
Jika diberikan peluang, ramai yang mencuba untuk merasa betapa manisnya percintaan.
Betapa berbunga-bunga hati saat itu.
Ada seseorang yang sentiasa menemani. Ada yang menyayangi.
Siapa yang tidak mahu?
Tapi kita selalu terlupa apa yang mungkin terjadi di penghujung setiap kebahagiaan.
~ Perpisahan.
Langit Tak Selalunya Cerah. Ada Ketikanya Mendung Datang.
Ada saat hujan petir yang melanda. Setiap percintaan bukan semuanya berakhir dengan kegembiraan dan senyuman.
Tanpa kita pinta, perpisahan akan hadir juga. Hanya cepat atau lambat.
“Bila kita bersedia untuk menerima kehadiran seseorang itu, maka kita juga harus bersedia untuk kehilangannya kerana setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Berpisah kerana ajal maut atau berpisah hidup. “
Ada yang jatuh tersungkur apabila terjadinya perpisahan.
Tak mampu untuk menerima takdir. Menerima kenyataan.
Hingga ada yang memilih jalan yang salah demi melupakan kesakitan itu. Ada yang memilih untuk menyakiti diri sendiri semata-mata untuk tagih simpati dari si dia.
Apa Yang Akan Kita Ddapat? Apa Yang Diharapkan Sebenarnya?
Ingin dia kembali hanya atas dasar simpati? Atas dasar rasa bersalah pada diri kita?
Jangan terlalu rendahkan ego kita demi sesuatu yang memang dah berakhir.
“ Perpisahan itu kadang-kadang memberi sejuta hikmah disebaliknya. “
Bangkitlah.
Mungkin susah. Mungkin memakan masa.
Kita sendiri belum pasti berapa lama masa yang akan kita ambil. Mungkin bukan esok hati itu sembuh. Mungkin berbulan-bulan. Mungkin bertahun.
Tapi selagi kita mencuba, berusaha untuk bangkit, pasti ada jalannya.
Kadangkala Allah hilangkan mentari. Kemudian Dia datangkan guruh. Puas kita menangis mencari mana mentari kita. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.“
Berhenti Merayu. Berhenti Berharap Keindahan Cinta Dulu Akan Kembali.

Sampai bila kita nak berharap?
Sampai bila kita nak pegang janji dia?
Apa jaminan untuk setiap penantian?
Apa jaminan kita akan kembali bahagia andai dia menoleh kembali pada kita?
Jika kita berani bercinta, berani serahkan hati kita pada insan lain, kenapa kita tak mampu nak beranikan diri untuk bangkit kembali saat kita dikecewakan?
Kenapa keberanian itu hanya hadir di saat senyuman meniti di bibir?
Mana menghilang di saat air mata menemani pipi?
“Putus cinta itu sebenarnya adalah salah satu dari rahmat Allah. Kerana itu merupakan cara untuk Dia membuat kita sedar kita telah mencintai orang yang salah.“
Semangat itu ada.
Cuma kita yang terlalu mengasihani diri kita atas perpisahan itu hingga kita tak nampak kekuatan untuk bangkit kembali berlari itu.
Berhenti mengasihani diri sendiri. Sampai bila nak terus begitu?
Sampai bila nak menangis untuk sesuatu yang sudah berlalu.
“Belajarlah untuk mencintai dirimu sendiri sebelum kamu memilih untuk mencintai orang lain.”
Mari Belajar Mencintai Diri Sendiri Dahulu
Kembali ke saat kita belum mengenali dirinya.
Antara sedar atau tidak, kita telah sekian lama tidak mencintai diri sendiri saat kita telah jatuh cinta.
Buktinya?
Kita biarkan hati kita terluka berkali-kali.
Kita jaga hati dia sebaik mungkin agar dia tak kecewa.
Segala kesedihan kita tanggung sendiri.
Biarkan semua berlalu seolah-olah tiada kesakitan yang terkesan.
Mana cinta kita pada diri kita sendiri?
Semuanya hilang demi menjaga hati insan lain.
Kembalilah ketawa seperti sediakala. Mungkin hati kita kosong saat dia melangkah pergi.
Tapi itu bukan bermakna hidup kita berakhir. Masih ramai insan lain yang mampu mengisi kekosongan itu.
Kalau sebelum kita kenal dia kita mampu hidup sendiri, bila dia berlalu pergi kita juga masih mampu berdiri di atas kaki sendiri. Mungkin lebih gagah.
Andai dia sudah bahagia walaupun tanpa kita disisi, kenapa kita tak boleh buat perkara yang sama?
Jika dia tersenyum gembira, kenapa kita masih biarkan air mata yang menemani? Kenapa biarkan hidup kita makin suram?
“ When he/ she breaks your heart. He/ she feels nothing. He/ she moves on quickly. Like nothing happened. You feel as if a piece of you is missing. You can’t eat, you can’t sleep. All you do is think about him/ her.
Wondering if he’s/ she’s thinking of you. Wondering if he/ she misses you. You’re depressed for weeks, months, sometimes longer. But then you realize what’s important in life.
And you decide that you need to worry about yourself. You soon move on. And he’s/ she’s stuck watching you smile and realize. He/ she messed up. He’ll/ she’ll regret everything. “
Menangis itu tak salah. Menangis lah sekali sepuas hati. Lepaskan segala di dalam tangisan itu.
Segala perasaan duka. Hampa. Kecewa.
Tapi jangan biarkan berterusan. Kuatkan diri, hati untuk terus bangun, bangkit daripada tangisan itu. Lapangkan dada untuk teruskan hari-hari akan datang.
“ Holding on is being brave, but letting go and moving on is often what makes us stronger and happier. “
Jika tangisan itu masih belum mampu untuk buat kita kembali bangkit, carilah seseorang untuk kita luahkan isi hati.
Seseorang yang boleh dipercayai. Yang mampu memberi semangat seikhlas hati. Yang mampu bawa kita ke jalan yang terbaik untuk melupakan dia.
Andai Tak Punya Sesiapa Yang Mampu Memahami?

Ingat. Kita masih ada Allah.
Jika manusia tak mampu, kenapa takut untuk cari Allah?
Kenapa takut untuk luahkan padaNya. Ceritalah segala-galanya pada Allah.
Luahkan semua rasa yang terpendam. Biar hati lapang. Biar jiwa tenang.
Jangan takut. Jodoh kita mungkin ada diluar sana.
Walaupun bukan dia tapi kita akan bahagia.
Allah akan berikan yang terbaik untuk hambaNya yang kuat dan tabah. Bersabarlah dan berdoa.
“ Walau seremuk mana hati dilukai. Bentuklah ia semula. Dan serahkan pada Allah. “
Penutup: Serahkan Hati ini Pada Allah. Biar Dia Jagakan.
Dia akan berikan kebahagiaan saat kita sudah benar-benar sudah bersedia.
Lupakan kesakitan semalam. Bangkitlah untuk hari ini dan hari-hari yang akan datang (:
“ You’ll never get what you truly deserve if you remain attached to what you’re supposed to let go of. “
Adakah hati anda selalu disakiti berkali-kali?
Tetapkah anda bertahan dengan kesakitan itu?
Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang bermain dalam fikiran anda pada bahagian komen dibawah.
Hye , saya pernah bercinta dengan seorang hamba Allah ni . Dan saya cuba moveon dalam sebulan , tapi sewaktu saya moveon ada seseorang lelaki ini menegur dan tidak lama itu kami bercinta . Tapi saya masih tidak boleh mencintai dia kerana saya rasa , saya belum layak lagi untuk mencintai dia , bermaksud saya terima dia dalam keadaan saya belum moveon sehabis-habisnya. Tapi apakah daya ? Saya nak minta putus saya takut dia fikir saya mempergunakan dia , sedangkan saya cuma mahu berkawan sahaja dan belum berani untuk mencari yang baru . Saya terima dia mungkin dalam keadaan kasihan . Tapi walaupun kami bercinta dia juga kerap bercerita tentang kawan baik perempuan nya , dan saya pun sebagai seorang wanita ya , saya cemburu tapi saya diam . Mungkin macam mana perlu saya mengundur diri ? Saya mohon pendapat ,
Tak perlu undur kan diri ,terus kan saja berkawan , kami sebagai lelaki pun tahu posisi kami melalui cara layanan kaum hawa , bersederhana dalam berkawan dan jgn berikan harapan kalau tak mahu lukai sesiapa , sambil itu bnyk kan berdoa minta petunjuk dari Allah , Mana tau mungkin si “dia” jodoh kiriman tuhan untuk menyembuhkan sedih kamu juga membawa kebahagiaan kamu yang selayaknya ?
apa lah yg best sangat cinta ni
Hy sya azyy mmm cna nak ckp eh…sya ni muda masih..tpi sya sdh terjelumus dlm percintaan…mmmm Sungguh sakit bila diputuskn..sya nal curhat…tentang..mcm mana untuk kita tidak mudah jatuh cinta…hati sya mudah tersuka dgn kata2 manis….Sungguh sakit bila kita suka kn kat sorg tu sungguh2 dgn jnji apa bagai..tpi dia buang sya mcm smph..sya just nak tahu bilalh sya kn bahagia..sakit Sungguh
Pada pandangan saya, ianya tak mudah lebih2 lagi apabila dia crush ke-2 saya dan dia beserta kawan2 dia berpakat utk menjatuhkan saya dgn cara memikat saya. Watak yg caring, gentleman, penyayang, attention seeker dia tu buat semua org terpikat. Tambahan pula ditakdirkan suatu hari dia meluahkan perasaan dia tu walaupun sekadar kiasan namun dpt saya fahami dgn baik. Apabila hati sudah terpikat, dgn mudah dia meminta maaf atas segalanya… Saya hanya termanggu tak tahu utk berbuat eksperisi lain Dan hampir2 meroyan. Akhirnya, alhamdulillah saya sudah boleh menerima takdir yg tercatit utk saya. Juga sya Kini lebih bnyk mendekatkan diri dgn Yang Maha Pemberi Cinta Dan dpt mencari cinta yg hilang selama ini.
*Terkadang ujian yg mcm ni menyedarkan bhwa diri kita ni Tuhan nk beri yg terbaik utk kita dan hanya yg terbaik iaitu jodoh kita shja yg boleh berdamping dgn kita sehingga akhir hayat kita.
#semoga yg membaca ni dikuatkan oleh Allah utk berhijrah ke arah yg lebih baik. ?
mulanya dia ajak kahwin.. dia pun dah rancang nak jumpa family saya.. tiba tiba dia cakap dia tak boleh nak paksa hati dia untuk sayangkan saya.. saya keliru sebenarnya dia sayang atau tidak dekat saya.. if betul dia tak boleh cintakan saya kenapa dia perlu cakap cinta dan sayang tu.. dia selalu marah saya bila dia tengah stress tapi saya tahan je sebab taknak buat dia makin stress.. dia pun selalu minta break tapi saya pertahankan relay tu.. sekarang ni dia cakap dia tak boleh nak paksa diri dia.. sakit katanya.. habistu saya,, tak sakit ke saya pertahankan relay tu sanggup kena marah dengar cskap dia.. bila dia ada masalah saya selalu cuba untuk dengan dia.. tapi kenapa dia boleh cakap macam tu.. hancur hati saya.. why perlu bagi harapan.. why perlu cakap sayang kalau hakikatnya tak ‘(
Apa pun istikharah adalah yg terbaik. Pd yg kecewa, jgn biarkan kekecewaan tenggelamkan iman kita. Hari ni je kita rasa susah sakit, trust me if we put trust in Allah, kita tak sangka yg kita dah lalu semua. Yes healing process tak mudah. Kalau syg, mintak dgn Allah. He knows better. Apa yg kita perlu. Worth fight for who fight for us. Not worth if you’re the only one who fight. Tapi kalau anda rasa masih kuat utk fight for it, husnu dzon ya. One day all the problems solved. Allah akan bg jawapan. Teruskan berdoa usaha tawakal.
Think positif,
Allah sebaik² penolong..
Terimakasih sudah menguatkan, membukakan hati dan menyadarkan saya yang selama ini dijadikan boneka dlm kehidupannya.
Berulangkali disakiti dan dikhianati, tapi ketika dia datang saya selalu menerima lagi,
Dan mungkin kepergian dia saat ini membukakan jiwa dan mata hati saya yang selama ini dibutakan. Sampai tak pedulikan diri sendiri
???
Sedihnye.. Teringatkn masa silam.. Sy meraung terkenangkan nasib sy.. Semua ex ex sy yg dah patahkn hati sy yg mengkhianati sy.. ???
Secara ringkas sja.
Sy seorang yg setia dan baik hati, setelah beberapa tahun bercinta ,si dia berubah.. Dan ada gf baru. D sebabkn kesetiaan sy x d hargai sy berubah jd playgirl . . Sy tau ape yg sy lakukn slh tp entalah. D sebabkn rasa dendam n syg sy tu .sy masih ingin bsma dia. .. Sy paksa dia bpisah ngan kekasihnya…. Dan dia bstuju . Walhal sy da pn da cpl yg lain lg .. Smpai dia jatuh x de ape da baru lh tinggal kn dia . Dan tinggalkn mereka semua. . Sekarang sy ade yg baru lg. . rasa serasi…. Tp sy x percya kn dia seperti sepenuhnya. Biarlh tuhan tntukn segalanya.
Mohon share ya?
saya dikecewakan secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab munasabah, alasan ‘masalah keluarga’ bila ditanya secara detail tidak ada penerangan; saya redha tapi saya kecewa dengan cara dia menamatkan hubungan tanpa sebarang perbincangan, mungkin Allah sedang menunjuk sikao sebenar si dia kepada saya, dia tidak langsung memikir perasaan saya dan keluarga.
Let all of your attachments to the past go.
Let them flow down the history, forgotten. You must learn to let go, or you’ll never be better.
Don’t be scared. Don’t panic.
We always have Allah and we can always lean on Him.
Very true…let the past be a history. Let the present be a happy moment with someone else. Someone that deserve our love and the one who knows to love us back.
Kisah ku yg sangat sulit untuk d lupakan
aq dari org sederhana ke bawah aq d jodohkn oleh org tua lalu nikah muda kita tidak saling mencintai tp kita jalani sesuai harapan org tua Lama kelamaan cinta tumbuh dngn sendiriny lalu kita saling mencintai. Di krnkn ekomi ku kurang memadai aq hidjrah ke negara org lain untuk Cari uang walaupun jauh kita chatting video call hampir lima bulan hati ku bagaikan d sambar petir d siang bolong Tampa ad apa apa sang istri Minta pisah aq ngk tahu penyebabny. Setelah aq selidiki sang istri Minta pisah krn org tuany yg nyuruh pernikahan tidak bisa bertahan sedangkn aq merasa tidak ad salah sampai sekarang hatiku masih tak tentu arah,
saya nak bercerita tentang kisah sedih dan pilu saya yang saya sendiri tak pernah sangka akan terjadi .
ya .saya yang mula jatuh hati pada dia . ya saya yang confess suka pada dia . atas sebab personaliti dia yang menarik minat saya untuk mengenali dia dengan lebih dekat . atas sebab cinta sebelum yang sudah cukup melalikan dan menyakitkan , saya jumpa dia dan saya anggap dia mampu untuk tarik saya dari terjerumus ke cinta yang tak sepatutnya saya teruskan . ya . saya mengaku dia sumber kekuatan saya . dia nasihat saya , dia yakinkan saya untuk terus berubah . dia jadi pendengar setia saya , apa jua masalah dia akan cuba tenangkan saya dan cuba untuk selesaikan bersama-sama. Jujur ,saya kembali tersenyum dan yakin untuk terus berubah dan bersemangat untuk teruskan hari-hari yang mendatang . Dengan bantuan dia , saya mampu untuk buat semua yang selama ini saya fikir saya tidak mampu . Makin hari makin kuat cinta dan sayang padanya . Dia juga akhirnya terima saya dan berniat untuk kenali saya dengan lebih lanjut . Dia berhasrat untuk menghalalkan saya .
Namun ,apakan daya . Allah yang tetapkan hati manusia dan Dia juga yang membolak-balikkan hati . Satu hari saya merajuk untuk perkara yang remeh , dan dia secara tiba tiba meluahkan isi hati dia , yang dia rindukan diri dia yang dulu . Saya tak paham maksud dia , setau saya sikit pun saya tak ubah diri dia . Dia jadi diri dia yang dulu . Dia ad beritahu yang kawan sekerja dan kawan karib mengatakan dia sudah berubah sedangkan sikit pun saya tak ubah dia . Saya sedaya upaya jadi yang terbaik untuk dia , saya sendiri nampak perubahan yang saya lakukan dan saya bangga untuk itu . Tambah lagi ayat yang meilukan , dia kata dia tak bersedia lagi untuk bercinta . Bila saya tanya kenapa dari awal terima saya , dia cume cakap dia nak rasa percintaan sebab tak pernah lagi melalui nikmat percintaan . Sedih hati saya , saya anggap dia mainkan hati dan perasaan saya bila dia pernah cakap dia akan cuba yang terbaik untuk jaga saya dan menghalalkan saya . Dia juga yang selama ini buat saya bangkit dari kisah silam , tapi kali ni dia yang meruntuhkan kepercayaan saya dan kasih syang yang saya bagi dekat dia .
Saya ikhlas sayangkan dia . tapi kenapa saat saya nak berubah jadi lebih baik , saat saya cuba untuk itu , saya dikecewakan . Dia sangat baik dan saya hormat segala perilaku dia ,dia sangat matang dan memahami . Tapi tak sangka saya fikir saya sudah cukup kenal dia , paham dia rupanya ada benda yang terpendam dalam hati dia selama ni. apakah sayang dia pada saya begitu murah sehinggakan mampu untuk buang saya dalam sekelip mata saja ? sedih . Allah je yang tau sakit apa yang saya tengah rasakan . Janji yang selama ini dia cakap semua hanya sia sia. Salah sendiri terlalu mengharap dekat dia . Saya simpan apa saya rasa . Saya tak luahkan dekat sesiapa pun . Saya tau saya masih ada Allah . Saya cuma berharap saya kuar untuk tempuh hari hari mendatang . :’)
Dedicating a feelings and remembering someone will always be painful.
But there are so many farewells, and time goes on. So we have to keep on living with what we have now.
We will never set free from our broken self if we keeps believing that we could relived our memories.
Lumrah,kita berubah kerana dorongan manusia, Allah nak uji keimanan kita, tabahkan hati, teruskan istiqomah, doa supaya kita istiqomah kerana Allah. Insyaallah kita akan kekalkan kebaikan dan kita akan rasa lebih tenang bila kita berubah kerana Allah. Lelaki yg baik utk perempuan yg baik, perempuan yg baik utk lelaki yg baik. Nak yg baik, kita kena jadi baik.
Tak rasa pn sakit….tak rasa pn kecewa…memang b’cintakan bgtu…tp tipulh jgk kalau memang tak rasa…ADALAH cikit??Kena ingat…MASIH ADA TUHAN…keluarga,kwn2…dah ckup b’syukur…drp ada SEORANG jak..??
TUHAN TDK PERNAH TGGLKN KTA,KECEWAKN KTA,SAKITKN HATI KITA,Tunggulh tuhan anugerahkn kta seorg yg blh m’jaga kta dunia akhrat…amen
Kepada lelaki, putus cinta mcm mana pun jgn jadi gay.
Erm. Betul tu
aku bercinta mmg benar2 aku inginkn dia ? tetapi ade satu mase dia sakitkn aku yang membuatkan hati aku terjejas segala aspek pelajaran aku apabila aku menegur dia pastinya dia akan meremut dan jadi badmood sebb tu laa aku tknak tegor dia aku takut dye akan jadi lain baik aku diam
We can’t change others. We can’t change what’s already happen.
But we need to change a thing we can ; ourselves.
lagi baik kita bercintai diri sendiri.lagi ok dan allah,saya pernah rasa sebulam ini di cintai seseorang lelaki buat diri bahagia pernah juga kecewe,tapi kan lama2 hilang juga luka duka hati ini. sekarang ok sudah tidak macam dulu,boleh jadi gila hidup saya. masih anak dara lagi 10 tahun saya rasa bujan. #smile
Have no regret about your past, and begin again to be better you, for yourself.
A lot of things aren’t fair but we can try to make things better with what we have now.
hmm perempuan semua same…suka menyakitkan hati lelaki…kalini biar aku pulak sakitkan hati mereka mcm mne mereka sakitkan hati lelaki…kalau dorang semua nak yg pnting bahagia…i hate girls
Salah ke ble kte rase dye smakin jauh dgn kite. Sdgkan dye sllu ade..smpaikn kte fkiran macam2 yg dfkirkan..bila kite cuba tnyakn ssuatu utk hilangkn prasangka negatif pd sye,,tnya yg bkait ngn hubungan antara kte dan dye. Dy mcm nk mrh2..sllu mberontak..smpaikn airmata pun x diendahkn..dy cme ckp yg x ckup ke dye yg sllu ad dpaan mate. Tp diam ibarat xde ape2 prasaan trhadap saya..sy buntu sbb hujung bulan niy adalah tarikh prnikahan sy n dye.