
Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.
Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.
Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.
Menyayangi tidak semestinya memiliki.
Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”
Ya, Menyayangi Tidak Semestinya Memiliki
Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.
Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi?
Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.
Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia?
Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?
Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.
Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.
Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”
Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?
Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia?
Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia?
Hanya kerana satu sebab.
— Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.
“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”
Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.
Kenapa Takut Untuk Ikhlaskan Perpisahan Itu?
Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:
Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.
Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.
Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan.
Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.
Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.
Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.
Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.
Tapi sampai bila?
Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.
Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu.
Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.
Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”
Jika Terus Hidup Bersama Kenangan, Memang Mustahil Untuk Kita Lupakan Dia.
Move on. Ubah cara hidup kita.
Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.
Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.
Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.
Hanya kita yang alpa dan terleka.
Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
Dalam hadith kudsi Allah berfirman;
Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”
Manusia Akan Pergi Tinggalkan Kita Juga Walaupun Sejuta Janji Manis Yang Diberikan.
Walaupun segunung harapan yang dia berikan.
Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.
“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”
“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”
Ingatlah Untuk Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah Tersendiri.
Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya.
Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.
“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) – Ustaz Azhar Idrus”
Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.
Hanya perlu yakin.
Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia.
Demi kehidupan masing-masing.
Perasaan tak boleh dipaksa
Kita Mungkin Dipertemukan Dengan Orang Yang Salah Pada Awalnya. Itu Untuk Mengajar Kita Jadi Lebih Dewasa
Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan.
Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.
“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.
Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”
Jadi, macam mana?
Dah boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya.
Dah boleh redha?
Atau masih terpaksa?
Dekatkan diri dengan Allah dan kita akan dapat jawapan (:
Penutup: Allah Telah Menetapkan Kebahagiaan Untuk Setiap HambaNya
Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.
Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.
Kerana memang bukan untuk kita.”
Serahkan hati ini pada Allah.
InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.
Hati kita milik Allah.
Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.
Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah.
Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.
Pernahkah anda menghadapi perkara ini?
Bagaimana anda settle down?
Kami suka untuk mendengar pengalaman & pandangan anda pada bahagian komen dibawah.


saya setuju sama tulisan ini.
kita hanya perlu mengikhlaskan
sayang tak mesti harus memiliki
Allah sangat tau apa yang pantas buat kita
Do not be fooled by extras.
%What are the best solutions available? While cabinets are a great idea for garage storage shelves, they do have some drawbacks. Cabinets are great in a garage. So what can you do to make them work in your garage?
By simply spending a very little time for this training excise can already provide its advantages for the body of a person.
Assalamualaikum, alhamdulillah hari nie saya diberi kesempatan untuk baca blog nie. Saya nk tanya pendapat semua yg baca post sy nie. Sy kenal sorang pompuan nie mase sy study. Alhamdulillah sampai hari nie saya still contact dgn dye. Selama sy kenal dgn dye, sy syg sgt kt dye sampai tak boleh kalau dye takde dgn sy. Hubungan kami dpt restu dua2 belah pihak. Hubungan kami in sha Allah boleh ke peringkat seterusnya sy ingat sbb sy da start kumpul duit tunang tp sume tu sia2 kerana dye ade org lain. Bile sy tanya kenapa dye seeing bg alasan sbb sy jauh lepas habis study kerana sy kerja di kajang. Pd mulanye sy tak tau tp mungkin Allah nk tunjuk mlm tu dye terkantoi dgn sy. Selepas kejadian tu sy luluh hati dan kecewa kerana sy da start kumpul duit. Dye pun meroyan sekejap tp dlm masa yg sama dye happy dgn pakwe baru dye. Hari nie sy still contact dye sbb dye dlm dilema kerana sayangkn dua2. Dan sy perlukan semangat dr dye. Family dye pun bnyk support sy tp ape yg sy perasan dye bnyk lebih kn pakwe baru and bile dye bercakap dgn sy dye bnyk berubah. Cpt marah, slalu ckp pasal budak tu tp bile dgn budak tu happy dan elok je percakapannye. Kelebihan yg sy ade sekarang adalah family dye tak suka dgn pakwe baru dye still mengharapkn sy. Pada admin ape yang sy perlu buat dan apa yang sy buat nie btol.? Maksud sy, sy layan dye sama mcm sedia kala.?
Wsalam..bagi saya la..kalau jodoh tak ke mane..redha walaupun sakit sangat..jgn lupa smbhyg istikharah yg paling penting smbhyg 5 waktu..pbaiki diri..ingat jodoh yg baik utk lelaki yg baik..hati seseorang tak boleh nak paksa utk d cintai..kalau buat hati awak tak tahu nk pilih siapa..sebab tak pasti tp dia lebih syg kan pakwe bru dia..kalau dia syg awk..dia tak kan dua kan cinta awak..kalau awk paksa dia pilih awk..awk akan hepi ke??..jadi kalau saya lah..sya akan undur diri..walaupun perit..yg pasti allah ade..sebab sya penah lalui kisah cinta d dua kan..sya harus undur diri..sebab klo dia syg kita,dia tak akan cari org lain..sjauh mne jarak antara kita dgn dia kalau dia ikhlas,kita tak dia dua kan..skg awk sdri fikir ape yg baik utk awk ..harus kuat..jgn sedih yg pasti allah ade setiap doa kita bila sujud mmohon kbaikkan
Assalamualaikum Wbt
pada pandangan saya lebih baik saudara lepaskan dia daripada terus berharap sesuatu yang lebih daripada dia, apabila ia melibatkan soal hati maka ia memang sulit jika dia benar sayangkan saudara tidak mungkin dia sanggup mencari kebahagiaan daripada orang ketiga. mungkin selama ini perhubungan saudara tidak lebih hanya sekadar sahabat bukan kekasih berfikirlah secara rasional jika alas an jarak diberikan ketika sedang menjalinkan perhungan fikirkan pula natijahnya apabila saudara dan dia sudah berkahwin boleh kah saudara terima hakikat apabila isteri saudara bertemu dengan lelaki lain ketika saudara berada jauh daripadanya??? seseorang yang benar sayangkan kita tidak hanya pandai memberikan janji-janji manis sahaja sebaliknya ia bias dilihat daripada perbuatan dan cara dia melayan kita. setahu saya jika seorang perempuan benar sayangkan kita dia tidak akan pernah atau berminat untuk mencari yang lain apatah lagi mencari akal untuk mencari orang kedua , jika seorang perempuan mula mencari kebahagiaan yang lain ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan itu, justeru berfikirlah secara rasional lepaskanlah dia yang nyata bukan milik kita. bersujudlah kepada Allah dan memohon kekuatan dan pertunjuk kepadanya dalam membuat keputusan yang tepat. jika saudara benar bersungguh meminta daripada Allah nescaya Allah akan makbulkan semua hajat saudara.
Assalam…saya mengalami bend ayang sama dimana sy xpernah terfikir untuk bercinta dengan suami orang lagi2 satu pejabat…dulu sy selalu larikan diri dari suami org..saya benci perempuan yg layan suami org tp Allah uji sy..bagi sy rasa semua ni…hampir 2 bulan hubungan kami…wife dia dpt tahu..mcm2 dugaan sy dpt..saat sy nk jauhkan diri..dia kerap mdtg kepada sy memberi sy harapan lg…sy buntu sy lemah..sebab terlalu syg walau xlama hubungan kami….pergi mana2 dlm office ni selalu ingt dia…kami meneruskan hubungan semula…sampaila 1 hari dia ckp kita setakat disini sahaja..hancur hati sy ALLAH Saja yg tahu..begitu mudahnyaaaaaa….di saat sy diberi harapan terlalu tgi akhirnya dia tinggal kn sy mcm tu sahaja…untuk pengetahuan keluarga dia terkene sihir…jd untuk keselamatan sy dia nekad lepaskan sy sbb taku wife dia buat ape2 pada sy…sebab sometime makhluk tu menguasai dirinya….sy xredha dgn semua ni…saya rasa tertipu..terpedaya…..hanya air mata menemani sy ..xputus2 berdoa untuk lupakan dia..tp dia kerap hadir dlm mimpi..bersama isteri dan anaknya..sy buntu…mohon diberi kekuatan untuk menempuhinya..hati sy sesak….ALLAHHHHHHHHHH
Feel free to-use the inexpensive mulch while you actually won’t
need it to function much function other then floor.
Select wholegrain varieties (or eat potatoes with their skins on)
when you can: they have more fibre, as well as could assist you really feel full.
dear admin
salam alls.. pertama skali, sy suke sgt blog2 yg tertulis di lelaman ini… penuh dgn inspirasi.. at least sum comfort…thanks all..
sy da 6thn berumahtangga, bersuamikan orang arab. kta takde rumah sndri (dok ngn famili sy), takde anak, suami sy tdak bekrja (selame 4 thn) krna tdak dpt status sbgi penduduk tetap. sy mmg kene bekerje. sy tak tau camane ble jd mcm ni dgn sy.. semase sy membuat paperwrks update sy di rumah, time tu sy sorang2, suddenly i felt like a slap on my face to ask me to wake up! it was like wat am i doing here & now ? actuali ni ttg kehidupan sy dan suami yg da lame tak bekerja & kta da byk usaha utk mendapatkan status tp kta gagal.. so semenjak ni sy minta dilepaskan sbb sy da tak tahan hidop mcm ni (kta da kawin abeh mase dok ngn mak bapak, sy ingin hidop berdikari, ade famili sndri) dgn perangai die pon same – ske2 kluar. kalo die rase nk blang, baru die blang.. camane jd husband nii??? tkkn ni pon sy nk ajar… so sy pon da tk kuase nk ckp2 lg.. die pon tk prna nk dgr ckp sy, kdg suke buat bende2 yg sy tk suke
slame kta bersame ferst few years was ok.. kta ni jarang komunikasi, then die plak suke kluar2 jumpe kawan2 cz die boring dok umah, then sy bnar2 kesepian, boring, tkd kawan.. sy prna ckp dulu ttg ni kat die to sy tk ble nk control, cara die mcm ni ibarat sy ni single, ade suami mcm tkd suami, lebih baik sy jd betol2 single lagy bagos.. sy prna ikot die balek maghribi, sepatotnye hari pertame, kedua die harus bersame sy communicate dgn famili die tp die tinggalkan sy dgn famili die (bual ayam & itik).. sy ni da la segan.. haizzz… skg die stuck dgn sy dgn tkd pape, wat if the years to come & im stil stuck wif tiz type of life ?? i beliv Allah giv me the brain to tink.. sy da cukop bersabar… then skg die ade apply overseas studies to Europe cume nantikan keputusan saje.. nnt die akan tglkan sy dlm beberape bulan. prna die katakan dia tkkn pulang ke tanahair slpas tamat pelajaran.. so salah ke sy minta dilepaskan utk kebaikan kami berdua ? kta pon da tk bebual, buat hal masing2, dgn situasi sy mcm ni.. sy mmg da tk tahan dgn 6thn mcm ni.. sy merana … im suffering inside…
Assalamualaikum,bulih tolong saya??sy ne barubaru pernah bercinta.semenjak umur 15 tahun dan sy ne sangat mencintai dia dan sygkan dia….tpi sudah kami berhubung sampai 1 tahun,dia tinggalka saya dan sy sangat berasa sedih kerana dia tinggalkan saya baru baru ini.hati sy ini tidak maukan melupakan dia dan sy sangat mencintainya.kerana dia ada lelaki lain tpi cuma kwn(guybestfriend).dan bila dia tinggalkan sy,allah telah membukakan hati sy ini untuk bersolat dan ingatkan allah (alhamdulilah).tapi sy masih berusaha utk mendapatkan ia semula.adakah allah akan tolong sy utk dptkan dia semula??
waalaikummussalam.. sekarang umur adik berapa nie ? masih bersekolah lagi ke? lupakan dia la, tumpu pada pelajaran. Jauh lagi perjalanan adik ni, btw boleh solat istikharah kalau nak minta petunjuk..
waalaikummussalam adik..umor brpe?? Bagi saya la..kalau jodoh tak ke mane..sjauh mne jodoh kita pergi tggal kan kita .kalau dia mmg jodoh kita..dia ttap bsama dgn kita dgn ikatan yg halal..yg penting doa stiap kali solat..allah dgr doa kita..kalau awk masih skolah,bljr dulu..allah uji kita ssuatu ujian sebab kita tlalu mharap kan ssuatu sampai tak ingat allah..jadi allah akan tarik nikmat tu..allah paling benci umatnya mcintai manusia dari allah..fikir masa depan..
assalamualaikum…
Mengikut pengalaman.. sy pernah meninggalkan seorang yang sy sngat syg dn cinta..Bayangkan orang yang kita cintai tak pernah menyakiti hati, dan terpaksa kita tinggalkan demi cinta yang suci.Kerana cinta yg sebetul- betulnya dalam islam adalah cinta lepas kawin ..Sy ikhlas dengan melepaskan nya kerana sy yakin Allah akan membantu sy.Sy cuba memperbaiki diri..Alhamdulillah baru saya sedar cinta sebelum kawin adalah keseronokan yang sementara.. yang diperlukan dalam diri ini..Siapa yang taknak hati seronok kan..Tapi apa salahnya kita berubah demi masa depan dunia dan akhirat .Setiap perbuatan pasti dapat pembalasanya kalau tak di dunia akhirat nanti pn ada.Allah Maha Adil..Jangan takut untuk melepaskan cinta pasti ada hikmah setiap apa yang berlaku.Syukur .. :,)
assalamualaikum admin..
saya nak tanye opinion admin.. saya ade kenal sorang classmate sy ni sejak zman sekolah menengah . firstly kitorang just kwn.. after mngenali each other , kitorang beranikn untk teruskan hubungan dengan lebih serious lagi . Namun, spnjang perhubungn kitorang sy trlalu banyak buat silap tp dia sabar je dengan sikap saya . after around 4 years kami bercinta , sy buat keputusan yang salah dan smpai skrang saya menyesal dengan kputusan sy . sy minta untuk putuskan hubungan dengan dia sebab saya nak dia cri org yang betol2 boleh bahagiakan dia . sy bukan tak mampu nak bagi kebahagiaan pada dia . tp disebabkan silap saya . saya jadi rendah diri . sekarang sy cube mncintai org lain , tapi hakikatnya sy tak boleh .. saya terlalu rindu ex sy. baru2 ni ex sy datang jumpe saya.. dia masih mnyatakn yang dia sayang sy . dia bg waktu satu tahun pada sy . kalau sy dah bhgia lepas stu tahun . dia minta saya lupakan dia . saya tak sampai hati nk tinggal bf baru ni sbb kitorang baru kenal . so , ape yanh harus saya buat .. hati saya masih lagi ada pada ex . tolong saya please .
waalaikummussalam adik.akak nak bg pdapat akak la..kalau masih lagi cinta dgn ex awak..baik awak smbhyg istikharah bukan buat skli je tp stiap minggu moga allah bg ptunjuk..ada kah dia jodoh kita..jgn lupa smbhyg 5 waktu..kalau rsa hubungan dgn bf baru akan buat dia sedih sbab awk msh ingat ex awak..bgus awak pilih single..kalau awk msih study..fkir mse depan dulu..sjauh mne awk pergi kalau ex awak mmg jodoh awk..awk ttap akan kawen dgn dia..tapi ingat bila kapel je ade nafsu setiap stiap psangan..jgn stiap pgaulan..
Assalamualaikum…
Saya nak tanya pendapat awak… apa yang perlu saya buat, yang saya mampu sekarang hanyalah berdoa. Saya dah lama berkawan dgn seseorang, perwatakannya yang baik, sopan santun dan didikan agamanya membuatkan saya senang berkawan dengan dia. Saya gadis jenis kasar dari segala hal dia pula soft dan kuat touching. Dari tak rapat kami jadi kawan sampai sekarang.
Saya jenis berterus terang. pernah la tanya dia pasal ni, hala tuju hubungan ni sekadar teman or sebaliknya. jawapan dia agak menyedihkan sy sbb katanya dia nak berkawan. ok..saya terima dengan hati yang terbuka wlpun sedih la sikit..start hari tu, layanan sy pada dia tak lebih dr seorang kwn
Sepanjang perkenalan, tak pernah miss Dia always msj saya…. Kalau tak balas or cakap nak tak nak…dia merajuk, Dia kata saya ni kawan, buat apa setiap ms saya nak balas mesej dia…
Tapi yang jadi isu sekarang, dia macam pelik.. saya perasan bnda ni dah hampir 2 bulan. Dia suka sembang pasal bnda yang x sepatutnya lelaki n perempuan ckp dan pernah hantar gambar perempuan separuh bogel pd saya. Masa tu sy x marah cuma saya tnya dia betul2..siapa bagi gambar lucah mcm ni, dia just balas budak group whs up. yang peliknya siang hari kalau keluar bersama, otak dia sihat.. nak ke malam2x otak dia jd x betul.
Saya kalau tahu pompuan mana yang share gambar mcm tu..dua2x orang saya luku kepala.. sakit hati pulak di buatnya. Kalau ikutkan perasaan sekarang, rasa nak wat tak tahu je kat dia. Malas nak ambil tahu.
Awak rasa betul tak tindakan saya. Maaf panjang ceritanya. terima kasih sebab sudi baca.
Alhamdulillah…sedikit sebanyak bila baca blog ni, terasa diri ini tak bersendirian. Ada juga kawan2 yang menghadapi benda yang sama. Bukan mudah rupanya untuk kita redha dengan ketentuanNya. Tak putus-putus berdoa pada Allah agar diberi kekuatan dan semangat untuk menghadapi masa yang mendatang. Cukup siksa nya Tuhan je yang tahu.. Betul lah, ia mendekatkan kita kepada Allah. Itulah hikmah nya, kita terlalu leka dengan nya sebelum ni.. Ya Allah Ya Tuhanku, kau tiupkan semangat kepada diri ku dan rakan2 di sini, semoga kami lebih kuat dan terus redha dengan ketentuanMu.
Alhamdulillah..
Assalammualaikum.. sy da baca artikel ni brulang kali.. sy nk mnta pndapat sikit.. sy tgah brcinte dgn lelaki yg bze umur nya 11 thun dri sy,,skrg ni sy 18 thun.. mgkin msih muda lgi kn.. tpi pikiran sy mtang. sy knal bf sy dri sorg kwn.. bf sy ni mmng baik, memahami, pnyng ckup smua sifat yg sy suka.. spnjng 2 thn knl dye xprnh brhnti ingt kn sy utk solat smpai masa nya sy trbuka hti utk baiki dri sy ni.. bf sy ni suami org. dn da ade ank.. pda mula nya sy xthu.. sy dpt thu dri istri dye.. sy mmng xdpt trime kne tipu mcm tu.. sy mula stop contact 6 bln.. lps tu sy cri dye sy call skdr nk tnya khbr.. kmi mula brkwn lgi.. smpai sy couple dgn dye skali lgi.. dye luah kn spnjng 6 bln sy xde,, mcm mne keadaan dye.. sy pun dpt nasib yg sme slalu rindukan dye.. sy thu mmng slh sbb sy nk kn suami org.. tpi dye ckp dye xkn cri pmpuan lain klau istri dye pndai jge,, tpi dye slalu abaikan bf sy.. mcm2 yg dye luah kn.. buat sy xsnggup nk lps kn dye, sy nekat nk trus kn hbuangan kmi..tpi sejak istri dye thu sy brhbung lgi dgn dye,, istri dye mula call, msg sy smula mnta sy tggl kn bf sy.. bnyk kali sy cube tpi ttp xblh.. kmi asyik putus couple je,, sy jga hbuang ni baik2. sy btul2 nk bhagia kn dye wlaupun di stu sisi sy asyik pikirkn btul ke ape yg sy buat ni.. mcm2 sy pikir smpai sy sakit.. baru2 ni isteri dye ade sms sy.. mnta sy jujur.. sy ckp kt isteri dye sy syg kn suami dye iklas sgt2 sy xmnta ape, sy cume nk bhagia kn dye.. istri dye ckp klau btul ape yg sy pilih ni dye akn tggal kn bf sy.. sy xnak sbb sy bf sy trpisah dgn ank dye.. sy xnk sbb sy rumah tgga org hancur.. sy btul xthu nk buat ape.. da brapa hri sy asyik xblh tdo pikir kn msalah sy.. mkn pun tak.. smpai sy sakit.. sy btul2 buntu.. di stu sisi sy nak tnggal kn bf sy tpi sy xthu nk ckp mcm mne .. da brapa hri sy cube utk bgi thu tpi xboleh.. sy xbrani nk ckp.. sy xbrni nk sakitkn hati dye,, sy xbrani nk buat dye sedih.. patut ke sy truskn hbuangan ni yg sy sdri xthu mne pnhujung nye.. da bnyk kli dye ajak sy khwin tpi sy tlg sbb sy nk smbung study lgi,, tolong sy bgi pndpt.. sy btul xthu nk buat ape.. sy trlalu syg kn dye..
Waalaikummussalam adik nurul.. awak masih muda, masih jauh lagi perjalanan, jika kamu sayangkan dia, doa-doa kan lah yang terbaik untuk dia dan semoga dia bahagia bersama isteri dia. Menyintai dia tidak semestinya memiliki dia. Saat umur adik ini masih muda pergi la mencari ilmu (sambung belajar) .
Adik nurul buat masa ni jgn tllu taksub dgn cinta..kamu blom kenal lg siapa bf kamu jgn menilai manusia mllui luaran..takut kamu menyesal dkemudian hari
Assalamualaikum…saya seorang pelajar berusia 19 tahun..dlm kelas saya ada seorang pelajar lelaki cina yg sngt peramah n baik..saya memg selesa berkwn dgn dia..tetapi a few weeks before final exam,dia mula menjauhi saya..saya ingt saya n kwn saya ade buat salah dgan dia..seminggu lepas tu, saya tanya dia apa salah kami..dia kata saya x buat salah pun..pastu dia ckp dgn cara kiasan yg dia sukakan saya..saya terkejut jgk..tpi dia kata, buat mcm biasa je..anggap yg dia x pernah ckp mcm tu kat saya..tpi,perbuatan dia semakin menunjukkan rasa suka terhadap saya menyebabkan hati saya yg mula2 x de perasaan sampai timbul perasaan suka terhadap dia..saya dah cuba lawan perasaan tu,tapi x bleh..saya dah buntu..tolong lah saya bgi jln keluar drpd masalah saya..selamatkan hati saya drpd perasaan suka terhadap seorang non-muslim…
Assalamualaikum. Saya dulu berkawan rapat, sangat2 rapat dengan seorang lelaki. Kami dah share mcm2 dlm tempoh 4tahun sy study ni. Pada mulanya, sya memang tdk ada perasaan langsung kat dia, hanya anggap sbg membe baik. Tapi lepas saya tamat pengajian, saya dah mula rasa saya perlukan dia dalam hidup saya. Tapi saya x pasti sama ada dia adalah jodoh saya. Sebelum sya tamat pengajian, dia pernah couple ngan sorg minah ni. Dan plan utk kawen, masa tu saya x kesah. Saya support semua yg dia nak dan sy aggap dia hanya sebagai sahabat. Tapi tiba2 dia putus dengan minah tu. Masa tu saya dh rasa pelik, saya xnak dia putus dgn minah tu sbb saya. Tp dia kata bukan, ada sebab lain. Dan kami teruskan berkawan. Sampai la satu tahap, saya sedari yg kami dah layan each other lebih dr seorang sahabat. 24/7 dok message, siap update smua benda kat each other. Masa tu saya mcm dah terbuka hati utk dia. Tp disebabkan sy syg friendship tu, saya try utk elakkan ad perasaan cinta. Tapi lepas sy balik ke kmpung halaman slepas tamat pengajian, rindu semakin kuat dan saya terbuka hati untuk berkata padanya. Jika dia betul nak serious, mai la masuk minang. Lepas kejadian tu kami pon couple. Tapi lepas dia bgtau family, konon nye mak ayah dia xnak org jauh. Nak org dekat2 ngan kg dorg je. Tapi time tu tgh hangat bercinta, saya sggup smbg belajar demi nak dekat ngan dia. Skg sy masih tgh belajar d tempat yg sma, tp xde angin xde ribut. Dia boleh nikahi ex dia yg dulu, sementara sy masih ad kat sini, stuck kena habiskan study gak. Dia boleh wat keputusn tu tanpa bincang apa2 dgn sya, dan mereka nikah dlm tempoh terdekat. Saya rs sgt ditipu, sy x sgka org yg sy betul2 hargai & percaya selama ni boleh buat saya mcm ni. Alhamdulillah benda2 ni buat saya kembali kpd fitrah, lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tapi sy belum redha sepenuhnya, tlg doakan yg terbaik utk sya. Semoga Allah buka jalan yang terbaik untuk saya selepas ni. Amin.
I’ve read a few just right stuff here. Definitely value bookmarking
for revisiting. I surprise how much effort you set to make this type of fantastic informative site.
Assalamualaikum admin,
Sy inginkan pendapat admin..sy da redha dgn ape yg terjadi dkt sy skrg..ptus tunang.. sy da buang sgala kenangan segala memori dan segala2 ttg bekas tunang.. sy dah x sedih dgn ape yg jadi..
tapi disetiap kali selesai solat sy pasti akn meminta doa moga Allah panjangkn jodoh kami.. temukan kami semula.. sy kadang2 keliru smada sy sudah ikhlas atas perpisahan ni atau blm?
perlukah sy berhenti berdoa dr meminta tuk Allah panjangkan jodoh kami?
Wassalam,
Nampaknya Ieka masih menyimpan harapan terhadapnya. Masih belum redha sepenuhnya. Nasihat saya, jangan berharap lagi. Mulakan hidup baru, look forward.
Ya, memang sukar untuk melupakan. Malah tidak akan terhapuskan dari memori sampai bila2. Tapi apabila kita sudah buang jauh-jauh harapan untuk bersamanya semula, InsyaaAllah redha itu akan muncul.
Maafkan apa terjadi dan belajar berdamai dengan takdir. Pasti Ieka akan jumpa hikmah disebalik kejadian ini.
Suatu hari nanti, sewaktu Ieka telah berkahwin dengan orang lain – bukan dengan si dia yang ieda idamkan, percayalah kita akan takjub dengan kebahagiaan yang dirasakan.
Letakkan keyakinan kepada Allah ya :)
sy telah berkawan dgn suami org selama 10 tahun…jarak umur antara kami juga jauh….segala2 kami kongsi bersama apetah lg dr hati dn perasaan……tlh beberapa kali sy cuba utk berpisah dgnnya….tp apekan daya….hati masih menyayanginya walaupun tau kami tak mungkin akan bersama…walau bagaimanapun, sy selalu berharap agar sy dpt jodoh yg lain…kerana tk sanggup utk lihat keretakan rumahtangganya…malah dia sendiri tk pernah menyuarakan hasrat utk melamar sy….pohon beri pandangan utk permasalahan sy ini..
Assalam. Bole sy bg pendapat..
Beberapa kwn sy pernah n sedang berdepan situasi yg lebih kurang sama..sy rasa, baek akak lepaskn sj lelaki tu sbb dia x berani utk janji apa2 kt akak waima nk jadikan second wife pun dia x pernah utarakan kan.. 10 tahun da kira terlalu lama utk menunggu sorg lelaki yg x berani nk fight utk rltnshp korg, to take it to the next level (kawen )..doa byk2 spya hati tenang , Allah akan ganti dgn org yg lebih baek.