
Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.
Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.
Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.
Menyayangi tidak semestinya memiliki.
Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”
Ya, Menyayangi Tidak Semestinya Memiliki
Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.
Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi?
Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.
Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia?
Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?
Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.
Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.
Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”
Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?
Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia?
Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia?
Hanya kerana satu sebab.
— Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.
“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”
Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.
Kenapa Takut Untuk Ikhlaskan Perpisahan Itu?
Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:
Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.
Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.
Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan.
Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.
Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.
Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.
Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.
Tapi sampai bila?
Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.
Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu.
Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.
Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”
Jika Terus Hidup Bersama Kenangan, Memang Mustahil Untuk Kita Lupakan Dia.
Move on. Ubah cara hidup kita.
Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.
Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.
Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.
Hanya kita yang alpa dan terleka.
Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
Dalam hadith kudsi Allah berfirman;
Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”
Manusia Akan Pergi Tinggalkan Kita Juga Walaupun Sejuta Janji Manis Yang Diberikan.
Walaupun segunung harapan yang dia berikan.
Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.
“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”
“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”
Ingatlah Untuk Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah Tersendiri.
Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya.
Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.
“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) – Ustaz Azhar Idrus”
Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.
Hanya perlu yakin.
Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia.
Demi kehidupan masing-masing.
Perasaan tak boleh dipaksa
Kita Mungkin Dipertemukan Dengan Orang Yang Salah Pada Awalnya. Itu Untuk Mengajar Kita Jadi Lebih Dewasa
Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan.
Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.
“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.
Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”
Jadi, macam mana?
Dah boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya.
Dah boleh redha?
Atau masih terpaksa?
Dekatkan diri dengan Allah dan kita akan dapat jawapan (:
Penutup: Allah Telah Menetapkan Kebahagiaan Untuk Setiap HambaNya
Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.
Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.
Kerana memang bukan untuk kita.”
Serahkan hati ini pada Allah.
InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.
Hati kita milik Allah.
Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.
Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah.
Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.
Pernahkah anda menghadapi perkara ini?
Bagaimana anda settle down?
Kami suka untuk mendengar pengalaman & pandangan anda pada bahagian komen dibawah.


Assalam..sy sdg belajar utk redha akan segala dugaan yg Allah beri utk sy skrg.
Selepas sy putus ngn ex, sy dikenalkan oleh kawan2 dgn beberapa org lelaki. Mereka semua baek2 dan lebih baik berbanding ex bf. Itu hikmah yg sy sedar slps ditinggalkn ex sy.. akan dtg org yg lebih baek dr yg dlu.
Tp kemudian ujian dtg lg skali. Antara lelaki2 tu, sy terpikat pd lelaki no 4.n sy pecaya dia pun rasa yg sama.. malangnya mak sy x merestui kami berkawan atas reason yg x jelas.. dan slps tu, lelaki tu kept on nasihat sy suruh sy jgn bantah ckp mak, ikut je ckp mak sbb restu org tua tu penting.. tp sy x bole. Sy terangkn kt mak sy. Smpai kami berselisih faham.. sgt sedih sy rase wktu tu.. sehinggalah satu hari, lelaki tu bg kata putus yg dia akan totally pergi dr sy.antara pesan terakhir dia, jangan belakangkan keluarga..sy x menghalang dia utk pergi..pilihan dia walaupun sgt sedih sbb susah utk sy rasa terpikat pada seseorg slps sy putus cinta yg dlu.. few weeks after dia left totally dr sy, mak sy tetiba pd satu hari telah bagi restu dia utk sy berkawan ngn lelaki itu.malangnya, lelaki itu da pergi.. xtaw nk rasa happy ke apa.haha
Skrg sy hnya mampu doa pada Allah, kalu btol dia jodoh sy, dia akan kembali. Allah akan kembali kan dia pd sy.. kalu bukan, ajarkan sy utk redha lg skali n kuat utk hadapi sume ujian ini.
bagus point point yg dinyatakan disini.in shaa Allah,sy akan jadikannya sbg panduan utk lbih mperbaiki diri sy yg sentiasa bdosa ini.Allahuakbar!!
Terlalu teliti membaca sampai tak sedar air mata berlinang.sekali lagi aku diuji dan terpaksa berhadapan dengan perpisahan.tapi berlainan cerita.aku brkawan rapat dengan seorang lelaki.rapat nak arwah.malangnya,dia dah ada awek.pd mulanya aku tak kesah sebab takde perasaan langsung dekat dia.sampai satu hari,aku sedar.hancur hati lihat telatah dia dgn aweknya.mungkin aku trlebih syg.begitu juga dia yg sering memberi harapan.tapi aku masih gagah utk teruskan berkawan.hingga satu masa,org sekeliling mula berbicara dan melemparkan tuduhan pd aku.aku membuat keputusan.utk mula menjauhkan diri dri kawan aku tuu.hancur hati ni tuhan je yg tahu.aku berkorban kebahgiaan aku demi kebahgiaan org lain.tapi dia tak mengalah.tak berhenti contact aku.aku berkeras dan mula memaki hamun supaya dia segera membenci aku.tapi tidak.dia tak ptus asa.sampai sekarang,aku masih Tersiksa dengan pengorbanan aku.Smpi lah aku baca article ni.kini aku sedar.Allah tentukan dia bukan untuk ku.terima kasih atas article ni.
Saya
artikel ini betul2 ada betul nya juga .. saya ada seorang wanita yang saya amat cintai .. kami sudah kenal dari sekolah rendah .. saya menyata kan cinta pada dia pada petengahan tahun 2010 .. lepas tu kami clash .. tahun 2011 kami kembali berhubungan lepas tu clash kerana dia memberi alasan nak fokus spm pada akhir tahun 2011 .. selepas spm saya minta get back pada dia .. dia just tak cakap apa2 .. kami juga berhubung selepas spm tapi sebagai seorang kawan pada tahun 2013 .. selepas beberapa bulan dia memberi keputusan .. dia suruh saya jauh kan diri daya dari dia .. dan dia suruh saya lupa kan dia .. kini dia sudah sambung belajar di makkasar indonesia ambil bidang perubatan bumi .. cuba bayang kan sudah kenal lama .. kapel walaupun setahun lebih dekat 2 tahun .. dia sangat berarti untuk saya .. banyak kami lalui bersama .. walaupun tak bersama tapi saya tetap juga nak ambil tahu tentang semasa dia .. hati saya sakit sangat tapi saya tak boleh nak move on dari dia .. tak tahu kenapa .. saya ni macam dah cinta mati sama dia .. saya kadang2 terfikir alangkah baik nya saya lepas kan dia .. tapi ternyata tidak bisa .. saya terlalu mencintai dia .. saya tak boleh lupa kenangan bersama dia .. sudah 4 tahun saya tunggu dia .. macam ni dia balas kat saya :'( .. sakit sangat perasaan ini .. hanya Allah je yang tahu .. what should i do right now ? 4 tahun saya single kerana tunggu dia tapi semua sia sia .. betul lah kata orang dan ustaz .. cinta ini tak akan kekal lama .. dan Allah boleh menarik semua rasa cinta orang itu kepada kita ..
Tersentuh hati saya , setelah membaca artikel ini…….dan sekarang saya sudah menyadari bahwa orang yg saya cintai , pergi meninggalkan saya ……berarti dia tidak baik untuk saya , dan Allah menggantinya dengan yang lebih baik
Berlinang air mata membaca ini.. kmi brsama sudah 2thn brpcrn dlm suka duka.. tapi tiada sangka tiba-tiba dia brkata tak pernah bs mencintai saya.. dan dia beralih mencntai wanita lain.dia brkata wnita inilah cinta sejatinya. . Aq hrs ikhlas dan menganggap 2th ini tak brmakna..walau aq menangis stiap mlm..
allah selalu ada untuk kita… jadi jangan takut… jika memang jodoh.. dia pasti akan kembali….
Allah selalu ada untuk kita… jadi jangan risau.. jika memang jodoh.. pasti akan kembali… jika bukan.. kita ikhlaskan saja… (:
.. betapa sarat & beratnya perasaan ini.. redha & ikhlasss…
terima kasih saya ucapkan …benar2 menusuk hati .
Allah sentiasa ada bersama kita..hanya kita kadang2 suka lalai daripada mengingatiNYA. Ampunilah daku Ya Allah.
Assalamu’alaikum.
tersenyum saya membaca artikel ini, tak henti air mata berlinang. terasa sesak napas saya saat merenungkannya. segala hal memang ada kala nya pertemuan dan juga perpisahan. sekarang ni saya juga tengah merasakan kehilangan. sakit rasanya. sungguh teramat berat. hati masih menyisakan beribu luka.
terimakasih kepada penulis yang sudah membuka hati saya untuk bersemangat kembali dan percaya segala keridhaan dari Allah. saya akan cuba aplikasikan nasihat pada artikel ini.
Assalamuailaikum
Sekarang memang ape yg ditulis olehnya.. Sekarang ana lebih mendekatkan dri yg maha esa
Walapun sudah berlama ia berlalu kesakitan masih lg dpt ana rase tiap kali ia datang ana tangisi yg allah hanya dia tempat ana mengadu
Ana harap ia semakin pulih dgn izin allah swt amim
Terkesan di jiwa..kita hambaNya akan diuji mengikut kemampuan kita. Tidak akn Dia zalimi kita walau sekali
Jika tiada bahu utk menangis, lantai sentiasa ada utk bersujud
– Masih ada perasaan kepada seseorang yang telah hilang dari hidup ini adalah kerana cinta pada hamba melebihi segala-galanya dari cinta kepada Allah s.w.t.
– Terlalu meletakkan pengharapkan kepada manusia semata-mata tetapi tidak pernah meletakkan pengharapan kepada Allah s.w.t.
– Melakukan maksiat secara tidak sedar kepada Allah s.w.t. (maksiat hati, telinga, mulut sbg)
– Semasa bersama dengan pasangan completly lupa kapada Allah s.w.t.
– Beribadah kepada Allah (solat, baca al-quran, zikir dsbg) tetapi fikiran masih teringtkan pasangan.
– Tidak pernah jejakan kaki ke masjid untuk berjemaah dan menuntut ilmu Allah kerana sibuk melayan pasangan.
Selepas Allah pisahkan kita dengan sidia, baru kita tahu kenapa Allah melakukan yang sedemikian kepada kita, kerana ketika bersama, kita terlalu alpa dan lalai dengan keindahan seorang sehinggakan kita terlupa kepada yang maha Esa…
Teruskan perjalanan hidup ini walaupun terpaksa merangkak untuk maju kehadapan, in sya Allah suatu hari nanti kita mampu untuk bangkit berjalan seperti biasa kerana adanya Allah bersama kita…
Sentiasalah bersangka baik kepada Allah s.w.t. keatas setiap apa yang telah Allah takdirkan kepada kita, minta diberi kekuatan untuk meruskan hidup bukan minta untuk tidak diuji dengan ujian yang berat kerana kita hanya hamba dan Dia adalah tuhan….
Moga kita kembali kepada Allah dengan hati yang tenang, in sya Allah
salam,sudah terang lagi bersuluh,kenapa saudara masih mdamba rasa cinta itu padanya.bile dia ckp apa yg merepek ni,kat ctu saja kita dah nampak permainan dia.Wanita yang ikhlas n telus takkan mmpermainkan kata kata walaupun dia claim hati dia tk mmpu lupa.maaflah,saya sekadar mberi pandangan,sebab saya pernah lalui rasa perasaan ditindas.kita tk mampu bganjak kerana perasaan syg kita masih bertapak,tapi bila kenangkan perangai macam tu,adakah itu insan yang kita yakin bakal menemani kita dgn setia spjg masa?renung renungkanlah.Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita.in shaa Allah,saudara akan ketemu yg terbaik bila saudara dah cuba buat yg tbaik sebagai seorg muslim .
assalammualaikum .. kisah ini yang saya hadapi ketika ini.. kami berkenalan hampir 6 tahun.. family kami sangat merestui hubungan kami .. dan sangat berharap kami boleh bersatu.. tapi jika Allah tidak redha maka kami tiada jodoh walaupun mudah jalannya.. disebabkan dengan 1 kesalahan yang dia buat saya terus menghukum hati ini dengan mengatakan saya tak cinta.. jauh dari sudut hati saya , saya amat memerlukan dia dalam hidup saya.. benar orang kata jika dia adalah jodoh kita yang telah tertulis, walau serimu juta halangan yang dihadapi tetap akan berjodoh, tapi jika tidak jodoh walau 1 rintangan di hadapi tetap tidak berjodoh .. dan dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan wanita pilihannya di sebabkan saya menolak lamarannya.. kenapa … adakah salah aku kerana menolak lamaran itu dan kau terus membuat keputusan utk berkahwin dgn yg lain… last kami bertemu sangat memilukan.. harapan kami hancur .. harapan keluarga hancur .. maafkan diri ini kerana tak memberi peluang utk dia …dan dia akan pergi selamanya… antara kita tidak berjodoh kerana itu adalah rahsia Allah.. dan saya percaya ..wanita itu adalah yg terbaik utknya… kenapa sukar saya redha …
Allah..apa yg awk lalui sama sebijik mcm sy lalui.. betul2 sama.. Smoga kita juga sama2 jd wanita yg tabah :'(
Seribu juta tu mksudnye satu billion la kan? :p
Assalamualaikum n salam ukhwah, Sy pn dlm situasi mcm tu.. nk xnk kta terpaksa korban kn walpn hal ni sgt2 sdih..
slalu je di uji dgn mcm2, nmun Allah telah tetap dan thu apa yg terbaik tuk hamba nya.
Kuat kn semangat.. come on all. sama2 kta cinta kn Allah dlu..
Assalamualaikum.. sy skg hadapi situasi ini.. sy coba utk lupakan dia.. sy coba untuk mngawal nafsu sy utk hntar text kat dya.. sy padam contact dya.. tp msih x dpt lpakan lg.. sy x thu prasaan dya kat sy.. dya slalu tman sy berchat.. slalu buat sy ktawa.. sy tkut dya buat bgitu hnya krana simpati… oleh itu sy nk sgt lpakan fya.. krn sy x hnti2 pikirkan dya.. apa ptut sy lkukan…
Bagaimana bila, jatuh nya itu bukan pada seorang kekasih ? tapi pada seorang teman, seorang teman 1-1 nya yg menurut kita dia adalah 1-1 nya orang yg dapat membuat kita bahagia ? seorang teman yang telah pergi meninggalkan kita, tak ada lagi komunikasi, tak tahu lagi keberadaan nya dimana, apa yang harus aku lakukan, udah hampir 3 bulan aku berlarut-larut dalam kesedihan macam ini… :'( segalanya udah ku lakukan, aku udah belajar untuk melupakan dia, tapi gak bisa, aku udah belajar untuk benci dia, tapi gak bisa juga, aku jugak udah mencoba terbuka pada orang lain, agar ada yang bisa gantikan dia jadi temanku, tapi ternyata gak ada yang bisa buatku bahagia selain kawan lamaku itu…. :'( tak pernah kulupa, aku selalu berdo’a keapada Allah, agar kesedihanku ini bisa dihapuskan, tapi sampai sekarang, aku masih belum bisa move on sedikit pun,, aku sekarang gg tau lagi harus kek mana….. :( :'(
assalammualaikum..hanya mmpu tersenyum membacm blog ni..biarpun air mata jatih ke pipi..sungguh merasa berkali2 kehilangan org yg trsyg..situasi yg sama..diberi kepercayaan tetapi dikhianati.berjanji tetapi di mungkiri..dan skrg dye ex sy meminta sy utk mnjdi kwn dye shj..krn dye ingin berbalik semula dgn kekasih lama dye..sungguh sakit terasa..sungguh perit ku rasa..tp kini sy nekad utk move on. semoga sy kuat dan tabah utk mghadapi semua ni..aminn..
Assalamualaikum.. situasi ni saya tengah alami sekarang.. sukar untuk saya lupakan kenangan bersama dia sejak 17/07/2011 sehingga 12/04/2015.. dulu semasa dia belajar saya yang beri sokongan kat dia.. saya jugak yang bantu dia masuk Universiti di tempat saya sebagai backup if tak dapat SPA dan akhirnya dia dapat masuk Nursing SPA.. dia curang dengan saya… saya 5 sem kat sini boleh setia tetapi dia baru 1 sem dah mudah lupa saya.. saya ditipu oleh si dia.. dulu dia yang lafazkan kata cinta kat saya dan berjanji serta sumpah untuk kekal bersama saya sepanjang hayat saya.. tetapi semenjak 12/10/2014 lepas saya tahu dia curang saya dapat tahu dia contact dengan lelaki lain.. masa tu saya nak tingggal kan dia tetapi dia menangis merayu pada saya.. sebab cinta saya terima dia…. tetapi sekali lagi dia curang pada saya dan saya mempersoalkan kat dia pada 12/04/2015 yang lepas.. masalah nya kenapa dia menipu?? sehingga hari terakhir kami dia still bersumpah sayang dan nak kahwin dgn saya.. kenapa dia cakap cintakan saya dan berjanji serta sumpah ingin berkahwin dgn saya sepanjang dia curang?? dia igt saya bodoh tak tahu dia curang… kenapa dia buat mcm tu?? masa saya boleh tinggalkan dia, dia merayu… tapi sekarang saya yang merana.. hati saya masih tak redha biarkan dia pergi.. dia cinta pertama saya.. 1366 hari kami lenyap mcm tu.. last sem time saya exam dia buat hal… sem ni last sem saya kat Universiti ni dia tetap buat emosi saya terganggu time exam… kenapa kenapa kenapa…………….. sampai hati……
2 sem sy hancur result sebab perempuan..dah hampir setahun..tapi rasa kecewa tu ad lagi