7 Langkah (Bukan Lagi Rahsia) Khusyuk Di Dalam Solat

khusyuk
Khusyuk dalam solat

Tanyakan pada diri kita, bagaimana fikiran, perasaan dan rasa hati semasa mengerjakan solat?

Adakah fokus kita tertumpu sepenuhnya kepada Allah? Atau hati masih liar, fikiran masih merawang dan perasaan masih kacau semasa mendirikan solat?

Bagaimana pula soal penghayatannya?

Adakah kita dapat merasai apa yang telah kita fahami itu? Semasa mengucapkan bacaan-bacaan dalam solat itu adakah kita lakukan dengan sedar?

Atau hanya sekadar ucapan biasa yang tidak membawa apa-apa makna dan rasa?

“Dan berjayalah orang yang beriman, yakni orang yang khusyuk dalam solatnya.” [Surah al-Mu’minun 23: 1-2]

Apakah itu khusyuk?

khusyukSolat yang khusyuk tercapai apabila hati, fikiran, perasaan dan seluruh pancaindera tunduk patuh kepada Allah sepanjang waktu mengerjakan solat.

Semasa solat, seseorang itu berhubung secara langsung dengan Allah. Sepanjang mendirikan solat, seseorang hamba berdoa terus dihadapan-Nya.

Hubungan dengan Allah ini akan menimbulkan rasa-rasa tertentu di dalam hati yang kemudian membentuk hati itu akur, taat dan patuh kepada Allah.

Diriwayatkan apabila para sahabat Rasulullah SAW solat ditengah padang pasir, burung-burung akan hinggap dibahu, malah ada diatas kepala dan badan mereka, kerana menyangka mereka ialah pohon kayu. Begitulah, diam dan pegunnya jasad mereka ketika solat.

Bagaimana pula dengan kita insan biasa untuk khusyuk di dalam solat?

Saya pasti ramai diantara kita sangat teringin dan tercari-cari formula untuk menjadi salah seorang hamba Allah yang khusyuk di dalam solat.

InsyaaAllah, dalam artikel ini akan berkongsi formula yang dengan izinNya, akan membantu kita untuk khusyuk di dalam solat.

.

Tujuh Langkah Menuju Khusyuk Dalam Solat

1. Mencari Pengertian (Faham)

Perkara ini perlu dimulakan dengan memahami makna bacaan (rukun qauli) dan erti setiap perbuatan dalam solat.

Apabila mengucapkan takbiratulihram dan membaca surah al-Fatihah misalnya, makna setiap kalimahnya perlu diketahui satu per satu.

Jadi, belajarlah bahasa Arab sekurang-kurangnya untuk mengetahui makna bacaan-bacaan yang wajib dan sunat dalam solat.

“Jangan jadi seperti burung kakak tua yang hanya pandai menuturkan kata-kata tetapi tidak tahu apa makna dan maksudnya.”

Namun memahami makna sahaja tidak memadai, kita perlu melangkah ke tahap seterusnya.

.

2. Memusatkan Fikiran (Fokus)

Tahap kedua ialah pemusatan fikiran. Menghindarkan gangguan hal-hal lain, sehingga fikiran, perbuatan dan ucapannya seiring – yakni terfokus sepenuhnya kepada makna bacaan dan perbuatan dalam solat.

Mungkin kita telah memahami makna bacaan, tetapi oleh sebab tidak fokus, seseorang yang membacanya hanya umpama “orang mengigau” dalam tidur.

Sekiranya seketika kita terfikir juga hal-hal lain, tapi ingatan dan fikiran tetap terikat pada tujuan solat (mengingati Allah), keadaan ini samalah seperti orang yang sedang memandu kereta.

Fikirannya tetap fokus kepada destinasi yang hendak dituju walaupun sekali – sekala ternampak juga objek-objek dan pemandangan di tepi-tepi jalan.

Semua itu tidak menggangu fokusnya.

Lain pula halnya jika dia “terlalai” dengan pemandangan-pemandangan di tepi jalan sehingga dia tidak sedar bahawa sudah terlajak jauh daripada destinasinya.

.

3. Membesarkan Allah (Rasa ‘Haibah’)

Perlu diingat, pemusatan fikiran bukan ditujukan kepada bacaan itu sahaja tetapi pada makna di sebalik bacaan itu.

Ertinya, tumpuan bukan hanya pada huruf dan ayat serta sebutan, tetapi pada makna dan tafsirannya. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘pengertian’.

khusyuk 2Hanya orang yang kenal raja akan bercakap-cakap dengan penuh penghormatan, rasa takut, malu dan rendah diri.

Sebaliknya, orang yang tidak kenal raja, akan bercakap-cakap dengan baginda secara biasa-biasa sahaja.

Apabila orang yang kenal Allah mengucapkan kalimah “Allahuakbar” misalnya, dia bukan sahaja tahu maknanya (Allah Maha Besar) malah hatinya turut merasai betapa hebatnya kuasa Allah yang telah mencipta dirinya, alam semesta, akhirat dan segala makhluk.

Pada ketika itulah terpancarnya rasa-rasa yang seni dan indah dalam fikiran dan jiwa yang tidak mungkin terjadi diluar solat.

Oleh itu pada peringkat permulaan, cubalah untuk merasakan kita sedang berhadapan seorang raja yang sangat berkuasa dan kita perlu fokus dihadapanNya.

 

4. Kagum dan Takut akan Keagungan Allah (Rasa Khauf)

Hasil daripada merasai kebesaran Allah, maka timbul pula rasa takut dan kagum kepada-Nya. Rasa takut dan kagum kepada Allah ini tidak sama dengan rasa takut dan kagum kepada perkara-perkara lain.

Kita takut kepada harimau kerana keganasannya, tetapi kita takut kepada Allah kerana kehebatan-Nya. Takut akan harimau, kita lari menjauhinya, tetapi takut akan Allah kita datang menghampirinya.

Rasa takut akan timbul apabila seseorang gerun akan kemurkaan Allah dan Neraka-Nya.

Rasa takut ini diterjemahkan dalam solat dengan perbuatan berdiri betul, menundukkan kepala, mata melihat ke tempat sujud (tidak berani mendongak), rukuk serta sujud.

.

5. Rasa Mengharap Kepada Allah (Rasa Raja’)

Apa yang dimaksudkan dengan rasa mengharap?

khusyukRasa mengharap ialah pengharapan seorang hamba untuk mendapat keampunan, kasih sayang dan syurga Allah.

Jika rasa takut sahaja dibiarkan mendominasi jiwa, dikhuatiri akan timbul sangka buruk dan jahat sangka terhadap Allah.

Padahal dalam reality, Allah lebih suka mengampunkan dosa berbanding menyeksa hamba-Nya yang berdosa.

Oleh sebab itu, ulama berpesan dalam keadaan biasa seseorang hendaklah menyeimbangkan rasa  takut dan harapnya umpama dua sayap pada burung yang membolehkannya terbang dengan stabil dan selamat.

Jangan terlalu takut, nanti timbul sangka buruk kepada Allah. Jangan terlalu harap, nanti terjadi sikap sambil lewa serta “berangan-angan” akan keampunan Allah.

Rasa harap dalam solat ini adalah menerusi penghayatan ketika bacaan al-Fatihah (mengharapkan jalan yang lurus), bacaan qunut (mengharapkan hidayah, kesihatan dan lain-lain) dan bacaan ketika duduk diantara dua sujud (mengharap keampunan, belas kasihan, ditinggikan darjat, dan lain-lain)

Manakala melalui perbuatan duduk dalam tahiyat awal dan akhir, sujud serta rukuk – semuanya melambangkan rasa pengharapan seorang hamba yang sedang meminta-minta dan merayu-rayu.

.

6. Rasa Malu dan Hina Diri (Rasa Haya’) dalam solat

Rasa malu dan hina diri ialah kemuncak segala rasa yang timbul sebelumnya. Oleh itu PERLU ditimbulkan rasa berdosa kepada Allah.

Apabila ada rasa berdosa maka barulah timbul rasa malu.

Cara untuk menimbulkan rasa berdosa ialah dengan menimbulkan kesedaran (insaf) akan kelalaian diri, lemah melaksanakan tanggungjawab, kurang ikhlas, banyak prasangka buruk, tidak sabar dan reda dengan takdir dan banyak “berhutang” kepada Allah.

Sewaktu sujud, kita meletakkan kepala, dahi dan muka yang sentiasa berada “di atas” (sentiasa dihormati) ke tempat yang paling bawah (tempat sujud).

Manakala dubur yang sentiasa disorokkan dibawah, ketika sujud telah dijongketkan ke atas sebagai cara meleburkan kesombongan dan kebesaran diri!

 

7. Memakai Pakaian Yang Paling Selesa Dan Paling Cantik Ketika Solat

khusyukUntuk kaedah yang terakhir ini, tidak berkaitan dengan enam kaedah diatas. Nampak seperti remeh, namun ia juga adalah salah satu langkah yang boleh dipraktikkan untuk mencapai khusyuk di dalam solat.

Sebolehnya pilihlah pakaian yang paling selesa, suci dan khas untuk solat.

Pilih pakaian  yang diperbuat daripada material yang paling baik, yang tidak membuatkan kita berpeluh apabila panas, tidak longgar atau ketat sehingga mengganggu pergerakan solat.

Dan juga pilihlah yang paling cantik, sempurna dan dikhaskan untuk solat. Kerana solat kita adalah untuk menghadap Allah, Raja yang paling Agung dan Allah sangat sukakan kecantikkan.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Buat para Muslimah, boleh mencuba koleksi telekung Siti Khadijah yang sangat selesa digunakan untuk mengerjakan solat.  Ianya berbaloi untuk dicuba

.

Penutup: Solat yang Khusyuk Akan Mendidik Hati Membina Rasa Bertuhan

Sebagai ingatan, ada bezanya antara solat yang khusyuk dan solat yang sah. Solat yang khusyuk sudah semestinya sah. Tetapi solat yang sah belum tentu khusyuk.

Solat yang khusyuk ialah solat yang berjaya menyentuh dan mendidik hati, akal dan nafsu manusia. Ia juga akan membina rasa bertuhan.

Rasa bertuhan akan mendatangkan rasa gagah, berani dan optimis dalam hidup.

bahagia

Walau sekuat mana pun ujian hidup melanda, segala-galanya dapat diatasi dengan baik kerana adanya “talian hayat” denga Yang Maha Berkuasa.

Diri yang lemah akan menjadi gagah apabila hati diserahkan sepenuhnya untuk ditadbir oleh Allah. Rasa bertuhan juga menimbulkan harapan dan impian yang sentiasa hidup dan menyala-nyala.

Inilah booster utama dalam usaha meraih kejayaan dalam kehidupan =)

Artikel ini dirujuk dari buku Pesan Hati Untuk Hati, Ust Pahrol Mohamad Juoi. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca blog Aku Islam

Dapatkan Video Rakaman Pemantapan Solat Oleh Ustaz Hasnan.

 Ustaz Hasnan Kasan adalah lulusan University Al   Azhar dan sekarang menjadi pensyarah di UKM.

 Dalam bengkelnya, beliau ada menceritakan 3 perkara penting yang kita semua mesti fahami dalam solat, iaitu,

 Pengenalan Sebenar Tentang Solat –  cara Nabi solat.

Fahami Bacaan Solat – maksud tersirat di sebalik arti bacaan solat kita untuk lebih mudah faham dan ingat.

 Cara Solat Yang Betul – Ramai antara kita yang secara tak sengaja belajar cara solat daripada apa yang dilihat semasa di dalam Masjid, iaitu apa yang makmum buat. Sedangkan ia semakin lama semakin menyimpang. Dengan video ketiga ini Ustaz beri lebih penekanan untuk perbuatan yang sepatutnya dalam solat. CLICK DISINI Untuk Tonton 4 Minit Video Preview

 

ustaz hasnanvideo rahsia solatbeli

 

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

39 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
e
1 tahun yang lalu

assalamualaikum ustaz saya nak tanya kalau saya tercarut macam contoh kita fikir pasal Allah astu belakang tu perkataan carut dosa ke .. kalau tgh solat pun terfikir psl tu saya takut sangat saya rasa berdosa sangat , saya tak maksudkan pun…

Fadzil Bin Mohd Isa
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin kan pencerahan tentang burung yg hingga di atas bahu orng yg bersolat yg di tulis di atas. Bolehlah di nyatakan slumber riwayat nya atau dari kitab mana cerita ini di ambil. Terima kasih.

Muhammad firdsus
3 tahun yang lalu

Celakala org2 yg solat yg lalai dlm solat..Ustaz ustaz yg belum makrifatulla tak payah nak pandai2 tulis akan khusuk..semua yg di atas salah..kamu solat nak syurga atau takutkan neraka..kamu suruh takut pada Allsh kamu pernah nampak Allah?..Tau maksud sebenar2 nya LAHAULAWALLAQUATAILLABILLAHIULAZIEN??..firman Allah WAA INSANU WA SIRRU..??..Org yg tak solat Allah tak kata celaka tau tapi yg solat ni yg celaka..Belajar dulu akan Nama Roh mu..faham kerena Roh itu la jasad mu bole gerak..Sebenarnya dia la yg solat kepada penciptanya…Kalo nak jadi Ustaz..imam ..dan sebagau nya kepala otak nak cari duit nama dan popularity..Tidak akan dapat ilmu Allah…Faham??.khusuk itu adalah mematikan diri…Faham kamu jadi kuda..Allah yg tunggang kamu dlm Solat..Faham??..Kamu semua termasuk says adalah makluk yg lemah miskin dan hina juga bodoh.

Flash
Reply to  Muhammad firdsus
3 tahun yang lalu

Wah, udah Makrifatullah lalu percakapannya kamu ini keras amat ya? Hehehe

Muhammad firdaus
Reply to  Flash
3 tahun yang lalu

Maaf Pak Saya makluk Makluk Allah yg Biasa saja..Hari saya diajar dipanggil bodoh saya menangis pak abis solat malam..tapi sekarang saya senang hati pak..sememang nya saya ini Bodoh..Dan Bila saya Bodoh ia menunjukan Allah Maha Bijak Sana..

Flash
Reply to  Muhammad firdaus
3 tahun yang lalu

Kita sama sama.. saling mengingati saja. Selamat berpuasa saudaraku. ?

Muhammad firdaus
Reply to  Flash
3 tahun yang lalu

Sama sama Pak

Hamba ALLAH
Reply to  Muhammad firdsus
2 tahun yang lalu

Biadap sungguh kata katamu. Penulis berhak berkongsi cara khusyuk dalam solat yang pada saya betul dan sangat membantu. Di sini tiada sesiapa mahu jadi ustaz atau imam atau mencari duit dan populariti sebaliknya hanya berkongsi. Anda sangatlah biadap dan kasar bahasanya serta berkata yang bukan bukan . Masakan disamakan solat sebagai kuda yang ditunggang Allah. Kamu gila dan keterlaluan. Semoga Allah menghukum kamu kerana berkata buruk dan memandai mandai berbuat kenyataan tentang solat.

Muhammad Firdaus
Reply to  Hamba ALLAH
2 tahun yang lalu

Saya bodoh saya biadap ia benar…
Kalo kamu bilang kamu yg solat makanya kamu tidak akan ada ajal atau mati..
Kamu tau kamu hidup dgn apa?
Org yg mati dan yg hidup itu bezanya yg hidup itu bernafas..
Saya mau tanya Nafas itu dari Siapa?
Apa waktu kamu tidur kamu yg bernafas??
Maka dgn itu kamu harus belajar..lagi akan Ilmu Allah..
Yg disembah tidak lain dgn menyembah..

Yang berakal
Reply to  Muhammad Firdaus
2 tahun yang lalu

janganla ikut kata nasihat dari yang mengaku orang bodoh dan tidak berakal (gila) . kita semua tahu solat tidak sah sekiranya orang tersebut gila…

akumuslimah
Reply to  Muhammad firdsus
2 tahun yang lalu

Org yg baik akan mengeluarkan kata² yg baik shj drpd mulutnya..tiada apa yg slh drpd penulis selain memberi input dan alternatif berguna utk kusyuk dlm solat. Ayat kamu berbaur negatif dan agak tidak berpuas hati. Ayat² kamu menggambarkan keperibadianmu yg sebenar..semoga kita semua rendah diri dlm menutur kata dan tidak menyimpang dr landasan Allah SWT.

Yang berakal
Reply to  akumuslimah
2 tahun yang lalu

apakah maksud solat? menyembah Allah swt..tiada kuda bernafas di sini…walahu alam

herry
3 tahun yang lalu

promosi tudung siti rupanya?

Hanan
3 tahun yang lalu

makasih kak