2..kjap aku blih tng..kjap aku jd celaru..ssah nk trima knyataan..mak dia ckap..dia xtrima orng lain slain dr bdak tu..pedih ayat oo..mngis xbrlagu aku..tp bila aku celaru..aku bkak jgak komen kt sni..tgk rmai jgak snsib ngn aku..lega skit rse..bkn aku sorng..haha..assalamualaikum..
be strong friend
insyaAllah..hidup kene truskn..
saya baru je putus semalam. Seminggu perangai dia berubah, kakak dgn kwn2 saya dah bagi semangat awal2 apa2 berlaku saya kene prepare dari segi perasaan, kene belajar utk lepaskan awal2, jangan hold lagi. Saya dengan dia berkawan lama dah dari sekolah rendah lagi, kami start rapat lepas saya tingkatan 6 sampai saya nak dekat habis degree lagi setahun. Masa saya ada problem dgn hbgn saya yang lalu, si lelaki xboleh terima saya sbb saya ada masalah family. Mungkin takot nak masuk dlm family saya yg xhbgn baik mcm keluarga lain. Dia selalu support saya, selalu ada susah senang, selalu ceriakan saya, selalu bg semangat dan dorongan. Start seminggu lepas kami memang tak berhubung mcm selalu, dia jadi tegas sbb saya selalu merajuk. Merajuk saya hanya 1 jam mcm tu lps tu saya msj mcm biasa, kira dh lupakan psl tu. kami selalu bergurah, saya selalu bergurau mmg tgn selalu cubit ???????????? lps seminggu dia jadi ungkit semua, dia ckp saya ni awal2 perangai teruk dah suka cubit pukul, nanti lepas kawen mcm mana? Dia mintak saya fokus diri saya dulu jgn fikir psl dia, dia nak cari duit kawen nk kumpul cpt2. Dia layan saya dingin, saya cakap dh saya tak push dia kawen cpt, saya sanggup tggu dia 5,6 tahun utk bagi stabil ekonomi dulu. Saya ckp bkn dia sorg je cari duit, saya pun cari duit jgk. Saya start online bisnes awal tahun ni, saya simpan keuntungan siap2 dh mmg tak kacau. dia ckp saya ni boros, sbb saya ada duit sikit saya buat facial sbb muka saya breakout teruk. saya buat 2 sesi sahaja, lps 2 sesi saya stop sbb muka saya dh lega. semalam dia dh delete gambar saya dkt twitter, unfollow ig saya, delete nama saya dkt bio twitter ig dia. saya dh cuba yg terbaik, saya selalu support dia, dia treat saya mcm saya xfaham dia, dia ckp kalau saya blh tggu dia saya tggu la sbb dia nk kumpul duit kawan. dia retweet perempuan ni xhargai, mcm2 saya dh buat. Saya xpernah retweet psl hbgn2 mcm tu. dia buat saya mcm saya ni jahat pada dia. Saya dh ckp dkt dia saya minta maaf , ajak dia sama2 baiki hbgn. Dia ckp dia jadi mcm ni sbb saya, saya buang rasa sakit hati saya sbb saya nk pertahankan hbgn kami. Sampaikan saya keluar dgn kakak saya, mata merah bengkak sbb nangis teruk. saya mmg xblh terima dh dia cuma hati saya sakit sangat lepas dia buat mcm tu semalam. Please ada ke kekurangan lagi pada diri saya yg saya perlu baiki ? ????
Pada pandangan saya, tak ada apa2 kekurangan pada diri awak, yg nmpk tak menghargai ialah dia. dia yang tidak menghargai awak. just kuatkan diri dan selalu lelaki mcm ni dia dah ada org lain di belakang kita dan cuba cakap benda yang tidak elok pasal diri kita. kalau mmg itu jodoh awak, suatu hari mesti akan berjumpa balik. :-)
Yaaa saya juga lagi mengalami situasi saat ini baru 2 mnggu yg lalu kami berpisah, sakit perih apalgi kita satu kerjaan untuk moveon rasanya naik turun, klu ktmu kita masih bisa ngobrol sprti biasa cmn didlm diri kita ada yg beda kecanggungan, rasa rindu yg tak tersampaikan cuman bisa mengadu sma allah, yaaa mudah2an saya bisa menemukan yg lebih baik dri dia ya aminnnn
Terimakasih
saran ini sangat membantu
dia memang sangat baik bagi saya
tapi saya baru sadar…
bahwa hanya ALLAH lah yg mengetahui setiap
urusan setiap hambanya
Saya tengah menghadapi situasi ni..ni bukan yg pertama..Tapi kali ni saya betul2 xkuat..,sayang saya pada dia terlalu kuat.sekarang saya cuba perlahan2 untuk buang dan kuat kan diri saya.
Saya kenal dia baru 2 minggu, setelah itu langsung jadian. Hubungan kami memang tak sampai bertahun2 kami baru menjalaninya selama 2bulan. Tapi kenaangan yang ada terlalu banyak, setelah 2 bulan, kami LDR, awalnya baik2 saja. suatu hari saya ada buat problem yang membuat dia kecewa dengan sikap saya. Sikap saya yang tidak pernah berfikir sebelum bertindak. Sikap dia langsung berubah, tidak seperti biasanya. Saya tetap menunggu hatinya pulih sembari saya meminta maaf karna sikap saya yang begitu ceroboh. Saya berjanji akan menunggu hatinya membaik, tapi seiring waktu saya merasa dia seperti memberi jarak dengan saya. Sampai suatu hari, saya memutuskan untuk menghilang sejenak, lalu esoknya saya muncul dan meminta putus dengan dia. Tanpa basa-basi dia langsung meng iyakan keputusan saya tanpa ada niat untuk mempertahankan hubungan kami. Dan sampai saat ini, saya merasa menyesal sudah memutuskan dia, meninggalkan dia. Hati saya terasa sakit setiap mengingat kenangan yang ada, saya menyesal sampai saya tidak ada semangat lagi untuk menjalani hari-hari saya. Tlong bantu saya ka, bagaimana cara saya mengatasinya.
Kak nasib kita sama ????????????????????
Macam mana nak lupakan dia . Sedangkan kami hanya tinggal sebulan lagi nak berkahwin .. banyak kenangan yang saya ada bersama dia . ????????????????????????
Macam mana nak lupakan die? Saye tak bisa bayangan die selalu ada ???? saye tak sanggup lagi rasa nak hidup ????
mula2 mmg mcm tu. sy pnh alami spt ape yg awk alami. berbulan2 amek masa untk lupakn dia. awk kena kuat. elakkan dr bersendirian terutamanya mlm. bykkan solat taubat, tahajjud and solat sunat. in sha allah lama2 awk akn ok.
Cinta itu indah tp adakalanya cinta itu mnykitkn. Susah nak lupakan dia sbb hari² jumpa. Tp Allah tahu ape yg trbaek kan…
melupakan seseorang yang kita sayangi hanyalah satu ,kunci utama adalah kematian.
Sy ad masalah yg di atas …syg sungguh sy pd dye…sy tahu family dye x suka sy sbb si N ad bagi tahu sy sbb family x suka.. jan yg ad anak..dan family dye suruh carik yg single..remok sungguh aty ni..lepas dye balik dry kg perangai dye btol2 berubah dlm sekelip mata ..dye asik cakap kita hanya mampu berkawan saja…hubungan kita x kn sampai ke alam perkhawinan hubungan kita hanya sekadar kawan…ya allah sy sngt trluka sy 1 tmpat kerja dngan dye..mcm mner sy nk hadapi …dye bnyk bgy jnjy x kn tinggal kn sy …tpy tiba mase sy tahu family lgy penting …tpy sy x kuat..cm mner sy nk lupaa kn dye…..
Klu family x suke nk bt mcm mn.. Redha jelaaa..lki mcm nii dia tersepit..ddk tgh2…insyaallah jodoh puan pasti dgn org yg bersungguh2 menerima dri puan seadanye..