
Bagaimana untuk bangun awal pagi setiap hari?
Masih ramai dikalangan kita menghadapi masalah untuk bangun awal pagi. Ramai yang mengadu bahawa mereka tidak sedar walaupun penggera sudah disetkan pada tahap bunyi yang paling tinggi.
Dan ada juga mengatakan, walaupun banyak mana dan lama mana mereka telah tidur pada waktu malam, tetapi mereka tetap juga tidak dapat elak dari bangun lewat.
Lebih malang lagi akibat daripada ini ada yang langsung terlepas waktu solat Subuh!
Memadangkan masalah ini agak serius dan besar impaknya terhadap hidup kita, disini saya senaraikan beberapa tips untuk bangun awal pagi tanpa rasa sukar dan penat:
1. Elakkan pengambilan kopi selepas jam 2 petang
Hanya minum kopi kegemaran anda diwaktu pagi.
Pengambilan kafein akan menggangu proses tidur sehingga lebih daripada enam jam selepas anda meminumnya, walaupun anda tidak terperasan perkara ini.
Untuk menghadkan kebarangkalian gangguan terhadap tidur, maka hadkan pengambilan minuman berkafein selepas jam 2 petang.
2. Tetapkan penggera waktu untuk tidur
Bangun awal pagi memanglah sukar, namun apa yang lebih teruk lagi adalah apabila anda tidak tidur pada waktu yang sepatutnya.
Jangan melengahkan tidur.
Untuk bangun awal, waktu tidur juga mesti awal.
Cara terbaik adalah tetapkan penggera setengah jam sebelum waktu tidur untuk mengingatkan diri kita bahawa sudah sampai masa untuk merehatkan diri.
Baca artikel ini: Bagaimana Untuk Lelapkan Mata Dalam Masa Kurang Dari 1 Minit
3. Amalkan rutin sebelum tidur
Setiap malam, pada waktu yang sama, mulakan untuk berus gigi, memakai pakaian tidur, mandi dan membaca sedikit surah dan doa tidur.
Dengan memastikan rutin sebelum tidur dibuat pada waktu yang sama setiap malam, ia akan membantu otak kita mengenalpasti waktu untuk bertukar ke fasa tidur.
Tips: bacalah surah al-Mulk (sekurang-kurangnya 10 ayat) dan niatkan agar diawal bangun oleh Allah
4. Jangan lupa mandi
Jangan lupa mandi untuk menurunkan suhu badan kita beberapa darjah.
Proses penyejukan badan selepas mandi akan menyamai suhu badan waktu petang secara semulajadi, seterusnya akan membuatkan badan kita cukup relaks.
5. Mematikan semua peralatan elektronik
Matikan semua peralatan elektronik anda seperti komputer dan telefon pintar sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu tidur.
Kenapa ini penting?
Kerana gelombang cahaya biru dari alat elektronik yang masuk melalui mata akan mengganggu penghasilan melatonin, iaitu sejenis hormon yang mengarahkan badan kita untuk tidur.
6. Wujudkan sebab untuk bangun awal pagi
Apakah sebab anda untuk bangun awal pagi?
Solat subuh? Sudah pasti. Selain itu?
Wujudkan sesuatu perkara yang perlu anda selesaikan sebagai motivasi tambahan untuk bangun pagi. Contohnya membuat final touch untuk presentation/ assignment, atau memasak untuk keluarga, membantu isteri menyiapkan anak atau sebagainya.
Dalam budaya jepun, ada satu istilah yang dipanggil “Ikigai” – iaitu mempunyai sebab untuk bangun pagi, dan ajaibnya orang-orang yang mengamalkan Ikigai ini mempunyai umur yang panjang.
Cuba tuliskan matlamat anda pada waktu sebelum tidur, jadi bila penggera berbunyi anda akan diingatkan mengapa anda harus bangun awal pada hari tersebut.
7. Lakukan perubahan langkah-demi-langkah
Ambil masa anda untuk menukar perlahan-lahan jadual waktu tidur dan waktu bangun anda.
Anda tidak boleh bertukar secara drastik dari jenis ‘burung hantu’ kepada burung yang berkicauan diawal pagi dalam masa hanya satu malam.
Ia agak mustahil kerana otak kita mengambil masa untuk diprogramkan semula.
Oleh itu secara berkala, ubah waktu bangun kita 15 minit lebih awal. InsyaaAllah secara beransur-ansur anda akan menjadi orang yang bangun awal pagi dalam tempoh satu bulan.
Yang penting adalah kita dapat membina momentum terlebih dahulu.
8. Sentiasa konsisten (istiqamah)
Pastikan rutin yang kita lakukan diatas sentiasa konsisten, walaupun pada hari hujung minggu.
Jangan bersusah payah memaksa diri kita bangun seawal mungkin pada hari kerja, tetapi sayangnya membiarkan diri kita mengikut nafsu tidur pada hari hujung minggu, lantas menjadikan usaha kita selama ini sia-sia.
Sebab itu Islam mementingkan konsep istiqamah – iaitu bermaksud konsisten.
Dengan memastikan rutin tidur kita sentiasa konsisten walaupun pada hujung minggu, pasti proses bangun awal dipagi hari Isnin bukan lagi sesuatu yang menyeksakan.
9. Bangun dari tempat tidur
Inilah bahagian yang paling sukar…
Kadangkala, anda terjaga 5 minit sebelum waktu penggera berbunyi. Apa yang anda buat?
Tidur kembali untuk baki 5 minit itu kan?
Tidur kembali untuk baki 5 minit itu adalah langsung tidak berbaloi kerana ia akan membuat anda ingin tidur lebih lama, membuatkan anda semakin sukar untuk bangun apabila penggera berbunyi.
Itulah sebab mengapa orang yang menekan butang ‘snooze’ dan kembali tidur untuk 5-20 minit, apabila mereka bangun mereka merasakan masa bergerak sangat pantas.
Apa yang terbaik adalah bangun sahaja tanpa banyak alasan dan berfikir tentangnya. Jangan diikut rasa desakan hati kerana waktu inilah syaitan paling kuat bekerja memujuk kita tidur semula.
Letakkan penggera anda jauh dari tempat tidur (diatas meja di seberang katil misalnya), supaya kita terpaksa bangun untuk mematikan penggera tersebut.
Sekali anda sudah terbangkit dari tempat tidur, ia adalah lebih mudah untuk kekal berjaga.
Jangan lupa untuk minum segelas air masak supaya otak kita mendapat oksigen selepas bangun dari tidur dan menghilangkan mamai kita secepat mungkin. Ia juga penting kerana badan kita terhidrat selepas tidur sepanjang malam.
Penutup
Waktu awal pagi adalah antara waktu kegemaran saya.
Waktu ini dunia terasa sangat aman, damai dan waktu yang paling menenangkan. Ini waktunya yang sangat sesuai untuk membaca, menulis dan menumpukan perhatian kita terhadap ibadah, kerana fokus kita tidak mudah terganggu.
Bagaimanakah dengan pagi anda? Kongsikan dengan saya pada ruangan komen dibawah.
Baguslah tips ni…saya suka sangat..sebab saye pon menghadapi keadaan yanh susah bangun pagi..alhamdulilah..lepas amalkan ni berkesan kepadan saye..terima kasih ye
assalamualaikum .. saya pelajar sekolah berasrama.jika saya berada di sekolah,saya akan tidur pada pada pukul 12 malam dan bangun pada pukul 5.30 pagi dan itulah rutin harian termasuk cuti.namun jika pulang ke rumah setiap hari saya mesti bangun lambat dan tidur lewat tidak seperti di sekolah..mengapa ya ??
mungkin, kat asrama awk ad ikigai, bila balik rumah tak bawak balik sekali ikigai tu.. tinggal kat sekolah. awak bangun pagi kat sekolah tu pun sebab terpaksa bukan dari diri yg sebenar.
Just my 2cent.
Perkongsian yanag sangat bagus..
Terima kasih
Assalam. Boleh saya share artikel ini dan artikel-artikel lain ? :)
Masalah saya mmg saya sukar utk tido malam..dan disebabkan masalah ni saya pretasi kerja saya truk sangat teramat teruk..sedangkan masuk kerja pukul 10pagi pun saya xmampu utk bagun…setiap hari pukul 5 -6 baru boleh tido..tolong bantu saya….
Mungkin tuan perlu berjumpa doktor pakar mengenai masalah tuan ini. Nampaknya seperti tuan mengalami masalah imsomnia yang kronik
Assalammualaikum… Saya Ada Taubat Tidur lewat malam….ada tips untuk Tidur awal
tips supaya mudah nak bangun pagi untuk solat taubat / qiam
– Berwudhuk sebelum tidur
– Baca surah Al Mulk sekurang-kurangnya 10 ayat
– Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“
– Kunci jam
InsyaaAllah ini adalah petua saya untuk senang bangun awal pagi
assalam tuan,
artikel yang sangat memberi manfaat. semogo tuan mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T.
Wassalam puan,
Terima kasih atas doa tersebut. Alhamdulillah
cukup bagus info nye..tp masalah saya adalah bekerja shift dan memerlukan waktu berjaga diwaktu malam..dan dan mmg buat kan waktu tidur saya sgt lah bermasaalah ,dan bnyak benda yg saya x dpt lakukan diwaktu pagi .
Kalau macam itu puan kena sesuaikan tidur puan mengikut waktu kerja puan la. Tidak mengapa, asal puan mendapat rehat yang mencukupi.
Salam,
Saya mengamalkan rutin harian yang sama setiap hari termasuk hari cuti bekerja dengan bangun awal pagi. Malam sebelumnya haruslah tidur sebelum pukul 12 malam setelah siap kerja rumah tangga. (kerana saya seorang ibu yang bekerja).
Saya ingin share cara saya bangun awal pagi seperti berikut:
1) Sebelum tidur, ambil wuduk.
2) Baca 3 Qul dan sapukan di seluruh badan yang tercapai tangan
3) Baca surah Kursi
4) Doa kepada Allah memohon dibangunkan pada waktu mustajab doa (utk yang berniat solat tahajjud)
5) Tidur sambil berzikir perlahan sampai tertidur.
Alhamdulillah saya berjaya dan mesti istiqamah mengamalkannya. Saya doakan semoga anda berjaya. Amin :)
Alhamdulillah.. Satu perkongsian yang sangat2 menarik daripada Puan Fifi. Terima kasih kerana sudi tinggalkan perkongsian yang berguna ini :)
Assalammualaikum…saya nak share tips utk bangun awal pagi…tidak ada cara lain selain 2 perkara:
1.Tiduq awal
2.Niat utk beribadah
Insyaallah. Saya dah amalkan 2 perkara ini atas nasihat rakan saya.
Alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian tersebut tuan.
Sangat menarik pendekatannya.