Makna Wanita Diciptakan dari Tulang Rusuk yang Paling Bengkok

“Berbuat baiklah kepada wanita, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Maka bersikaplah  para wanita dengan baik.” (HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186)

Ini adalah perintah untuk para suami, para ayah, saudara saudara lelaki dan lainnya untuk menghendaki kebaikan untuk kaum wanita, berbuat baik terhadap mereka, tidak menzalimi mereka dan senantiasa memberikan hak-hak mereka serta mengarahkan mereka kepada kebaikan.

Ini yang diwajibkan atas semua orang berdasarkan sabda Nabi, “Berbuat baiklah kepada wanita.”

Baca Sepenuhnya

9 Ciri – Ciri Wanita Idaman Lelaki

wanita idaman lelaki
wanita idaman lelaki

Wanita idaman lelaki

Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk.

Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu.

Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela.

Antara ciri wanita idaman lelaki adalah:

Baca Sepenuhnya

Manusia Memang Tidak Akan Pernah Lekang Daripada Ujian

Ditulis oleh Ustaz Zainudin Hashim

Dalam al-Quran, ada dijelaskan beberapa bentuk ujian yang mesti dilalui oleh setiap individu Muslim.

Sama ada ia berbentuk ujian kebuluran, ketakutan, ujian dengan sedikit sumber pemakanan, harta benda, ujian dalam kehidupan adalah untuk Allah ketahui siapakah di kalangan hamba-hamba-Nya yang paling bertakwa kepada-Nya.

Kesemua itu adalah bertujuan supaya orang Islam semakin matang dalam menempuh perjuangan hidup.

Allah SWT tidak memberi mereka meraba-raba dengan ujian yang didatangkan kepada mereka, akan tetapi Dia mengajar mereka untuk berlindung dan bermohon kepada-Nya melalui ibadat solat dan sabar dalam menghadapi ujian.

Baca Sepenuhnya

Hudud :Dari Sudut Yang Orang Tidak Nampak

hudud
hudud
hudud
hudud

Kedua-dua gambar di atas adalah hukuman hudud yang dijalankan di Afghanistan sewaktu pemerintahan Taliban pada suatu masa dahulu

Bayangkan jika Malaysia menjalankan hukuman hudud seperti di atas. Sudah tentu ribuan akan hadir ingin melihatnya dari dekat. Dan jutaan akan melihatnya melalui siaran langsung melalui kaca TV.

Agak-agaknya beranikah lagi bakal pencuri, perompak, penyamun ingin melakukan kerja-kerja tersebut. Beranikah bakal perogol, penzina, pelaku maksiat melakukan kerja-kerja terkutuk berkenaan selepas melihat hukuman hudud?

Baca Sepenuhnya

15 Anugerah Allah Pada Wanita Tidak Pada Lelaki

autism_awareness_2_by_yellowpixel-d3btg7u

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

Baca Sepenuhnya

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Suami
Suami

Suami

Jika anda seorang wanita, carilah calon suami yang mempunyai sifat-sifat berikut manakala jika anda seorang lelaki, jadilah seorang suami yang mempunyai sifat-sifat berikut:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

Baca Sepenuhnya

Sabra Dan Shatila

Sabra Dan Shatila
Sabra Dan Shatila. Ini bukan gambar dari peristiwa ini. *sekadar hiasan*

SABRA DAN SHATILA JANGAN DILUPA,
WALAU 28 TAHUN KINI BERLALU!

15-18 September 1982
Yang Dibasahi Darah Palestin

Tahun ini genap ulangtahun kedua puluh lapan (28) peristiwa berdarah yang menyayat hati pembantaian seramai beribu-ribu orang pelarian Palestin di Kem Sabra dan Shatila di Beirut, Lubnan. Peristiwa hitam ini tetap tinggal dalam sejarah umat Islam Palestin sebagai satu lagi daripada berpuluh-puluh tragedi yang menimpa mereka setelah berlakunya Nakba 1948, apabila tanah air mereka dijajahi oleh pendatang-pendatang asing dari Eropah yang menghalau mereka keluar merempat ke tempat orang.

Baca Sepenuhnya