Perkara Terbaik Untuk Mencapai Kebahagiaan: Jangan Takut Lepaskan Dia Pergi & Ikhlaskan Perpisahan Itu

kebahagiaan
melepaskan untuk mencapai kebahagiaan * love will tear us apart by karoluzz

Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.

Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.

Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.

Menyayangi tidak semestinya memiliki.

Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”

 

Ya, Menyayangi Tidak Semestinya Memiliki

Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.

Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi?

Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.

Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia?

Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?

Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.

Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.

Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”

Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?

Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia?

Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia?

Hanya kerana satu sebab.

— Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.

“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”

“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”

Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.

Kenapa Takut Untuk Ikhlaskan Perpisahan Itu?

Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:

Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.

Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.

Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan.

Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.

Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.

Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.

Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.

Tapi sampai bila?

Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.

Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu.

Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.

Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

 

Jika Terus Hidup Bersama Kenangan, Memang Mustahil Untuk Kita Lupakan Dia.

kebahagiaan

Move on. Ubah cara hidup kita.

Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.

Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.

Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.

Hanya kita yang alpa dan terleka.

Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.

Dalam hadith kudsi Allah berfirman;

Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”

 

Manusia Akan Pergi Tinggalkan Kita Juga Walaupun Sejuta Janji Manis Yang Diberikan.

Walaupun segunung harapan yang dia berikan.

Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.

“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”

“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”

 

Ingatlah Untuk Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah Tersendiri.

Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya.

Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.

“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) – Ustaz Azhar Idrus”

Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.

Hanya perlu yakin.

kebahagiaan

Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia.

Demi kehidupan masing-masing.

Perasaan tak boleh dipaksa

 

Kita Mungkin Dipertemukan Dengan Orang Yang Salah Pada Awalnya. Itu Untuk Mengajar Kita Jadi Lebih Dewasa

Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan.

Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.

“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.

Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”

Jadi, macam mana?

Dah boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya.

Dah boleh redha?

Atau masih terpaksa?

Dekatkan diri dengan Allah dan kita akan dapat jawapan (:

 

Penutup: Allah Telah Menetapkan Kebahagiaan Untuk Setiap HambaNya

Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.

Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.

Kerana memang bukan untuk kita.”

Serahkan hati ini pada Allah.

InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.

Hati kita milik Allah.

Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.

Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah.

Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.

Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini

Perpisahan memang sesuatu yang sukar untuk dilalui, pasti banyak air mata yang jatuh dalam proses menguatkan kembali hati.


Pernahkah anda menghadapi perkara ini?

Bagaimana anda settle down?

Kami suka untuk mendengar pengalaman & pandangan anda pada bahagian komen dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

444 thoughts on “Perkara Terbaik Untuk Mencapai Kebahagiaan: Jangan Takut Lepaskan Dia Pergi & Ikhlaskan Perpisahan Itu”

  1. Ini la yang saya rase sekarang ni. redha dan ikhlas ? Susah rasenya untuk hati ini lakukan. Baru sebulan lebih saya ditinggalkan. Ditinggalkan untuk perempuan lain. Hampir 5 tahun kami bercinta. Akhirnya jadi begini. Saya sangat struggle untuk lupakan dia. Tetapi saya selalu gagal. saya masih whatsapp dia. Sy masih call dia. Even saya tau saya ganggu kebahagiaan dia sekarang ni. Kadang2 saya rasa tak adil. Dia sedang bahagia, manakala saya merana. Hanya sebab tak dapat memenuhi syarat, dia tinggalkan saya macam tu je. Hati mana yang tak sakit. Saya hampir jadi gila. Alhamdulliah, saya makin dekatkan diri kepada Allah makin hari hati makin tenang sedikit. Bila saya bace entry ni, betul apa yg encik tulis. Kita kena redha dan ikhlas. Redha dengan ape yang terjadi dan ikhlas lepaskan dia. Saya cuba. Saya tau susah dan ambil masa. Tapi rasanya cukup la setakat ni saje saya fikirkan dia. Tiba masanya saya pula cari kebahagiaan saya. doakan saya..

    Reply
  2. Attractive part of content. I just stumbled upon your
    blog and in accession capital to say that I get in fact loved account your weblog
    posts. Anyway I’ll be subscribing on your augment and
    even I achievement you get entry to consistently fast.

    Reply
  3. suke dgn entry ni, sgt memberi semangat pd sy yg tengah kusut..
    saya juga punya kisah sedih, kami suami isteri satu sekolah dan berkahwin atas dasar suka sama suka, sejak kenal mmg selalu bergaduh mmg tk pernah aman, nikah semggu dia tak balik 2 mggu, bila dipujuk rayu baru nak balik dan perangai tak balik berlarutan hampir setiap bulan, suka melepak dgn kawan, buat kerja2 yg tk elok,
    masa anak pertama lahir 2 minggu dia still wat hal tak balik semggu, sy dlm pntg berstokin pegi cari kt mana dia selalu pergi lepak, tp tk pernah jumpa sbb dia licik dn ramai kwan2
    nafkah kadang bg kadang tidak, tapi suami sy ni jenis kalau ada di rumah dan kami berbaik sayangnya yg di curahkan mmg A++
    tetapi perangai tak balik dan lari dr tggjwab tu yg saya tak tahan.. lepas 2 tahun kawin kami bercerai talak 3 kerana sy yg memaksa dan masih mentah kerana berkahwin muda.
    dalam masa 6 tahun kami masih bersama dan still bergaduh, tp masing2 sayang dan hanya bertahan. nafkah anak dlm 6 tahun tu mmg tak ada la, tp sy diamkan sebab gaji sy mampu tnggung anak dan dia juga ketika tu. (sbb syg kan )
    sampai sy kena kawin lain dan kawin semula dgn suami sy balik lepas eddah dan kini baru masuk 2 tahun kami berkahwin kami masih bergaduh dan dia still buat perangai tak balik ke rumah berhari bahkan bermggu kalau kami bergaduh, selalunya time awal bulan masa nk bayar hutang dan sume bill, dia akan mghilang dan sy yg trpaksa korek sana sini untuk tutup mana yg dia lepas tgn. dan suami juga seorg kaki judi rolex dh 4 tahun. kereta barg kemas sy dan anak habis di gadai, duit mak bapak nya beribu2 dikikis, tp tu lah mak ayah nya still bg dan bagi sebb tu die malas bekerja dan berjudi. apa nk dikata sayang kan anak.. nama sy blk list 60 ribu gara2 dia jugak.. dan dia juga lepas tgn…..
    perlukah sy tggu dan tggu dia berubah???? sy masih sayang tp dalam masa yg sama sy dah penat nk tggu dia berubah…. dr dulu sy yg akan mngemis mintk dia balik, sbb dia ego, selagi sy tk pujuk selagi sy tk mengemis suh balik dia takan balik. smpai anak sy yg baru lahir 8 bulan lepas demam panas semggu dia tk jengok lngsg. sy call msj beribu kali tk dibalas,, sy trpksa bawa ank ke hospital sorang2.. … apa prlu sy buat???? sekarg ni sy masih tabah kan hati tak mahu pujuk dia balik sbb sy tknk dia akan ulang lg,, tapiiiiiiiiii… hati kecil ni dh meronta2 nk dia balik.. hanya kepd Allah sy berserah agar dia berubah dan kuat kn hati sy jika kami betul2 tiada jodoh….. doa kan sy aminnn

    Reply
    • Hi u, saya sarankan awak pergi Pejabat Agama dan tanya untuk minta pandangan. Jangan melalui entry atau orang luar juga saudara mara. Itu adalah yang terbaik. Move on.

      Reply
  4. saya terharu dengan artikel yang ditulis saudari, tapi ,memang hati saya masih xdapat menerima apa yang dia telah buat pada saya selama ini walaupun da ambil masa beberapa tahun.. saya mula berkenalan dengan si dian tahun 2008 dan terus mejalin hubungan. semasa saya kenal dengan dia dahulu, dia hanya seorang peniaga di pasar malam. tapi saya tidak penah ambik peduli. apabila saya masih sambung study n dia pulak memasuki askra, dan dapat pegang duit bulan2, sikap dia mula berubah, dikatakan bakal bertunang, jadi kami pun membeli cincin dan brg2 lain untuk persiapan tunang. tetiba dia hilang untuk tempoh yg sangat lama. saya pun jadi hairan. satu hari dia muncul, dan sikap dia da sangat berlainan, dia ajak saya jumpa, saya pun setuju. kami xberbual mcm dlu. dia pulak sorokkan hdphone dia. saya da mula rasa pelik di situ, at last, ada perempuan lain rupanya and da kawen pun.. hati saya sgt sedih..hanya tuhan ja yang tahu apa yang saya rasa time tu. dia senag hati cakap rileks la… lagipun dia da xska saya. tapi kt boleh jadi kawan lagi. senang ja dia lupakan hubungan yg lama da tjalin dari saat dia xdak apa sampai la boleh pegang duit gaji bulan2. saya cuba redhakan diri. tapi xboleh.. dia da tukar no fon, fb dia block saya. saya cuba jadi tbaik untuk dia. tapi dia boleh memilih org lain.nasib xbuat kenduri lagi..kalau x mana saya nak letak muka. saya da cuba solat untuk redhakan diri dari semua igatan tentang dia. tapi sampai sekarang xboleh mgkin sbb stiap masa saya bersama dia dan keluarga. sebab tu saya rasa susah nak lepas kan dia.

    Reply
  5. Hii

    Sdkit curhat nihh.
    Baru saya nikah.umur prnikahan msih skitar 3 bln. Sblmnya qt pcran uda 3thn lamanya. Awalnya hub qt baik baik saja.. tp sktar 2 thn pcran brjalan d stu mulai ada pihak ke 3 d dlm hubungan kami. Dari situ rasa kpercayaan sy sudah tdak ada lagi.meski kini sudah suami istri.
    Hal yg paling aku takutkan semasa hdup saya adalah perceraian dlm pernikahan. Pernikahan baru 3 blan ini kita sering bertengkar.mungkin di karenakan LDR juga(tuntutan pekerjaan) dia sudah tidak ada rasa peduli kpda saya.pdahal sya lagi mengandung anaknya. Kecewaa.. wanita yg masa hdup nya ingin d sayangi dan di ngertiin tidak bisa sy dpatkan.
    Dalam pikiranku jln kluar hanyalah perceraian stlah ank ini lahir. Smga ini jln yg terbaik untuk hidup kedepanku lagi yang lebih bahagia.

    Reply
  6. blm lama ini hal tsb terjadi pd saya.saya mrasa rongga dada saya terbakar setiap detik.kupu2 yg biasa memenuhi rongga dada sbg bentuk kebahagiaan tlh beterbangan.smuanya terbang.tak satupun tertinggal.hilang.skrg hanya d penuhi api.menangis pasti sudah,marah hanya bz d rasa sndiri.bahkan untuk tersenyumpun saya blm mampu.msh mimpi buruk,d tengah mlm trbangun.msh trfikir dirinya saat prtma buka mata.saya melewati satu hari dg prtarungan prasaan yg luar biasa.saya msh blm bisa berdamai dg takdir.bahkan saya msh blm bisa menghentikan airmata yg tdk saya inginkan.tp saya msh bz berdoa satu hal,agar saya msh bisa hdp lebih lama…:’)

    Reply
  7. Saya 18 thn . Sy mengenali ex tidak ambil masa yg lama , tapi melupakan nya mengambil masa . Hari2 sye belagak kuat . Cuba untuk redha cuba untuk hilang kan rsa rindu tapi makin sy cuba makin rasa itu datang. Sye merelakan perpisahan bkn sbb tiada lagi cinta .tapi rasa marah dan ego kerana dia melayan perempuan lain . Bila fikir balik benda boleh settle sbb ego sye dan dia masing2 tak fight utk our relay , then putus macam tu . Sye cuba lupakan dia tapi susah . Sekarang sy hanya mampu berdoa andai dia bukan yg terbaik hilang kan rasa ini :’) mungkin ada yg terbaik cuma lambat atau cepat em sabar dan redha .

    Reply
  8. Assalamualaikum. Saya mengalami masalah emosi sekarang ini. Begini, saya baru mengenali seseorang ketika saya memulakan pelajaran Degree saya di kolej. Namun begitu, dia adalah seorang Non-Muslim dan begitu teguh dalam kepercayaan agama yang dianutinya. Manakala saya ini pula orang Islam yang belum cukup iman yang teguh dalam dada dan jiwa, seringkali melakukan dosa yang dilarang dalam hukum agama. Perkenalan kami berdua pada awalnya hanyalah hubungan kawan, namun begitu rapat. Kami bersama-sama membuat tugasan kerja kursus untuk pemarkahan, mengulangkaji pelajaran sebelum peperiksaan semester, berjalan bersama-sama ke kampus, dan ke terminal untuk balik kampung walaupun dia tinggal berjauhan dari daerah saya. Beberapa hari sebelum tarikh peperiksaan, dia meminta untuk mengambil gambar wajahnya menggunakan kamera telefon bimbit saya, dan bergambar bersama-sama dengan saya, kemudian dia meminta saya untuk mengirimkan gambar2 tersebut melalui rangkaian hubungan WhatsApp ke telefon bimbitnya. Pada awalnya, saya menganggap dia hanyalah kawan biasa, rakan sekelas dan kerja berkumpulan. Namun begitu, perasaan saya bertukar menjadi lebih dalam selepas kami tamat semester pertama kami. Saya asyik merenung gambar wajahnya didalam galeri telefon bimbit saya. Saya boleh saja luahkan segala perasaan saya terhadap dirinya melalui rangkaian WhatsApp dan aplikasi WeChat, namun terdetik dalam hati ini yang saya mungkin tidak layak buat dirinya, sebab saya ini banyak kekurangan dalam diri dan lemah dalam ilmu agama, manakala dirinya pula seorang yang taat dalam agamanya. Saya tahu dia juga ingin mencari seseorang untuk mengubati hatinya akibat kisah masa silam dalam hidupnya, begitu juga dengan saya yang ingin mencari seseorang sebagai peneman hidup. Dan saya semakin hilang arah tuju dan pendirian setelah mengetahui dia dimiliki oleh orang lain. Saya tidak tahu lagi macam mana untuk berhadapan dengan dirinya pada semester akan datang. Saya cuba untuk menghindari perasaan ini setiap kali melihat paparan yang dikirim olehnya di laman media sosial, namun saya tidak boleh tipu dengan perasaan dalam hati ini. Dan saya juga merasa tidak kena jikalau saya tidak melihat semua paparannya di media sosial. Terdetik juga dalam hati ini ingin bersembang dengannya di laman media sosial secara personal. Tetapi saya risau dan malu kalau niat saya itu mengganggu dirinya, sebab mungkin banyak lagi orang yang penting dalam perbualannya berbanding saya. Kekadang terlintas juga dalam sudut hati yang dalam ini untuk meluahkan segala perasaan yang terpendam sejak perasaan itu bertukar menjadi semakin dalam, namun itu adalah perkara yang amat mustahil untuk diluahkan terhadap dirinya. Saya semakin tercengkam dan terbelenggu dengan perasaan tidak ketentuan ini, membuatkan saya bertambah hilang pegangan dan pedoman dalam diri pada saat ini. Kekadang juga, saya berharap dia akan memikirkan diri ini bagaimana khabar dan dimana keberadaan saya. Saya sentiasa ingin mengambil tahu bagaimana dirinya ketika dan saat ini walaupun dia sedikit pun tidak menghiraukan keadaan saya. Dan perkara yang saya rasa teramat berat pada saat ini, saya telah menganggap kehadiran dia dalam hidup saya sangat istimewa, bermakna dan berbeza daripada orang yang saya baru kenal sebelum ini, walaupun dia menganggap kehadiran saya dalam hidupnya hanyalah perkara biasa dalam hidupnya.

    Saya hanya berharap takdir, keizinan dan ketentuan yang maha Ilahi menyelesaikan segala persoalan yang sukar dijawab dalam hati ini. Orang sekeliling saya tidak pernah mengetahui akan pada siapa saya ingin curahkan segala isi hati ini. Namun saya juga malu untuk mengharap kudrat Ilahi kerana saya banyak mengingkari larangan agama, banyak berbuat maksiat dan kejahilan. Kekadang juga, saya berharap ingin mati dan lari dari semua keperitan dalam jiwa ini.

    Saya amat mengalu-alukan sesiapa yang ingin mengemukakan pendapat masing2 berkenaan segala luahan isi hati saya ini. Terima Kasih.

    Reply
  9. Alhamdullilah sangat selalu sangat blog ini membantu saya, syukur sangat pada allah sebab pertemukan saya dengan blog yang terindah ini,

    ya ALLAH berpisah itu memang amat menyakitkan, tetapi hikmahnya akan dapat dirasai apabila kita kembali pada allah :)

    Reply
  10. KALAU AKU TERKENANGKAN KISAH CINTA SILAM AKU, AKU AKAN JENGOK2 DAN BACA SEMULA KISAH INI, SAMBIL AKU BACA JIWA DAN HATI AKU AKAN MERAUNG MENANGIS, SEDIH, KECEWA DAN SEBAGAINYA…
    SELESAI AKU BACA KISAH INI, AKU TERDIAM DEPAN LAPTOP AKU, MENARIK NAFAS PANJANG, TENANGKAN DIRI, PUJUK DIRI AGAR REDHO AKAN PERPISAHAN.

    ADAKALANYA AKU PERLU MENANGIS KERANA TANGISAN ITU SEBUAH KEHIDUPAN, BIARPUN AKU LELAKI AKU JUGA PERLU MENANGIS KERANA JIWA LELAKI JUGA LEMBUT.

    TAK SALAH MENANGIS DENGAN HARAPAN KITA REDHO ATAS PERPISAHAN ADALAH TAKDIR DARI ALLAH S.W.T

    Reply
  11. sy juga pernah kecewa mcm saudari..sakit tu memang sakit..pedih.. sampai sy rasa down yg betul2 down..(i wish i will not taste that frust again) nasib xgila .hahaha.. begini ceritanya;
    saya dan K telah lama kenal dari sekolah menengah lagi.. semasa d sekolah menengah kami selalu btengkar,bgaduh but at the same time we are good friend .. K seorg yg lawak,selalu suka cari pasal dgn saya,xnak kalah dgn saya dan selalu pandai mengayat means mengurat perempuan .. walaupun dia ada kelebihan begitu dia bukan seorang yg playgirl but dia suka bkawan dgn perempuan .. dari segi rupa paras K bukan la seorg yg terlalu hensom sampai menjadi kegilaan para erempuan..tapi dia pandai menjaga hati perempuan ..i dun know but itulah kelebihan dia… semasa dlm proses bgaduh2 dan saling btengar2 masa sekolah ,sy pernah menaruh perasaan dgnnya but sy diamkan saja..xbest nak bcinta time sekolah..cinta monyet org kata.. jadi our relationship disitu cuma kawan yg rapat \(kwn cari gaduh)..selepas itu sy pun mymbung pljrn d IPTA dan dia mengambil form6 …walaupun kami bukan 1kelas lagi and bukan 1sekolah lagi tapi we alwys bcontact each other melalui fb..n kadang2 dia pandai send me msg ..sampaila satu masa dia luahkan perasaannya thdp sy.. well of coz time tu sy la manusia paling happy d dunia sebab my crush actually love me back..hhihiihh Tuhan saja yg tau kegembiraan masa tu..mcm mo bagitau 1dunia sy telah menemui kebahagian.. thank you very much to god coz membuatkan sy bjumpa dgn org mcm tu..dan kami pun mjalani hidup kami sebagai pasangan kekasih dan bukannya kawan rapat lagi..sepanjang perjalanan itu kami juga mgalami keadaan bgaduh..xberngam dan lain2,,dan sy yg xpandai nak nangis tiba2 pandai keluarkan airmata…hati mcm dicucuk besi tajam setiap kali kami bgaduh(gaduh hal remeh temeh) dan seriously sy yg selalu mengalah apabila kami bgaduh n im the one will say sorry..why/ sebab sy syg dia dan sy syg hubungan kami .. tanggapan sy bhwa kami akan lebih senang sebab we alrdy know each other from secondary school lagi..tapi tanggapan sy silap…sebetulnya sy xphm dia…dia jenis keras kepala,ego mgalahkan gunung everes hahahahaa..mmg susah la nak melt kan ego dia tu..sebab itula im the one who will say sorry first.. masuk 1tahun hubungan kami, kami bgaduh besar(sy xdpt jelaskan sebab punca pergaduhan tersebut krn silap sy) no..bukan sebab sy curang or tipu dia..but about something but dia xboleh maafkan…berjuta kali sy minta maaf dgn dia dan mrayu(part ini xperna buat dgn org lain,hnya dgn dia) disebabkan sy terlalu myayangi dia..sy xsnggup khilangan dia..tapi semua tu dia xterima..mcm yg sy ckp tadi ego dia tinggi ..lalu bmulanya episod banjir mata..dan akhirnya dia lepaskan sy..rasa nak gila je time tu .. nasib sy ada family n kwn2 bg moral support ..klu x mungkin sy tamatkan je pgajian sy tu..Thanks God im not stupid .. huh..so sy pun single balik..lepas 1tahun kemudian(kami xpernah jumpa) dia secara tiba2 send me text ..tapi text tu sy susa nak tafsir antara dia nak sy balik or just dia bosan ..dan honeslty pada waktu itu sy mgharapkan dia nak pulihkan hubungan kami but God show me..actually dia da ada pengganti ..dan ianya lagi mlukakan hati sy..luka yg dulu bdarah lagi..so i make a decision sy xkan cari dia lagi… tapi susah..utk lupakan seriously mmg susah ,payah..hari2 sy stalk Fb dia..dan sy banyk tahu pkembangan dia……well its not easy to let go something that u love the most..but pelan2 i train to not stalk dia .. pelan2 buang semua,pelan2 nak hilangkan ingatan pasal dia…akhirnya 68% sy bjaya…and baru2 sy tersermpak dia lagi utk yg kedua kalinya ..n dia bahagia dgn penggantinya dan saya sedang struggle nak lupakan dia .. bsisa sakit disitu hanya Tuhan saja yg tahu..but i alwys pray that dia dpt hidup yg bhgia walaupun bkn dgn sy.. well bunyi mcm ikhls tapi sy sdg cuba bljr ikhlskan ..nevermine sakit itu satu pengalaman..

    from: love

    Reply
  12. KECEWA..?? Ya,begitulah apa yang aku rasakan,malah teramat kecewa(mesti baca sampai habis,tak rugi tapi aku dan banyak skip..hehee)..mana tak nya,sbuah perhubungan yg dibina selama 3tahun hancur begitu saja.. Ok,meh nk intro..perbhungan aq dengan si dia brmula masa first sem d ipt.. lgpn rumah dia dan rumah aq bukannya jauh,dlam 5kilo je,satu dearah dan satu dun katakan..hehe…ok,brbalik pada cerita,masa first sem pn dia dh pernah curang dengan aq,..aq masih ingat lg,waktu tu kami tengah on call,tiba2 je pnggilan terputus..aq pn cubalah call,tp peliknya dlam call waiting..beratus2 kali aq call,tp tetap jugak waiting..apa lagi an,terus je g umah dia..masa tu duk d ipt kt umah sewa je..rumah sewa dia dngan umah sewa aq xlah jauh,dalam 200meter je.. sampai je kt umah dia aq terus bg salam,tiba2 kawan dia kluar..aq tnya mana si N?? dia kata si N dh tido,tp aq call tetap gak call waiting..dan xlama lepas tu,si N pn kluar sambil halau aq dari rumah sewa dia…malu masa tu punyalah tebal,yelah kena halau depan kawan2 dia..aq pn berlalu pergi dengan hati yg sedih dan beribu persoalan… mmg malam tu,mata aq lasung xleh nk lelap..esoknya kt bilik kuliah,aq capai hp dari tngan dia..masa tu mmg aq slongkar habis hp dia..tp anehnya call log semua dh clear,inbox msj pn sama…tiba2..masuk satu msj kt dlam hp tu,perrggghhh…ayat jiwang beb,mmg sah lah dari lelaki lain.. aq pn apa lg,dengan rasa marah,sedih ,kecewa terus blah dari bilik kuliah..seminggu aq mnyepi dengan kelas bnyak d ponteng…dlam masa seminggu tu tiba2 ada seorang kawan prempuan call,katanya teman lama..ohh,rupanya kawan tmpat kerja semasa aq blum masuk ipt..untuk mkluman, Si A(kawan tmpat kerja) aq pernah menaruh hati pada dia,tp xpernah terluah.. Aq dengan si A ni kian rapat,hari ke hari makin rapat tp hnya skadar berkawan..dia yg bnyak bg aq nasihat masa aq tengah down…tiba2..masih aq ingat,waktu tu seminggu sbelum final exam,mak si N meninggal dunia..maka lengkplah status dia sbgai anak yatim piatu sbb ayah dia meninggal wktu dia masih kecil lg..pada malam mak dia eksiden tu,si N call aq..aq pn peliklah kan,knapa tiba2 dia call aq..rupanya dia bg tahu mak dia xcdent xjauh dari rumah aq..apa lg,aq pn bergegas ke tmpat kejadian,masa tu mayat dh d bawa ke hospital..apa lg,cepat2 aq ke hospital pula…smpai kt sana aq tengok dia meraung dh separuh xsedar..mmg kesian kalau tengok,aq pn bglah kata2 nasihat nk suh dia redha dngan apa yg terjadi..smpailah aq nga dia jd makin rapat balik,cerita yg lama aq lupakan…so hubungan aq dengan si A makin hari makin renggang smpai lasung xbrhubung.. malah aq dengan si N kmbali semula berkapel,bila hubungan kami menjejaki hmpir 3tahun stengah..iaitu lepas aq dan dia habis belajar kt ipt..maka bermulalah kecurangan dia sehingga hati aq remuk,hilang arah dan mcm2 lglah..aq dapat tahu dia rapat dengan seorang lelaki kt tempat kerja dia,siap kluar tengok wayang dan karoke lg… Bermula saat kecurangan dia tulah aq makin menjauh,semua kenangan dngan dia aq lupakan tp hati aq tetap sakit smpailah aq jumpa blog nie,aq mula bermuhasabah diri..dekatkan diri dengan Allah yg telah sekian lama aq pinggirkan,aq redhakan semua yg terjadi..ikhlaskan setiap kelakuan dia pada aku..betullah kata2 kat atas tu.. Bila kamu redha dengan kekecewaan,maka Allah gantikan dengan apa yang kamu tidak terjangka.. Ya,aq bertemu kembali dengan si A.. makin rapat tp tidak berkapel.. insyaallah,lepas raya haji nati aq akan hntar rombongan meminang pada si A..Aku mahu dia jadi yang halal tanpa bercinta sebelum kawen…

    Reply
    • Kecewa pastinya ketika hidup tidaklah sesuai dengan harapan,apa boleh di kata ketika Allah berkehendak maka terjadilah…..smua mmbutuhkan proses yang tidaklah gampang…..perlu waktu 1 tahun aku untuk move on dari keadaan aku dimana saat itu aku merasa ptus asa hidup aku ga berguna lagi….aku adalah wanita yang belum beruntung dalam hal berumah tangga kedua kalinya aku bercerai dgn suamiku…..kehidupan rumah tangga aku bisa di kategorikan sederhana ….suamiku hanyalah pedagang dan aku hanya ibu rmh tangga biasa…krna keegoanku karna merasa akulah yang paling benar mungkin itu motivasi suamiku untuk pergi lari dri rumah tanpa tau dia dimana…sebulan dia pergi tanpa nafkah dan kabar sampai aku mncari cari ksana kmari ga mmbuahkan hasil…ktidak nyamanan denganku mmbuat suamiku ga mncintaiku lagi…padahal dulu kita sama sama berjuang untuk bertahan hidup dari satu tmpt k tmpt lain…krna ga ada kabar akhirnya aku gugat cerai alhasil kami sudah resmi bercerai….pngalaman 2 kali berumah tangga mmbuat aku minder kehilangan rasa percaya diri aku,smua orang mmprtanyakan ko bisa aku cerai lagi…..aku hanya diam mmbisu…..tlah terjawab smuanya pada artikel ini …….rupanya Allah punya rencana lbh indah untuk aku…..aku berterima kasih kepada mantan suami aku yg mmberi aku pelajaran dalam mnjalani hidup ini tanpa kehadiran mereka aku takan pernah bisa bermuhasabah dan berusaha mmperbaiki kesalahan 2 yg prnah aku lakukan……..sekarang aku bisa tersenyum memandang dunia ini walao aku tak lagi mmpunyai pendamping hidup……aku jalani apapun yg Allah kasih untuk aku belajar ikhlaskan hati dan mema’afkan masa lalu aku…..

      Reply
  13. Assalamualaikum sister.
    Sorry that i had to send a direct message to you.
    I need help. A piece of advice from a sister. I hope you can help me.
    Its concerning love, it gives me anxiety lately.
    Heres the story goes…
    I have a group of friends. Recently, we were playing games of truth. the guy found out that i liked him. Some of our friends said ” i ship the both of you”.
    He goes haha. Only that. He then acted normally infront of us. I dont know if he was ok or something is going on in his brain.
    Im afraid he will hate me for it or take a step back in our friendship.
    Its rare for him to say something after we met. But that day. He said “it was a pleasure to meet you” i dont know if i should take it seriously.
    Sister, i hope you could give me tips to stop this anxiety in me. And tell me what im supposed to do. I dont want to fall deeper for someone whos not written for me by HIM.
    Wasalam,
    Nur

    Reply
  14. Assalamualaikum..
    Sya ingin crita ni mngenai kepedihan hati saya yg di tinggal sang pacar karna kecelakaan padahal udah 2 thn jalani hbungan.. munafik memang jika saya berkata saya ikhlas.. tpi mau gmana lagi stlah baca artikel ini.. sya jadi tau apa itu keikhlasan mncapai kebahagian.. mksih artikel ny.. ????

    Reply

Leave a Comment