
Some plants are only meant to last for a certain season, or certain period of time.
If you try to make them live longer, you’ll be a bad gardener.
Pasti, bila kita mengimbau kembali kehidupan kita, kita akan sedar bahawa dalam penolakan yang kita terima dari seseorang, atau tidak mendapat sesuatu yang kita inginkan;
— kita akan digantikan sesuatu atau seseorang yang kita perlukan.
Ya, apa yang kita perlukan.
Bukan apa yang kita idamkan.
Untuk menyedari perkara ini ketika anda sedang dilanda kesedihan, memanglah sukar.
Kita tidak akan nampak.
Saya faham kerana saya juga pernah melaluinya.
Akui Sahaja Hidup Ini Adalah Sukar..
Kadang-kadang, boleh jadi sangat-sangat sukar.
Kadangkala kita rasa hidup ini semacam tidak adil.
Hidup ini adalah misteri.
Kesakitan dan kekecewaan selalu datang silih berganti, namun…
…kesakitan dan penolakan adalah ubat yang bagus;
— ia mengajar kita untuk menolak hubungan dan peluang yang tidak mungkin akan kekal, jadi membuka peluang untuk kita untuk bertemu yang orang betul-betul sesuai untuk kita.
Dengan kesakitan, datangnya kehidupan baru.
Dengan kesakitan, datangnya peluang baru.
Dengan kesakitan, kita membesar menjadi lebih matang.
Dengan kesakitan, akan datangnya penyembuhan.
Ditolak tidak melambangkan bahawa kita seorang yang tidak cukup baik, tetapi ia hanya bermakna bahawa orang lain gagal untuk memahami apa yang kita dapat tawarkan. Ia membolehkan kita memperbaiki diri dan meneroka peluang-peluang lain yang ada.
Adakah kita akan terasa pahit? Sudah pasti.
Rasa terluka? Semestinya, kita adalah manusia biasa.
Malah kita mungkin terluka berkali-kali. Tiada satu jiwa diatas dunia ini yang tidak akan merasa patah hati selepas ditolak.
Mungkin pada permulaannya akan timbul pelbagai persoalan di minda yang membuatkan kita tertanya-tanya.. apakah salah kita, apa kekurangan kita, dan sebagainya lagi.
Secara jujurnya, jika ada seseorang tidak melayan anda dengan cara yang sepatutnya, periksa kembali harga diri anda.
Jangan habiskan masa kita untuk mendapat perhatian orang sebegini. Jika masih terhegeh ingin meraih perhatian darinya, andalah yang tidak menghormati diri sendiri.
Jika kita sendiri tidak menghargai dan tidak menghormati diri kita sendiri terlebih dahulu, bagaimana pula kita boleh mengharapkan orang lain akan respect kepada kita?
Saya tahu sukar untuk menerima kenyataan ini, tetapi cubalah fikir mengenainya..
Jangan Mudah Mengalah Dalam Kehidupan. Ada Pelajaran Yang Allah Ingin Kita Lalui
Kita selalunya membiarkan kekecewaan dan penolakan dimasa lampau menentukan setiap langkah yang kita buat. Kita tidak pasti adakah menjadi lebih baik atau sebaliknya.
Sekarang tiba masanya untuk kita menyedari dan menghapuskan fikiran separa-sedar yang menyatakan kita tidak layak untuk mendapat yang terbaik.
Hidup kita, kita yang tentukan.
Sekarang adalah masa untuk mengingatkan diri kita bahawa..
- Orang yang kita suka, sayang dan hormat di masa lalu (atau sekarang), dimana dia melayan kita seperti sampah, tiada apa yang boleh kita harapkan daripadanya pada masa akan datang, melainkan hanya sakit kepala dan sakit hati serta perasaan.
- Salah satu saat yang paling berharga dan penting dalam hidup kita adalah apabila saat dimana pada akhirnya kita mempunyai kekuatan untuk melepaskan apa yang kita tak mampu ubah, seperti perangai dan keputusan orang lain.
- Allah mempunyai rancangan yang lebih hebat buat kita, dimana ia tidak akan membuatkan kita menangis siang dan malam atau membuatkan kita patah hati lagi. Yakinlah bahawa lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik, dan begitulah sebaliknya.
- Kebenaran memang pahit; Kadangkala kita perlu merasa perit jatuh ke tanah dahulu, sebelum dapat berdiri lebih tinggi dan lebih kuat dari sebelumnya.
- Dunia masih belum berakhir: – biasa kita merasakan kehilangan seseorang yang kita sayang adalah seperti dunia mahu kiamat. Tenang, masih banyak peluang dan ruang untuk kita.
- Kadangkala orang tidak akan perasan apa yang kita beri dan korbankan selama ini sehinggalah kita berhenti membuatnya. Dan kadangkala juga, semakin banyak peluang yang kita beri, semakin kita tidak dihormati. Cukup-cukuplah. Jangan biarkan orang lain berasa selesa tidak menghormati anda. You deserve better.
- Sesetengah babak dalam kehidupan kita berakhir tanpa penutup. There’s no point in losing yourself by trying to fix what’s meant to stay broken. Satu hari nanti kita pasti akan merasa bahagia dengan kehidupan baru, dengan syarat kita tidak lagi meletakkan harapan pada kisah yang lama.
- Tarik nafas dalam-dalam. Ketenangan bermula apabila kita memutuskan untuk tidak membiarkan orang lain atau apa yang berlaku mengawal emosi kita.
- Kita jangan mengambil hati sangat dengan apa yang orang lain cakap-cakap mengenai diri kita. Apa yang mereka fikir dan ucapkan adalah refleksi diri mereka yang sebenar, bukan kita.
- Orang yang mempunyai kekuatan untuk berjaya dalam tempoh yang panjang adalah mereka yang membina kejayaan diri mereka menggunakan batu-bata yang dilempar orang lain terhadap mereka.
- Biarkan parut yang masih berbekas mengingatkan kita bahawa; kesakitan yang dilakukan orang lain pada waktu lalu telah menjadikan kita semakin kuat, lebih bijak dan tabah.
- Bila kita kehilangan seseorang atau sesuatu, jangan fikirkan ia sebagai satu kehilangan. Tetapi anggap ia sebagai satu kesenangan yang meringankan beban kita, supaya kita boleh mengembara dengan lebih baik dalam perjalanan hidup.
- Kita tidak akan terlepas apa yang telah ditetapkan untuk kita, walaupun ia datang dalam arah yang bertentangan. Oleh itu sentiasa tenang dan stay positive.
- Membandingkan diri anda dengan orang lain, atau persepsi mereka, hanya akan menenggelamkan kemahuan hati, kecerdikan dan kebebasan pemikiran kita. Tiada siapa yang boleh mengawal keadaan hidup kita sekarang lebih baik melainkan anda sendiri.
- Lebih banyak kita isi kehidupan kita dengan tujuan dan semangat yang tulen, semakin kurang masa dan tenaga yang kita bazirkan untuk memuaskan hati semua pihak.
- Kadangkala, perubahan dalam kehidupan adalah peluang yang sempurna untuk melepaskan satu situasi untuk menghadapi sesuatu yang lebih baik yang akan datang kepada kita
- Sekarang adalah permulaan baru. The possibilities ahead are endless. Jadilah cukup kuat untuk melepaskan, cukup berani untuk bergerak ke hadapan, cukup rajin untuk bekerja keras dan cukup sabar untuk menunggu apa layak untuk kita!
Penutup: Masa Silam Tidak Boleh Diubah, Ditukar, Dipadam Dan Dilupakan. Ia Hanya Boleh Diterima
Kesakitan itu memang wujud.
Dan memang perit untuk hidup dengan hati yang sarat dengan luka.
Tiada siapa yang akan mampu memahami apa yang kita lalui.
Tapi sebenarnya kehidupan akan lebih mudah jika kita tidak mempersoalkan lagi setiap apa yang berlaku.
Redha itu akan mudah dicapai bila kita membuka hati untuk belajar berdamai dengan takdir.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)
Maafkan mereka yang melukakan hati kita, sebab dengan kemaafan akan membuka pintu ketenangan.
Buka mata, buka hati dan ambillah segala pelajaran yang kehidupan berikan kepada kita.
Kesakitan yang paling perit itulah yang akan memberi kita pelajaran yang paling berguna dalam hidup.
Dan satu hari nanti, apabila kita telah redha dengan semua yang terjadi; pasti kita akan mengucapkan terima kasih atas pengalaman ini.
Kita akan rasa bertuah diuji sebegitu.
Kerana Allah adalah penulis jalan hidup yang terbaik.
Cuma kita harus bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu.
La tahzan, innallaha ma anna :’)
Tima kasih utk blog yg amat memahami jiwa lara ini.
Hati ini sangat terluka bila mengetahui kekasih dunia akhirat menjalin hubungan cinta dengan yg haram. Berkorban segalanya utk suami tercinta..tp pengkhianatan yg dibalas. Ku anggap ini sebagai tanda kasih sayang allah agar aku kembali kepadanya setelah lama kulupakanNya. Hanya kasih allah yg akan setia bersama kita. Cinta manusia penuh kepalsuan
Hidup kita kita tidak selalunya mudah, tapi pasti anda sebab untuk kita selalu bersyukur.
Dan anugerah terbesar dalam hidup adalah; semakin kita bersyukur, semakin kita akan nampak hikmah terhadap setiap perkara yang terjadi.
Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.
SubhanAllah, artikel yg sgt bgus. Spt apa yg sy lalui dlm hari2 saya. Semoga الله ﷻ mmberkati diri kita smua, dan mengilhamkan idea2 yg bagus buat penulis ????????
Amin.. InsyaaAllah
Terima kasih di atas artikel ini. Sekarang saya tengah menghadapi kekecewaan yang teramat sangat. Hubungan yang bakal di akhiri dengan perkahwinan untuk beberapa bulan je lagi berakhir dengan perpisahan yang drastik. Tiada alasan kukuh yang diberikan. Puas saya merayu namun jawapannya tetap hampa. Kini saya sedar saya harus bangkit, saya harus terima takdir ini dengan hati yang redha. Redha bukan bermakna tiada tangisan namun penerimaan tanpa persoalan tentang apa yang telah ditentukan tuhan. Saya yakin Allah ingin berikan yang lebih baik untuk saya pada masa hadapan. Mohon kalian doakan kebahagiaan saya. Doakan saya bertemu jodoh dengan lelaki yang dapat membahagiakan dan membimbing saya menuju ke Jannah. Terima kasih.
InsyaaAllah, semoga puan terus kuat.
Pasti ada jalan dan hikmah pada setiap apa yang terjadi. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Yang penting puan harus yakin.
Bersabar ya.
boleh tak ads tu kwl skit.. tgh jiwa kacau, semua ads nk kuar. ttup smpai semua pulak tu. nk bca artikel pn xboleh. mkin tension ade lah.
Saya minta maaf berhubung perkara yang kurang menyenangkan ini.
Saya tahu ia membuat anda tidak selesa.
Namun ads tersebut adalah punca pendapatan untuk blog ini terus survive. Bayaran daripada ads tersebut saya gunakan untuk:
1. Bayaran hosting dan domain
2. Bayaran internet bulanan
3. Buffer – software scheduling post di media sosial
4. Buku-buku rujukan
5. Maintainance dan lain-lain bayaran.
Saya berharap anda dapat bersabar. Saya akan cuba cari jalan lain selain ads untuk monotize blog ini.
InsyaaAllah, sebagai timbal-balik perkara ini, saya sedaya upaya akan menulis artikel yang berkualiti untuk anda.
Terima kasih saya ucapkan kerana bersabar.
Artikal ni sngt memberi inspirasi..sekrng dalam fasa untuk redha dan melupakn..sakit hanya Allah yg tau..semga hati ini tabah..InsyaAllah ad sinar di hujung jalan..
Alhamdulillah. Semoga Aishah tidak putus asa dengan setiap dugaan hidup :)
Alhamdulilah ya allah,artikel ini membuat hati dan pikiranku terbuka..terima kasih ya allah kau sudah menbuat hatiku dan pikiranku megerti arti kehidupan yg sesunggunya…aku slalu bersukur menikamti kehidupanku yg saat ini allah berikan,dan megerti artinya sebuah cinta dan kasih sayangmu padaku ya allah..aku harus bisa merubah semua sifat ku yg saat ini…kegagalan dalam bercinta, aku akan lalui dengan ber istqomah padamu ya allah,terima kasih semuanya yg sudah pernah mengisi hatiku yg saat ini..walaupun aku sendiri! tapi masih ada orang yg menyayangi ku…dan allah akan slalu ada buat aku,terima kasih ya allah,aku sayang allah aku cinta allah…cinta dan kasih sayangku hanya untukmu dan untuk pendamping hidupku yg suatu saat akan datang pada ku,aku harus berusaha sekuat tenaga::
MasyaAllah.. artikel ini membuat hati saya terbuka untuk menerima dengan lapang dan bertahan mengarungi bahtera kehidupan yang sering kali berlika-liku… syukron..
terima kasih..alhamdulillah.
saat jiwa dan perasaan di uji..bila baca artikel ni..membuat jiwa tenang dan yakin apa yg terjadi atas kasih sayang Allah utk saya..
Thankz utk segala nasihat..Blog Aku ISLAM mmg terbaik..dikala sye down awl2 aritu sye tejupa blog ni..bila sye mula bce blog ni mmg byk kata2 yg bek utk sye get it.dgn nsihat&kata2 dlm blog ni jga sye blh move on..sye dh blh terima & redha ngn ape yg terjadi dlm my life..bila pkr2 blk Allah bg sye ujian ni utk sye lbh dkt dgnye.& utk sye sakit skrg dr sya akn sakit utk mse2 kehadapan…i wish one day i deserve good guy to replaced him..;-)
Mengubat kecewa bukannya mudah. Tapi percayalah Allah maha pengasih dan maha penyayang. Mudah-mudahan kecewaan hati kita , Allah ganti yang lebih baik.
InsyaaAllah.. pasti Allah ganti dengan yang lebih baik :)
Terimakasih banyak ukhti.. Artikel ini sudah saya baca puluhan kali dan setiap kali saya membacanya fikiran saya menjadi terbuka tentang apabyang harus dilakukan. Semoga sayabcepat merealisasikannya. Dan mohon doanya supaya saya bisa ridho terhadap situasi setelahnya nanti
Thnks 4 this inspired article…tgah melaluinya…and try to let it go….ya lelaki yng baik untuk wanita yng baik…and I know I deserve better man than him…it’s hard when
“Kecurangan” yng dibalas slpas susah senangnya kita bersama dan setelah senang…disia2kan untuk bersama wanita lain….
Sabar.. InsyaaAllah setiap kesabaran pasti dibalas dengan pahala yang besar, disamping dipermudahkan jalan hidup :)
Jazakallahu Khairan.
Terima kasih..sakit sgt2 hanya Allah yg taw..sy msih blaja utk redha, tp ble trfikirkn kisah tu, skit ni mkin dalam..tp sy sntiasa pujuk aty, Allah nk bg yg trbaik utk aku..lps fikir mcm tu, alhamdulillah..tenang sikit..terima kasih ats renungan di atas..may allah bless us..
Alhamdulillah.
Semoga sedikt sebanyak memberi kekuatan :)
at the right time. terjumpa this article dlm fb…MasyaALLAH. perkongsian yang mampu menyentuh jiwa2 dari sudut pandangan kasih syg Ilahi. Alhamdulillah.. mgkin masanya untuk bljar byk lagi prkara, habiskan dulu pgjian dan kejar cita2 serta berbakti kepada ibuayah. Btw, JZKK admin..
Sama-sama.
Yang penting sentiasa berdoa agar Allah selalu membimbing kita mengharungi kehidupan dengan baik. InsyaaAllah pasti hidup kita akan baik-baik sahaja
:)
Percaya atau tidak? Hari ni mmg lalui ape yg di post kn ini
Tibe2 ade email masuk..buka dan bace, alhamdulilah.. Tenang sikit bace.. Terima kasih :)
Sama-sama. Apa yang baik itu datang dari Allah. Semoga boleh membantu :)
MasyaAllah… Thank you for putting the time and effort to write this eye-opening article. I came across it just at the right time. Terima kasih :'(
May Allah bless you.
Welcome Izan.
Semuanya datang daripada Allah. Saya hanya menukilkan sahaja.
:)
Mohon share….very good,well said….syabass….
Trima ksh artikel yg amat2 bgna ni….inilah yg sy lalui skg…skit yg amat sgt….tp nsht anda byk mnyedarkan sy…tntang ksh syg Allah…
Sama-sama.
Semoga dapat membantu melihat dari sudut yang lain.
:)
mohon share..