Perkara Terbaik Untuk Mencapai Kebahagiaan: Jangan Takut Lepaskan Dia Pergi & Ikhlaskan Perpisahan Itu

kebahagiaan
melepaskan untuk mencapai kebahagiaan * love will tear us apart by karoluzz

Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.

Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.

Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.

Menyayangi tidak semestinya memiliki.

Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”

 

Ya, Menyayangi Tidak Semestinya Memiliki

Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.

Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi?

Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.

Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia?

Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?

Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.

Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.

Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”

Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?

Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia?

Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia?

Hanya kerana satu sebab.

— Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.

“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”

“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”

Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.

Kenapa Takut Untuk Ikhlaskan Perpisahan Itu?

Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:

Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.

Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.

Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan.

Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.

Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.

Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.

Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.

Tapi sampai bila?

Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.

Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu.

Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.

Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

 

Jika Terus Hidup Bersama Kenangan, Memang Mustahil Untuk Kita Lupakan Dia.

kebahagiaan

Move on. Ubah cara hidup kita.

Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.

Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.

Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.

Hanya kita yang alpa dan terleka.

Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.

Dalam hadith kudsi Allah berfirman;

Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”

 

Manusia Akan Pergi Tinggalkan Kita Juga Walaupun Sejuta Janji Manis Yang Diberikan.

Walaupun segunung harapan yang dia berikan.

Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.

“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”

“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”

 

Ingatlah Untuk Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah Tersendiri.

Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya.

Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.

“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) – Ustaz Azhar Idrus”

Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.

Hanya perlu yakin.

kebahagiaan

Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia.

Demi kehidupan masing-masing.

Perasaan tak boleh dipaksa

 

Kita Mungkin Dipertemukan Dengan Orang Yang Salah Pada Awalnya. Itu Untuk Mengajar Kita Jadi Lebih Dewasa

Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan.

Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.

“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.

Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”

Jadi, macam mana?

Dah boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya.

Dah boleh redha?

Atau masih terpaksa?

Dekatkan diri dengan Allah dan kita akan dapat jawapan (:

 

Penutup: Allah Telah Menetapkan Kebahagiaan Untuk Setiap HambaNya

Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.

Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.

Kerana memang bukan untuk kita.”

Serahkan hati ini pada Allah.

InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.

Hati kita milik Allah.

Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.

Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah.

Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.

Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini

Perpisahan memang sesuatu yang sukar untuk dilalui, pasti banyak air mata yang jatuh dalam proses menguatkan kembali hati.


Pernahkah anda menghadapi perkara ini?

Bagaimana anda settle down?

Kami suka untuk mendengar pengalaman & pandangan anda pada bahagian komen dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

444 thoughts on “Perkara Terbaik Untuk Mencapai Kebahagiaan: Jangan Takut Lepaskan Dia Pergi & Ikhlaskan Perpisahan Itu”

  1. allahuakbar…agak terkebetulan membaca mebuka entry ni …allah nak sy baca…yang mana sy sedang berperang dengan keputusan pemilihan hidup..terima kasih banyak…bole tau ada sesi kaunseling ke..

    Reply
  2. sebagai kriten saya bukan berat dalam perjanjian hanya satu janji. karna yg dapat memisahkan kematian. jadi mari itu setia pada umat kristen. dan bukan berat melepaskan hanya syarat lepaskan anakmu mau kawin silahkan…jangan kau ambil anak. kawin pasrah tapi kita bawak adat jangan pengadilan dong? kalau pengadilan gue nggak mau deh…lebih baik sampai busuk tercium baru gue mau…enak kali anak gue mau diambil lebih bagus gua bunuh yg selingkuh…karna masa depan gue anak dong paling utame…bocor gua selingkuhan mau dekat…kelaut sono. tapi jgn ambil anak gua bunuh2 hanpun gue tempuh

    Reply
  3. perkara dalam perkawinan dalam agama berbeda…jadi jangan kita hbungkan sama agama lain.kalau dlm agamamu menyetujui belum tentu sama.

    Reply
  4. Mari kita sama arti dalam suatu pernikahan. bahwa pernikahan itu adalah suci adanya karna yg kita padu dua menjadi satu dalam arti suami dan istri itu jadi satu dlm agama bahwa dalam bertindak kita bukan lagi dua jawapan tapi satu dalam menjlnkan roda kehidupan bukan dua tapi satu dan didalam memecah masalah bukan dua jawaban melainkan satu. jadi dalam berkeluarga hanya satu jawaban. arti kita dlm berkeluarga adalah menyatu dua hati dalam satu pikirian dan tujuannya bagaiman hidup kita sejahterah dalam arti luas kedepan anak2 untuk jauh lebih sejahterah. sebab manusia ini kayak rotasi bumi berpurtar apa yang diperbuat ayah dan ibu kita dan sebaliknya kita berbuat pada anak kita utk kemajuan lebih maju. karna apa? hanya satu tujuan dunia kedua akhirat. dalam didunia ini apa yg kita bawak keakhirat tidak ada dalam harta yang kita cari sampai kita berupaya keringat bercucuran tapu buat anak dan kebahagiannya kedepan. apabila kita berbuat baik nama kita didunia dan akhirat pasti akan harum , tapi apabila perbuatan kita didunia sudah tercelah apalagi diakhirat. dan didunia kita meninggalkan anakkta cacat dlm hidupnya…sekarang apa artinya hidup, karna kita cacat didunia dan diakhirat kita tak layak tempat. jadi sekali selingkuh wajib kau satet suaminya atau kau bunuh…kalau tdk dia akan timbal balik membalasmu karna agama manupun zinah tdk dapat didapat dibenarkan dan wajib hukumnya bunuh!!!!! sekian semoga bernanfaat bagi yg selingkuh….horas.

    Reply
  5. Allahu rabbi……. ALLAH maha besar. hati rasa lapang sikit dpt jumpa rtikel ni. saya dan dia dah 3 tahun bersama susah senang bersama terima baik buruk bersama. smpai falmly saya pun dh sayang kt dia. banyak yang kiteorang korban kan untuk cinta kiteorng… sedang bahagia badai menimpa… dia orang klntan tpi kerja kt selanggor tmpt saya tinggal… 30/12/16 dia bertunnag dgn pilihan ibunya orang kg dia jugak…. ALLAH je yg thu betapa hncur nya hati kami… dia tak berani membelakangi kluarga sbb dia memang sayang sngt kat ibunya… saya tahu dia jugasngt2 tersiksa dgn perpisahan ini tapi dia tak hnti2 kuatkan saya wlaupun dia sndiri tak kuat….. susah untuk terima…… susah…… lagi sepanjang 3 thun hari2 kiteorng bersama,, terlalu bnyk knagan …..saya bangkit saya jatuh kmbali…. saya bnyak kali tewas. dia pun sama…. tapi saya fkir balik Allah tegur sbb kiteornfg di butakan dgn cinta dunia.. smpai abaikan kluarga dan tak tkut pada dosa…… skrng saya dlm proses nk bngun wlaupun sngt2 susah tpi saya tetap akan cuba. bulan 3 ni dia nikah….. ALLAH je yg tahu perasaan saya… saya kena bangun truskan langkah kedepan… saya msih ada kluarga dan ALLAH bnyak sngt pngajaran saya dpt dalm perpisahan ni.. walau pun kami tak rela tapi kami pasrah demi rezeki yg akan datng……saaya doakan dia bahagia… dan saya pengang pada janji Allah yakin kalau dia jodoh saya lama mana pun terpisah mesti akan di satukan jugak.. aminnnn

    Reply
    • Saya juga mengalami perasaan yang sama sis. 3tahun bersama akhirnya berpisah jua. Dia pun dh bahagia dengan tunangnye. Bulan 3 ni diorang kawen. Sy ingat sy kuat utk hadap bnda ni, tp sampai sekarang sy sedih. Still xleh move on. :( semoga one day kita sama2 redha dgn ujian ni.

      Reply
    • Ya Allah..nasib kita sama cuma yg bezanya ex sy nekad tggalkan sy demi cari bahagia dia sendiri tanpa fikirkan perasaan sy.kuarga ada pilihan sendiri tuk ex sy.tp ex sy nekad jga tgglkan sy walau da bertahun bersama.sy puji cara ex awak sis.biarpun bpisah tp dia bg semangat kt awak spya awak x jatuh.bbeza ngn ex sy.saat kami d landai badai yg nak dekat2 dia tgglkan sy,dia langsung x bg kata2 semngat.yg ada hanyalah kata makian.Allah shja yg tau perasaan sy.dia lngsung x hiraukan perasaan sy yg tgh pedih.jatuh bngun sy,sy hadap sorg2.sy hnya mngadu kt Allah.bln jan 2017 lps dia pun da kawin x smpai 6 bln dia tgglkan sy.pedih hati n sakitnya hanya Allah yg tau.hari2 sy kuatkan semangat sy.sy msh pcya apa yg blaku ada hikmahnya dan sy pcaya Allah akan gantikan yg terbaik nnt.

      Reply
  6. Assalammualaikum.. Saya juga mahu berkongi cerita saya dan mohon pendapat apakah yang perlu saya lakukan.
    Saya telah bercinta dengan suami hampir 7 tahun sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Kami sama-sama belajar di kolej di Kuala Lumpur dan setelah tamat belajar kami bekerja di sana. Pada tahun 2009 saya telah mendapat pekerjaan dalam sektor awam dan berpindah ke Utara. Semasa saya berjauhan teman lelaki saya telah curang dengan teman ofisnya. Saya kemudian pergi ke Kuala Lumpur dan berdepan dengan teman lelaki dan perempuan itu. Teman lelaki saya memberitahu dia sunyi kerana berjauhan dengan saya dan hanya melayan perempuan itu untuk suka-suka kerana perempuan itu juga telah mempunyai teman lelaki.Teman lelaki saya telah memohon maf dan membuat keputusan berhenti kerja untuk membuktikan dia dan perempuan tersebut tiada hubungan istimewa.

    Kami membuat keputusan untuk berkahwin pada awal tahun 2010.Pada awal perkahwinan suami tidak bekerja dantinggal dengan saya hampir setahun. Kemudian berkat usaha suami saya telah menerima tawaran bekerja dalam sektor awam juga dan kami terpaksa tinggal berasingan kerana komitmen kerja. Saya di Utara dan dia dia di Selatan.Setelah 3 tahun berjauhan dan saya dapat pekerjaan baru di Putrajaya, tetapi suami meminta saya utk bertukar ke tempatnya,Saya lakukan kerana saya juga mahukan hidup bekeluarga seperti keluarga yang lain.

    Alhamdulillah rezeki kami saya dapat bekerja di daerah yg sama dengan nya cuma berlainan jabatan. Pada 2014 saya mengandung anak ke dua dan ketika mengandung saya dapati suami curang dengan teman sekerjanya. Kerana sayang dan mengenangkan ank dlm kandungan saya maafkan suami saya. Ketika anak kedua saya hampir mencecah umur setahun sekali lagi suami saya kantoi dan saya dia curang sekali lagi dengan bekas scandalnya (semasa zaman bercinta ) saya dapat menerusi aplikasi Wassup dan WeChat. Terdapat perkataan saya dan juga gambar2 seksi perempuan tersebut yang pada waktu itu merupakan isteri org, Saya berasa amat sedih dan benar2 kecewa dengan sikap suami. Permaslahan kami berlarutan sehingga awal tahun 2016 suami telah terlepas melafazkan talak. Ketika di mahkamah dia telah kembali merujuk saya dengan tanpa persetujuan saya. Saya yg pada ketika itu tiada arah hanya mengikut kerana saya hanya seorang diri di sana tanpa keluarga kawan dan saudara. Dia menangis dan berjanji akan menjaga saya dan anak2 kami. Pada bulan 6 2016 saya menjumpai pic2 perempuan itu sekali lagi dan hanya mendiamkan diri,Saya tahu lamba tatau cepat Allah akan tunjukkan kebenaran buat saya. dan ternyata pada awal bulan Disember 2016 ketika anak pertama berada di wad akibat demam panas. Sekali lagi Suami kantoi dan kali ini gambar suami dan perempuan itu tersenyum bahagia dengan caption ‘SELAMANYA MENCINTAIMU’. saya kuatkan hati sehingga anak saya di discaj dari wad dan saya menunjukkan pic tersebut kepada suami. dan suami saya hanya terduduk dan mengaku itu adalah gambarnya.Seperti biasa dia meangis dan merayu sujud dikaki saya mengatakan pic tersebut pic lama pic taun lepas.Saya mengingatkan dia baju yang dipakainya baru kami beli 3 bulan lepas.Kemudian dia mengaku perempuan tersebut telah dtg dan mengmabilnya ketika saya bekerja. atas alasan untuk meminta tlg dan pada ketika itulah perempuan tersebut mengambil gambar bersama suami. Saya masih bertenang dan mahu tahu semua cerita dr suami.Suami menceritakan bahawa perempuan tersebut telah menjadi janda dan suami mengaku pic2 selfie perempuan tersebut yang hantar menerusi mesej di fb. Mereka menggunakan panggilan ‘dear’ dalam perbualan dan msj. Perempuan itu mengaku selama dia berkahwin dia masih mencitai suami saya dan xdapat melupakan suami saya.Hati saya hancur luluh lerainya xdapat dikutip lagi dengan pengakuan suami.Suami merayu mohon saya menerimanya kembali kerana dia telah melepaskan perempuan itu, Suami memberitahu dari mula berkenalan dahulu perempuan tersebut telah mengaku terlanjur dengan beberapa org lelaki dan kerana itu suami saya tidak menerimanya,Ketika menjadi isteri org juga perempuan itu scandal dengan beberapa lelaki termasuk lah suami saya. saya menahan diri dan bertanya lagi mengapa suami saya memaki perempuan itu. Suami menerangkan perempuan itu tidak menjawab telefon pada jam 9 malam. setiap malam dengan alasan tido tetapi suami mengesyaki perempuan tersebut tido/bersama dengan lelaki lain. Penerangannya membuatkan saya bertambah sakit hati. Kerana egonya tidak mahu berkahwin dengan perempuan yang telah ditiduri lelaki lain dia memilih saya .Perempuan itu jugak pernah mengatakan suami saya terima saya hanya kerana terhutang budi kerana saya telah byk menolong suami dahulu.

    Kini saya sedar saya sedar suami saya sebenarnya tidak syg pada saya tetapi hakikatnya dia benar-benar sayang pada perempuan itu. Saya membuat keputusan membawa kes saya ke pejabat agama. Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati saya..sgt terluka saya telah tinggalkan semuanya hanya untuk hidup bersama dia tetapi akhirnya ini yang saya terima.Saya tinggalkan family saya, kwn-kwn saya, cara hidup saya untuk insan yg bergelar suami. Melihatkan anak-anak hati saya menangis..Saya korbankan hati saya dan menerima dia kembali setelah diceraikan kerana tidak mahu anak-anak saya tidak berayah..luka 7 tahun lepas belum sembuh tp saya masih berterusan ditikam ditempat yang sama…Sekarang dia mengugut sekiranya saya tidak menerimanya dia tidak akan senang-senang melepaskan saya .Dia akan membuat saya susah… Jika saya bukan bekerja di sektor awam saya mungkin sudah berhenti kerja dan lari dr terus tinggal di sini tetapi apakan daya saya saya terikat dengan kerja..mengenangkan anak-anak2 saya.Setiap hari saya menangis apakah tiada bahagia untuk saya. Selama ini saya tidak pernah meminta apa-apa pun apatahlah lagi harta . Saya dilahirkan dlm keluarga yang sederhana dan telah biasa hidup susah. Wang harta saya boleh usaha sendiri.Saya hanya menharapkan bahagia hidup bersama suami dan anak-anak … Perlukah saya kembali lagi kepada lelaki seperti ini?? perlukah saya berkorban lagi demi melihat anak-anak saya mempunyai ayah seperti keluarga yang lagi?? hati ini telah berderai sehingga tidak dapat dikutip lagi. Moga Allah memberikan pengakhiran yang terbaik untuk saya dan anak2.

    Reply
    • Salam sis.. berat ujian utk sis.. tp percaye la sis..setiap yg berlaku tu ada hikmahnya.. mungkin perpisahan tu perit, tapi perit lagi kalau masih bersama.. baik si laki atau perempuan, yg penting imannya.. lepaskan lah sis.. moga dengan perpisahan ni lebih terang penglihatan dia.. moga allah sentiasa lindungi sis & ank2 sis.. sy slalu motivasi diri.. saat kita mati nanti juga kita sendiri.. walau siapa di keliling kita tak siapa boleh halang kematian kita.. letakkan semua kat allah.. kita jadi je org yg baik.. semua perhitungan tu antara kita dgn allah.. sy percaya allah sentiasa uji kita tp bukan bertujuan utk melemahkan kita.. yakin dgn dia sis.. insyaallah..

      Reply
  7. Saya ingin menceritakan masalah yang saya hadapi
    Saya menjalin hubungan dengan pacar saya hampir 3 tahun tetapi bulan lalu dia selingkuh dengan wanita lain dikarenakan dia bosan dengan sikap saya yang masih ke kanak2an tetapi setelah itu dia menyadari kesalahannya dia bilang nggak semestinya dia selingkuh tapi dia sudah terlanjur menaruh harapan dengan pacar barunya dan kami pun memutuskan untuk tak saling komunikasi lagi tetapi dia bilang dia masih sayang sama saya tetapi dia jga tdk bsa mninggalkan pacar barunya dan akhirnya aku yang menyerah tetapi saya masih sayang padanya ingin rasanya janji yang pernah kita buat untuk masa depan bisa kita terjadi tapi semua itu sia2 dan kini aku sudah tidak ada kontek lagi dengannya tapi yang aku rasakan yaitu kangen sama dia ????
    Sahabat bantu aku
    Aku harus bagaimana
    Terimakasih

    Reply
  8. Entry yang betul2 bermanfaat.Saya ingin berkongsi cerita dimana saya mempunyai seorang rakan baik tetapi berlainan jantina.kami saling berhubung sebagai kawan dan smpai satu hari saya rasa hati saya dah mula timbul rasa cinta kepadanya.saya terus stop contact dengan dia dengan alasan yang saya mempunyai masalah pribadi.tetapi hari demi haridia asyik mendesak saya memberitahunya apa masalah saya,tetapi saya terus diamkan diri.sehingga lah tempoh menjagkau satu bulan saya tidak menghubunginya langsung,dan pada hari itu saya nekad untuk memberitahunya perkara sebenar.saya jujur dengannya bahawa saya pernah jatuh hati kepadanya dan mengapa saya stop contact dengan dia adalah kerana saya tak mahu jatuh hati lagi kepadanya.dia membalas bahawa dia juga diam2 mencintai saya,tetapi perkara tersebut tak membuatkan saya gembira kerana saya tahu perkara ini kalau makin dilayan,boleh membawa dosa,maksiat.saya tak mahu hubungan ini dipalit dengan dosa.saya juga tak mahu halalkan dia dngan cara yang haram walaupun saya sayang dia.jadi saya mohon kepada dia supaya lepaskan saya,dan insyaAllah kalau ada jodoh,adalah.alhamdulillah,dia memahami dan dia sudi lepaskan saya.sakit tu memang sakit,harus lepaskan orang yg kita sayang.tapi insyaAllah perpisahan ini perpisahan yang direhai Allah insyaAllah.aku lepaskan dia kerana Allah,dan aku mohon Allah permudahkan aku untuk lupuskan perasaan ini dari hatiku,kerana aku tahu rasa ini hanyalah rasa yg berlandaskan nafsu syaitan,bukan cinta suci kerana cinta suci hanyalah cinta seorang hamba kepada Tuhannya.

    Reply
  9. Mgkn kisah saya agak berbeda tp rasa kehilngannya hampir sama.. saya punya sahabat beda agama.. kami tulus dan ikhlas berteman.. tidak membawa agama masing.. semuanya berjalan menyenangkan bahkan dia salah satu sumber kebahagian saya.. di dekat dia semua serasa indah dan menyenangkan.. suatu masalah muncul kmudian saya mengakui saya salah dan meminta maaf dg tulus dan ikhlas.. tp dia tak.menerima saya kembali bahkan utk sekedar teman biasa saja.. saya sungguh hancur.. tak terkira rasanya.. saya tau tau saya pasti salah dengan hubungan ini.. tp skr saya hanya ingin berteman, bertegur sapa dan bertukar kabar.. salah kah saya bila mengharap itu? Apa yg hrs saya lakukan untuk menerima serta melupakannya?? Saya perbanyak zikir dan sholat tp tampaknya belum membuahkan hasil.. tolong saya ya Allah.. bukankah engkau maha baik? Aku hanya ingin berteman saja tdk ingin spt dl lagi.. tak boleh kan aku berharap itu pada Mu ya Robbi

    Reply
  10. Alhamdullialh..adalah perkataan pertama yang keluar drpd mulut ini setelah perpisahan terungkap.. 10 tahun sebuah hubungan percintaan terjalin dengan kasih sayang dengan harapan dengan janji-janji dengan sebuah penantian yg tidak ada kepastian Namun rancangan Allah itu adalah rahsia NYA. Aku manusia biasa siapa kata tak sedih,tak nagis.. bila baca artikel ini sama seperti apa yg saya lalui. Redha dengan ketentuan Allah ..
    Rasulullah Shalallahu ‘alihi wa sallam bersabda:

    قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: « إِنَّ لِكُلِّ أُمَّةٍ فِتْنَةً، وَفِتْنَةَ أُمَّتِي الْمَالُ » [رواه البخاري]

    Sesungguhnya pada setiap umat (kaum) ada fitnah (yang merusak/menyesatkan mereka) dan fitnah (pada) umatku adalah harta [HR. Bukhari]

    Ini la yang terjadi dalam hubungan aku selama ini ibu bekas kekasih aku tak merestui hubungan kami atas alasan aku tak punya pekerjaan tetap namun yang pasti aku tidak tahu apa alasan yang sebenar-benarnya, Bekas kekasih berkerja sebagai guru dan dalam masa yang sama menyambung pelajarannya. Malah aku hanya membuka pernigaan makanan kecil-kecilan dan aku juga punya sebuah perniagaan fitness gym.. namun itu juga tidak memberi keyakinan bahawa aku bukan la seorang wanita yang tak bisa berdikari mungkin yang namanya pekerjaan tetap itu lebih menjamin masa hadapan. Kami mencari peluang sekali lagi utk jalani hubungan namun aku dapat rasa kan bahawa dia sudah tidak ikhlas utk menjalani hubungan ini katanya dia confuse utk membuat pilihan sebenarnya aku tahu dia menyimpan banyak perkara tetapi tidak sanggup untuk berterus terang kepadaku,selama 2 bulan aku bersabar dengan perubahan dia dan setelah itu aku mengambil keputusan untuk melepaskan dia dengan real, menyayangi tak semestinya memiliki. Hanya Allah yg tahu bagaimana terhina dan hancurnya perasaan aku. Aku punya kedua orang tua yg membesarkan aku dengan titik peluh mereka tanpa meminta-minta kpd sesiapa,cukup cuma aku yg rasa terhina tapi bukan dengan mereka.Cinta duniawi buat aku lalai bila dapat dugaan ini aku berbalik kepada Allah Alhamdulillah.. aku hadapi dugaan ini dengan tenang selagi kita ingat kepada NYA.. Allah swt always be with us. ^_^ .. sedih itu lumrah tapi jangan lah berlebihan. Kadang hati boleh pulih bila fikir kan hal orang lain cth: sedangkan suami isteri yang berpuluh tahun bersama juga boleh bercerai ini kan pula cuma sebuah perhubungan yg belum sah di sis Allah. So ini penglaman aku.. aku cuba berpeggang pada sebuah kata-kata ” dunia ini hanya lah penjara buat orang mukmin “cari keredhan pada yg kekal di sana. Mudah-mudahan kita tergolong pada golongan yang bersyukur dan sabar. Amin.. :))

    Reply
  11. Terima kasih dengan artikel ini. Saya teruja dan dpt rasakan ad perubahan dlm diri. Kisah saya…saya ad tunang dan sememangnya saya sudah berkenalan sejak dibangku sekolah lagi. Boleh dikatakan 6 tahun kami berkenalan dan 1 tahun 3 bulan kami bertunang, kami bercadang untuk bernikah pada tahun hadapan 2017 apabila dia selesai belajar, namun dalam masa2 ini, berlaku perkara yang x diingini, yg mna tunang saya ini mahukan kami berpisah..dan smemangnya hubungan kami sentiasa ad permasalahan, tetapi kerana syg..saya maafkan keselahan2 sblum ini walaupun hati ini sudah luka x terkata..saya terima dia seadanya..namun d akhir2 ini, semakin sulit masalah dlm hubungan kami..dia ungkit kisah silam, dan brmcm2 lagi sampai dia kata mahukan perpisahan sedangkn hanya tinggal bbrpa bulan lagi untuk kami teruskan hubungan ini ke jinjang pelamin. Aq bagai x percaya dan x boleh mnerima semua ini setelah begitu lama kami harungi liku liku khidupan..ap ini pengakhiranya?..hati ini bagai nak gila pabila dia kata “slama ini dia hanya berpura-pura cinta demi menjaga hati aq”..knp smua ini trjadi..d mn silapnya?..aq tercari-cari jawaban terbaik untuk mslh yg aq alami..Alhamdulillah, aq trjumpa artikel ini..pabila saya baca, hati yg berat mnjd ringan..seolah2 trjmpa jln yg terbaik buat diri ini dan utk dirinya yg aq sndir x kan pernah lupa..tp demi kebahgiaanya, biarlah aq relakan pemergianya..aq selitkan doa buat diri..moga terjumpa sinar bahgianya..maafkan aq andai aq x mmpu bhgiakn mu..mgkn hatimu itu bukanlah utk ku.

    Reply
    • Sebagai tambahan, saya beri dia masa sehingga awal tahun 2017 untuk dia fikir masak2 akan keputusanya itu..x dinafikan diri ini masih mengharapkanya untuk kembali..tp andai dirinya masih tetap dengan keputusanya, akan aq relakan kepergianya..cuma aq minta dirinya untuk memutuskan pertunangan kami ini dengan baik iaitu dgn membawa kdua ibu dan ayahnya bertemu dgn kdua ibu dan ayahku untuk memutuskan perhubungan ini..aq belum menceritakan dengan kdua ibu dan ayahku mengenai hal ini..biarlah waktu menentukanya…saya nak tanya..apakah betul tindakan saya ini?

      Reply
      • Mungkin dia bukan jodoh awk.. sy yakin kalau seseorang itu jodoh kita urusan nikah mesti menjadi mudah.. jgn di fikir berapa lama kita dah berkasih dgn dia.. banyak2 kan berdoa kat allah.. bercinta & jodoh adalah 2 benda yg berbeza.. kita akan kahwin dgn jodoh kita.. masa bercinta memang kita rasa dia lah agaknya jodohku.. tapi kita xtahu pun sebenarnya.. byk2 kan solat hajat & doa yg baik2 kat allah.. lihat semua ni dr perspektif yg positif.. jgn di bayangi tempoh perkenalan awk dgn dia..

        Reply
  12. salam…tersentak jiwa sy stelah mbaca artikel ni..terima kasih diats satu pkongsian yg hebat ini…
    klu x kberatan,sy nk minta pendapat serta nsihat dri admin ataupn sesiapa yg sudi kongsikan…
    begini…dilema yg sedang mlanda dlm khdupan sy skrg ni sama ada patut n perlukah sy buat kputusan utk bpisah dgn satu2nya insan yg pling sy syg n sy perlukan dlm hdup sy disebabkn utk mlihat dia mperoleh kbhgiaan yg dia impikan slma ni bsama insan yg lbih layak n yg lbih mmpu bhgiakn dia setelah skian lma impian yg dia ingini dlm hdupnya utk sy berikan masih tidak ksampaian…?sy akui dia bnar2 tulus ikhlas myayangi sy slma ini..bgitu jua dgn sy yg amat myayangi n myintainya…dia sggup lakukan apa sja demi ptahankn hbgn kami..tpi sy sedar n rsai yg jiwa n hatinya amat tseksa krna hari demi hari mnantikan prubahan sikap dan prangai2 bruk sy yg msih xmmpu sy ubah n prbaiki….bkn niat hti xnk brubah kearah kbaikan..tp sy msuh xmmpu spenuhnya utk prbaiki klemahan2 dri sy..yg nyatanya sy rsa amat bsalah n mula timbul rsa simpati thadapnya..dia da buat sgalanya yg dia tmampu demi sy,tp sy msih lgi gagal brikan yg tbaik utk dri sy sendri apatah lagi utk dia..sy slalu tertanya2,”knp tuhan temukan sy yg tlalu byk kekurangan utk dia yg tlalu baik n tulus ikhlas utk mnjadi suami isteri?sdgkn dia spatutnya lbih layak n berhak dpt kbhgiaan yg diimpikan bsama insan lain yg jauh lbih berhak brbanding sy…sy da xsggup lgi mlihat htinya seringkli mnangis wlau pd zahirnya disembunyikan.. sy nk brubah,tpi sy xmmpu lgi buktikan…sy amat myayangi dia n amat memerlukan dia dlm hdup sy shari hari..tnpa dia sy lemah..hya dia shja yg telah byk mbrikan dorongan n bimbingan utk mlihat sy brubah sikap n prilaku buruk sy slma ini dan shgga kini sy msih gagal mberikan yg terbaik untuknya…tpi dlm pd masa yg sama jua sy da xsggup n xmmpu nk lihat pnderitaan hati yg dia tpksa hadapi n tanggung slma sy msih ditakuk yg sama ni..msih xdpt brubah.. wlaupn wjah dan perilaku dia xpnh tunjukkan kelelahan serta deritanya hti dia slma ni,tp jelas tnyata sy lihat dri naluri hti sbg seorg isteri dan jua pd matàhatinya…sy buntu…buat pgetahuan semua,sy telah mperoleh seorg ank lelaki bsama dia yg da brumur 7 thun dlm khidupan kami ini sbgi suami isteri slama hmpir 10 thun..sy tramat syg n perlukan dia…tpi dlm msa yg sama sy xsggup lihat pnderitaan dia..sy cuma inginkan dia kecapi kbhgiaan diidamkannya slama ni wlaupn tnpa sy disisi sbgi isteri..hya dgn bhgianya khidupan dia kelak sbg blasan diatas sgala pgorban hti n jiwanya kpd sy slama ini…itulah doa2 sy disetiap sjud sy kpd Illahi…dan akhir skli sy mhon sgt2 pndapat serta nsihat diwktu ini drpd admin n sesiapa shja yg sudi myelami kisah sy ini…trima ksih…hanya Allah mmou mbalas sgala niat2 baik dri kalian semua..mhon undur dri …assalamualaikum. ..

    Reply
    • Salam Rahieda,

      Saya membaca luahan hati puan melalui perspektif berbeza. Puan adalah seorang isteri yang telah bernikah selama 10 tahun dengan seorang anak berusia 7 tahun. Dan puan merasakan puan tidak berjaya menggembirakan keluarga kerana sikap ‘buruk’ puan. Soalan saya yang puan hanya perlu menjawab pada diri sendiri. Adakah puan seorang Islam yang mendirikan solat, puasa, bersedekah dan menjadi isteri mengikut Islam? Sekiranya YA, persoalan tentang kebahagiaan bukan hak puan. Itu adalah hak Allah. Dia yang memberikan kebahagiaan itu. Sekiranya jawapannya TIDAK, saya cadangkan puan betulkan solat, baca quran, bersedekah dan perbetulkan mana2 yang kurang. Cari guru untuk perbetullkan solat dan bacaan quran. Sekiranya mampu solat sunat tahajjud dan dhuha. Buat setiap hari sewaktu suci. Jalankan tugas isteri yang membantu suami dalam rumah tangga. Perangai ‘buruk’ puan bukan masalah sekiranya puan memohon bantuan Allah. Kenapa tidak gunakan senjata yang paling ampuh di dunia ini, iaitu DOA ? Pohonlah kepada Allah agar puan di ampunkan, dibuang perangai ‘buruk’ dan rezekikan puan untuk sentiasa berdoa dan solat dengan tekun dan sabar.

      Mungkin puan tidak menyangka pendekatan saya dalam menangani masalah ini. Sebenarnya semua permasalahan di dunia ini hanyalah perlu di atasi dengan kembali kepada NYA. Solat lah. Perbetulkan solat dan seluruh kehidupan puan akan diperbetulkan oleh ALLAH SWT, Cintai lah Allah dan Rasulullah SAW dahulu dalam jiwa puan, barulah Allah akan memberi cinta sebenar dalam diri puan. HATI manusia adalah daging yang mudah dibolak balik dan hanya Allah yang memegang hati kita. Kembali lah pada Allah dan Dia akan kembalikan ketenangan dan kebahagiaan dalam diri puan dan keluarga.
      Saya doakan semoga puan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Amin.

      Reply
      • Sy setuju dgn cara sis fifi.. pendekatan sis sgt terkesan juga buat sy.. terima kasih sis kongsi di sini.. bila sy baca masalah2 d ruangan ni.. apa yg sy nampak adalah kurang nya pendekatan dgn allah.. kurangnya kita berkomunikasi dgn allah.. apa yg kita nampak hanyalah masalah.. tapi sebenarnya kita hanya perlu balik pada allah.. bukan utk orang lain.. tapi utk diri kita..

        Reply
  13. Saya berusia 27 tahun. Raya lepas ada seorang kawan lelaki(muda 4 tahun) saya berhasrat nak berkawan dengan saya lebih rapat. Maka kami pun beritahu parents masing2. semuanya berjalan dengan lancar. Tapi beberapa bulan kemudian ada 2 famili datang masuk merisik saya. Saya tolak dengan alasan dalam fikiran saya tak sanggup nak kecewakan lelaki yg tengah berkawan dengan saya. saya akui saya agak tertekan dengan faktor umur sedangkan lelaki tu masih lagi tak nak bertunang atau bawa famili dia untuk datang merisik. saya x pasti sama ada buat keputusan bijak untuk stay dengan lelaki sekarang atau terima orang yg datang merisik saya. saya berdoa selepas solat dan tak lupa juga buat solat dhuha. saya juga bersedekah. saya tau saya perlu tunggu sehingga Allah makbulkan permintaan saya tapi makin hari saya masih tertekan. penat saya menangis setiap hari. saya tak tahu nak cakap macam mana lagi dah. boleh tolong bagi nasihat pada saya?

    Reply
  14. Sudah 8bln kami pisah ranjang..dan sy sbg istri ingin kmbali..namun suami tdk mw hny ingin kbebasan dg kwan2nya..dan suami berjanji akn mengurus perceraian..hngga smpai saat inipun blm ada proses..malah suami nikah diam2..bagaimana solusinya? Dan langkah ap yg hrs sy perbuat? Jka rujukpun sy sdh tdk mw..krn suami nikah lg..smpai saat ini sy msh drundung ksedihan..lalu ku curhatkan pd allah meskipun berkali2 menitikkan air mata..

    Reply
  15. Salam. Saya skrg tgh belajar di kolej dan lagi sebulan saya nak final. Tapi hubungan saya dgn bf saya tak berapa nak elok. So benda ni effect sgt dalam kehidupan saya, saya jadi murung and takboleh nak belajar. Saya sendiri tak faham kenapa dia bersikap begitu, dulu dia okay dgn saya. Dia akan keep contact saya, tp skrg dia takkan start conversation dulu. Kalau reply pun nti dia akan hilang. Katanya sbb busy kerja tp bila bukan time kerja pun dia tak text. Saya taktahu apa salah saya. Saya jadi penat nak kena mengalah dgn dia. Saya dah banyak faham dia. Saya cuba nak ignore txt call dia, tp hahah dia takkan contact saya pun selagi saya tak contact dia dulu, so tiap hari saya akan tggu dia. Tapi saya tak kuat. Macamana saya nak hadapi????

    Reply
    • Saya cadangkan cik buat istikharah. Istikharah ni bukan je nampkakkan jalan cik tapi buat hati cik jadi tenang. Tapi at same time istikharahkan juga la exam cik tu. Kasi simple2 je kuar..hehe..kadang2 memang susah nak faham seseorang tapi bykkan bersabar.

      Reply
    • Salam Fara. Saya pernah mengalami perasaan itu lama dulu. Mmg benci dengan perasaan mengharap. Entah2 dia mmg tak suka kita. Actually dia takut komitmen, hubungan yang serius dan panjang. Dia hanya nak enjoy and having fun. So, take it lightly. Percaya pada Allah yang telah menetapkan rezeki dan jodoh kita. Sekarang focus your exam and enjoy every moment with friends. Maafkan dia sebelum anda tidur. Inn sya Allah esok pagi anda akan tenang. Amin.

      Reply
  16. Assalamu Alaikum

    Sy bru putus, cwo ini sdh ke rmh jg buat melamar sy di keluarga sy dan keluarga sy terima. Sebulan ini dlm hbungan sy cuma bertengkar terus, smpai akhirnya pertengkaran membawa kata2 yg membuat dirinya tersinggung dngn kalimat “kamu punya adek perempuan, karma itu ada” dia sangat marah sma sy setelah sy mengucapkan itu dan setelah mengucapakan itu perasaannya berubah ke sy menjadi tdk peduli & tdk memiliki perasaan apa2 lagi. Dia sdh mangambil smua yg dia inginkan di sy, smuanya telah sy berikan krn sy sangat sayang dia. Tapi pd akhirnya dia berpaling di tmn sekantornya yg batal nikah jg, dia dekat si cwe itu masih dlm sttus pcaran sma sy tp sllu di penuhi dngn prtengkaran. Si cwe mengakui & dia jg mengakui klu emang lg dekat. Setelah sy dengar itu prasaanku sngat kacau, ntah mau bgmn hadapinya krn dia udh dtng ke rmh. Sy memohon mohon kembali sma dia tp dia bersih keras tdk mau lg sma sy setelah sy mengucapkan kata2 sblmnya. Seakan semua salah sy krn sifat kekanak kanakan ku. Dia udh jalan sma si cwe itu, dan ada dorongan dri orang tuanya jg untuk cari lbh baik lg, yg pekerjaannya jelas & berpendidikan, beda dngn sy yg masih menyusun skripsi, trus ini jdi membuat sy kepikiran & menghambat pekerjaan skripsi sy. Hatiku sngat kacau, sy tdk tau lagi harus bgmn krn sy sangat menyayanginya & bergarap dia kembali. Sy sllu berdoa agar dia kembali, apa takdir bisa berubah ? Apa suatu saat dia bsa kembali klu sy trus berdoa ? Apa dia bisa menjadi jodoh sy klu sy terus memintanya kpd Tuhan ?? Sy tdk tau harus bgmn lg krn smpai saat ini sy masih berharap sekali. Ldran yg buat smua tambah kacau & sy aku sifat kekanak kanakan ku selama ldran. Sy berharap Tuhan bisa mengubah takdirku, mempersatukan sy lg sblm dia berbuat dosa lg dngn cwe itu. Makasih

    Reply
  17. Assalamualaikum, terima kasih di atas penulisan artikel yang begitu baik ini. Jujur, sy menangis membacanya. Sesuai dgn apa yg sy sedang lalui sekarang ini, artikel ni sedikit sebanyak membuka mata dan hati sy untuk betul2 melepaskan dan menerima apa yg Allah dah tentukan dengan sepenuh hati. Memang bukan senang, dan memang tak akan ambil masa yg singkat untuk betul2 move on. Apa-apa pun sy bersetuju, di waktu2 begini, doa sahajalah yg boleh menguatkan kita. Dekatkan diri dengan Allah, muhasabah diri dan yakin semuanya ada hikmah :) Yg lepas biar lepas, doa kebahagian org yg kita pernah sayang tu…insyaaAllah yg baik2 juga akan datang pada kita nanti pada saat yg tepat :)

    Reply
  18. Hai.. Assalamualaikum.
    Masih ingat saya miss happiness.. siapa yang telah baca kisah hidup saya, alhamdulillah dan kepada sesiapa yang belum, boleh scroll ke bawah. kali ini saya nak berkongsi semula kisah hidup saya dari kesinambungan yang lalu. Perpisahan lepas yang telah menguji hati dan iman diri ini..
    Setelah berhari-hari berlalu, saya masih berasa kecewa dan sering menangis setiap malam kerna tidak mampu menahan rasa derita akibat ditinggalkan oleh insan yang saya sangat sayangi. kata-katanya ” kalau ingin mencari ketenangan, carilah Tuhan” sering berbisik di telinga ini.. sungguh, setiap kali lepas solat, saya memohon, merayu kepada Allah untuk melupakan lelaki ini.. dan semenjak itu, saya telah berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. dari penampilan biasa kepada yang lebih menjaga aurat, kuluangkan masa dengan membaca alquran, selawat n berzikir. saya bernekad untuk berubah..
    Dua hari yang lepas adalah ulang tahun kelahiranku. aku bersyukur kerna masih punya sahabat dan keluarga yang selalu menemaniku saat aku berduka n tertawa. tapi pada malam itu juga, Allah mendetikkan hati ini untuk membuka laman Instagram, aku lihat gambar2 yang ada.. begitu aku terkejut, terpaku…

    Apa benar yang aku lihat ini??
    Kenapa harus aku yang merasai derita ini?
    Siapakah perempuan ini?
    Kenapa dia (lelaki) sanggup mempermainkan hati ini?
    ya Allah, hati ini belum benar-benar sembuh dari rasa kecewa, mengapa Engkau menambahkan luka dihati ini. Ya Allah, mengapa aku yang perlu diuji sebegini. mengapa aku?
    hati mengguman sendiri. :(
    Ternyata, lelaki itu memang telah mempunyai hubungan dengan perempuan lain, telah setahun lamanya. tetapi, dia telah meminta aku menjadi kekasihnya dalam masa yang sama. Sebulan selepas lelaki itu memutuskan hubungan kami berdua, dia bertunang dengan perempuan itu.
    dan kini, aku masih sendiri, masih dengan rasa kecewa dihati, begitu parah, patah hati ini.. malam itu juga, aku keluar dari rumah, aku memandu tanpa arah tujuan ditemani dengan kepekatan malam serta hujan lebat, aku menangis sekuat-kuatnya..

    Aku tidak tahu apa yang bakal aku lalui selepas ini. Aku cuma berharap pada Allah untuk mengukuhkan hati ini dan berbalik kepadaNya. Lebih mencintaiNya berbanding hambaNya…

    Reply
  19. Saya juga tengah cuba sedaya upaya saya untuk ikhlaskan perpisahan ini.. sungguh dia lelaki pertama yg mampu buat saya percayakan dia.. yg saya mampu ceritakan segala kisah hidup saya.. banyak kebetulan antara kami.. kira2 hampir 2 tahun kami bersama.. pada awalnya kami pernah berpisah tapi setelah dua bulan kami berjumpa kembali.. sungguh saya tidak terfikir langsung akan berjumpanya lagi.. bila bersama dia banyak ajar saya.. tapi banyak sangat dugaan kami tempuh.. mula2 saya mampu kuatkan diri lagi tapi bila saat x dapat restu keluarga saya dh x mampu pertahankan hubungan kami.. bagi saya keluarga merupakan keutamaan saya.. saya pun lepaskan dia.. pada mulanya saya fikir saya akan kuat.. hari demi hari saya akan lupakannya tapi malah sebaliknya.. makin kuat perasaan rindu terhadapnya.. hanya mampu berdoa akan kebahagiaan dia dan sentiasa dlm lindungan Allah.. perit hanya sementara.. banyak lagi dugaan yg akan saya tempuh.. biarkan dia pegi cari kebahagiaan dia.. saya tau saya mampu menempuhinya walaupun mengambil masa.. Allah ada bersama saya.. Allah tau yg terbaik buat saya..

    Reply

Leave a Comment