
Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.
Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.
Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.
Menyayangi tidak semestinya memiliki.
Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”
Ya, Menyayangi Tidak Semestinya Memiliki
Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.
Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi?
Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.
Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia?
Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?
Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.
Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.
Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”
Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?
Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia?
Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia?
Hanya kerana satu sebab.
— Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.
“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”
Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.
Kenapa Takut Untuk Ikhlaskan Perpisahan Itu?
Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:
Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.
Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.
Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan.
Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.
Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.
Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.
Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.
Tapi sampai bila?
Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.
Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu.
Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.
Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”
Jika Terus Hidup Bersama Kenangan, Memang Mustahil Untuk Kita Lupakan Dia.
Move on. Ubah cara hidup kita.
Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.
Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.
Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.
Hanya kita yang alpa dan terleka.
Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
Dalam hadith kudsi Allah berfirman;
Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”
Manusia Akan Pergi Tinggalkan Kita Juga Walaupun Sejuta Janji Manis Yang Diberikan.
Walaupun segunung harapan yang dia berikan.
Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.
“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”
“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”
Ingatlah Untuk Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah Tersendiri.
Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya.
Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.
“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) – Ustaz Azhar Idrus”
Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.
Hanya perlu yakin.
Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia.
Demi kehidupan masing-masing.
Perasaan tak boleh dipaksa
Kita Mungkin Dipertemukan Dengan Orang Yang Salah Pada Awalnya. Itu Untuk Mengajar Kita Jadi Lebih Dewasa
Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan.
Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.
“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.
Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”
Jadi, macam mana?
Dah boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya.
Dah boleh redha?
Atau masih terpaksa?
Dekatkan diri dengan Allah dan kita akan dapat jawapan (:
Penutup: Allah Telah Menetapkan Kebahagiaan Untuk Setiap HambaNya
Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.
Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.
Kerana memang bukan untuk kita.”
Serahkan hati ini pada Allah.
InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.
Hati kita milik Allah.
Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.
Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah.
Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.
Pernahkah anda menghadapi perkara ini?
Bagaimana anda settle down?
Kami suka untuk mendengar pengalaman & pandangan anda pada bahagian komen dibawah.


Sekarang saya dah tak tahu hendak apa. Mula-mula saya kenal dia, perlahan-lahan kami berdua menjadi kawan. Saya perasan dia selalu pandang saya lama, berkakli-kali dia buat macam tu. Sampai satu hari saya tanya kenapa dia pandang saya macam tu? Dia pun terus tukar topik. Sampai sedar tak sedar saya mula crush dan fell in luv dengan dia. Sampai saya setiap kali rindukan dia, saya cuba cari idea topik apa saya hendak berbual dengan dia. Lepas itu, saya tak dapat pendam lagi saya luahkan perasaan saya melalui sms dan telefon. Saya cakap saya hendak luahkan saja, tetapi belum bersedia untuk apa-apa komitmen. Then, dia diam-diam ja. Dia cuma cakap, “alah, itu pun hendak malu nak cakap, cakap je lah”.
Jadi saya buat keputusan rasa hendak menghilangkan diri daripada dia, tak nak berhubung lagi. Jadi adakah ini yang sepatutnya saya buat? Kenapa dia suka menatap mata saya lama semasa berbual, sampai saya terdiam pun dia masih pandang? dia malu hendak cakap apa yang dia rasa ke?
Saya turut akui.. sekarang sya berada d dalam keaddan yg sama.. 7tahun menyulam kasih… bertunang… tp… baru 4bulan bertunang… dia katakan dia tidak mahu meneruskan perhubungan… hanya Allah saja yg tahu…. bgaimana perasaan ketika itu… hampir selangkah untuk ke jinjang pelamin… sakit untuk melepaskan sehingga kini… tp sya tetap dan tengah mencuba… mncuba dan berdoa agak d tabahkan hati untuk mengharungi semua ini… sungguh berat rasa beban d hati kerana terlalu merindui…. kekelip mata hati manusia berubah… sungguh.. sya mengenali beliau d kala kami tiada apa2… bermula pertemuan menggunakan bas.. basikal… motosikal sehingga kereta… sekolah…study sehingga kerja… terlalu byk kengangn bersama… kenapa d ketika hampir ke pelaminan baru mengatakan semuanya serba tak kena…. sungguh hancur hati… penat jiwa… terluka raga… untuk melupakan insan yg terlalu byk memberikan kenangan.. tp sya percya.. smua telah d rencana Nya… hanya Dia mengetahui apa sebenarnya…. sya berdoa agar ada bahagia dan sinar d hujungnya… sekiranya dia bukan tertulis untukku…redhakan lah hati ini untuk melepaskan… tp sekiranya dia tetap jodohku… ku bermohon agar di saat dia menjadi imamku nanti.. Allah telah menjadikan dia lebih smpurna untuk membimbingku ke Jannah Mu… sesungguhnya perancanganNya.lebih hebat dri perancangan ku…
Assalamualaikum sahabat yg di kasihi Allah…sy setuju dgn artikal ni sbb sy dh laluinya.nasihat sy,jangan takut lepaskan dia pergi…..jangan risau bile fikirkan kamu akn sendiri….semua tu tak kan terjadi.kamu tak kan sendiri.Allah tu sangat Maha Pengasih.lps sy redha ditinggalkan,dgn tak disangka sy jd wanita yg sgt bahagia.walaupun tanpa kekasih di sisi.tp sy hidup seperti punya kekasih yg terlalu ambil brt ttg sy,yg terlalu cintaaaa kn sy.perasaan yg sy x rasa smasa sy bercinta dulu sy rasa sekarang.i m sooo happy dgn cinta bersama Allah.ltk Allah dlm hati,kamu akan jd wanita yg teramat bahagia walaupun tanpa teman lelaki.Allah tu sgt syg dan cintakan kita.
Salam. Alhamdulillah. Artikel yg sgt membantu. Saya skrg tengah melalui nya. Baru je skrg ni. Sya tgh exam skrg tp kene mcm ni. So far my relay dgn bf okay je. Dah 3 tahun couple. Takpernah ada masalah besar habis kuat pun gaduh2 biasa. Takde ribut takde petir tetiba dia bagitahu yg hati die dah kosong. Dah tajdr perasaan syg cinta rindu kat saya. Hm sedih nya tu Allah je yg tahu. Dah puas merayu bagai tapi si dia pulak merayu lepaskan dia. Alasan nya stress dgn kerja smpi takda perasaan nak bercinta skrg. Hm sedih nya sbb saya dah last semester minggu depan dah nak habis belajar dah rancang nak enjoy2 dgn dia sbb dah habis belajar. Jarang jumpa sbb saya belajar Nilai dia stay Pahang. Mmg bukan jenis dia lah nak ada org lain..Dia jenis yg banyak sgt berkorban utk saya. Family dua2 dah kenal. sedara mara pun dah kenal. Pendek kata, mmg si dia ni perfect ah. Tapi taktahu kenapa tertiba boleh berubah. Sedih sgt rasa ni. Mujur ada kawan2 & family yg faham. Tapi sekejap ok, nanti nak tidur sedih lah menangis je kerja. byk sgt kenangan bersama. Takda tempat lah yg tak pernah pergi bersama. Hm mati akal dah rasa skrg tp bila baca artikel ni lega sikit. Tapi yela nak ambek masa utk move on tu hm tak kuat lah… Sedih sangat skrg ni dah mcm2 plan tertiba jadi mcm ni. Mmg takboleh nak fokus lah dgn exam ni. hmmm tolong saya kawan kawan
Wsalam Fatin.. Sy dpt rasakan apa yg fatin rsa. Sy pernah ada kekasih bcinta slma 7 tahun. Pd sy dia seorg yg sgt baik. Dia xpnah mtak putus spnjg phubungan. Tp tetiba je dia tggalkan sy smggu slpas plning utk bkhwin n konvo. Hanya Allah sj yg tahu prsaan sy pd waktu tu.Tp skrg sy bjnji dgn dri sy, sy akan kuat,sy akan iklaskn dri n redha sbb sy yakin tentu ada sbb smuanya blaku.. Tentu Allah nak suprisekn sesuatu..So, skrg ni Fatin pon kena kuat.. mcm mn pon kena kuat.. jgn merayu lg pd dia.. Biarkan dia pergi. Kembali pd Allah. Luah pd Allah apa yg kita rsa.. Biar Allah bantu kita.. Insyaallah kita akn tenang lepas tu. Focus pd exam. Mak ayah nak tgk kejayaan fatin. Xkan sbb dia Fatin nak gagal dlm exam. Xkan sbb dia Fatin xkonvo tahun ni kan.. :)
kadang2 apa yg kite impikan tidak mnjdi knyataan…kte hrgai org yg kite syang dgn kesetiaan n kejujuran..tp dibalas dgn pnipuan..mgkin kite akn terfikir apa salah kite dibals dgn cre mcm ni..tp percyalah itu adlah ujian terbaik dri Allah untuk mnguji iman kita..bersyukurlah kita tidak terplih untuk mnganiayai perasaan org..smoge kite bertemu dgn psgan yg bek didunia dan diakhirat..Amin..
Saya kini sedang mengalami situasi seperti diatas.Apa yang sedang saya rasakan adalah,nak dilepaskan sayang..tak dilepaskan pula rasa sakitnya.
Slm..sy jgk sdang rsakan ini..skit trime kkecewaan ats kcurangan dy..tp syg tu msih ade..skng sy bg ruang tok kmi pk kn ape yg trbaek,sy trpkse pk sdlam2nya krana saya dah jd sah n hlal utk dy.6 taon kmi brcnta kmi bhgia,..lpas je kmi halal,dgaan sgt hbat,ye ALLAH dtgkn ujian sbb rndukan rntihan sy..akhrnye skng sy hdapi dgaan ni ngn lbih tenang.skng sy hnye ntikan kptusan dy..sy rdha andai sy bkn plihannye..insyaAllah ALLAH akn ttp brsme sya…aamiin..
Assalammualaikum, saya begitu tersentuh hati dengan artikel yg dipost.sememangnya benar kata orang menyebut ungkapan redha tu tak semudah melakukannya..lebih2 lagi diri terasa dikhianati dan diperbodohkan setelah bertahun lamanya bersama.hancurnya perasaan dan hati ini hanya Allah saja yg tahu..sesungguhnya Dia la sebaik perancang kita manusia hanya mampu berdoa agar diberi petunjuk..alhamdulillah hati saya kini sudah mulai tenang dan semoga anda juga menemui ketenangan yg dicari.inshaallah.
Alhamdulillah awak telah menemui ketenangan tersebut..sya sedang berada dlm situasi dikhanati setelah betahun lamaya setia bersama dan hancurnya hati tu, saya rasa apa yg awak rasa..saya ingin merasa redha dengan apa yg terjadi dan ingin merasa ketenangan tersebut..saya harap saya boleh merasai nya..
eh. jangan fikir diri sendirilah. Najib buat semua tu bersebab bukan saja saja. tak fikir ke? Malaysia dah banyak melabur. banjir, Kapal terbang lagi. tak ingat ke kejadian yang menimpa malaysia 2014. banyak benda berlaku. dan banyak benda yang malaysia hilang. tak kesian ke dekat mangsa banjir? tak kesian kat family penumpang kapal terbang. Fikir matang boleh! orang lain miskin jugaklah.
ape yang saya alami sekarang. terkurung dari keegoan lelaki. saya rasa dipermainkan. MasyaAllah rasa dia. perit sakit yang amat sangat. tapi saya cuba tabah, saya cuba jadi kuat didepan dia. dia suruh saya lupakan dia. tapi setiap masa dia akan update “aku sayang kau, tapi aku takut kau tinggalkan aku” saya keliru dengan ape yang dia cuba buat. saya tak faham. dia sangat tegas, dia sangat angkuh. tapi setiap cara dia. membuat saya berubah. dulu saya seorang yang sangat sosial. bergaul dengan lelaki dan perempuan yang bukan mahram. bersentuh sana sini. dia pernah tegur saya” tak elok perempuan keluar malam. kau tu perempuan jaga adap, kau ingat ade ke lelaki yang nak kawin ngan perempuan macam kau, keluar sana sini. aurat tak jaga” saat tu saya rasa diri saya hina sehinanya. sikit demi sikit saya cuba berubah. saya sayang dia. sayang sangat. saya cintakan dia. tapi cara dia menyayangi saya, saya keliru dengan tindakan dia. kadang saya terluka juga dengan kata kata dia. tak pernah nak tapis. cakap pakai lepas je. saya rindukan dia. Ya Allah.
assalamualaikum wr wr, Saat ini saya sedang mengalami kesedihan dan kebingungan saya dan tunangan sedang ada masalah, memang salah saya selama ini saya selalu membuat dia sedih karena kemanjaan dan ke egoisan saya tapi jujur itu semua karena saya cinta dan cemburu, suatu hari saya membuat dia marah karena saya me like foto laki laki lain d tango dia marah besar dan bilang sampai di sini hubungan kita dan dia ingin menikah dengan wanita lain karena sakit hati sama saya.. Jujur saya lakukan itu karena saya hanya ingin buat dia cemburu dan lebih memperhatikan saya tapi ternyata dia tetapi ingin putusin tunangan kami, dengan segala jerih payah saya akhir’y dia mau memaafkan saya tapi sekarang dia berubah sikap’y dingin hanya memberi kabar seperlu’y dan tidak ada lagi kata2 khwatir dan mesra dari’y ya Allah saya sangat menyesali perbuatan manja dan bodoh saya… Sekarang sudah hampir 1 bulan sikap’y dingin terhadap saya apa yang harus saya lakukan saya sangat takut kalau dia benar2 ingin melupakan saya pelan2 dan menikah dengan wanita lain ..
Mungkin ini yg terbaik. Thanks. :)
Saya pun tengah menghadapi situasi nie skrg….Saya tidak kuat untuk melepaskan dia pergi smpai skrg saya belum ikhlas lgi lepaskan dia pergi..Dia ialah Orang yg berjaya ubati luka di hati saya Org yg berjaya masuk ke dalam hati saya setelah lama saya menyendiri…Kami dah plan nak kawin tapi ada dugaan berat yg kami terpaksa hadapi, family dia telah memilih calon untuknya…Hancur hati nie tuhan ja yang tau bila dia cakap mcm tu..Saya n dia still teruskan hubungan mcm besa walaupun tau hubungan nie x tau sampai mana…. Hmmmm beberapa hari yang lepas saya dapat berita lgi dri dia yang family dia nak dia jumpa n family dia paksa dia kawin ngan calon yg emak dia pilih…Ya Allah besar btl dugaan mu hancur sngt hati nie bila tau…Tapi saya x dpt salah kan dia sebab dia tersepit antara saya n family dia dan saya sngt2 menyayangi dia n saya sngt mencintai dia..Sampai skrg saya tido berteman kan air mata jika saya teringat dia…Ya Allah semoga cepat atau lambat kau ikhlaskan hati nie tuk lepaskan dia pergi dri hati nie jika dia mmg bukan tertulis untuk hambamu ini…Benar kata CikDaa menyayangi tidak semestinya memiliki.. :(
Salam.. sy sedang cuba untuk melalui kehidupan yg baru 5 bulan bersama 2 org anak yang ditinggalkan.. Janji Allah itu pasti.. sudah sampai masanya Allah memangggil suami saya setelah janji yang dimeterai tiba tepat pada ketika waktu nya.. tanpa kata2 terakhir dan secara tiba2.. Allah hanya pinjamkan untuk saya selama 9 tahun 3 bulan.. buat anak2 (9 & 7 thn) yang masih memerlukan seorang ayah di sisi.. belum puas kami menumpang kasih dan membina impian bersama seorang ketua keluarga.. tapi..Allah lagi menyayangi dia dari kami semua.. pilu sedih perit dan macam2 perasaan yang xdpt digambarkan.. bila tiba hari2 istimewa.. seperti birthday. wedding anniversary.. hari raya. mungkin hanya airmata yang datang bertamu.. pertama kali sambutan xcukup ahli keluarga.. hanya berdoa agar Allah tabahkan hati kami sekeluarga dalam menjalani kehidupan seharian tanpa kehadiran suami dan ayah anak2 disisi.. berdoa agar Allah tabahkan hati dlm membesarkan anak2 sendirian… berdoa agar Allah satukan kami kembali sekeluarga di dlm syurga nya utk kehidupan yang akan dtg…
Terharunya baca ruangan blog ni..tersentuh perasaan..betul2 situasi yg sama sy alami..(nak copy paste letak dlm blog sy jugak).
Saya pn tgh hadpi kehilgan org y sya syg…dye dtg mmbri harapn…kami msg2 syg2 tp bila hadir org bru y cntik,lmbut, semua nye hlg…dye mula brubah…dye mula tgglkn kn sya dlm diam… shgga la sya dpt tahu dye dh couple.. hancu,luluh,kcewa,perit dri sya nk trma…byk kngan antara kami… yrkilan sya nk jd kn dia suami ku… sya cuba redha law tu bkn kehendak dari Nya…. dya pgg janji Allah… “Allah maha adil” … mnkin skrg sya brsdh mgkin nnt sya bhgia…. amin…..
Assalamualaikum semua sahabat2…dh lme sy ingin pergi untuk kbhgiaan sidia krana adik sy sndri…dh 5thun sy bersama sidia bnyak kngan phit dan mnis brsma…tpi dsbbkan adik sy yg suke buatkan dia skit ati dan brdndam…stiap kali brbaik psti sidia akan ulang bnda yg sma dsbbkan adik sy prnah brckp ksar dan adik sy juga buat dia mnderita…mkin lma bersama die smkin mnderita…mlah dia prnah ckp smpai mati dia xkan maafkan ape yg adik sy buat…sy hnye brdoa untuk dpt cpai kbhgiaan…tpi bnde yg sma trjdi brulang2 kali dsbbkan pertmuan pertma kali sidia ngn adik sy…sy xsnggup tngok dia mnderita tpi sy xboleh lpaskan dia krna hati sy trlalu sygkan dia…tpi sy cuba untuk lpaskan dia demi kbhgiaan dia…artikel ni sngat mmbntu sy untuk kuat mlpaskan sidia pergi untuk kbhgiaan dia…trima ksih
kadang² hati berkata redha..tapi kadang² hati terasa amat sangat kehilangan dia..sampai menitis airmata bila rindukan dia,kenangkan dia,kenangkan kenangan bersama..jujur sy akui,kami tak pernah bersua muka lagi dan hubungan ini hanya bertahan selama 5 bulan..walau kami tak pernah bersua dan hubungan hanya bertahan 5 bulan,tapi sy rasa dialah yg terbaik pernah hadir dalam hidup sy..sebab dia banyak mengajar sy tentang kehidupan,banyak beri nasihat,dan berjanji akan menjadi isteri sy..sy sangkakan hujan sampai ke petang,rupanya hujan ditengah hari..sedang sy sudah ukir nama dia dihati,sy diuji dengan khabar tentang pertunangan dia..hancur hati bagai dipanah petir dengan perbuatan dia yang menanyaia sy..dia kejam..!!!
tapi selepas seminggu pertunangan dia,dia kembali semula dalam hidup sy dan mengatakan yg dia ingin putuskan pertunangan tersebut dan ingin bersama sy semula dan dia tidak bahagia dengan pertunangan ini..pd mase tu hati sy gembira tak terkata..walaupun sy tahu itu sangat² mustahil akan terjadi..sy pesan pd dia buatlah solat istikharah utk minta petunjuk dr Allah..dia ade bgtahu sy yang dia ade bincang dgn keluarga dia yg dia taknak teruskan pertunangan nie,seperti yg sy jangka memang dia dpt tentangan dr keluarga dia dan tidak mengizinkan dia memutuskan pertunangan itu..dia tetap berkeras utk kembali dgn sy ( sy taktahu sejauh mana kebenaran kata² dia yg ingin kembali dengan sy )..selepas beberapa hari kemudian sy berseloroh bertanyakan pd dia “bila sy boleh dapat kembali hati awk utk kedua kalinya”?.. dia pon menjawab, “ape yg awk merepek nie”?
dekat situ sy da dpt rasa yg kata² dia sebelum nie mungkin hanya gurauan..
cuma sy keliru sekarang nie,knp dia perlu kembali dlm hati sy dan mengatakan yg dia ingin kembali pd sy dan dia tidak bahagia dengan pertunagan dia?
sy keliru sangat..adakah dia hanya ingin mempermainkan perasaan sy?
dan ape yg perlu sy lakukan skrg..?
jujur sy akui,sy memang berharap dia akan kembali dgn sy semula..
salam,sudah terang lagi bersuluh,kenapa saudara masih mdamba rasa cinta itu padanya.bile dia ckp apa yg merepek ni,kat ctu saja kita dah nampak permainan dia.Wanita yang ikhlas n telus takkan mmpermainkan kata kata walaupun dia claim hati dia tk mmpu lupa.maaflah,saya sekadar mberi pandangan,sebab saya pernah lalui rasa perasaan ditindas.kita tk mampu bganjak kerana perasaan syg kita masih bertapak,tapi bila kenangkan perangai macam tu,adakah itu insan yang kita yakin bakal menemani kita dgn setia spjg masa?renung renungkanlah.Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita.in shaa Allah,saudara akan ketemu yg terbaik bila saudara dah cuba buat yg tbaik sebagai seorg muslim .
Assalamualaikum..
thanks atas prkongsian ilmu ini. Ya, sy sngt setuju dgn artikel d ats. Sememangnya susah utk melupakan seseorang yg tlh berlabuh d hati kita. tetapi tiada yg mustahil jika kita serius utk melupakan si dia. Insya-Allah ^_^ . sy sndiri pun sdah prnah mengalami hal dmikian. mmg pahit pd mulanya, ttpi psti ada hkmah d sbaliknya.
Alhamdulilah. Stiap kali sy sedih sy akan bca blog ni.bgai ada yg mnasihati, sy kuatkan diri. Perpisahan mmg mnyakitkan.Rasa down sgt2,bgai dlm mimpi,brpsah dgn org yg kita syg. Dan kini bkn milik kita lg.tp inilah realiti nya.sy sdg blajar utk redha dan ikhlaskan sepenuh hati. Sy masih kekuatan drp Allah swt. Smga kita smua trus kuat utk truskan khdupan. Amiin. Trma kasih.
Alhamdulillah. Stiap kali sy sedih, sy akan bca blog ni,wlaupun byk kali mmg xjemu sbb bila baca blog ni bgai ada yg menasihati sy utk jd kuat, redha , terima ketentuan Allah. Saat perpisahan mmg takkan sy lupa. Trlalu sdih, rasa down sgt.macam mimpi, org yg kita syg, kini tidak lg brsama kita. Tp itulah realiti nya. Sakit dan sy Masih mencari kekuatan drp Allah swt. Trma ksih.