Usah Biarkan Lagi Hati kita Terluka Berkali-Kali. Belajarlah Untuk Mencintai Diri Sendiri Dahulu.

Mari kita belajar mencintai diri sendiri
Tiba masanya untuk kita belajar mencintai diri sendiri? * Broken Heartby AliCat2011

Jika diberikan peluang, ramai yang mencuba untuk merasa betapa manisnya percintaan.

Betapa berbunga-bunga hati saat itu.

Ada seseorang yang sentiasa menemani. Ada yang menyayangi.

Siapa yang tidak mahu?

Tapi kita selalu terlupa apa yang mungkin terjadi di penghujung setiap kebahagiaan.

~ Perpisahan.

 

Langit Tak Selalunya Cerah. Ada Ketikanya Mendung Datang.

Ada saat hujan petir yang melanda. Setiap percintaan bukan semuanya berakhir dengan kegembiraan dan senyuman.

Tanpa kita pinta, perpisahan akan hadir juga. Hanya cepat atau lambat.

“Bila kita bersedia untuk menerima kehadiran seseorang itu, maka kita juga harus bersedia untuk kehilangannya kerana setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Berpisah kerana ajal maut atau berpisah hidup. “

Ada yang jatuh tersungkur apabila terjadinya perpisahan.

Tak mampu untuk menerima takdir. Menerima kenyataan.

Hingga ada yang memilih jalan yang salah demi melupakan kesakitan itu. Ada yang memilih untuk menyakiti diri sendiri semata-mata untuk tagih simpati dari si dia.

 

Apa Yang Akan Kita Ddapat? Apa Yang Diharapkan Sebenarnya?

Ingin dia kembali hanya atas dasar simpati? Atas dasar rasa bersalah pada diri kita?

Jangan terlalu rendahkan ego kita demi sesuatu yang memang dah berakhir.

“ Perpisahan itu kadang-kadang memberi sejuta hikmah disebaliknya. “

Bangkitlah.

Mungkin susah. Mungkin memakan masa.

Kita sendiri belum pasti berapa lama masa yang akan kita ambil. Mungkin bukan esok hati itu sembuh. Mungkin berbulan-bulan. Mungkin bertahun.

Tapi selagi kita mencuba, berusaha untuk bangkit, pasti ada jalannya.

Kadangkala Allah hilangkan mentari. Kemudian Dia datangkan guruh. Puas kita menangis mencari mana mentari kita. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.“

 

Berhenti Merayu. Berhenti Berharap Keindahan Cinta Dulu Akan Kembali.

mencintai diri sendiri
move on. belajar mencintai diri sendiri dahulu sebelum orang lain.

Sampai bila kita nak berharap?

Sampai bila kita nak pegang janji dia?

Apa jaminan untuk setiap penantian?

Apa jaminan kita akan kembali bahagia andai dia menoleh kembali pada kita?

Jika kita berani bercinta, berani serahkan hati kita pada insan lain, kenapa kita tak mampu nak beranikan diri untuk bangkit kembali saat kita dikecewakan?

Kenapa keberanian itu hanya hadir di saat senyuman meniti di bibir?

Mana menghilang di saat air mata menemani pipi?

“Putus cinta itu sebenarnya adalah salah satu dari rahmat Allah. Kerana itu merupakan cara untuk Dia membuat kita sedar kita telah mencintai orang yang salah.“

Semangat itu ada.

Cuma kita yang terlalu mengasihani diri kita atas perpisahan itu hingga kita tak nampak kekuatan untuk bangkit kembali berlari itu.

Berhenti mengasihani diri sendiri. Sampai bila nak terus begitu?

Sampai bila nak menangis untuk sesuatu yang sudah berlalu.

“Belajarlah untuk mencintai dirimu sendiri sebelum kamu memilih untuk mencintai orang lain.”

 

Mari Belajar Mencintai Diri Sendiri Dahulu

Kembali ke saat kita belum mengenali dirinya.

Antara sedar atau tidak, kita telah sekian lama tidak mencintai diri sendiri saat kita telah jatuh cinta.

Buktinya?

Kita biarkan hati kita terluka berkali-kali.

Kita jaga hati dia sebaik mungkin agar dia tak kecewa.

Segala kesedihan kita tanggung sendiri.

Biarkan semua berlalu seolah-olah tiada kesakitan yang terkesan.

 

Mana cinta kita pada diri kita sendiri?

Semuanya hilang demi menjaga hati insan lain.

Kembalilah ketawa seperti sediakala. Mungkin hati kita kosong saat dia melangkah pergi.

Tapi itu bukan bermakna hidup kita berakhir. Masih ramai insan lain yang mampu mengisi kekosongan itu.

Kalau sebelum kita kenal dia kita mampu hidup sendiri, bila dia berlalu pergi kita juga masih mampu berdiri di atas kaki sendiri. Mungkin lebih gagah.

Andai dia sudah bahagia walaupun tanpa kita disisi, kenapa kita tak boleh buat perkara yang sama?

Jika dia tersenyum gembira, kenapa kita masih biarkan air mata yang menemani? Kenapa biarkan hidup kita makin suram?

“ When he/ she breaks your heart. He/ she feels nothing. He/ she moves on quickly. Like nothing happened. You feel as if a piece of you is missing. You can’t eat, you can’t sleep. All you do is think about him/ her.

Wondering if he’s/ she’s thinking of you. Wondering if he/ she misses you. You’re depressed for weeks, months, sometimes longer. But then you realize what’s important in life.

And you decide that you need to worry about yourself. You soon move on. And he’s/ she’s stuck watching you smile and realize. He/ she messed up. He’ll/ she’ll regret everything. “

Menangis itu tak salah. Menangis lah sekali sepuas hati. Lepaskan segala di dalam tangisan itu.

Segala perasaan duka. Hampa. Kecewa.

Tapi jangan biarkan berterusan. Kuatkan diri, hati untuk terus bangun, bangkit daripada tangisan itu. Lapangkan dada untuk teruskan hari-hari akan datang.

“ Holding on is being brave, but letting go and moving on is often what makes us stronger and happier. “

Jika tangisan itu masih belum mampu untuk buat kita kembali bangkit, carilah seseorang untuk kita luahkan isi hati.

Seseorang yang boleh dipercayai. Yang mampu memberi semangat seikhlas hati. Yang mampu bawa kita ke jalan yang terbaik untuk melupakan dia.

 

Andai Tak Punya Sesiapa Yang Mampu Memahami?

mencintai diri sendiri kembali kepada Allah
Mari belajar mencintai diri sendiri dengan kembali kepada Allah

Ingat. Kita masih ada Allah.

Jika manusia tak mampu, kenapa takut untuk cari Allah?

Kenapa takut untuk luahkan padaNya. Ceritalah segala-galanya pada Allah.

Luahkan semua rasa yang terpendam. Biar hati lapang. Biar jiwa tenang.

Jangan takut. Jodoh kita mungkin ada diluar sana.

Walaupun bukan dia tapi kita akan bahagia.

Allah akan berikan yang terbaik untuk hambaNya yang kuat dan tabah. Bersabarlah dan berdoa.

“ Walau seremuk mana hati dilukai. Bentuklah ia semula. Dan serahkan pada Allah. “

 

Penutup: Serahkan Hati ini Pada Allah. Biar Dia Jagakan.

Dia akan berikan kebahagiaan saat kita sudah benar-benar  sudah bersedia.

Lupakan kesakitan semalam. Bangkitlah untuk hari ini dan hari-hari yang akan datang (:

“ You’ll never get what you truly deserve if you remain attached to what you’re supposed to let go of. “


Adakah hati anda selalu disakiti berkali-kali?

Tetapkah anda bertahan dengan kesakitan itu?

Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang bermain dalam fikiran anda pada bahagian komen dibawah. 

Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

191 thoughts on “Usah Biarkan Lagi Hati kita Terluka Berkali-Kali. Belajarlah Untuk Mencintai Diri Sendiri Dahulu.”

  1. ya saya cuba untuk belajar untuk tidak terlalu menyayangi insan lain dan tidak lagi untuk meletakkan harapan itu… pengalaman banyak memberi pengajaran buat saya… mmg permulaan kita akan benar2 rs kehilangan tp biarla masa dan keadaan yg mengubati hati kita… sy menangis dan terus menangis sbb sy rasa itulah cara untuk sy lepaskan kepedihan hati ini… mungkin Allah tahu apa yg terbaik utk saya kerana itu sy masih blm dikurniakan zuriat.. semoga Allah gantikan bahagia dan kedamaian dlm hdp sy di sebalik musibah yg terjadi ini.

    Reply
  2. Saya pernah merasakan diri sy ni takkan kawin sampai bila2. Sekarang umur sy 27 tahun. Sy mula berfikir sy taknak tak berminat langsung nak kenal dgn mana2 lelaki.. Hati sy seakan akan sudah tertutup.. Sejak dari hari itu sy berkelakuan kasar terhadap lelaki.. Sy memang akan lawan mulut dgn lelaki. Sy ada ramai lelaki yg yg jd musuh sy.. Dah banyak kali hati ni kecewa.. Dah byk kali sy dikhianati.. Sy merasakan mungkin sy akan jadi anak dara tua.. Saya takut.. Banyak perkara yg sy takut. Sy takut bawak kereta.. Saya takut rasa sakit kecewa itu dtg lagi. Saya takut org yg sy syg tu akan berubah hati.. ? sy baru je menjalinkn suatu perhubungan dgn lelaki skrg ni.. Ye sy rasa bhagia tapi sy berfikir mungkin hanya sementara sahaja Allah beri nikmat pada sy mencintai seorg lelaki yg setahun lebih muda dari sy..

    Reply
  3. Terima kasih atas semua ayat2 disini..amat terkesan dihati sy saat begitu kecewa dgn manusia.. Betul hanya Allah sahaja yg mampu mengubati kekecewaan..
    Moga Allah gantikan kehidupan yg lebih baik dunia akhirat.
    in shaa Allah

    Reply
  4. xtau mana sy nak mulakan…perkenalan kami selama 4 thn yg lepas…sepanjang perkenalan dia selalu menggunakan kata2 kesat atas alasan ingin mengajar dan menyedarkan sy ..jarak usia kami 10 tahun bezanya….semasa berkenalan dulu bukan dia x tahu sy lagi tua dr dia dan selalu mengharap semua benda bergantung pada sy….bg sy pulak terbalik dia sebagai lelaki yg patut membimbing sy…hal ini selalu saja jadi punca pergaduhan….dia seorang gamer…life dia hanya pada game…mula2 sy x halang minatnya tp sehingga sy rasa terabai sy mula mencari salah dia..kemudian dia seorg yg agak pendiam dan perahsia jd semua kwn2 dia sy x kenal dan dia cuba utk tidak kenalkan kwn2 dia pd sy..bila dh terlalu berahsia mulalah sy syak dia curang tp dia selalu menafikannya…sehingga pernah terkantoi chat wasap dia dgn perempuan lain….bila dh kantoi dia cuba betulkan keadaan tp sy yg x dpt lupakan apa yg telah dia buat walaupun sy maafkan dia…acap kali kami bergaduh dan baik semula…kerana masing2 masih syg….tp dlm sy x sedar…dia rupanya sudah tawar hati pd sy seperti mana yg dia pernah ucapka n pada sy…suatu hari sy jatuh sakit dan tak sangka dia rela menemani sy semasa waktu lawatan dan sanggup belikan apa saja selama 3 hari sy di dlm wad.itu membuatkan hati sy luluh dan kembali menggantung harap padanya lagi…namun kini dia benar2 ingin pergi dr saya atas alasan sy mencurigai nya..saya betul2 sakit dan xdpt terima semua ini…keluarga nya juga telah menjadi mak angkat sy…apa perlu sy buat…sy masih sygkan nya dan masih berharap padanya…

    Reply
  5. 34thn bersama2 suami tanpa ada konflik rumahtangga. Hidup aman tanpa pergaduhan berpanjangan. Tiba2 ada wanita yg sanggup melihat wanita lain sakit tersiksa. Sanggup dia mengambil suami saya walhal dia masih isteri orang. Sehinggalah dia minta cerai pd suaminya dan berkahwin dgn suami sy.
    Perempuan jenis apa begitu? Suami sy hanyut jauh sebelum mereka kahwin lg. Membawa pulang perempuan itu pulang kerumah waktu ketiadaan saya dan bermalam sedangkan perempuan itu masih bersuami.
    Hidup saya memang tersiksa mereka lakukan. Suami saya yg berpelajaran tinggi dan mempunyai title malah jawatan yg tinggi boleh diperbodohkan perempuan yg hanya gilakan nafsu syahwat, title dan kekayaan.
    Sy mengalami tekanan perasaan teramat sangat.
    Kami telah bercucu. Apa yg perempuan tersebut inginkan hanyalah glamour dan dikenali ramai dalam setiap majlis2 yang mereka pergi.

    Reply
    • Allahu….sabarlah Puan.. pasti akan ada hikmah disebalik kejadian.. sy tahu..pasti sakit didalam hati bila mengenangkan.. namun.. apa la daya kita.. mengadulah pada ILLAHI.. in sya Allah moga diberi ketenangan buat Puan

      Reply
    • Moga Allah permudahkan masalah puan..Tiada upaya selain dr memohon pertolonganNya. Mmg sedih puan tp itulah hakikat kehidupan..
      Jom kita cari redha Allah di rumah2 Allah..coz hidup ni sdg menghabiskan sisa2 kehidupan. Jaga diri kita dan hubungan kita gan Allah jer

      Reply
  6. Saya suka atikel ni..ada kena menena dengan diri saya..saya selalu di kecawa kan dengan org yang saya pernah sayang..tapi ape kan daya..saya redha pada allah..walaupun hati ni sakit saya hanya mampu diam.dan nangis..

    Reply
  7. Saya cepat sayangkan seseorang yang datang dalam hidup saya. Selama berkasih dia janji untuk tunaikan impian dia bersama dengan saya.. Saya tunggu dia tepati janji tu. Dan dia minta sama2 agar berdoa semoga segalanya dipermudahkan. Tapi selepas genap setahun dia cakap dekat saya.. Yang saya dan dia tiada kefahaman. Tiada planning . Hmm. Sekarang Saya cuba untuk lupakan dia. Tapi susah sangat. Hati saya pernah disakiti berkali2. Air mata selalu mengalir setiap kali cuba untuk lupakan dia… Selepas saya baca kata2 yang ada dalam blog ni. Saya cuba untuk yakinkan diri saya yg saya boleh lupakan sidia. Jika admin ada lagi motivasi yang boleh membantu masalah saya dan lain2 . Saya harap sangat admin tolong la share.

    Reply
  8. Aku dah berkali kali dikecewakan lepas satu satu..sampaikan aku penah g buat rawatan untuk pulihkan smgt semula..tp knp..Allah ckp bilamana dia bg kekecewa atau pda org yg slh..dia akan hadir org yg lebih baik tpi kenapa lg dn lagi..aku buntu..kdg kdg aku sedih,x yakin dgn diri,sejk drp tu aku suka bersendiri kdg kdg..dn sekarang yg terbaru dn lagi..aya Allah sakit dia hnya Allah yg tahu..aku x tahu nk gambarkn mcm mne sakit nya tu..dn skrg hati aku zero..msih igtkn si dia yg aku kenl ni..sdgnkn dia lagsung x ambil berat psal aku..tp ya dulu masa mula mula..bagi KITA menaruh hrapan pd dia bila kita dh berhrap n suka..dia endah x endah..mcm mne yg perlu lakukan????
    Dsbbkn satu je kslah dn salah anggap sikit je dia x boleh terima saya..bukan besar kslhn sy..

    Reply
  9. Assalamualaikum, sy baru berkahwin 3 minggu tetapi dilanda badai kerana suami sy yg sy kenali selama setahun sebelum bernikah selalu marah maki dan tengking sy malah lebih teruk dia berani utk pukul sy. Sebelum berkahwin sy mmg tahu die seorang panas baran, dgn harapan selepas kahwin akan berubah dan menjaga solat. Tetapi sy silap, die malah tuduh sy yg bukan2 dan hina fizikal sy. Tetapi die masih minta peluang kerana masih baru berkahwin, tetapi sy trauma dan takut sekiranya diberi peluang perkara sama akan berulang. Mohon petunjuk Allah semiga Allah mudahkan urusan kita semua

    Reply
  10. hi,sye ummi sye setiasa berfikir untuk bahagia dgn dy tp kami suka salah faham…macam mana mahu betul kan semua

    Reply
  11. dalam minda saya, lama jugak sakit tu terlalu lama sy simpan, bila kita menyayangi seseorang tetapi tak diendahkan, kerana dia sibuk dengan kerjayanya, study, dia melabelkan diri dia sebagai pisantrophobia sbb kan kenangan lalu.. malam tadi sy berani kan diri untuk menjarakkan hubungan sebagai kawan.walaupun amat susah sy nak bagitau pd dia, tapi takut tu ada dlm diri sy sbb sy susah untuk sayang orang. bila balik pd ALLAH, betul Allah tak kan tinggalkan kita begitu shj.

    Reply
  12. salam, selamat petang
    betul la orang kata peluang kedua tak semua orang akan dapat

    saya pnh bercinta dengan seorang lelaki, kami bercinta hampir 7 tahun,
    tp percintaan kami terputus ditengah jalan,,
    dan putus disebabkan oleh saya..
    saya xpernah bersyukur dengan lelaki yang betul betul menerima saya seadanya dan menyayangi saya seadanya
    saya sanggup meninggallkan dia hanyalah disebabkan saya telah menenali dengan seseorang,, betul la kata orang, jangan sesekali meninggalkan orang yang dah lama kita kenal untuk seseorang yang baru kita kenali,,

    so percintaan kedua ni terputus di tgh jalan disebabkan tidak mendapat restu keluarga, dan telah banyak yg aku lalui suka dan duka bila bersama lelaki tersebut, sampai aku dapat merasakan byk kesakitan berbanding kebahagiaan, bahagia tuh dtg hanya seketika,,

    after beberapa tahun lost cntct dgn myeX, akhirnya kami dapat cntct semula,, emmm aku tlh berasa jatuh cinta pd dia dan perasaan sayang mula ada, ttp malangnya myEX tidak dapat menerima aku disebabkan hatinya pecah berkecai,, hurmmmm begini la kisah percintaan aku

    Reply
  13. Aku susah nak suka pada orang. Tapi nak dijadikan cerita, ada seorang lelaki ni kerap kacau2 aku sampai akhirnya aku realize yg aku dah mula suka pada dia.
    Dia pernah tanya status aku, pernah ajak aku balik kg, pernah bagi hint, tapi belum berterus terang dgn aku.

    Aku tak berani nak berterus terang dgn dia. Aku tak pasti apa niat dia sebenarnya. Kami berkawan hampir setahun dah. Tapi belum ada apa2 jalan ke arah yang halal. Malah, dia sering menyakiti hatiku. Suka merajuk tiba2, kadang tak berapa nak layan aku bila aku perlukan teman bercerita, suka berahsia dgn aku. Kalau psl aku, sume benda nak tahu.

    Dia merajuk, aku kene pujuk. Aku merajuk, dia buat bodoh je. Aku kene pujuk diri aku sendiri. Sakit sangat. Tapi tah kenapa, aku layankan je. Dia ni pulak kerap masuk dalam mimpi aku. Kdg aku tido yg sekejap tu pun boleh mimpi dia.

    Aku kdg stress dgn diri aku. Kenapa aku boleh suka kt dia. Sedangkan menyukai dia itu adalah menyakiti hatiku sendiri. Aku cuba utk avoid dia. Tapi tak boleh. Aku tak kuat. Aku tetap akan tercari2 dia. Padahal dia ni bukanlah jenis lelaki yg aku idamkan. Tambahan pula, aku nampak dia jenis kurang menjaga solatnya. Aku cuba utk lupakan dia, tapi tak boleh. Sakit sangat jiwa ni bila kene berperang dgn perasaan sendiri.

    Aku sgt sygkan dia. Hari2 berdoa semoga Allah lembutkan hati dia. Dia ni jugak jenis baran dan sangat sensitif. Dia buat org, takpe. Org buat dia, takleh. Aku sakit sangat hadap perangai mcmtu.

    Aku cuba utk berkawan dgn lelaki lain, tapi tak boleh. Dalam hati aku ada dia. Aku syg dia. Huhu. Dtg perangai baik dia, aku mmg cair lah. Tapi dtg perangai tak semenggah dia, rasa sakit sangat hati ni. Sakit yang tak terluah. Terpendam shj. Tapi dia pernah ngaku yg dia mengade dan kebudakan.

    Pernah dgr org bercerita yg dia ni jenis suka layan perempuan. Of kos aku tak suka. Tapi aku tak tau kenapa hati aku suka gk kt dia. Sayang sgt. Dia jenis sweet talker rasanya. Dia ni sgt caring kt aku, rajin membantu, tak berkira. Tu yg buat aku syg kot. Huhu.

    Tapi org ramai tak suka jikankami bersama. Kerana perwatakan kami jauh berbeza. Tak sama langsung. Dia jenis outspoken, baran, cakap lepas, suka buat hal sendiri, jenis org kne ikut cakap dia je sbb dia ni ada karakter leadership. Sbb tu gk aku suka dia ni.
    Yg aku pulak, pendiam, penyabar, tak bnk cakap, tak reti melawan, etc.
    Tahlah. Kalau dgn dia, aku selalu rasa kalah.

    Kadang aku terfikir, mcmna nak hidup bersama jika ada seorang yg dominan? Sedangkan kehidupan sebagai suami isteri itu adalah kehidupan yg penuh dengan toleransi.

    Ya allah.. Buntu sgt. Apa yg perlu aku buat. Hati suka, tapi aku tak rasa family aku boleh terima dia. Aku kerap istikharah. Mesti nt tiba2 dia muncul. Smpai aku takut dh nak istikharah. Huhu.

    Aku tak tau apa ending perhubungan kami ini. As a friend only or akan ada happy ending. Aku tak sanggup hadapi sad ending. Huhu. Tahla. Buntu sgt.

    Tolong bagi nasihat kt saya. Apa yg perlu saya lakukan. Huhu.

    Reply
    • pendapat saya tanya lah pada ibu bapa. kalau ibu bapa tak berkenan, baik lupakan. Toleransi amat penting dalam rumah tangga. kisah saya seakan- akan awak. saya dah lalui, dah berkahwin & akhirnya berpisah.

      Reply
  14. Aku susah nak suka pada orang. Tapi nak dijadikan cerita, ada seorang lelaki ni kerap kacau2 aku sampai akhirnya aku realize yg aku dah mula suka pada dia.
    Dia pernah tanya status aku, pernah ajak aku balik kg, pernah bagi hint, tapi belum berterus terang dgn aku.

    Aku tak berani nak berterus terang dgn dia. Aku tak pasti apa niat dia sebenarnya. Kami berkawan hampir setahun dah. Tapi belum ada apa2 jalan ke arah yang halal. Malah, dia sering menyakiti hatiku. Suka merajuk tiba2, kadang tak berapa nak layan aku bila aku perlukan teman bercerita, suka berahsia dgn aku. Kalau psl aku, sume benda nak tahu.

    Dia merajuk, aku kene pujuk. Aku merajuk, dia buat bodoh je. Aku kene pujuk diri aku sendiri. Sakit sangat. Tapi tah kenapa, aku layankan je. Dia ni pulak kerap masuk dalam mimpi aku. Kdg aku tido yg sekejap tu pun boleh mimpi dia.

    Aku kdg stress dgn diri aku. Kenapa aku boleh suka kt dia. Sedangkan menyukai dia itu adalah menyakiti hatiku sendiri. Aku cuba utk avoid dia. Tapi tak boleh. Aku tak kuat. Aku tetap akan tercari2 dia. Padahal dia ni bukanlah jenis lelaki yg aku idamkan. Tambahan pula, aku nampak dia jenis kurang menjaga solatnya. Aku cuba utk lupakan dia, tapi tak boleh. Sakit sangat jiwa ni bila kene berperang dgn perasaan sendiri.

    Aku sgt sygkan dia. Hari2 berdoa semoga Allah lembutkan hati dia. Dia ni jugak jenis baran dan sangat sensitif. Dia buat org, takpe. Org buat dia, takleh. Aku sakit sangat hadap perangai mcmtu.

    Aku cuba utk berkawan dgn lelaki lain, tapi tak boleh. Dalam hati aku ada dia. Aku syg dia. Huhu. Dtg perangai baik dia, aku mmg cair lah. Tapi dtg perangai tak semenggah dia, rasa sakit sangat hati ni. Sakit yang tak terluah. Terpendam shj. Tapi dia pernah ngaku yg dia mengade dan kebudakan.

    Pernah dgr org bercerita yg dia ni jenis suka layan perempuan. Of kos aku tak suka. Tapi aku tak tau kenapa hati aku suka gk kt dia. Sayang sgt. Dia ni sgt caring kt aku, rajin membantu, tak berkira. Tu yg buat aku syg kot. Huhu.

    Tapi org ramai tak suka jika kami bersama. Kerana perwatakan kami jauh berbeza. Tak sama langsung. Dia jenis outspoken, baran, cakap lepas, suka buat hal sendiri, jenis org kne ikut cakap dia je sbb dia ni ada karakter leadership. Sbb tu gk aku suka dia ni.
    Yg aku pulak, pendiam, penyabar, tak bnyk cakap, tak reti melawan, etc.
    Tahlah. Kalau dgn dia, aku selalu rasa kalah.

    Kadang aku terfikir, mcmna nak hidup bersama jika ada seorang yg dominan? Sedangkan kehidupan sebagai suami isteri itu adalah kehidupan yg penuh dengan toleransi.

    Ya allah.. Buntu sgt. Apa yg perlu aku buat. Hati suka, tapi aku tak rasa family aku boleh terima dia. Aku kerap istikharah. Mesti nt tiba2 dia muncul. Smpai aku takut dh nak istikharah. Huhu.

    Aku tak tau apa ending perhubungan kami ini. As a friend only or akan ada happy ending. Aku tak sanggup hadapi sad ending. Huhu. Tahla. Buntu sgt.

    Tolong bagi nasihat kt saya. Apa yg perlu saya lakukan. Huhu.

    Reply
  15. Aku dengan dia dh lma bteman..rapat,mesra,saling memahami..tpi karna satu sebab dia bepaling dariku ..hnya cuma agamaku..ku thu agamaku dan dia berbeza…tpi ku tetap mnunggu..tpi kni penantian itu tlh beakhir krna dia memilih kawan baikku sendiri…retak hati ini..dia anggp ku ini apa..pelbgai rayuan cinta ku tepis hnya krna mnjga htiku untuk dia…tkkn selama ini dia tak memahami atau sedikitpun menyedari apa yng ku buat untuknya..mungkin slahku krna tk betrus trang pdanya slama ini.akhirnya dia milik orang lain…ku rasa ku tLah kehilangan diriku yang dulu..msih blum bisa melupaknnya..pura2 bhagia mungkin lbih baik…

    Reply
  16. Saya akan ttp bertahan sampai akhir hayat menjeputku,, demi putra putriku,,
    Dan semua kuserahlan pada Allah yg maha kuasa

    Reply
  17. Perkhawinan selama 6 tahun dgn 2 lahir amanah tuhan aku rasa dopat membuat kan dia bahagia rupa dlm diam bwrnikah dgn perempuan yg selama 6 tahun yg ddisimpan.sampai skrg saya tak tahu aper yg silap mkn minum pakai dan aper je sampai kadang2 fikir siapa perlu siapa..dan itu mungkin kesilapan saya terlalu ikut kemahuan dia.skrg hidup saya dah tak ada rasa dgn dia..perkataan mintak dilepaskan dah berulang kali tetapi jawapan sama tak mungkin sebab alasan anak..tetapi anak pun jarang2 pegang dan bersama untuk mereka.saya cuba jauhkan diri dari dia tetapi dia sentiasa tunjukkan muka selang beberapa hari dgn rasa tak bersalah..dan jika ada masalah.patut ke buat saya mcm ni..saya ni kadang2 fikir dia tak tunjuk muka lagi bagus..bila balik terpaksa tanggung masalah dia sedangkan bini baru tu kno tak blh rasa aper yg yg rasa…kadang terfikir hati perempuan sakit disebabkan kaum sejenis yg punya angkara pancing dgn kata2 dan nafsu….

    Reply
  18. Nasihat pada hari ini dari seorang opismate ‘Carilah Allah nanti kau akan jumpa yg sebenar untuk diri kau’

    Berkali kali juga melalui fasa kesakitan. Jatuh bangun tergolek semua dah rasa. Memangis meraung meraih simpati bahkan melutut demi sebuah cinta yang akhirnya terkubur sepi.

    Tapi kali ni kisah yg berbeza dari episod luka kelmarin. Aku jumpa manusia yg bagi aku cermin aku. Ibarat aku berhadapan cermin, sebiji serupa. Ingatnya bila serupa akan lebih sehaluan, sehati sejiwa tapi sebaliknya. Sampai aku termenung seketika mengenangkan begini ke perangai aku yg sebenar? Baran yg tak bertempat. Gemar memaki hamun, reply lewat isu, keluar malam isu padahal kemana saja? Semu serba serbi tak kena, serba serbi salah dimata. Sampai aku rasa, weh aku ni bukan malaikat nak perfect 10. Seribu satu kekurangan pada aku. Selang dua hari pastinya ada isu. Kita dah 25 tahun. Ni bukan masa kita bergaduh untuk benda kecil yg membuang masa. Cubalah mengerti, give and take be tolarate. Memahami bukan subjek yang mudah.

    Asal bergaduh minta putus dan aku yg sealu meminta untuk jangan. Tapi sampai bila? Sampai bila aku yg sealu dituduh point? Sampai bila kisah ni tiada pengakhiran?…..

    Reply

Leave a Comment