
Tudung hanyalah kain menutup diri, tetapi rasa malu itulah penghalang hati daripada melakukan sesuatu yang dimurkai Ilahi.
Apabila Allah SWT mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan kerana Allah SWT hendak menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita.
Diarahkan Menutup Aurat Kerana Allah Sayang!
Hukum Allah yang wajib kita taati boleh diumpamakan seperti peraturan jalan raya.
Adanya lampu merah, hijau dan kuning, papan tanda dan sebagainya.
Dengan mematuhi peraturan jalan raya, tidak akan berlaku kemalangan sekaligus selamatlah perjalanan.
Begitulah dengan mematuhi hukum menutup aurat, akan membawa keselamatan dalam kehidupan.
Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat.