
Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.
Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.
Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.
Menyayangi tidak semestinya memiliki.
Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”
Ya, Menyayangi Tidak Semestinya Memiliki
Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.
Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi?
Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.
Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia?
Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?
Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.
Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.
Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”
Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?
Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia?
Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia?
Hanya kerana satu sebab.
— Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.
“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”
Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.
Kenapa Takut Untuk Ikhlaskan Perpisahan Itu?
Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:
Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.
Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.
Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan.
Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.
Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.
Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.
Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.
Tapi sampai bila?
Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.
Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu.
Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.
Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”
Jika Terus Hidup Bersama Kenangan, Memang Mustahil Untuk Kita Lupakan Dia.
Move on. Ubah cara hidup kita.
Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.
Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.
Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.
Hanya kita yang alpa dan terleka.
Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
Dalam hadith kudsi Allah berfirman;
Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”
Manusia Akan Pergi Tinggalkan Kita Juga Walaupun Sejuta Janji Manis Yang Diberikan.
Walaupun segunung harapan yang dia berikan.
Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.
“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”
“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”
Ingatlah Untuk Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah Tersendiri.
Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya.
Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.
“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) – Ustaz Azhar Idrus”
Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.
Hanya perlu yakin.
Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia.
Demi kehidupan masing-masing.
Perasaan tak boleh dipaksa
Kita Mungkin Dipertemukan Dengan Orang Yang Salah Pada Awalnya. Itu Untuk Mengajar Kita Jadi Lebih Dewasa
Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan.
Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.
“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.
Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”
Jadi, macam mana?
Dah boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya.
Dah boleh redha?
Atau masih terpaksa?
Dekatkan diri dengan Allah dan kita akan dapat jawapan (:
Penutup: Allah Telah Menetapkan Kebahagiaan Untuk Setiap HambaNya
Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.
Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.
Kerana memang bukan untuk kita.”
Serahkan hati ini pada Allah.
InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.
Hati kita milik Allah.
Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.
Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah.
Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.
Pernahkah anda menghadapi perkara ini?
Bagaimana anda settle down?
Kami suka untuk mendengar pengalaman & pandangan anda pada bahagian komen dibawah.


assalammualaikum..saya nk tanya pendapat. macam mana nk bagitahu seseorang yang sayang kita utk lepas kan kita? contoh,seorang wanita mempunyai kekasih lelaki ni..perangai lelaki ni sedikit panas baran,suka mendesak,suka kawal diri wanita ni tetapi dia amat menyangi wanita ni dan tidak mahu melepaskannya. Wanita ni sudah makin hilang rasa sayang trhadap kekasihnya tetapi tidak sanggup mengatakan ingin putus kerana kesian dkt kekasihnya ini. Boleh berikan pendapat tak? :(
Wasalam Saudari Seri Afiqah,
Sebenarnya permasalah setiap manusia adalah masalah hati. Tak puas hati, merajuk, marah, kecewa, kasihan dan sedih; semuanya adalah masalah hati. Pernahkah kita terfikir untuk merujuk masalah hati pada Pemilik hati itu? Siapakah pemilik hati kita? Tentulah Yang Menciptakan manusia, dan alam ini; iaitu Allah SWT.
Solat Tahajud 2 rakaat untuk mencari jawapan si Pencipta hati itu. Allah memberikan jawapanNya. Mungkinkah kerana kita terlalu jauh dariNya? Allah amat baik, amat pengasih, amat penyayang melebihi setiap ciptaanNya. Kita sepatutnya bersyukur kerana Allah memberi peluang untuk kita mencariNya sebelum kita menutup mata selama2nya dan di hari kemudian Dia akan menuntut jawapan kita kenapa kita tidak mencariNya sewaktu kita dalam permasalah hati?
Lelaki itu seorang yang low self-esteem. Sebab itu dia sedikit panas baran, suka mendesak, suka kawal wanita (mengikut cerita saudari) kerana Allah memberi sikap ego pada lelaki. Ego baik sekiranya boleh dikawal untuk menjadi pemimpin kepada wanita tetapi sekiranya dia tidak mendapat sokongan moral, ego akan memakan diri.
Saya mencadangkan saudari cuba menyokong secara positif di samping mencari dan mengenali diri sendiri melalui solat dan istiqamah pada Allah. Berpegang kuat pada tali Allah, inn sya Allah kita tidak akan pernah kecewa kerana sedar setiap nafas kita adalah Allah yang menentukan segala2nya.
Manusia bukan malaikat kerana itu kita diciptakan Allah lebih mulia dari makhluk2 lain. Kita akan berbuat salah, silap dan dosa namun kita juga bertaubat, menangis dan sujud pada Allah.
Kembalilah padaNya. Kita akan mendapat ilham, ketenangan dan kemanisan hati. Kita akan bersedia dan menunggu setiap saat untuk bertemu dengan Pencipta kita dengan penuh rasa rindu dan cinta yang tidak boleh digambarkan hati.
Semoga saudari berjaya mencari jalan menuju ke Jannah Allah. Amin.
jahat kah saya jika memutuskan kerana ingin berubah? buntu. tapi hati tenang bila tidak berhubung. cinta atas dasar apa jd semakin kabur. bila ditanya pihak sebelah katanya ‘love that last forever’. atau mungkin kah ini dlm kategori ‘hamba nafsu cinta’? hati kecil nak sangat berubah menuju Maha Esa tp nilai perikemanusiaan bergema dlm diri, ‘nak jadi manusia takkenang budi??’. pernah luahkan hasrat nii pd si dia, dia sanggup katanya “apa kaitan kekasih dan agama jika benar hati nak berubah?”. tp kdg kdg si dia jgk yg memimpin sy ke arah maksiat. still, sy masih dengan dia atas dasar perikemanusiaan itu. sy sayang. sgt sayang. mungkin bukan perpisahan yg sy tagiihkan, cuma perhentian seketika. mohon pendapat dr kesayangan Allah semua, saya buntu.
Assalammualaikum,saya ingin berkongsi cerita sahaja dan harap ini menjadi pengajaran dengan semua orang.
Saya baru sahaja berpisah dengan temanlelaki saya.perpisahan ini bukan sebab kami tahu masing2 curang atau sudah tidak sayang dan saya yang ingin berpisah dahulu kerana dah taktahan dengan perangai dia .saya dapat rase something yang kurang baik dalam hubungan kitorang.tiap kali nak berbaik mesti ada je tak kena,mesti kjp je baik pastu mula kitorg dingin balik.lagi satu tiap kali nak ajak kluar je mesti dia tak nak,tpi masa tu saya pikir tak apalah mungkin dia penat kerja atau dia nak rehat.jadi saya pun tak pelah tak berjumpa.hampir 2bulan lebih saya dengan dia tak berjumpa kerana dia sibuk berkeja mugkin ? Jadi saya ambil keputusan mutamad untuk berpisah bile macam2 saaya rase ada sahaja tak kena saya nampk dia online di ws tapi blas lambat ws saya.saya pikir baik shaja mungkin dia tengh ws dgn fmly atau kwan.jadi saya pun trus tdur smbil memikirkan.bile sudah berpisah tu saya rase bersalah sngt kerana dia ckp saya xfhm kjee dia,dia kata sayang saya lagi.buat mkin sya nk get back sndri.jadi saya rendah kan ego saya,saya rendahkn malu sya untuk berbaik,tapi care dia mcm dah tak prlukan saya lagi.dia suruh saya jgn pikir dia lgidah,dia suruh saya bawak diri jaga diri.saya down sangat sayya pelik nape dia suruh sayaa pergi kalau masih sayang saya.nape tak boleb nak getback balik sndgkan sya sndri dah bgithu saya masih sayang kan dia saya mintak maaf lagii.lepas tu saya msih setia menunggu dia saya pikir mungkin dia perlukan masa dan kembali kepada saya.tapi xsampai 5hari kitorang berpisah dia sudah ada orang lain.saya dapat rase sblom sya mntk break lagi dia dah ada hati dengan orang lain.Hanya Allah sahaja tahu perasaan saya mcam mana sekrang.dia block sya dekat ws dekat wc.saya pun dah buang smua pasal dia..dan perlukan masa nak lupekan dia .smpai hati dia buat saya mcm ni,saya setia dengan dia,saya snggup tunggu dia blik kje,sya xtdur,saya mmng bharap dia org Orang terakhir yg sya cintai seb seblum ni dia baik sngt,nmpk benar dia ikhlas syang sya.tapi tak tahu apa salah sya smpai dia buaat sya mcm ni,bile saya pikir balik mungkin saya jauh dengan dia,jdi dia rse sunyi tanpa sesorng,sya hanya mmpu ws untk tnye khbr dan berkongsi crite.sahaja.hmm dan sekrang saya nak redha kan hati ssya untk menrima smuanya.kalau ikutkan hati saya.mcm nak balas dendam.tapi saya takut saya pulak yag kne nnti.xpelah sya cuba untk memaafkan dan menerima Semoga hati makin tabah.maafkan kalau ayat saya ada yg tertypo hahaha.moral of story kalau rase tak mampu bercinta jarak jauh jagn lah bercinta.dan jagn letakkan harapan pada sesorng yang belum jadi milik kita.terima kasih
Awk..sy fhm..sy pn msh lalui stage yg same..tp kte bykkn doa..mtk ptuskn hrpn awk dgn die..redho kn ape yg berlaku..sy xdpt nk jwb knpe sume tu berlaku sdangkn awk setia..tp kalau kte balik pd allah..mst awk dpt jwpn..insyaallah awk..kte buat same2..insyaallah.. :)
saya faham apa yang awak rasa.maybe jalan cerita tu lain,tapi keadaan and perasaan tu sama.saya dgn dia 5 thn. dan berharap dia yg terakhir utk saya.tapi apa kan daya sy, hanya mmpu merancang.ALLAH Maha Mengetahui.pada mulanya mmg kmi tggl tmpt yang sama, sampai lah dia dapat kje tmpt lain dan makin lama makin berubah.dekat pun gaduh ape tah lagu duduk jauh.hahah. walau pun dah 2 tahun, tapi still tak move on.alahai hati, kenapa la susah sgt.mungkin terlalu mengharap,silap saya,terlalu confident.. tapi saya cuba nak move on.cuba dan terus cuba. kadang tu geram dengan diri sendiri sebab lemah sgt.
dia pun kkdg ade jugak contact saya.saya rasa sebab tu jgk la sy lg ssh nak move on.bila saya xcontact langsung, nanti dia pulak yg contact saya. nak menahan diri supaya jgn layan tu mesti xboleh.kesian semua ada.wlpn sebenarnye saya ptt kesian diri sendiri dlu kan? saat nih saya cuba kali ke berapa pun xtau la nk jauhkan diri dari dia.
ALLAH tegur saya, sebab dulu saya tak mendahului DIA dalam segala hal. andai memang dia bukan jodoh saya, semoga ALLAH beri kan saya jodoh yg sebenar2nya lepas nih, begitu juga dia. in syaa ALLAH
Terima Kasih kepada penulis artikel ini saya dapatkan ilmunya tinggal mengusahakan untuk mengamalkannya.
Sangat bermanfaat bagi teman” kita yang belum bisa merelakan atau melepaskan .
Allah itu sangat sangat baik loh, Allah itu hanya mengajarkan kita untuk ikhlas sabar dan bersyukur bukan untuk melukai hati kita, malah membuat kita semakin kuat, Saya telah merasakannya ketika saya benar” meikhlas kan dia yg saya rasa bahwa ialah cinta satu satunya, bahwa hanya dia yang bisa membuat saya bahagia, Ternyata tidak, . Allah akhirnya mempertemukan saya dengan wanita yg menurut saya mandiri, sayang keluarganya, kuat , tangguh, dewasa, dan alhamdulillah saya bisa mencintainya dengan sepenuh hati, dan saya harap ini akan berlangsung hingga ijab kabul datang, :) , teman” ku sekalian, “Memang terkadang cinta ittu datang diwaktu yg salah orang yang tepat , dan diwaktu yang tepat orangnya salah” allah mengajarkan kita agar jadi lebih baik ketika kita benar” bertemu dengan seseorang yg telah ditakdirkan untuk kita, Belajar la ikhlas sabar, syukuri apa yg ada , tak usah bersusah payah mencari, carilah cinta allah sebanyak banyaknya, :) itu saja sih, terima kasih maaf kalo berbelit belit, saya hanya berbagi pengalaman :) dan Love just the way you are :) thx u
Assalamualikum penulis.Terima kasih atas perkongsian yg sedikit memberi kekuatan disaat luka dihati terlalu sempurna.hampur setahun berlalu sehingga kini hati belum mampu utk mengikhlaskan perpisahan wl diri dibenci dimaki tetapi rasa sayang itu tidak pernah berubah.setiap rindu pada dia saya gantikan lewat zikir pada Allah, setiap perit mengingat kenangan saya merayu dalam sujud terakhir mohon Allah beri kekuatan.saya akui saya berbuat salah.In sha Allah saya berubah dan atas dosa2 lalu saya taubat teramat sangat.tetapi terasa kasih sayang manusia itu lebih mahal dari kasih yg Esa.Rayuan kemaafan serta peluang sekali lagi tidak ada langsung seolah bila mana bersama dahulu dia tidak pernah berbuat salah pada diri.mohon doakan saya utk mengikhlaskan perpisahan ini.
Terima kasih artikelnya. Sangat membantu sekali. Apalagi saya juga sedang mengalaminya
Saya pun bru thun ni, brpisah dngan seorang llaki yg sy syg. disaat aku ngin brubah allah hdirkan dia sbgai ujian. Sbb masa aku sem 1 aku tgh proses prubahan. Tiba2 akhir sem 1 aku rsa nk knal dngan seseorang yg nk knal dngan aku. Dia mmg seorang yg baik. NAmun hati sy mngatakan nk knal dngan dia, so prknalan kmi hnya la bbrapa blan, kononnya bgiku cinta islamik (ingatkan pasal slat la, hntr lgu islamik..) , aku mlu dngan dri aku bla dfikirkan blik. Aku sbnrnya nk knl sbb kononnya nk khwin dalam usia muda ni. So dia hdir, aku prnah ckp dngan dia aku bkn nk hbngan yg main2 mksdnya aku nak khwin la mcm tu, nmun kmi brdua msih bljar dan aku tak rsa mcm dia srius dlm hal prkhwinan ni wallahua’lam aku x nk sngka bruk, mngkin dia fkir tnggngjwb dia sbgai anak kan. Pda mulanya hbungan ‘prcntaan islamik’ kononnya aku rasa dah ada syg kat dia, syg sngt huu mcm mana aku syg fmily aku. LAma kelamaan allah hntr tguran mlalui fb tntg ikhtilat, tntg maksiat hati dan plbagai tguran aku dpt. Aku dah mula rasa serba salah sngat ,hti aku rsa tak tnang dlm masa sama aku nangis bila aku slat aku ada ttipkan 1 doa ya allah kau pshkan hti aku dngn dia dan prtmukan kami smula dngan 1 ikatan yg halal . Aku dah type kat hndfone dah apa yg nk hntr kat dia untuk brpisah dngan dia tpi aku tak hntr2 sbb hti aku tak kuat. Hbngan kmi makin tawar dlu mnis haha. Ada suatu hari tu tiba2 dia hntr whtspp ckp busy btl kita dua, busy dia buat rasa skong btl and plbagai lgi msej smpai la dia ckp `Sya rasa lebih tenang bila bsendirian ni’ pastu dia ckp perasaan tu smkin lama smkin pudar. Dia ckp kt aku lgi
Sy takut awk kecewa dgn kata2 ini tpi hakikatnya inilah yg sdg berlaku. Sy pilih utk mndekati dgn tuhan dn meninggalkn segala dunia ini.Harap kita dpt ketenangan drpdNya’. Ni la whtsapp2 dia msih aku smpan . Aku besyukur kalau dia pun mk brubah, cuma aku hrp dia bkn gnakan alasan tu sbb nk cri yg lain atau sbb aku ada klmahan. Aku brsngka baik aku rasa mmg dia nk brubah. Ayat dia yg trakhir sruh aku jaga diri. Sumur hdup aku x prnah org bgi hdiah yg istimewa mcm dia bgi, dia hdiahkan aku alquran huu. So lpas prpisahan aku dngan dia, ye mmg kita kena dkatkan dri dngan Allah untk mncri kukuatan tu. Walaupun hmpir stiap hri aku sdih . Aku fkir blik ada hikmah apa yg brlaku. Doakan aku ye krang . Ayat ni slalu bgi aku kuat jgak `demi Allah aku tak kuat, kerana Allah aku harus kuat’. Ingatlah allah ada dngan kita. Allah nak kita kmbali padaNya :). Allah syg kita dia bgi ujian buat kita. Apapun aku brsyukur dpt knal dia smntara. Aku hrap dia yg terakhir dan dprtmukan smula andai Allah izinkan insha Allah. Akhir kata teruskan kehidupan walau knangan sring brmain dfkiran, sama2 la kita bnyakkan zkir ,dkatkan dri dngan Allah. andai ada lgi seseorang yg dtg aku rasa kita prllu ckp mcm ni brdsarkan stu crita 99 kli rndu. dia ckp jika awk mahu cinta sy, crilah dlu cinta Allah. Bila awk mhu rndu sy rndui la dlu allah dan rasulnya. Bila awk mhu syg sy ,syangilah dlu agama lbih dri dri sy…
Smoga brmanfaat apa yg dkongsikan
cerita sy pun lebih kurang mcm awak. pada mulanya sy sedang cuba move on dr seseorang, seseorang ni pula hadir dan hubungan kami d restui kedua2 pihak keluarga. actually semasa proses move on sy sedang memperbaiki diri.. namun bila dia hadir sy melupakan apa yg sy usahakan krn terlalu gembira & bahagia. namun bahagia yg d rasai sekejap saja bila mula xdpt jaga ikhtilat, pd masa yg sama kami sedang mengusahakan utk bertunang & kahwin. suatu hari Allah tarik semula perasaan dr dia, bukan dr sy. dia kata ingin mencari Tuhan dahulu dan melepaskn sy & hubungan ini. sudah 2 bulan lebih sy xdpt mengikhlaskn dan takut dia bertemu yg lain. bantulah sy bagaimana utk ikhlas & tabah. krna sy masih berharap dgn janji2 dia utk mengahwini sy dulu. =(
Mmg sukar untk awak mlpaskan dia, sprti sy juga. Namun, kita cuba dkatkan dri kita dngan Allah smula, sbuk busykan diri inshaAllah hari dmi hari kta dpt lpakan dia. Banyak berdoa dan serahkan sgala pda allah, andai dia btl jdh awak inshaAllah satu hari akan dpertmukan jgak, andai bkan anggaplah ia sbagai ujian untk mengetuk pintu hati kita untuk meraih hanya cintaNya, awk cuba isthikharah.
to dyg.
maaf andai terguris. pendapat saya, awak lakukan apa yg si dia lakukan.
“suatu hari Allah tarik semula perasaan dr dia, bukan dr sy. dia kata ingin mencari Tuhan dahulu dan melepaskn sy & hubungan ini”
sbb takramai lelaki dalam umat ini yg macam ni (andai btl tujuan dia lepaskan awak & hubungan kamu). dan percayalah bila someone kata nak berubah nak mencari Tuhannya, jgn dihalang. sbb hidayah tu milik Allah. sabar okay dyg. awak ada Allah yg Maha Segala-galanya. doakan supaya Allah tetapkan hati si dia jika benar jodoh milik kamu. jgn sedih sedih tauu.
Terima kasih atas artikelnya .. sangat membantu sekali. Apalagi saya sedang mengalaminya. Semoga rasa ikhlas ini selalu menyertai. Amin
Saya pun mempunyai seorang bf yang sangat saya sayang..tapi masalahnya ibu saya tidak menyukai hubungan ini kerana dia lebih muda dari saya.. selain itu,saya juga agak keliru untuk meneruskan hubungan dengannya walaupun saya menyayangi dia kerana dia seorang yang bebas dalam pergaulan.. Tapi dia memberitahu saya bahawa dia hanya begitu dengan orang yang dia sayang.. Tapi pemikirannya itu tak sama dengan saya yang memang telah diajar untuk menjaga batas batas pergaulan sebelum berkahwin.. Ini menyebabkan saya rasa perlu berpisah dengan dia untuk mengelakkan kami dari melakukan dosa..sungguh berat untuk saya lakukan tapi saya fikir itu adalah yang terbaik untuk kami berdua.. Sekarang kami dah jarang berhubung disebabkan saya cuba untuk merenggangkan hubungan kami sebelum berpisah..cuma saya bingung adakah perlu saya meninggalkan dirinya begitu sahaja atau perlu meminta maaf dan memberitahunya perkara sebenar sebelum kami berpisah
hai..
sya nak berkongsi tentang cerita saya pula..
saya pernah menyintai seorang lelaki, n lelaki itu juga menyayangi saya. Namun kami silap, kami lupa yang Allah sentiasa memerhatikan hamba2nya. Kami tidak menjaga batas pergaulan sehinggalah dia melepaskan saya tanpa memberi sebarang sebab, Hati ini begitu hancur dan kecewa. Kata terakhir darinya, kalau hendakkan ketenangan, cari Allah dan bukan dirinya. Semenjak itu suatu perasaan terhina hadir dalam diri ini. Ya, saya memang jijik kerna tidak menjaga diri dengan baik. Tapi dia silap, dia ingin mengejar syurga dan kebahagiaan berseorangan..
Hari demi hari, saya menyesal dan bertaubat dengan perbuatan jahil dahulu. Sehinggalah Allah mengutuskan seorang lelaki ke dalam hidup saya. Wajahnya sangat kacak, membuatkan hati mudah luluh, Kekayaan padanya boleh membuatkan mata wanita bpinar.. Lelaki ini bersungguh2 ingin mengenaliku dan dia meminta aku menjadi kekasihnya. Aku mula menerima dirinya kerana beranggapan dia lelaki yang sedia menginginkan aku menjadi isterinya.. Tetapi tanpa diduga, dia meminta belaian sentuhan kasih syg sebagai pasangan kekasih. Aku terpaku. Dia meminta aku untuk berbuat sesuatu perkara yang dah lama aku tinggalkan..
Aku sedar ini adalah ujian dariNya. Aku tidak memberikan apa yang lelaki tersebut inginkan. kemudian dia melepaskan aku. suatu hari, dia memberitahuku, dia telah memperoleh seorang wanita yang boleh memberikannya belaian sentuhan dan menunjukkan aku gambar2 dia bersama wanita tersebut. Aku begitu kecewa, terluka. Aku sangat tertekan pada masa itu, Kenapa ketika aku ingin berubah, datang seorang lelaki yang mginginkan aku kembali ke dosa2 dahulu. Aku mula sayang padanya, tetapi, aku perlu tinggalkannya.
Dan baru sahaja tadi dia memberikan aku text bahawa dia sedang bahagia dan bergelak ketawa menceritakan tentang aku kepada kekasihnya tentang diriku yang telah melepaskannya..
Wahai adikku,
Sebenarnya kau harus berbangga kerana melepaskan dia. Allah mengujimu dengan cinta lelaki. Sebenarnya Allah ingin memberitahumu bahawa syurga menantimu dengan seorang lelaki yang hebat sekiranya kau tidak menjumpai di dunia. Percayalah…lelaki itu sengaja mendugamu dengan menceritakan kehebatannya dengan wanita lain agar kau kecewa. Sebenar-benarnya dia yang kecewa kerana kau telah meninggalkan dia kerana dia menyangka ketampanan dan kekayaan adalah cara mudah untuk menawan wanita. Namun hanya wanita yang materialistik sahaja yang sesuai dengannya. Kau juga boleh mengalah. Jadi wanita materialistik dan mendambakan dunia. Allah akan beri apa kehendak hamba2Nya. Percayalah, itu jenis lelaki murahan. Jalan ke syurga terlalu mahal. Satu-satu jalan ke sana, ialah SOLAT. Buat lah solat tahajjud, senatiasa awalkan solat fardu, buat solat istiharah. Pohonlah CINTA ALLAH. Hanya cinta Nya yang mampu menundukkan cinta manusia. DIA lah pencipta hamba2Nya. Semua hati-hati adalah dlm genggamanNya. Kau pasti akan bahagia. Percayalah pada NYA. Saya doakan kebahagiaan mu di dunia dan akhirat. Semoga bertemu di syurga Allah. AMIN.
Terima kasih kak Fifi,,
Semoga akak juga memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Dan semoga akak, saya dan kita semua mendapat perlindungan dariNya.. Amiin..
nak kenalan boleh?
i can feel you.. bersabarlah wahai adikku. lupakan apa yang telah terjadi. pilihan ada di dalam gengaman tanganmu. bangkitlah dan terus maju ke hadapan.
Saya bercinta selama 3 tahun..cinta jarak jauh hanya berhubung melalui handphone je..segalanya berjalan lancar..dan kami sibuk tentukan masa depan tapi dalam masa yang sama kami tak lupa juga berhubung tapi tiba2 tahun ni bulan 3 hari tu dia senyap tanpa kata2..walau dah call tak dijawab..mesej tak dibalas..malah sy di unfriend dalam fb,whatapss dan wechat..smpai sekarang sy bingung tak tahu apa salah sy..adakah hubungan ni putus kah atau dia perlukan masa..segala soalan sy di abaikan..sy pening..
sabar, kita punya cerita yg mirip2 sabar ihklas tawakal. Janji Allah jauh lebih baik.
kisah kita sama mbak , 2thn menghilang dan kmrn fbnya saya temukan dan pin bbm bisa aq temukan kemudian saya kontak dia , dia bilang maaf kita gk cocok . dunia terasa gelap seakan sbg istri yg tak berharga … La haula wala quwwata illa billah.. ????
Kami bercinta semenjak tingkatan 5 dan berpisah setelah masing-masing mendirikan rumah tangga. Setelah suami pertama saya meninggal akibat kemalangan, saya sendirian membesarkan 4 orang anak2. Alhamdulillah masing2 membesar dengan baik.
Kami bertemu semula setelah 3 tahun kematian suami saya dimajlis hari raya kawan sekolah. Seolah-olah magnet mendekatkan kami semula. Cinta berputik kembali, Dia yang masih berkahwin ketika itu, telah menceraikan isterinya kerana curang berkali2. Mungkin kerana ada saya, dia mengambil tindakan tersebut. Anak2nya seramai 6 orang hampir seusia dengan anak2 saya. Kami bernikah setelah dia bercerai setahun kemudian.
Malangnya anak2nya telah bertaburan dan tidak boleh diurus oleh bekas isteri. Suami saya seorang yang sangat menyayangi anak2nya. Saya merelakan dia merujuk kembali dengan bekas isteri namun perempuan itu terlalu bebas dengan teman lelaki sehingga membawa ke rumah. Anak2 tidak sanggup tinggal dengan kami kerana berbeza cara hidup. Saya amat tegas mendidik anak dan itu tidak boleh diterima oleh anak2 suami saya. Kini sudah hampir 2 tahun kami mendirikan rumahtangga namun suami saya sedih dan murung. Beliau memberitahu saya yang kami terpaksa berkorban untuk berpisah kerana dia hendak membesarkan anak2nya sendirian. Saya terlalu kecewa dan sedih. Berhari-hari saya menangis dan merayu agar tidak berpisah. Saya amat mencintai suami saya. Malahan suami saya mengakui saya adalah anugerah tidak ternilai dan terlalu baik untuknya. Kenapa kami tidak bertemu awal dahulu? Namun suratan Allah lebih mengetahuinya. Hari ini saya masih bersamanya. Suami saya kata dia perlu mengambil masa untuk perpisahan kami. Dia sering menangis ketika solat dan membaca quran. Saya sungguh sedih kerana sukar untuk ikhlas dengan perpisahan ini.
Ya Allah, satukanlah hati-hati kami sekiranya dia mmg jodohku. Sekiranya dia bukan milikku, kuatkan hati ini, ikhlaskan lah hati ini untuk melepaskannya. Semoga dia berbahagia dunia dan akhirat. Amin.
InshaAllah, Allah Maha Mengetahui. Sentiasa ingat kita ini milik Allah, itu yang saya sentiasa bisikkan dalam hati saya apabila saya sedih memikirkan perhubungan ini. Allah berikan ujian rasa ini kepada kita agar kita kembali padaNya dan ampuni dosa-dosa kami Ya Allah. Cintai/sayangi seseorang itu kerana Allah. Mudahan Allah melapangkan segala urusan puan dan pasangan. Ameen Ya Mujib. Be strong puan :’)
Dah setahun berlalu.. dah hampir setiap mlm sy akan mimpi kan die..
Persaan tu tak pernah berubah..
Bukan senang nak move on…sidia baru berkahwin mac lepas dan aku masih xdpt nk lupa….sedih menyelubungi jiwa….Allahu????????????
Sabar.. InsyaAllah. Semuanya akan berlalu dengan masa.
alhamdulilah, terimakasih saudaraku. from palangkaraya, indonesia
Terima kasih utk artikel ni..sy rase lebih tenang & redha…sy kna kuat walaupun hakikatnya sgt perit & sakit utk mlupakan semua yg terjadi…bertahun bersama tanpa rasa curiga tapi akhirnya dikecewakan..msa dibazirkn utk hati yg tak ikhlas mencintai kita..tanpa rasa bersalah & berdosa atas apa yg dia lakukan..ingatlah Allah sentiasa ada mdgr doa org yg teranaiya..awk mampu tersenyum dan ketawa di atas kesedihan sy..bodoh diri ni sebab terlalu syg & percaya awk tp akhirnya sy yg terluka lg..ckup kali ini hati ikhlas & redha utk perpisahan ni..doa kn sy temui cinta dr lelaki sejati yg masih belum dimiliki..
Assalamualaikum. Tolong bantu saya. Sy perlukan seseorang yg positif.sy tak mampu nak luah pada orang2 terdekat sy dan sy sendiri dah tak mampu nak tanggung semua ni sendiri.. bf sy sebelum ni berjanji walau dalam keadaan macam manapu dia takkan tinggalkan sy sorang2 dan berjanji utk bertanggungjwab dan berkahwin dgn sy. Baru2 ni. Dia seakan2 menjauhkan diri daripada saya. Bila ditanya dia taknakn seksa sy lg. Dia juga bilang yang dia dah tak sayang sy lg. Susah nk pupuk rasa sayang untuk sy lg. Yerr masalah terbesar sy. Sy dah terlanjur. Sy dah bertaubat dan tak buat semua tu. Sy tak boleh nak biar dia tinggalkan sy mcm tu. Sy pun tanak berkahwin dengan lelaki lain sbb sy tak mampu nak hadap perasaan malu sy. Apa patut sy buat??? Sy tak boleh tinggalkan dia. Sy nak dia tggjwb sy pun dah syg dia sgtsgt. Sy dah buat istikharah tp hati sy tetap cari bf sy walau sy dgn rajuk sy hati sy sakit. Sy tak pernah sesabar ni dgn lelaki. Sy dh bertaubat. Sy dah perbanyakkan membaca al quran solat taubat berzikir. Yer saya memang tenang sgtsgt. Alhamdulillah. Tp hati sy jd resah semua bila sy terpikir apa patut sy buat utk pertahankan dia. Dia dah tak syg sy.tp sy perlu tggjwb dia. Tlg bantu sy apa yg patut sy buat????
Stop pk kan ape yg awk nk buat utk b’sama die..awk tau kn..xsume perkare kte rs spttnye mcm ni tp xjadi mcm yg kte nk..kdg2 usaha kte hanya sia2..awk serah je pd allah..jalan awk dh tertulis mcm ni..yg penting sape awk skarang..jgn toleh belakang lg awk..kalau dia kembali pd awk pn itu xmenjanjikan kebahagiaan awk..allah lebih mengetahui..insyaallah..
mohon share ye :)
Saya baru baca blog ni sbb kecewa sgt. Saya masih muda, mmg kalau org tahu pun org akan cakap bebudak je pun. Cinta monyet. Bagi orang lain mungkin ni cinta monyet, tp tidak bagi saya. Kiteorg kenal masa saya form 4, kiteorg classmates. Jujur saya cakap, first time masuk class tu mmg saya tak kenal siapa2 sbb sebelum ni saya dia class arab selama 3 tahun so kawan2 org yg sama je. Bila masuk class baru, kawan baru saya macam terkejut sikit. Saya kenal dgn dia masa tu dkt dlm group class, dia ada tanya pasal no telefon classmates kami yg lain. Saya cakap saya ada dan dia terus add saya. Saya accept dan saya bagi no tel kawan tu. Dari situ kiteorg rapat. Hari hari chat. Balik sekolah sampai ke tertidur. Kiteorg ada minat yg sama. So senang ngam. Rapat sgt sampai dia anggap saya adik and saya anggap dia abg. Tp takde pape perasaan pun. One day dia cakap dia suka kawan saya which is our classmate juga. I encourage him to confess even masa tu saya dah mula suka dia. Tapi taknak lah jd awkward so saya support dia. Sampai lah dorg berdua couple. Saya still jadi peneman dia sbb gf dia tu mainkan dia. Saya bgi dia semangat and so on. Tp tak lama hubungan dorg. 3 bulan and break up. Dia sgt down, saya rasa sedih sbb lelaki yg saya suka dikecewakan. Lama2 dia ok dan kiteorg still rapat. Sampai ada classmates kiteorg tanya kiteorg ada smth ke. And time tu cuti skolah, dia ada bg hint macam dia suka saya, saya pun layan. One day, kiteorg confess perasaan masing2. Ya Allah bahagianya rasa. Kami bercinta. Hari2 balik sekolah sama2. Bahagia je rasa. Kiteorg dah rancang utk our future. Nak sambung belajar sama2. Lps grad or time tgh belajar tu nak kawen. Saya tak pernah serious dgn lelaki tp dgn dia saya rasa lain. Dia lah lelaki pertama yg saya bawak jumpa family. Dan saya pun jumpa ibu dia. Sbb saya bebetul srs. Kiteorg pun srs. Gaduh tu biasalah. Tp lama lama makin pudar. Mungkin dia penat dgn saya yg selalu moody, childish ni. Akhirnya kami putus. Sedih. Tp still contact sbb dia pun macam ada tunjuk sign dia masih suka saya. Tak sangka 2 bulan lps tu dia dah contact perempuan lain (N), budak sekolah kiteorg juga. Dorang rapat sgt2. Sampai saya rasa dorg bercinta. And makin lama, dia dah taknak contact saya. Saya cuba lupakan dia tp susah. Banyak kenangan bersama. Tweet pun benda sweet2 tp bkn utk saya. Dia dgn N selalu bertweet. And saya dapat tahu dari N sendiri yg ex saya yg mulakan semuanya. Saya tanya N yg ex ada confess ke, dia kata tak. Saya tanya ex jugak dia suka N ke. Tp mesti dia marah setiap kali sebut pasal N. Dia post gambar dgn N. Dia ada selfie si N ni. Yg buat saya mengharap sbb ex kadang2 masih tegur walaupun dia cakap jgn tegur dah. Sbb hati tak redha, masih nak tahu. Saya selalu ws N dan selitkan pasal ex. And harini, baru saya tahu semuanya. Itupun sbb ex wc saya supaya jgn kacau N lagi dah sbb N bgtau saya slalu ws dia. Ex suruh saya move on. And dia mmg ngaku dia suka N. Ya Allah sakitnya saya rasa. Ex asyik nafikan dia suka N. Dan saya ws N mintak maaf. Dia just cakap dia taknak bgtau sbb ex nak bgtau sendiri. Rupanya N dah tahu ex suka kan dia. Ex dah confess dah pun. Dah lama. Cuma dorg berdiam. N tu reject dia cuma masih berkawan. Mungkin sbb ex suka sgt dkt N. Allah je tahu retaknya hati saya. Macam kaca terhempas. Sakit sgt. Saya ikhlas, jujur dan srs nak dia jadi yg halal utk saya. Tp akhirnya jd macam ni. Saya sgt tak kuat. Bukan taknak move on, tp susah sgt. Saya berdoa yg dia terbuka hati dan lembut hati utk sedar tentang saya. Tp saya tahu ni semua takdir. Saya kena terima dengan redha. Saya kena ikhlaskan perpisahan ni. Menyayangi tak semestinya memiliki kan? Doakan saya kuat untuk terima segalanya dgn redha. Kalau ada jodoh, ada lah. Kalau tak ada, insyaAllah saya redha.
“kuatlah wahai hati walau terkadang rasa tak mampu”
saya faham apa yang adik rsa.. =)
susah nak move on.bila dia still contact kite tu buat lagi ssh kite nak move on.
kadang kita rsa kuat utk lepas kan dan ikhlas..tapi ada masanya kita rsa xkuat dan terlalu lemah.
ibarat kita jatuh tersungkur, nak bangun pun xdapat apa kan lagi nak melangkah pergi jauh..
ya susah utk move on..selama tiga tahun saya cuba smpai skrg..i still cant,but still struggle utk move on..Doakan sy juga kuat utk maju kehadapan dan kalau ada jodoh adalah,kalau tk ada In shaa Allah saya juga redha..
sabarlah wahai adik,
saya faham dan juga alami apa yang adik lalui sekarang ni. Even, saya juga berharap dia adalah jodoh saya. Cuma, masalahnya jarak kami jauh. Dia berada di Jeddah, dan saya di Malaysia. Dia sangat egois manakala saya ini terlalu childish (barangkali) dan hingga terakhir kali, saya buat keputusan untuk terus block dia dan saya tak nafikan rindu, sedih, kecewa semua tu ada. Tapi, saya kena kuat kena lalui juga.. sampai sekarang masih sakit tapi still boleh handle. Usah risau pasal lelaki, atau jodoh ni. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Semua ni kaffarah dosa kita. Bila lelaki tu buat dekat adik, maybe dia akan dapat balik apa yang dia pernah buat kat adik. Sebab, apa yang kita lakukan dulu, kita mungkin dapat balik apa yang kita pernah buat dan tak semestinya. Ini semua lesson untuk kita, mengajar kita jadi lebih dewasa.
InshaAllah, jodoh itu akan tiba masanya. Andai dia milik kita, pergi lah ceruk mana dia tetap akan ditakdirkan dan jika bukan, maka Allah ganti yang lebih baik dan jika tiada langsung, syurga sana menanti. InshaAllah :’)
Saya pun pernah sayangkan seseorang…budaknya baik..dari segi agama pun xcacat alhamdulilah…banyak sangat dia berikan aku nasihat..alhamdulilah..namun satu hari aku dengar dia dah bertunang..sedih sangat hati ni..tp aku xkisah dengan sapa pun pilihan hatinya..aku dah xkisah kerana Allah tetap no 1 dihati ini…aku tahu stiap jodoh itu telah ditentukan oleh Allah..aku doakan semoga dia dan bakalny bahagia amiiiin..doakan pula untuk aku ya sahabat2 semua.
Bersyukur Allah syg kite kan.