7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat

melupakan orang
Melupakan orang yang disayangi tidak semudah yang disangka! | Old Memories by lennuk

Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.

Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.

Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..

..tapi kehidupan perlu diteruskan.

Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?

Saya juga seperti anda.

Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.

Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.

Lebih perit bila cinta tidak direstui.

Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Kehidupan amat perit saya rasakan.

Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.

Terdengar lagu itu, saya teringat dia.

Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.

Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.

Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?

Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.

Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.

Bukan mudah untuk memulihkan hati.

Suatu hari, saya bermuhasabah diri.

Menempatkan diri saya pada diri orang lain.

Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.

Mereka hanya inginkan yang terbaik.

Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.

Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.

Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.

Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.

Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.

Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.

Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.

Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.

Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.

Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.

Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.

Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.

Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.

Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.

Pandanglah ia dari sudut positif.

Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.

 

 Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:

Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:

1. Mohon kekuatan daripada Allah

Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.

Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

[2:216]

 


2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran

 …..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]

Hati yang terluka perlukan ubat.

Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.

Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.

 


3. Terimalah kenyataan

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.

Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.

Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.

Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?

Redhalah dengan ketentuanNYA.

 


4. Buang segala perkara tentang dia

Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.

Buanglah segala perkara tentang dia.

Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.

Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.

Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.

 


5. Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.

Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.

Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.

 


6. Hindari semua perkara tentang dia

Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.

Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.

Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.

Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.

 


7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai

Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.

Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.

Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.

Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.

Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.

Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.

Allah has already written the names of your spouses for you.

What you need to work on is your relationship with Allah swt.

HE will send her/him to you when you’re ready.

It is only a matter of time”.

 


Kesimpulan

Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.

Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.

Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.

Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.

Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.

Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.

Mungkin Allah ingin menguji  nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.

Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)

Bagaimana dengan anda wahai sahabat?

Sudah yakin mampu mengubat hati?

Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah

Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga  :)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

1,136 thoughts on “7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat”

  1. Saya sangat menyayangi dia melebihi rasa sayang yang seharusnya. Setiap waktu selalu dihabiskan bersama dengan dia. Dan hubungan ini sudah terjalin 1 tahun lebih dengan banyak suka dan duka yang sudah dijalani bersama. Seluruh waktu yang ada, dihabiskan untuk nya.
    Sakit dan kecewa itu yang saya rasakan sekarang. Semoga badai ini cepat berlalu.
    Aamiinn

    Reply
  2. Sangat sama dengan apa yg saya alami, berakhirnya hubungan tanpa restu memang menyakitkan. Namun justru hal itu juga menyadarkan saya bahwa Allah sangat menyayangi sayandan memberikan kesempatan untuk memperbaiki diri

    Reply
  3. Ketika aku mulai menyadari aku mencintaimu,aku memohon pd Tuhan utk menganugerahi cinta yg hebat, lalu Allah menghadirknmu dgn brbagai mslh lalu brbagai upaya aku memperjuangknmu, aku menunjukkan pdmu btpa besar rasa sygku utkmu, tp akhirnya kamu membuat keputusan utk hidup org lain seakn aku tdk prnh brarti appn, bhkn rncn besar yg ingn kuwujudkn brsamamu trpksa batal, tak ada lg cr aku mnjlskn besarnya cintaku utkmu, aku hnya bs brharap kamu bahagia dgn appn yg kamu putuskn, tp aku hrus prgi jauh drmu, aku tdk yakin hatiku sekuat itu utk melihatmu dgn yg lain,.trkhr kalinya aku ingin mengatakn, “aku mencintaimu, fitri”

    Reply
  4. Moga kau bahagia disana. Kau cinta dalam hidupku, aku kehilanganmu untuk selama-lamanya

    Aku sayang kamu Wita Rahayu :’) 20.10.2010

    Reply
  5. assalamualaikum wr wb…
    apa yg aku alami menguras air mata.. kita harus putus,tapi kita sama2 sayang.. apa yg aku rasakan sangat menyiksaku.. semua salahku.. aku gak bisa berbuat apa apa tnpa dia.. dia semangat hdupku,dia yg sllu ada saat aku susah tapi skrg harus berpisah.. sampai matipun tdak bisa aku lupakan.. maafkan aku.. aku sayang kamu.. FITRIA AGUSTIN

    Reply
  6. Assalamualikumsemua. Memang betul sangat sakit apabila orang yang kita sayang tinggalkan kita , lagi2 kalau kita dh terlalu setia tapi kita yg di duakan … Sy rasa amat amat sakit , kadang2 sy bercakap seorang diri untuk menghilangkan rasa sedih sy … Maklum lah selama ni sy slalu bercakap dlm fon dgn kekasih hati tapi dia dah meninggalkan kita , kita jadi payah untuk buang tabiat itu .. … Memang terlalu sakit sehinggakan air mata sy sudah kering. Dan dr sarangkan menitkkan ubat mata ke dalam mata supaya tidak keluar darah . Tapi mgkin ini yg terbaik utk dia dan sy .. Kerana kami sering bergaduh bicara… Sy hanya mampu doakan dia bahagia selama lamanya.

    Reply
  7. Assalamualaikum…saya mengalami masalah mungkin sama seperti orang diluar sana…ceritanya begini.

    saya baru saja begaduh dengan lelaki yang saya sayang.penyebabnya seorang perempuan yang sudah bersuami menganggapnya adik angkat sebelum saya bercinta dengan lelaki itu.

    saya mushkil kenapa perempuan ini begitu mengongkong insan yang saya sayang ini ibarat macam suami dia pulak. memang sebelum ini kami ada juga bergaduh puncanya perempuan ini cemburu bila dapat tahu saya ada hubungan dengan abg angkatnya itu,.

    memang tidak dinafikan sebelum perkenalan saya dengan lelaki itu.mereka ibarat seperti keluarga walaupun pada dasarnya memang tiada hubung kait sebesar kuman pun.

    perempuan itu memaki saya dengan kata kesat kalau perempuan lain mendengarnya pun tidak sanggup.dia menuduh saya berkurang ajar dengannya disebabkan pergaduhan pertama sebelum ini mengatakan saya menyerangnya.saya menjadi tanda tanya apa hak saya untuk menjuangkan kasih syg saya klau saya tidak mengatakan memang saya ada perasaan padanya.

    memang pelik kan…perempuan itu mngatakan perempuan jenis saya ini tidak layak menjadi isteri lelaki itu,.. sekiranya lelaku itu ingin kan juga .dia harus memutuskan silaturrahim dengan keluarga nya yang hampir 30 tahun katanya.

    sekarang diri saya berasa tertekan.
    lelaki ini hanya mampu mgatakan perempuan itu meroyan. dan saya yang harus bersabar.
    apa jalan penyelesaian..

    Reply
  8. memanglah sangat susah nak lupakan orang yg kita sayang dan ia perlu memerlukan banyak waktu untuk melupakan dia..daripada hati dan jiwa…kita sepatutnya sedar dia bukan milik kita kalau ada jodoh kita bertemu lagi..insyaalah

    Reply
  9. melupakan seseorang tak semudah yang dibayangkan,apalagi orang tersebut sangat spesial hm tetapi kita harus melupakannya dan menjadikan nya pengalaman semasah hidup…..
    01-06<3#

    Reply
    • Kami baru saja menjalin hubungan ,sekitar 3 bulan,aq sangat menyayangi dia…karna dia sosok yg aq kagumi….entah kenapa hati ini terasa takut kehilangan dia,aq nyaman sekali ketika bersamanya,dan dia sosok org yg mengayomi,..tp km sm2 tau bahwa kita tidak mungkin bersatu…. karna perbedaan agama….aq msh galau tolong kah masukan

      Reply
  10. Assalamualaikum.

    Saya hanya ingin berkongsi curahan hati di sini. Saya bukanlah nak mainkan perasaan lelaki tapi ada dua lelaki yg sedang menunggu kata jawapan dari saya. Dari aspek agama both ok.

    Lelaki pertama: dulu saya dan dia pernah kenal utk kahwin. Kemudian kami tak jadi atas alasan dia nak finishkan phd dia. And skg dia dah habis blaja dan dapat job sebagai lecturer pun. Dan sekarang dia nak continue balik plan kawen tu. Lepas tak jadi hari tu memang kami tak contact langsung. Masalahnya nanti lepas kawin dia nak sy stop phd saya dan tak nak saya keja. Sedangkan saya suke sangat blaja n niat nak tolong famili. Saya dah berjumpa dengan famili dia.

    Lelaki kedua: lepas tak jadi ritu hari, saya bertemu dengan lelaki kedua ini. Seorang engineer. Matang dan nampak keikhlasan dia datang jumpa famili saya. tapi hati saya masih tak boleh nak go on dari lelaki pertama. Dengan dia saya takde ape2 perasaan sangat. Tapi saya dapat rasa dia akan jaga saya dengan baik. Dia dah bagitau famili dia pasal nk bertunang dengan saya sedangkan saya belum decide nk pilih saya.

    I dah buat istikharah tapi saya belum menemui jalannye. Kerana dua2 ada pro n cons dia. Saya takut kecewa dengan pilihan saya.

    Reply
    • pilih no1….setelah sekian lama x contact.. dia masih pulang kepada anda…. dia dh tahu apa erti perpisahan…. kerana itu dia x nak ingin berpisah lgi dgn awak….. seperti sya dgn seseorang… ????

      Reply
  11. assalammualaikum… terima kasih kerana berkongsi tips yg berguna ini utk diri saya..
    mengahadapi kegagalan dlm hubungan pertunangan amat menyiksa kan.. berdoa agar tuhan memberi kan kekuatan dlm hidup ini.. syukran jazilan..

    Reply
  12. assalamualaikum…

    Ini bukan tentang kisah cinta dua jiwa lelaki dan perempuan.
    Ini kisah seorang kakak dan seorang adik.
    Telah 5 tahun aku bersama adik. masa dia student lagi.
    Aku pula staf di situ.menjadi seorang kakak memang manis buat aku.
    kononnya nak jaga dia. Ya aku memang jaga dia melebihi segala2nya.
    Jaga dia sampai tahap dia terkongkong. Kononnya aku ingin yang terbaik buat dia.

    Masa dia student, dia ada kekasih. Aku pun sangat baik dgn kekasih dia.
    Tapi tiada jodoh antara mereka. Clash. Putus. Dan sejak itu dia seolah
    tiada peluang lagi untuk bercouple lagi. Ada saja halangan dari aku. Semua tak betul.

    Tapi dia masih stay dgn aku even dah posting. Bila dia keja di Borneo,
    aku mengguna segala cable yang ada untuk dia balik kesini.
    Dan balik sini kami menyewa bujang bersama. Walau sblm ni
    aku stay dgn famili. Alasan konon makin dekat.

    Aku happy. Semua buat bersama. Tapi sebenarnya dia stress.
    Dia muda lagi. Dia nak macam orang lain, Bercinta. Kawen.
    Tambah kawan2 dia ramai dah kawen. Dan sejak tu kami kerap bergaduh.
    Tapi masih bersama. Aku berlagak nak overprotected.

    Sampai satu tahap setahun lepas, ada kenalan sekolah nak “try”
    Dia memang tak bagitau aku awal-awal.
    Tiba satu malam dia cakap ada orang nak try.
    Aku yang bodoh ni tetiba mengamuk. Konon dia menipu aku.
    Teruk. Worst to worst. Sampai satu tahap famili dia da tahu.

    So status seorang kakak yang penyayang. Hilang sekelip mata.
    Famili dia mula persoal siapa aku untuk menghalang anak mereka.
    Tiada lagi kebaikan tentang aku. Hanya yang jahat2 muncul. Dan sampai
    satu tahap, famili adik menghalang adik jumpa dan contact aku lagi.

    Masa tu aku down gila. Hampir 3 bulan. Opis tak masuk. Tak lalu makan.
    Aku jugak seolah dihalau keluar dari rumah tu. so agak lama kami xjmpa.
    Adik juga tak kawan dgn budak tu. Sebab adik nak kawen tapi budak tu masih
    belum nak commit lagi. Dan pada masa tu gak dia kenal beberapa lelaki dalam
    hidup dia.

    Selepas beberapa bulan, aku kembali ok. Aku makin dekat dengan Allah. Aku makin positif.
    Dan lepas tu aku dan adik ok balik. Walaupun dah tak sama macam dulu. Kami masih baik
    dan aku stay balik di rumah bujanh tu bersama dia dan rakan lain.

    Lepas kami bersama balik. Kami selalu bergadoh. Aku dgn ego aku, Dia dgn stress nak kawen.
    Dan sedar tak sedar kami jadi macam dulu balik. Bergadoh. Stress dan Terkongkong. Aku selalu
    nak tahu dgn siapa dia berkawan, Aku selalu tanya dia dah couple ke belum. Tapi lepas kami
    bersama semula memang dia terlalu banyak berahsia dgn aku. Dan famili dia juga tak tau yang
    kami dah baik dan berjumpa. No more aku dalam segala media sosial dia.

    Akhirnya. Kun Fayakun. Seminggu lepas bagai nak kelam dunia aku. Aku dapat tau yang adik bakal kahwin. Bagai nak pitam bila tau dari mulut orang lain. Dan akhirnya adik akan dimiliki. Bakal syurga dia. Allahurabbi. Sejak seminggu lepas hingga hari ni. Aku masih tidak dapat terima kenyataan.

    Tolongla aku, Sedih. Aku seolah-olah ingin melawan takdir Allah.

    Reply
    • Nm sy juliana.
      Sy sdh 2 thun berhubungan sm pacar sy. Sering kali sy minta di nikahi . Sdh berencana pun slalu gagal. Sy gk pernah nuntut apa” sm dia. Sy cm ingin di fahami di syngi seperti wanita” lain. Tp dia slalu menganggap sy org nya keras. Selalu marah.sy pikir sy mrh wajar. Gk di buat”. Tp dia gk pernah menyentuh hati sy. Slalu di lawan dgn kata”. Sy skrg br sadar. Kl sy gk pantas buat nya. Sy akan melupakan nya. Sy akan pergi wl sakit. Krn sy mencintai nya.
      Sy di anggap sy ini gk pernah lembut.
      Sy br sadar. Kl cinta gk harus di miliki. Sy yakin. Allah maha adil. Pengorbanan sy slama ini sia”. Skrg sy pasrah sj sm allah. Kl sy gk boleh terus”an mencintai org yg salah. Moga si dika hardani org lombok. Bs sadar betapa tulus nya cinta sy slama ini.Di saat dia mendapat kan wanita yg baru.banding kan. Kekurangan sy sm dia. N kelebihan sy sm dia. Itu sj. Terima kasih. Sy yakin allah slalu bersama hamba nya yg tulus n iklas.

      Reply
  13. Aku selalu berusaha melupakan tp d mimpiku teringat dia …aku bingung harus pake cara lg .. udh mohon tp gg bisa lupa …

    Reply
  14. knapa yang selalu saya cintai setiap perempuan merwka selalu ada aja tingkah laku mereka salah apa aku kepadanya aku mencoba untuk setia kepadanya dan dia yang aku yakin dia setia ternyata enggak ternyata dia masih contec dengan mantan pacarnya yang dulu dia pernah blang dia dulu pernah berharap kepadaku dan akhirnya aku menghargai semua apa yang diblang nya dan ternyata dia sudah mendapat on yang ia ingin kan ternyata semua yang aku kira otu salah dan aku berfikir dia udah bsa mendapat kn ku dan smua itu ya sudah lah cmqn allah yang tw segla masalah semua seseorang ya munkin ini masalah kecil tpi bagiku ini masalah besar ya tpi aku harus menghadapi masalh ini smua degan rendah hati aminya allah amin

    Reply
  15. dah terlalu lama saya ingtkan dia yang dulunya bagi semangat dn harapan pda saya sehingga buat saya jatuh hati pada dia tpi apakan daya hubungan saya dgn nya tidak direstui oleh bnyk pihak, dan dia mengundurkan diri dan menyepi setelah sekian lama… sya tidak boleh berhenti memikirkan nya kerana hampir masuk 8 tahun menyimpan perasaan. namun, semua itu sia-sia kerana kini saya mendapati dia telah dimiliki oleh gadis lain, bertapa hancur dan luluhnya hati sya , tetapi dgn segala tips yang yang diberikan sya harus melakukannya utk memulihkan kembali hati saya yg luka walaupun sya megeluarkan air mata yang paling dalam…saya hrus kuat..terima ksh utk tips ini..

    Reply
    • Takkanku lemah
      Takkanku goyah
      Takkanku biar kan tubuh didarah
      (Suatu pernah, Fynn Jamal)

      Sudah sudah lah sis. Berhentilah menangis pada org yg bukan untuk kita. Sis pun berhak mengecapi bahagia. Carilah bahagia itu.

      Reply
  16. Pengalaman aku bercinta :
    Aku dikenalkan oleh rakan sbb family dia mencari utk anaknya.
    Aku pon terima perkenalan kwn aku tu. Family perempuan tu, bersungguh-sungguh selidik aku dan family aku di kg. family dia dh “on”.
    Anaknya buat hal pulak, tak bersedia, nak kenal dlu. Dalam tempoh kenal ni, mcm2 berlaku, aku kejutkan dia bgn awal pg, kejutkan subuh, buat jeruk mangga dan pos dari sarawak ke KL, belikan hadiah dan pos ke KL. Hasilnya aku makan hati jgk.
    Aku ni dah buat yg terbaik, tp paling best gadis ni ckp kt aku “boleh x jgn sms sy selalu”. Tersentap aku, aku dh buat mcm2, kalaulah aku ni jahat, aku dh bomohkan jeruk asam tu, bg cepat dia nakkan aku. Tp, aku tak buat bnda2 tu.
    Last sekali, dia bgtau aku, ada org nk merisik dia, huh, berderai hati aku, dipilih org lain, aku dibuang mcmtu ja.
    “Sy minta maaf” itulah ayat dia, aku sgt merana smpai skrg walaupun aku dh bertunang dan dah nak kahwin pon, sbb aku bertunang sbb aku dh makan hati dgnnya.
    Smpai saat ini, aku tetap sayang dan teringatkan dia, sbb apa, sbb aku sayang sgguh2 kat dia. Kdg2 rasa nak menjerita, kdg2 aku rasa nak balas dendam pon ada, rasa mcm nak cari bomoh siam, sihirkan bekas kekasih aku pon ada. Smpai begitulah perasaan aku skrg.
    Tp, aku ttp berada atas landasan Islam, aku tak akan buat mcm tu, biarpun aku berdoa jgk agar Allah balas atas kelakuannya pada aku, aku tak redho atas apa dia buat pada aku.
    Buat wanita diluar sana, ingatkan bhw hati lelaki jgk dilukakan, jika menolak, tolaklah awal2, jgn seolah-olah anda memberi harapan palsu pada lelaki. Moga2 cerita yg berlaku pd aku ni dpt dijadikan iktibar pd semua.

    Reply
    • huhu bro jgn buat mcm tu.Aku pun baru je hadapi kisah yg sama. bercinta dgn bdk satu course pulak tu, family dia smua dh kenal aku. then kami gaduh dlm 1 minggu. And bekas tunang dia mintak smbung tunang then dia tinggalkan aku. Dahla satu kelas, hari2 nmpk muka dia. Tp hikmah allah, aku dh boleh terima. Kau dh nk kahwin kan???

      Reply
  17. Jika sy seperti…kalau sy sekuat itu…
    Sy dah nak kahwin,Sy xada hati dgn bakal suami.Dia selalu abaikan sy,selalu melebihkan kawan.
    Masa dia abaikan sy,sy kenal org lain sebab sy rsa ht kosong tanpa teman.Walaupun saya dah bertunang masa itu,sy diabaikan dan 2,3 org perempuan kantoi dengan sy.Dulu sy seorang yang setia,tidak mahu mengenali sesiapa mahupun menegur.Tetapi sy tak tahu mana salah silap sy.
    Sekarang meniti hari kebahagiaan,tapi sy tak merasa kebahagiaan tunang mahupun kegembiraan nak kahwin.Hati sy ada pada lagi seorang,kerana menunggu lama.Dia pun tunang juga.Hubungan utk kami jafi tergantung.Saya risau,jika sy bersuami sy masih menyimpan perasaan pada org lain.Dan pandangan mata sy hanya dia tetapi bukan suami sy sendiri.
    Tak semudah nk trus lost contact,sy prnah cuba.Sy tak terdaya,menangis dalam doa skali pun hati sy sakit byk kali di permainkan perasaan..
    Insyallah sy akan cuba tips di atas..Walaupun sy kna lepaskan org yg sy syg….

    Reply

Leave a Comment