Usah Biarkan Lagi Hati kita Terluka Berkali-Kali. Belajarlah Untuk Mencintai Diri Sendiri Dahulu.

Mari kita belajar mencintai diri sendiri
Tiba masanya untuk kita belajar mencintai diri sendiri? * Broken Heartby AliCat2011

Jika diberikan peluang, ramai yang mencuba untuk merasa betapa manisnya percintaan.

Betapa berbunga-bunga hati saat itu.

Ada seseorang yang sentiasa menemani. Ada yang menyayangi.

Siapa yang tidak mahu?

Tapi kita selalu terlupa apa yang mungkin terjadi di penghujung setiap kebahagiaan.

~ Perpisahan.

 

Langit Tak Selalunya Cerah. Ada Ketikanya Mendung Datang.

Ada saat hujan petir yang melanda. Setiap percintaan bukan semuanya berakhir dengan kegembiraan dan senyuman.

Tanpa kita pinta, perpisahan akan hadir juga. Hanya cepat atau lambat.

“Bila kita bersedia untuk menerima kehadiran seseorang itu, maka kita juga harus bersedia untuk kehilangannya kerana setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Berpisah kerana ajal maut atau berpisah hidup. “

Ada yang jatuh tersungkur apabila terjadinya perpisahan.

Tak mampu untuk menerima takdir. Menerima kenyataan.

Hingga ada yang memilih jalan yang salah demi melupakan kesakitan itu. Ada yang memilih untuk menyakiti diri sendiri semata-mata untuk tagih simpati dari si dia.

 

Apa Yang Akan Kita Ddapat? Apa Yang Diharapkan Sebenarnya?

Ingin dia kembali hanya atas dasar simpati? Atas dasar rasa bersalah pada diri kita?

Jangan terlalu rendahkan ego kita demi sesuatu yang memang dah berakhir.

“ Perpisahan itu kadang-kadang memberi sejuta hikmah disebaliknya. “

Bangkitlah.

Mungkin susah. Mungkin memakan masa.

Kita sendiri belum pasti berapa lama masa yang akan kita ambil. Mungkin bukan esok hati itu sembuh. Mungkin berbulan-bulan. Mungkin bertahun.

Tapi selagi kita mencuba, berusaha untuk bangkit, pasti ada jalannya.

Kadangkala Allah hilangkan mentari. Kemudian Dia datangkan guruh. Puas kita menangis mencari mana mentari kita. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.“

 

Berhenti Merayu. Berhenti Berharap Keindahan Cinta Dulu Akan Kembali.

mencintai diri sendiri
move on. belajar mencintai diri sendiri dahulu sebelum orang lain.

Sampai bila kita nak berharap?

Sampai bila kita nak pegang janji dia?

Apa jaminan untuk setiap penantian?

Apa jaminan kita akan kembali bahagia andai dia menoleh kembali pada kita?

Jika kita berani bercinta, berani serahkan hati kita pada insan lain, kenapa kita tak mampu nak beranikan diri untuk bangkit kembali saat kita dikecewakan?

Kenapa keberanian itu hanya hadir di saat senyuman meniti di bibir?

Mana menghilang di saat air mata menemani pipi?

“Putus cinta itu sebenarnya adalah salah satu dari rahmat Allah. Kerana itu merupakan cara untuk Dia membuat kita sedar kita telah mencintai orang yang salah.“

Semangat itu ada.

Cuma kita yang terlalu mengasihani diri kita atas perpisahan itu hingga kita tak nampak kekuatan untuk bangkit kembali berlari itu.

Berhenti mengasihani diri sendiri. Sampai bila nak terus begitu?

Sampai bila nak menangis untuk sesuatu yang sudah berlalu.

“Belajarlah untuk mencintai dirimu sendiri sebelum kamu memilih untuk mencintai orang lain.”

 

Mari Belajar Mencintai Diri Sendiri Dahulu

Kembali ke saat kita belum mengenali dirinya.

Antara sedar atau tidak, kita telah sekian lama tidak mencintai diri sendiri saat kita telah jatuh cinta.

Buktinya?

Kita biarkan hati kita terluka berkali-kali.

Kita jaga hati dia sebaik mungkin agar dia tak kecewa.

Segala kesedihan kita tanggung sendiri.

Biarkan semua berlalu seolah-olah tiada kesakitan yang terkesan.

 

Mana cinta kita pada diri kita sendiri?

Semuanya hilang demi menjaga hati insan lain.

Kembalilah ketawa seperti sediakala. Mungkin hati kita kosong saat dia melangkah pergi.

Tapi itu bukan bermakna hidup kita berakhir. Masih ramai insan lain yang mampu mengisi kekosongan itu.

Kalau sebelum kita kenal dia kita mampu hidup sendiri, bila dia berlalu pergi kita juga masih mampu berdiri di atas kaki sendiri. Mungkin lebih gagah.

Andai dia sudah bahagia walaupun tanpa kita disisi, kenapa kita tak boleh buat perkara yang sama?

Jika dia tersenyum gembira, kenapa kita masih biarkan air mata yang menemani? Kenapa biarkan hidup kita makin suram?

“ When he/ she breaks your heart. He/ she feels nothing. He/ she moves on quickly. Like nothing happened. You feel as if a piece of you is missing. You can’t eat, you can’t sleep. All you do is think about him/ her.

Wondering if he’s/ she’s thinking of you. Wondering if he/ she misses you. You’re depressed for weeks, months, sometimes longer. But then you realize what’s important in life.

And you decide that you need to worry about yourself. You soon move on. And he’s/ she’s stuck watching you smile and realize. He/ she messed up. He’ll/ she’ll regret everything. “

Menangis itu tak salah. Menangis lah sekali sepuas hati. Lepaskan segala di dalam tangisan itu.

Segala perasaan duka. Hampa. Kecewa.

Tapi jangan biarkan berterusan. Kuatkan diri, hati untuk terus bangun, bangkit daripada tangisan itu. Lapangkan dada untuk teruskan hari-hari akan datang.

“ Holding on is being brave, but letting go and moving on is often what makes us stronger and happier. “

Jika tangisan itu masih belum mampu untuk buat kita kembali bangkit, carilah seseorang untuk kita luahkan isi hati.

Seseorang yang boleh dipercayai. Yang mampu memberi semangat seikhlas hati. Yang mampu bawa kita ke jalan yang terbaik untuk melupakan dia.

 

Andai Tak Punya Sesiapa Yang Mampu Memahami?

mencintai diri sendiri kembali kepada Allah
Mari belajar mencintai diri sendiri dengan kembali kepada Allah

Ingat. Kita masih ada Allah.

Jika manusia tak mampu, kenapa takut untuk cari Allah?

Kenapa takut untuk luahkan padaNya. Ceritalah segala-galanya pada Allah.

Luahkan semua rasa yang terpendam. Biar hati lapang. Biar jiwa tenang.

Jangan takut. Jodoh kita mungkin ada diluar sana.

Walaupun bukan dia tapi kita akan bahagia.

Allah akan berikan yang terbaik untuk hambaNya yang kuat dan tabah. Bersabarlah dan berdoa.

“ Walau seremuk mana hati dilukai. Bentuklah ia semula. Dan serahkan pada Allah. “

 

Penutup: Serahkan Hati ini Pada Allah. Biar Dia Jagakan.

Dia akan berikan kebahagiaan saat kita sudah benar-benar  sudah bersedia.

Lupakan kesakitan semalam. Bangkitlah untuk hari ini dan hari-hari yang akan datang (:

“ You’ll never get what you truly deserve if you remain attached to what you’re supposed to let go of. “


Adakah hati anda selalu disakiti berkali-kali?

Tetapkah anda bertahan dengan kesakitan itu?

Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang bermain dalam fikiran anda pada bahagian komen dibawah. 

Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

191 thoughts on “Usah Biarkan Lagi Hati kita Terluka Berkali-Kali. Belajarlah Untuk Mencintai Diri Sendiri Dahulu.”

  1. bagaimane plak dgn putus di sebabbkan pilihan keluarga? tiba2 mak dia,terima org lain walau dah thu hubungan kami.. smggu lps org tu dtg rmh merisik bru bgthu dia… tu pun ckp dlm telefon.. :(

    Reply
  2. alhamdulillah….terima kasih ats artikal ni……sy bru mengalami putus cinta…..mmg sakit…tp setelah berbulan2 menanggung sedih akhrnya sy kembali bangkit.sy gembira sgt skrg dgn ketenangan yg Allah hadiahkn buat sy.tp bg sy dia tetap lelaki yg baik.moga Allah sllu lindungi dia n bagi dia kebahagiaan.tak snggup tgk dia sedih mcm sy sedih walau mcm mnepun. hati ini sy serahkn pd Allah…..sy sangat bahagia dengan diri sendiri….. :-) Allahuakbar….sy simpati pd rakan yg sdg mengalami putus cinta..tp ayuhh!! bangkit.be strong..ada.jodoh tak kemana.takda jodoh pun tak kmana.semua org layak utk bahagia

    Reply
  3. Terima kasih aku islam..u r one of my mind theraphy..setiap kata2 baris ayat sgh mendalam n meninggalkn kesan..n sunggh hati yg gundah mnjdi sedikit redha n ikhlas menerima ketentuan tuhan..teruskan lgi memberi “semangat” kepada jiwa2 yg rapuh..

    Reply
  4. Assalamualaikum….ya! Benar! Betul! Jawapan yg akan kluar dri semua manusia yg mgalami perpisahan…hana jugak sdg mgalami benda yang sama…kecewe d hati bagai d pukul berulang2 tanpe belaa kasihan…..pglaman hana sgt myakitkan….mgenali seorg llki yg pandai mjage hti mmg sgt2 d nanti kan semua wanita…tapi nasib x myebelhi hana…,d saat hana setia doa siang malam smga halal itu d izinkan….ujin yg amat myakit kan bile rupe2 nye 4 taun bcinta sdg bkongsi dgn wanita laen…pnantian yg sgt mcbar d balas dgn ujian myakitkan…. ujian ALLAH betul buat hana tduduk mrenung masa hadapan yg x pasti lgi rencah nye mcm mne…..sakit d dua! Sakit d tipu! Saakit yg terase tu bukan musah nak hilang…..bkn mudah bpura2 bhgia…bukan mudah bpura2 tenag hadapi ujian…..

    Reply
    • emmm situasi kite mmg sme sgt..mmg sy pn mghrapkn hbgn yg halal..yla dh 6 years knal..bg sye die seorg yg bek..fmly sy pn die dh jmpe..tp xsngke..die bg mdu rcun jgk yg die bg…tp syukur sgt Allah bg sy ckup kekuatan ble kbenaran diketahui..walaupn sdih kecewa ditipu n diperbodohkan..smoge die bhgia dgn psgan hdup die skrg..ap yg jdi pasti ad hikmah..

      Reply
  5. Sangat inspirasi. Tiba2 keluar topik sebegini di FB seakan2 mengetahui isi hati ini. Mungkin ini juga petunjuk dari Allah agar diberikan kekuatan sedalamnya. Benar, semua perlu perlahan2. Mudahan apa yang Allah rencanakan dan berikan petunjuk adalah jalan terbaik untuk hati ini. Ameen.

    Reply
  6. hati yg terlalu sakit..kecewa,terluka dan xtau pada siapa hendak mengadu..hanya allah la yg maha mengetahui betapa hancur luluh hati ini..mahligai yg di bina akhirnya berantakan lg di sebabkan sikap yg xpernah nk ubah.. tp di sebalikkan kesedihan ini ku bangkit utk mencari secebis kekuatan utk keluar dr kancah masaalah ni..terima kasih di atas catatan di atas..memang banyak membantu utk pulihkan semangat yg hilang ♥♥

    Reply
  7. Tak bisa di pungkiri sakit memang sakit..
    3 tahun lamanya aku mejalani hubungan. aku korbankan segalanya agar aku melihat ia tersenyum, kuhargai perasaan yg tak menghargai persaan ku, memendam janji busuk yg ia berikan,termaksud ia menjanjikan pernikahan tp pada akhirnya smua itu cuman harapan kosong, Ku berhenti berharap aku meninggalkan dia demi Tuhanku, ku dekatkan hati kepada Allah, walau ia masi sering mengusik ku tp keyakinan hati ini untuk berpisah semakin kuat krn hati aku begitu berharga untuk disakiti jantung yg yg berdetak ini titipan allah yg harus sy pertanggubg jawabka.karena aku yakin
    Sesungguhnya allah tidak akan menyianyiakan pengorbanan kita. Janji Tuhan yg baik akan bertemu yang baik begitupun sebaliknya.

    Reply
  8. Salam cikdaa &admin,
    Kisah sy pula terluka berkali2 sehingga hampir 10thn. Terlalu byk hint2 menyatakan dia bukan jodoh sy tp saya butakan hati pekakkan telinga sehingga sekarang sudah masuk 3thn perkahwinan rahsia kami diseberang namun segala pengorbanan saya dibalas dgn kecurangan berkali2 & penipuan yg tak pernah hilang.
    Dengan umur saya sekarang, masa depan saya semakin tipis, hutang keliling pinggang tp saya kena kuat. Sebelum ni sy letak diri dia atas. Skrang saya dh mula menerima takdir saya, jodoh sy mungkin bukan di dunia.
    Sy cuba perbaiki hubungan dgn Allah s.w.t….hanya ini jln yg boleh menyelamatkan & menenangkan sy.
    Semoga saya dpt bersabar hingga ke akhir.

    Reply
  9. Pd sy pulak,dugaan adlh suami,berulang kali dia melukai hati ini. Smp satu saat, terfikir utk berpisah dgnnye. hati die mudah rapuh,bila di rumah die berjnji takkn mengulangi Kesalahannya tp bila diluar bersama kwn, Di sanggup tipu sy utk memuaskn nafsu die dgn dadah.
    HATI SELALU MENANGIS, adakah ini takdir hdup yg harus diterima,berulang kali disakiti.

    Reply
    • salam idea, bersabarlah. nasib kita sama. dan sy pilih jalan perpisahan. setelah peluang sy bg tidak dihargai. sy x nak lg menagis kerana dia.

      Reply
  10. Seriously, perpisahan memang menyakitkan. Saya sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sebelum ni hingga kini. Dulu first time bercinta memang bersungguh2. cinta mati katanya. last2 kena tinggal jugak. ambil masa sampai 3 tahun nak cure daripada kesedihan dan menerima keadaan yang dia memang bukan untuk kita. when that thing happen, saya banyak menyeksa diri saya mengharap sesuatu yang tak pasti. memang time will cure the pain but we need to put Allah inside our heart first. then, baru terasa kemanisan perpisahan tuh.

    And Allah uji saya lagi sekali, jatuh cinta again after 3 years. awal2 okey. but then entah macam mana that guy disappear macam tu je. seriously memang terpukul hati ini apalagi pelbagai planning for future telah dirangka. call tak pick up. msg tak reply. mintak penjelasan pun tak dapat. so, what does it mean?? saya assume jodoh takat tuh je. puas memujuk hati konon2 nanti dia akan datang bwk surprise. but until now takde. just angan2.

    then, sy decide just let go of him and berdoa yang baik2 saja untuk saya dan dia.hopefully, dia bahagia dgn hidup dia and saya pun bahagia dengan hidup saya. memanglah Allah tempat pergantungan yang tak pernah mengecewakan. Allah uji saya dengan perasaan dan saya memang betul2 teruji. alhamdulillah, saya semakin bijak dan kuat mengawal emosi dan tidak terikut2 dengan perasaan selepas melalui kegagalan cinta pertama dulu.

    therefore, kepada awak2 semua yang baca komen ini, sama2 lah kita menguatkan hubungan kita dengan Allah dan insyaAllah Dia akan menguatkan hubungan kita sesama manusia. tak salah menyimpan rasa tapi biar berpada takut terluka, cintailah diri sendiri dulu, jangan compare kebahagiaan orang lain dengan kita. masing2 di uji dengan cara berbeza. just reminder untuk saya dan kita2 semua. thanks for reading.
    take care. Salam.

    Reply
  11. Seriously, perpisahan memang menyakitkan. Saya sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sebelum ni hingga kini. Dulu first time bercinta memang bersungguh2. cinta mati katanya. last2 kena tinggal jugak. ambil masa sampai 3 tahun nak cure daripada kesedihan dan menerima keadaan yang dia memang bukan untuk kita. when that thing happen, saya banyak menyeksa diri saya mengharap sesuatu yang tak pasti. memang time will cure the pain but we need to put Allah inside our heart first. then, baru terasa kemanisan perpisahan tuh.

    And Allah uji saya lagi sekali, jatuh cinta again after 3 years. awal2 okey. but then entah macam mana that guy disappear macam tu je. seriously memang terpukul hati ini apalagi pelbagai planning for future telah dirangka. call tak pick up. msg tak reply. mintak penjelasan pun tak dapat. so, what does it mean?? saya assume jodoh takat tuh je. puas memujuk hati konon2 nanti dia akan datang bwk surprise. but until now takde. just angan2.

    then, sy decide just let go of him and berdoa yang baik2 saja untuk saya dan dia.hopefully, dia bahagia dgn hidup dia and saya pun bahagia dengan hidup saya. memanglah Allah tempat pergantungan yang tak pernah mengecewakan. Allah uji saya dengan perasaan dan saya memang betul2 teruji. alhamdulillah, saya semakin bijak dan kuat mengawal emosi dan tidak terikut2 dengan perasaan selepas melalui kegagalan cinta pertama dulu.

    therefore, kepada awak2 semua yang baca komen ini, sama2 lah kita menguatkan hubungan kita dengan Allah dan insyaAllah Dia akan menguatkan hubungan kita sesama manusia. tak salah menyimpan rasa tapi biar berpada takut terluka, cintailah diri sendiri dulu, jangan compare kebahagiaan orang lain dengan kita. masing2 di uji dengan cara berbeza. just reminder untuk saya dan kita2 semua. thanks for reading.
    take care. Salam.

    Reply
  12. Maafkan sy, baru shj terjumpa blog ni. Sy ingin berkongsi sedikit pengalaman sy dgn kehilangan org tersayang. Baru2 ini slps Raya aidilfitri, kami sekeluarga kehilangan Ibu tercinta kami. Pemergiannya dlm masa yg sgt singkat & terkejut membuatkan kami benar2 sedih shg ke hari ini. Tetapi, sy masih ingat ceramah2 yg sy pergi sblm ini yg mengatakan, jika kita benar2 menyayangi seseorang itu, kita sbg hamba Allah, hendaklah bersedia dgn pemergian insan2 tersayang. Ini kerana kematian itu adalah perkara yg tiada siapa mampu elak selamanya. Pada masa yg sme, arwah ibu sering berpesan pd sy & beri nasihat2 serta amanat terakhir sblm arwah pulang ke rahmatullah. Atas kerana cinta sy kpd Ibu tersayang & kata2 nasihat drpd ceramah tersebut serta kata2 Allah dlm al-Quran, alhamdulillah, sy mampu handle emosi & perasaan sedih. Sy mampu utk b’sikap tenang drpd waktu sy memegang kepala Ibu tersayang ketika arwah menghembuskan nafasnya yg terakhir serta melafazkan kalimah syahadah di telinganya. Sehinggalah ibu sy dikebumikan. Hanya Allah shj tahu perasaan kami ketika itu tetapi kasih syg ibu telah memberi kekuatan kpd sy utk meneruskan hidup & memperbaiki diri serta meraih cinta Allah. wallahu’alam..

    Reply
      • Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi cerita.
        Saya kenal dgn dye dari umur 19. Lepas tue lost contact. Selepas 5 tahun berjumpa balik. Lepas tue putus hubungan. Awal tahun nie kami berjumpa balik dan dye masuk meminang. Dan bertunang. Semuanya dye sendiri yang plan. Selepas 3 bulan bertunang saya nmpak dye berubah. 1 hari saya suruh dye jujur. Betul ke adr orang lain. Dan dye hanya cakap JUJUR sahaja dkt msg tue. Tp saya tak de marah pon. Hanya cakap baik2. Kenapa semua nie terjadi. Dye hanya cakap tiba2 dan perempuan tue faham dye. Sbb 1 tempat kerja. Dye pon jarang balik rumah jumpa mak dye. Yang saya sedih sbb saya terfikirkan mak dye sahaja. Sbb kami dah bertunang. Mak dye pergi tanya bnyak tempat berubat semua kata dye terkena. Satu hari mak dye bawa berubat mmg betul dye terkena sihir dan santau. Semua terkejut. Sudah 1 bulan dye tidak contact. Sedih mmg sedih. Tp nie dugaan untuk saya. Mungkin nie cara kita nak dekatkan diri dgn Allah. Allah takkan menduga kita kalau kita tak mampu. Sekarang nie perlu ke aku tunggu lagi? Sebab dye bagi kata nak putus. Tp family dye langsung tak tau sampai la saya bagi tau. Ya Allah.

        Reply
  13. Saya pernah kecewa….dan masih merasai kekecewaan itu…Bertahun, saya menanti dan terus menanti…Dia tetap dan terus bahagia…Saya berdoa moga dibukakan pintu hati kepada orang lain, sukar..Hingga kini saya mengharapkan sinar baru buat hidup saya agar tidak sendiri.

    Reply
      • Kenapa kekecewaan kebanyakkan dtg dr suara hati wanita…wahai lelaki diluar sana tolong hargai insan yg diciptakan Allah dgn penuh kelembutan ini dgn kasih syg dan memimpin mereka dgn jln Allah…kerana mereka mudah dilentur..asalkan pembimbingnya betul..jadikan lah Muhammad s.a.w tokoh lelaki sejati dlm diri kalian..muga2 lelaki diluar sana dpt memimpin Amanah Allah ini.sekian

        Reply
  14. Kadang lebih rela jaga hati orng yg kita sayang dri jga hati kita.. Sbb jika orng yg kita sayang gembira kita turut bergembira meskipun kita terpaksa berkorban… Cuma ini dri pemikiran yg kerdil ini..
    #from deep in my heart #

    Reply
  15. Thanks cikdaa, saya rajin baca artikel dari cikdaa sangat membantu saya dalam menenangkan hati, saya sedang mengalami hal ini, saya tersiksa dengan perpisahan dng kekasih saya, sudah 2 tahun bersama dan akan bertunangan, tp semakin hari semakin nmpak belang nya, bnyak hal terbuang sia2 karena terlalu memikirkan perasaan dia, trlalu bnyak pengorbanan saya berikan untuknya, tp smua di balas dengan menghianati saya, dah habis airmata saya tangiskan dia, sedangkan dia senang2 dengan perempuan lainnya, sudah 4 bulan berpisah tp saya tetap tak bisa lupa dia walau dia selalu sakiti saya.
    Saya selalu berdoa bisa lupakan dia, semakin lama sya makin menyadari kenapa Allah pisahkan kami, karena Allah masih sayang saya, Allah tak biarkan saya bersama org yang salah, walau masih sedih saya dengan perpisahan ini, tp saya yakin dng janji Allah, semua indah pada waktunya, org baik akan dapat jodoh org baik pula, amiin,.
    Alhamdulillah ya Allah…

    Reply
    • Terima kasih Samita sebab sudi baca artikel saya. Saya menulis berdasarkan pengalaman. Hanya berkongsi. Saya juga pernah bersedih. Pernah rasa kecewa. Pernah hampir putus asa. Tapi pengalaman banyak membantu saya untuk kembali bangkit. Bersedih tak salah tapi jangan selamanya begitu. Sampai bila nak bazirkan masa dan air mata untuk benda yang sia2. Allah takkan ambil sesuatu tanpa gantikan sesuatu yang jauh lebih indah. Sesuatu yang kita sendiri tak pernah terfikir. Jangan ada terlalu banyak perasaan benci pada dia, sebab makin kita benci makin kita susah nak lupakan dia. Hanya ingat setiap pengkhianatan yang dia dah buat supaya satu masa nanti kita tak lagi tersungkur atas alasan yang sama. Saya doakan awak jumpa jodoh yang baik satu masa nanti. Yakin dengan Allah. Doakan saya jugak ye ;)

      Reply
    • cerita sy hampir sama..sakit sangat terasa bila d tinggalkan kekasih dgn perempuan lain. hanya Allah yg tahu perasaan itu. sy memberi seluruh rsa kasih syg dan cinta sy dengannya selama 9 tahun. ini kali kedua dia putuskan sy bersama dengan perempuan lain.. ya Allah, sungguh sakit terasa dalam hati ini,x tertanggung rasanya.
      mungkin kerana kekhilafan sy yang hanya sentiasa ingin kan dia menjadi kekasih sy membuat kan sy buta dengan org yang lebih baik d sekeliling sy. saya salah menerima dia dalam hati dan hidup saya. saya tidak tau apa lg yg harus sy lakukan selepas d tinggalkan kali kedua begini.

      Reply
  16. Setiap hari saye melihat blog ..sgala artikal awak mmberi smangt kepada sye..ye..Allah beri kite perpisahan kerana dia bukn yg terbaik utk kita..saya yakin dengan Allah..org yg baik utk jodoh yg baik…smakin saye dekatkn diri pada Allah..sye mmbuat solat istikharah..hari demi hari..Allah beri saye petunjuk kenapa DIA berikan perpisahan ini..ex sye bukan org yg baik..memikat hati wanita hnya kerana utk permainkan..setiap perbuatan..Allah pasti membalasnya..saye x mnyesal atas perpisahan ini..kerana Allah masih sygkn saya..Alhamdulillah.

    Reply
    • Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Begitu jugak sebaliknya. Jadi, kita anggap perpisahan ni sebagai permulaan baru buat diri kita. Sebagai noktah dosa yang pernah kita lakukan saat bercinta. Dekatkan diri dengan Allah, belajar untuk jadi seorang yang lebih baik. InsyaAllah bila tiba masanya Allah akan hantar jodoh yang terbaik buat kita. Walaupun orang yang pernah hadir dalam hidup kita dulu bukan orang yang baik, suka permainkan hati, perlahan-lahan kita belajar maafkan dia. Memberi maaf bukan bermakna untuk terus buka ruang untuk disakiti tapi untuk hati kita sendiri. Selagi kita rasa marah, ada dendam selagi tu hati kita takkan tenang dan redha dengan perpisahan tu. Allah ada. Dia tak pernah mungkir janji. Apa yang dia pernah buat, kita hanya mengadu pada Allah. Allah akan bantu. Saya doakan yang terbaik untuk awak erda. Doakan saya jugak ;)

      Reply
  17. sakit ditinggalkan kekasih tidak sesakit dan menderita seperti diduakan suami apalagi masing masing dah diusia emas. Memang betul kita kena ada rasa sayang diri sendiri sebelum sayang orang lain. Kerana tidak ada rasa sayang diri sendiri asyik dok sayang suami tika berlaku begini sesalan yang amat sangat kerana mensia siakan hidup dengan pengorbanan yang tidak memberi apa apa erti bagi seorang suami..ingatlah berkorban sebanyak mana dan setinggi mana kasih sayang pada suami bila hati suami dah terpikat pada orang lain, segalanya sudah tidak ada lagi buat kita.oh betapa ruginya aku kerana banyak masa dihabiskan untuk kepetingan suami dan sedikit untuk Mu ya Allah, alangkah baiknya masa masa itu kalau digunakan untuk amal ibadah untuk mu ya Allah yang bakal ku bawa bertemu Mu Suatu masa nanti. Masa lalu yang sudah tidak dapat untuk undur kebelakang lagi….kekesalan yang tidak dapat mengubah kelukaan hati, yang sudah tidak mampu lagi mengembalikan sebuah kebahagian yang dijaga sekian lama. ingatlah jangan kecewa jika ditinggalkan kekasih dialam percintaan kerana alam rumah tangga terlalu banyak keperitanya bahagia hanya seketika. Berpuluh tahun dialam rumahtangga bahagia hanya milik suami, isteri terlalu banyak menderita dalam diam demi mempertahankan sebuah rumahtangga namun isteri juga yang memedam rasa sehingga kepenghujung usia.

    Reply
    • Sy ingin brkongsi pengalaman puan..cerita puan hampir sama dgn sy…skrg sy hrpkan tip2 dri puan selain brdoa dan merayu pd Allah…

      Reply
    • Jangan disesalkan.. Ikhlaskan segala pergorbanan Dan segala yang dibuat untuk suami Dan keluarga kerana pahalanya berlipat Kali ganda.. Biarlah dia bahagia.. Awak juga akan bahagia..ingatlah bahawa jika kita beri laluan untuk seseorang bahagia, Allah akan beri kebahagiaan yg lebih pada kita.Berdoalah untuk kesejahteraan Dan kebahagiaan diri sendiri. Insyaallah bahagia.

      Reply
  18. Thks page aku islam..slalu sy visit page ni..byk mbntu sy utk btahan n trus kuat..tmbh2 bila ksdihan mula mguasai dri..biarpun dah lbih 2 tahun bpisah,,syg rindu msih kuat pd yg dah pergi..hnya tgisan mjdi teman setia saat itu..bmcm2 cara dh diusahakn utk lupakan dia..tp dia msih diingatan..bla ingtkn dia sy mcuba mdoakan kbhgian n impian dia tcapai..mudah2an Allah swt pndg sy dgn pdgn rahmat..
    mhadiahkn sy kbhgian n mberikan pganti yg lebih baik drinya..amiin..

    Reply
    • Sama2.. terima kasih kembali kerana sudi singgah di laman kami ini.

      Usah pandang ke belakang lagi, pandang ke masa hadapan. Sebab kita sendiri yang decide hati kita untuk masih kekal dengan kesedihan atau terus maju ke hadapan untuk menerima kebahagiaan yang Allah akan sediakan untuk kita :)

      Reply
  19. Ya, benar memang sakit dan susah untul melupakan lejih lebih lagi apabila dia meninggalkan kita tampa pesan dan bahagia dengan orang lain. Its been 3 years and 2 girls were replaced after me. Sakit sungguh sampai sekarang. Tapi bila saya rasa sakit, saya berdoa mintalah pada Allah memang Dia Maha Mengetahui. Akhirnyaa tenang. Selalu berdoa pada Allah agar diberikan kebahagiaan kepada saya seperti orang lain. Moga ada sinar bahagia buat saya satu hari nanti.

    Reply
    • InsyaaAllah.. jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah. Allah dah tetapkan kebahagian kepada semua hambaNya, dengan adil dan sesuai dengan kita.

      Hanya kita perlu yakin :’)

      Reply

Leave a Comment