Perkara Terbaik Untuk Mencapai Kebahagiaan: Jangan Takut Lepaskan Dia Pergi & Ikhlaskan Perpisahan Itu

kebahagiaan
melepaskan untuk mencapai kebahagiaan * love will tear us apart by karoluzz

Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.

Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.

Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.

Menyayangi tidak semestinya memiliki.

Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”

 

Ya, Menyayangi Tidak Semestinya Memiliki

Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.

Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi?

Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.

Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia?

Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?

Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.

Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.

Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”

Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?

Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia?

Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia?

Hanya kerana satu sebab.

— Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.

“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”

“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”

Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.

Kenapa Takut Untuk Ikhlaskan Perpisahan Itu?

Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:

Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.

Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.

Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan.

Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.

Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.

Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.

Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.

Tapi sampai bila?

Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.

Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu.

Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.

Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

 

Jika Terus Hidup Bersama Kenangan, Memang Mustahil Untuk Kita Lupakan Dia.

kebahagiaan

Move on. Ubah cara hidup kita.

Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.

Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.

Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.

Hanya kita yang alpa dan terleka.

Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.

Dalam hadith kudsi Allah berfirman;

Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”

 

Manusia Akan Pergi Tinggalkan Kita Juga Walaupun Sejuta Janji Manis Yang Diberikan.

Walaupun segunung harapan yang dia berikan.

Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.

“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”

“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”

 

Ingatlah Untuk Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah Tersendiri.

Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya.

Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.

“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) – Ustaz Azhar Idrus”

Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.

Hanya perlu yakin.

kebahagiaan

Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia.

Demi kehidupan masing-masing.

Perasaan tak boleh dipaksa

 

Kita Mungkin Dipertemukan Dengan Orang Yang Salah Pada Awalnya. Itu Untuk Mengajar Kita Jadi Lebih Dewasa

Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan.

Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.

“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.

Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”

Jadi, macam mana?

Dah boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya.

Dah boleh redha?

Atau masih terpaksa?

Dekatkan diri dengan Allah dan kita akan dapat jawapan (:

 

Penutup: Allah Telah Menetapkan Kebahagiaan Untuk Setiap HambaNya

Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.

Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.

Kerana memang bukan untuk kita.”

Serahkan hati ini pada Allah.

InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.

Hati kita milik Allah.

Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.

Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah.

Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.

Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini

Perpisahan memang sesuatu yang sukar untuk dilalui, pasti banyak air mata yang jatuh dalam proses menguatkan kembali hati.


Pernahkah anda menghadapi perkara ini?

Bagaimana anda settle down?

Kami suka untuk mendengar pengalaman & pandangan anda pada bahagian komen dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

444 thoughts on “Perkara Terbaik Untuk Mencapai Kebahagiaan: Jangan Takut Lepaskan Dia Pergi & Ikhlaskan Perpisahan Itu”

  1. Allahamdulillah fi kulli hal..
    Bismillahirahmannirahim
    Saya mula melepaskan dia pergi namun perkara lain yg ganggu fikiran saya, cemburu dgn orang lain..kind of perasaan yg sangat teruk…sekarang tgah belajar untuk redha dan bangkit sendiri..saya risau keputusan saya ni buat org yg di sana terluka…semoga dia faham. Aamin~~ doakan kami…semoga Allah permudahkan segalanya…aamin~~~

    Reply
  2. Sy blum lg, bersedia,, untuk perpisahan ini,, wlau perit terima jua,, demi anak2,,, wlau tiap hari dikatakn sy menangis,,,9 thn sy mnderita demi ank2 sy korbankn,,,, xpi smpai bila,,, sy xkuat utk hadapinya,,,, wlau hati ini mernta untk pepisahn,,,,, xpi bla mmikirkn ank2 sy lemah,,,,,

    Reply
  3. mungkin ini perkara biasa untuk dipercayai.. tetapi sudah setahun usia perpisahan kami.. namun saya masih tidak dapat melupakan dia.. dialah org yg pertama saya cintai sebegini.. namun, saya masih tidak dapat meredhai hubungannya dengan kekasihnya itu.. setiap kali saya mengingatinya atau berborak dengannya, air mata pasti bergenang sehinggakan saya terpaksa berpaling muka untuk menenangkan diri.. saya berharap agr informasi ini akan mengubah saya..

    Reply
  4. Assalamualaikum, 7feb 2015, tertarik saya untuk lawat blog ni. Allahu rabbi, selama ni saya mencari kekuatan dalam hidup saya. Siapa sangka, 4tahun saya bersama dengan dia, dia meninggalka saya tanpa sebab. Bila saya tanya kenapa, dia cakap dia dan orang itu telah buat solat istikarah dan telah nampak jalannya. Tapi saya terima, dan saya lepaskan si dia, walaupun sakit. Ibarat saya tak sanggup bila orang yang saya sayang, berubah untuk orang lain. Perit kecewa sedih satu rasa dalam hati ini. Tapi berapa lama kita dengan orang tu, tak menjamin apa apa jika si dia berubah hati. Tapi saya redha dengan ketentuan ini. Insha Allah. Amin. Terima kasih.

    Reply
  5. Berat memang lepas org yg kita sayang.
    Blg ikhlas, tp hati msh sedih, perih, sakit & mnangis.
    Jiwa terasa hampa, hari2 jd sepi, lemah tak brdaya, spt hlg arah, hlg harapan & khlgn tujuan.
    Semua yg dilakukan selama ini jd spt sia2.

    Tp jiwa & hati ini milik Allah.
    Jd kita kena dekat pd Allah. Dekat & selalu dekat pdNya & minta pd Allah tuk kuatkan kita dlm menghadapi ini semua & tetap berusaha tuk ikhlas seikhlas-ikhlasnya menerima sgala ketetapanNya.

    Betul kt2 ini : walau si dia hebat, bagus, mcmana sekalipun, tp Allah dh tetapkan dia bkn yg terbaik buat kita..
    Jd kita perlu Sabar… Shalat.., krn itu adalah penolong kita. Gitu kt Allah.

    Terimakasih dg blog ini. Saya suka dg blog ini. Menyentuh, berikan jalan keluar & beri semangat utk kita melangkah kedepan jauh lbh baik.
    InsyaAllah…
    Aamiin…

    Reply
  6. Kami telah bercinta selama 9 tahun, macam2 dugaan yg berlaku sepanjang hubungan kami, couple, putus, couple, putus, hmm X taw nk ckp ape, akhirnya kami sepakat untuk berkahwin, selepas merisik, saya dapati die curang dgn saya, bukan sekali die curang dgn saya, tp kenapa hati ni masih syg kan die, masih pk kan die lagi, dgn umur saya yg sudah 30 jd begini, macam2 kenangan kami berdua, die ubah saya, die dewasa kan saya selama 9 tahun ni, sama lah saya kepada die, disebabkan rumah kami terlalu dekat, susah utk lupakan die, kenapa die wat saya begini, die tinggalkan saya untuk pergi kat laki lain, mgkin saya X mampu bahagia kan die, ataupun cinta terlalu lama, ya Allah, tolonglah wat saya lupakan die, saya harap die bahagia bersama kekasih baru, amin walaupun hati saya X merelakan nya, tolong la kuat kan diri ku ya Allah, terlampau banyak kenangan kami, setiap hari kami bersama, semua aktiviti dilakukan bersama, X tak mcm mana nak lupakan die, ya Allah tolonglah

    Reply
    • Assalamualaikum,

      walaupun sy tk selama awk, tapi kita memiliki masalah yg sama.. sy masih mengumpul kekuatan untuk lepaskan dia pergi. setiap hari sy tahu nada dia bercakap, sms, sudah semakin tiada “perisa”. walaupun dia masih tidak menyebut perpisahan, tetapi sy sudah pupuk hati ini supaya bersedia, dan redha jika perpisahan berlaku. sy yakinkan diri, sy dah buat yg terbaik utknya, buat apa bersama dgn org yg tk pandai menghargai kita. pedih tu mmg pedih.. tapi ini kenyataan yang Allah uji kepada sy. sy harap awk byk bersabar dan Allahm menyimpan seseorang yang lagi baik utk awk. cuma mungkin belum masa di dipertemukan..

      Reply
  7. Assalamualaikum semua..saya pun nak berkongsi cerita..dari zaman sekolah saya berkawan bermacam perangai lelaki yg sya dah tahu..saya xnak la ceta kisah bekas2 kekasih saya tu..saya cuma nk ceritakan tentang kehilangan kekasih selama2nya..ini adalah ujian terbesar yg pernah sya lalui,ini lah kali pertama saya kehilangan kekasih bt selama2nya..saya xtahu apa nk bt selepas dengar khabar dia meninggal..memag tubuh saya masa tu lemah sgt bila dgar khabar tu..2,3 hari xlalu nk makan,n xde mood nk g kerja..sbb bg sya,arwah kekasih ni sangat istimewa dalam hati saya berbanding ex2 saya yg dulu..pemergian dia sgt menyentuh hati hingga skrg..tarikh kami berkasih sama dengan bulan kelahiran arwah,manakala tarikh pemergiannya pula sama dengan bulan kelahiran saya..so,mmg agak sukar tuk saya melupakan arwah..selain dri tu,mak arwah ada mmberikan satu helai bju arwah yg selalu dia pakai sbgai kenangan..sya di beritahu oleh rakan yg mengenali arwah yg mengatakan arwah nak melamar saya selepas arwah selesai tugas di abu dhabi 6 bulan nnti..tp xsempat semua tu..saya sedih dan terkilan…apa pn saya redha dengan pemergiannya..semua org akan pergi juga xlama lagi..saya harap dapat jumpa dgan arwah d sana nnti..mudah2an aminn..cuma skrg ni saya nk dkatkan diri dengan Allah dan perbaiki diri yg xsempurna ini..In sya Allah…ada hikmah yang terbaik di sebalik ujian ini..terima kasih

    Reply
  8. Salam Ukwah Fillah semua, salam saudara. Sy pun pernah alami pengalaman mcm kat atas, hakikatnya mmg payah utk melepaskan dia yg sy sgt syg pergi, tapi sy tahu hati dia bkn milik sy lg. Dlm terpaksa sy relakan jua.

    bkn mudah utk sy melupakan dia, Allahu hampir saja sy bunuh diri krn tak sanggup hidup tanpa dia. Syukurlah Allah masih sygkan sy. Jika Allah membiarkan sy saat itu pastinya sy sudah tiada lg d dunia ini.

    selepas kehilangan dia y tersyg, syg bangkit melangkah dlm payah, hari2 berteman air mata. Pd masa itu hya Allah tempat sy bersandar.

    Alhamdulilah slpas dia pergi Allah berikam sy lbh ramai org y sygkan sy, habis zaman skolah, sy masuk kolej, kwn kolej sy sgt baik. Ya Allah, baiknya Allah kita, 3 tahun sy blajar d kolej setiap kali ulang tahun kelahiran sy mesti diraikan oleh rakan2.

    Sbnrnya masih byk nikmat Allah beri setelah sy ditinggalkan kekasih. Skrg sy faham erti cinta y sebenar.

    kpd hati y sedang sedih krn sakitnya gagal dlm cinta, sabarlah syg Allah sedang merancang y terbaik buat mu. berdoalah kasih, minta agar hati mu redha & tenang. Setiap dari kita Allah dah tetapkan jodoh, maka y perlu skrg adalah usaha siapkan diri. Bila sampai masa y sesuai Allah akan permudahkan kita bertemu jodoh dgn ikatan y suci. Amin ya rab.

    Reply
  9. Assalamualaikum..

    saya pernah mengalami situasi ini tapi saya masih tidak kuat untuk menghadapi perpisahan walaupun setelah 3 kali mencuba, hati saya masih gagal, sakit sangat..

    Reply
  10. Artikel ini berjaya mengalirkan air mata sy..sesungguhnya perpisahan itu menyakitkan & betapa sukarnya utk melupakn si dia yg sy sayangi..saban hari sy tringtkn dia & sedih..ingin sekali sy melupakannya & melepaskannya pergi tetapi hati ini sakit..Ya Allah ,kuatkanlah hatiku yg terluka..ikhlaskn hatiku & ajarkn aq erti redha & ikhlas dlm menempuhi ujian ini..

    Reply
  11. Assalamualaikum admin..tq info yg sgt2 berguna..utk sy yg masih lg dlm proses utk bangkit kembali..sy kwn dgn dia hampir 5 thn ketika dia xpunya apa2.Suka duka kami lalui bersama,ketika berjauhan.Hubngan kami cinta jarak jauh.sy bekerja di sini dia study di luar negara,sy peneman sepi dia,pendengar setia ketika dia ada mslh nk sesuaikn dgn keadaan di negara org prob study n dgn fmly&adik beradik yg byk kontrol dia.ms dia down gila2 mak dia meninggal sy xpernah tinggalkan dia keseorangan sentiasa memberi kata2 smngat ketika dia btl2 sedih..sy usaha utk memenuhi setakat termampu segala keperluan dia di sana.setiap ms col amik berat..ms dia blk bercuti di tanah air kami tpksa mnjarakkan hbgn xnk bg fmly dia tahu.kami tak seperti psngan lain yg blh spent ms bersama..kami terpksa silent.hubungn kami.xdirestui famly dia..disebabkn itu hbgn jd mendatar..tp rs cinta&syg masih mendalam kami masih usaha utk teruskn..walau pernah mencuba utk membw haluan masing2.sy bkn calon pilihan membuatkn hbgan kami sntiasa diuji jiwa,hati & perasaan.dia tersepit antara syg sy n fmly.tp dia akan cari sy bila ada mslh sbb fmly xberapa kisahkn dia.sehinggalah kami ada perselisihan fhm pd pertghan bln 12 2014..sy sangkakn itu hanya tempoh bertenang kami berdua sbb pernah terjd sblm ni sama2 diamkn diri pastu lama2 ok smula.sehinggalah sy contact dia pd awal jan2015.,dia bgtau ada fmly sedara dtg merisik.semua perancangan majlis sudah diatur,hanya tinggal dia blk selepas grad..yer dia dh hmpir berjaya.dh blh berdiri atas kaki sndiri.dulu semua org tak pndang dia..sy ckp sy xhrpkn apa2 dr dia.sy hanya nak hati dia yg ikhlas menerima sy seadanya.tp skrg dia dh hmpir brjaya dia bkn yg sy kenali dulu.mulai dr detik tu.,sy cuba cari diri dia yg sbnar tp xjumpa dia dh berubah..dia larang sy g jumpa keluarganya utk sy jelaskn kedudukan sbnr sbgai usaha terakhir sy..dia pinta sy hormati kputusan klurganya..semudah tu dia menyerah kalah pd keadaan.bermcm2 alasan timbul berpunca di pihak sy..Ya Allah..sy rs btl2 down,kecewa sgt2..dia akui masih syg sy.tp tpksa terima sbb nk jaga hti fmly dia,sy kecewa,sedih,langsung tak boleh nk fokus pd apa2..xde selera, serabut,risau, sedih, murung.mulai aritu sy cr kekuatan diri utk bangkit perlahan2,muhasabah diri..bw diri utk rawat hati yg terluka kecewa..bg yg berjaya mungkin bhgia..tp yg gagal hanya tuhan yg tahu betapa dlmnya luka dihati walau sembuh parutnya ttp ada..sy cr penawarnya,mengadu pd Allah setiap ms..sy jaga solat,solat pd awal waktu,usahakan solat solat sunat,pas solat doa byk2 mengadu pd tuhan,baca quran..baca yasin..rajin bersedekah..latih diri jd seorang yg pemaaf..ikhlaskan hati utk redha terima segala qada n qadar yg Allah tetapkan utk kita..walau sidia hebat,bagus,mcmana sekalipun,tp Allah dh tetapkan sidia bkn yg terbaik bt kita..sabar..fasobrun jamil penawar utk hati yg luka.buang n simpan semua2 yg blh mengingatkan kita kembali pd sidia semua2 brg2 pemberianya sy anta blk kpda dia.bila tgk brg2 tu akn buat sy terngt kembali kenangan ketika bersama.rs sedih..pilu..kecewa..sayu.bercampur aduk..dtg silih berganti..susah nk lupakan kenangn2 ktika bersama..ikhlas dn redha terima qada n qadar dr Allah..hati mesti kuat..dlm usaha nk bangkit hati tu masih teringat je.n kadang mengalir juga air mata ni..sedih sgt..mengadu pd Allah pasti ada hikmah di sebalik apa yg berlaku..doa byk2 mohon pd ALLAH insyallah rs tu akan beransur2 akan hilang bersama beredarnya ms..slmat berbahagia..

    Reply
    • terbaik…in shaa Allah ada hikmah dsebalik dugaan itu..hanya dekatkan diri kpd Allah saja cara merawat hati yg lara tu..bkn mudah utk bangkit tetapi tidak mustahil utk kita merasa bahagia,lebih lebih lagi bahagia bersama insan yg mampu mbawa ke jalan Allah.Ketika itu lah kita akan rasa hikmah kejadian disebalik kekecewaan tu.in shaa Allah

      Reply
  12. Thanks you. Buatkan hati sayaa tenang bilaa baca blog nie. Alhamdulillah. Mungkin saye harus biar dia pergy. Janji Allah itu pasti. Sy da bole terimaa seadanyaa. Bilaa sy baca blog nie buat sy semakin kuat .

    Reply
  13. Bila saya membaca aftikal ini sya rsa allah dah berikn sy petunjuk.sya sygkan dia tpi ngah knp begitu sukar utk sy tinggalkn die wlupon dah banyak kli hati sy terluka.sy nk sentiasa berada disisi nya sbb sy taknk die mdekati dadah.sy tau hdup nya sunyi tanpa family yg selalu jauh dr hdup nya.tp sy tak mampu nk merubahnya sorg diri.kerana sy jg tidak kuat.namun sy cube bertahan semampu yg boleh.sy bdoa pda tuhan smga satu hari nti pintu hatinya terbuka dan tinggalkn najis dadah.sy tknk org perlekeh kan dia.sy nk org hormat pada die.sy nk yg terbaik utk dia..

    Reply
    • sy juga pernah bercita2 seperti awak. agar dia berubah mempertahankannya. tp akhirnya terpaksa juga sy minta di lepaskan. sy x mampu lagi menharap pada cita-cita sy tanpa cita-cita dalam dirinya sendiri. sy tidak lagi kuat. akhir nya sy mohon dilepaskan. dan hari ini sy hanya mampu berdoa pda tuhan smga satu hari nti pintu hatinya terbuka.

      Reply
    • sy doakan awak terus kuat dan tabah membawa nya kejalan kebaikan….tidak seperti sy, yg akhirnya mengaku kalah. peluang yg sy beri langsung x dihargai…apa lg yg mampu sy lakukan. x mampu lg sy berada disisinya melihat dia memusnahkan dirinya sendiri. cukuplah pergorbanan sy selama 5 tahun yg tidak dihargai. walau perpisahan ini terlalu perit utk dilalui. sy terus belajar utk kuat & tabah menghadapinya. perpisahan ini adalah kebahagian utk sy.

      Reply
  14. As salam..prkongsian yg sgt bgs..sy mrsa tenang mmbca article ny..sy bru shja 5 bln pts cnta..hbngn hmpir3 thun brakhir mcm tu shja..ditngglkn tnpa alsn yg kukuh..sy thu dye curng..cme dye je xmngaku..mmg mnyakitkn ble kte thu hakikt sbnr dri org lain..slps prpishn trjdy,lme sy muhasabh dri..hmpir2 hilng prtmbngn,,syukur alhmdulillh ad shbt yg mmbntu sy..bri kta2 smngt.sedrkn sy..sy kmbali pada sang pemilik cinta iaitu Allah swt..slps brpish,byk yg sy sdr..prpishn ini bkn utk mnghukum tp utk mnjga hbngn antra sy dgn dye..prpishn ny adlh kafarah,blsn ats dosa2 sy..sy smkin redha dgn takdir Allah ini..sy akui msih sygkn dye hngga saat ini..tp ckup la syg n rndu ny sy nyatakn dlm doa..sy thu Allah xkn uji sy klau sy xkuat utk hdpinya,,sy hrap 1 ary nnty Allah bka kn pntu hdyah -Nya utk dia..ssungguhnya hdyah Allah sgt indah…artikel ny sgt mmbntu sy..

    Reply
  15. Kata-kata perpisahan tak pernah diucapnya…tetapi si dia seolah-olah menjauhkan diri…kalau dia memang kata nak berpisah mungkin sy akan cuba utk menerimanya…seperti digantung tak bertali…tapi bersangka baik mungkin dia masih berfikir…

    Reply
  16. Hanya tuhan yg thu betapa sakitnya melalui perpisahan ini..dan bila terbacanya artikel ne..ya..hati tu jdi sejuk n dingin..tiap yg blaku ada hikmahnya..moga diberi kekuatan..kerana xkn kita duji dgn sesuatu yg kita xmampu..

    Reply
  17. Hari ini ucapan perpisahan keluar dari mulutnya, sebulan lagi tepat dari sekarang hubungan saya dg pasangan selama 6 tahun akan dipertaruhkan. ntah apa yg harus saya persiapkan kalamana perpisahan itu akan benar-benar jadi kenyataan, apakah saya harus sedih atau bahagia melepaskannya bahagia dg wanita lain??? sekarang saya hanya berpasrah kepada Allah SWT, saya yakin apa yg akan terjadi adalah takdir dan jalan hidup dari Allah untuk saya adalah yg terbaik. Allah akan selalu bersamaku, hanya DIA yg tidak akan meninggalkanku.

    Reply
  18. Saya pernah melalui musibah sperti ini. Bila baca artikel ini, buatkan saya rasa lapang dan menyedari hakikat perpisahan yg. sebenar. Saya sudah redha atas apa yg. berlaku.

    Reply

Leave a Comment