Perkara Terbaik Untuk Mencapai Kebahagiaan: Jangan Takut Lepaskan Dia Pergi & Ikhlaskan Perpisahan Itu

kebahagiaan
melepaskan untuk mencapai kebahagiaan * love will tear us apart by karoluzz

Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.

Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.

Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.

Menyayangi tidak semestinya memiliki.

Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”

 

Ya, Menyayangi Tidak Semestinya Memiliki

Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.

Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi?

Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.

Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia?

Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?

Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.

Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.

Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”

Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?

Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia?

Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia?

Hanya kerana satu sebab.

— Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.

“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”

“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”

Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.

Kenapa Takut Untuk Ikhlaskan Perpisahan Itu?

Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:

Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.

Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.

Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan.

Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.

Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.

Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.

Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.

Tapi sampai bila?

Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.

Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu.

Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.

Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

 

Jika Terus Hidup Bersama Kenangan, Memang Mustahil Untuk Kita Lupakan Dia.

kebahagiaan

Move on. Ubah cara hidup kita.

Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.

Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.

Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.

Hanya kita yang alpa dan terleka.

Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.

Dalam hadith kudsi Allah berfirman;

Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”

 

Manusia Akan Pergi Tinggalkan Kita Juga Walaupun Sejuta Janji Manis Yang Diberikan.

Walaupun segunung harapan yang dia berikan.

Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.

“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”

“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”

 

Ingatlah Untuk Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah Tersendiri.

Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya.

Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.

“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) – Ustaz Azhar Idrus”

Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.

Hanya perlu yakin.

kebahagiaan

Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia.

Demi kehidupan masing-masing.

Perasaan tak boleh dipaksa

 

Kita Mungkin Dipertemukan Dengan Orang Yang Salah Pada Awalnya. Itu Untuk Mengajar Kita Jadi Lebih Dewasa

Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan.

Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.

“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.

Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”

Jadi, macam mana?

Dah boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya.

Dah boleh redha?

Atau masih terpaksa?

Dekatkan diri dengan Allah dan kita akan dapat jawapan (:

 

Penutup: Allah Telah Menetapkan Kebahagiaan Untuk Setiap HambaNya

Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.

Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.

Kerana memang bukan untuk kita.”

Serahkan hati ini pada Allah.

InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.

Hati kita milik Allah.

Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.

Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah.

Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.

Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini

Perpisahan memang sesuatu yang sukar untuk dilalui, pasti banyak air mata yang jatuh dalam proses menguatkan kembali hati.


Pernahkah anda menghadapi perkara ini?

Bagaimana anda settle down?

Kami suka untuk mendengar pengalaman & pandangan anda pada bahagian komen dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

444 thoughts on “Perkara Terbaik Untuk Mencapai Kebahagiaan: Jangan Takut Lepaskan Dia Pergi & Ikhlaskan Perpisahan Itu”

  1. Saya ingat lagi, saat saya jatuh tersungkur kerana cinta manusia, page Aku Islam mesti saya kunjungi, teresak esak menangis saat membaca isinya yang dalam, ringkas tetapi padat dan penuh makna. Jujur menggetarkan jiwa saya yang kosong.Menyentuh kembali hati koyak yang tak berdarah. Memberi semangat untuk saya terus bangkit. Perpisahan kerana khilafnya saya, saya akui diri ini lebih banyak keburukan dari kebaikan. Mana mungkin ada insan lain sudi menerima kita yang serba kurang. Merelakan perpisahan sulit untuk saya. Entah laa mungkin sudah tertulis jodoh tiada. Insan sebaik dia, tidak mungkin mendampingi saya yang penuh cacat cela yang hidup berlandaskan masa silam. Namun, saya di sini masih membaiki diri, terus merangkak kembali, mencari hati entah keberapa kali disakiti, tetapi tetap berharap pada secebis kebahagiaan agar jiwa teguh berdiri.

    Reply
  2. Terima kasih sudah menulis ini. Saya masih bingung dan kesulitan untuk belajar merelakan sampai mengantarkan saya ke tulisan ini. Setelah banyak pertengkaran saya dengan dia yang berakhir untuk memutuskan hubungan ini, saya makin tersadar dan belajar bahwa cukup banyak kesalahan yang saya berikan ke hubungan ini. Saya banyak menyesal dan sudah coba untuk reach him, meminta maaf dan berharap untuk memperbaiki. Tetapi dia sudah tidak mau memperbaiki dan minta saya untuk saling mengikhlaskan. Jujur, merelakan tapi dipenuhi rasa bersalah sulit sekali

    Reply
  3. Ya… jika dia memang ALLAH takdirkan unt kita.. sesulit mane pun pasti dpt bersama.. jika dia bukan takdir kita… sayang mcm mane pun tetap tak akan bersama.. ini la yang saya lalui.pujuk hati unt redha …doakan saya..

    Reply
  4. Inilah yang aku sedang lalui.. hidup di dalam kenangan lama.. cerita yang sangat panjang, dan akhirnya hanya menjadi sebuah kenangan.. aku berharap aku dapat redha dengan segala ketentuan Allah ini.. sesungguhnya aku mengharapkan sesuatu yang lebih baik walaupun aku sedar aku tidak layak.

    Reply
    • Jangan rasa rendah diri tuan/puan itu hanya akan menghilang keyakinan diri.. pujuk hati…Allah sentiasa ada..serahkan segalanya kepada Yang Maha Kuasa atas segalanya..termasuklah hati dan perasaan d bawah aturan Nya

      Reply
  5. Assalammualaikum wr. Wb.
    Memang begitu berat rasa jatuh cinta pada seseorang…
    Ternyata cinta itu tidak enak … dan jika boleh ku memilih… lebih baik aku tidak pernah jatuh cinta.

    Reply
    • Setiap orang ada cerita berbeza yang telah Dia tentukan.
       
      Dan kita harus percaya kalau kita tetap sabar dan berdoa, Dia akan tunjukkan jalan.

      Reply
  6. bagaimana kita nak ikhlas hati kita yang dia bukan untuk kita. saya hampir kemurungan dsebabkan dia hendak putuskan hubungan ini. sya tanya dia adakah dia mahu perpisahan ini? sya tnya dn tanya. akhirnya dia kata dia masih tetap mahu bersama saya. tapi saya tetap tak dapat rasa sayang mcm mana mula mula kenal. chat pun jarang boleh kira berapa patah je sehari. banyak kali dia mahu putuskan hubungan ini tapi sya bodoh masih megharapkan dia. dn hritu dia tetiba jujur dia ckp dia masih teringtkan ex dia walaupun hanya 1%. jadi apa saya boleh buat ya disni ? masih mengharapkan atau redha biarkan dia pergi. dia gamers hidup dia penuh dgn game. dia kata game yg bantu dia move on. dia snggup hbiss beribu untuk game. smpai dia ckp dia tkut untuk hbiskan duit dkt perempuan. tolong saya ???btw kami dua dua student.

    Reply
    • Assalamualaikum.
       
      Saya juga alami perkara yang sama seperti awak. I think you may reduce your times spent for him starting from now. I know it is really tough, sampai rasa mcm mustahil utk buat pekara tu. Cumanya, sampai bila kita nak berharap pada orang yang tak tahu utk hargai keikhlasan kita pada dia? Mungkin dia rasa biasa saja mcm takde apa berlaku, tapi biasanya yang mengaharap itulah akan rasa sangat terseksa (well I feel that sometimes. Sangat sakit. ).
       
       
      So here I want you (and me of course) to realize jangan sesekali letakkan kunci kebahagiaan hidup kita dalam genggaman seseorang. Maksud saya, jangan kata yang hanya seseorg tu je yang mampu buat kita bahagia. Please. Sebenarnya kita lah individu yang 100% bertanggungjawab utk tentukan kebahagiaan hidup kita. Kalau awak boleh terima my previous ayat, then inshaAllah awak boleh perlahan-lahan buat persediaan utk lepaskan dia.. Awak layak utk hidup bahagia lebih drpd skrg. InshaAllah, keep moving, slowly OK?
       
       
      Last but not least, this might sound very clichae’ atau dah bosan nak dgr hahaha, tapi, you deserve better. A better person who could aprreciate your sincerity, loyalty, and your love. Anggaplah kehadiran si dia (the gamer guy) itu merupakan anugerah daripada Allah kpd awak, supaya awak dpt belajar sesuatu – yang akan buat awak stronger dan wiser – sebelum awak dipertemukan dengan orang yang lebih layak. InshaAllah.
       
       

      Reply
  7. Assalamualaikum… dengan membaca halaman ini.. dgn nama Allah swt… ini lah yg saya sedang lalui.. dan masih belum dapat keputusan. Allahu..

    Reply
  8. Saya pernah suatu ketika aku bergaduh dengan dia.
    Aku terus cakap terus terang
    Kalo ko nak sangat dgn ex ko tu boleh buat
    Ko bahagia pergi lah,lupakan abg hapus semua photo,nomor,fb block semua.biar aku tak kacau kau dgn dia .abg rela janji ko bahagia .
    Abg nak kalo ko dgn dia dgn dia lah 100%
    Begitu pun sebalikny.
    Cakap macam tu trus diam .

    Reply
  9. Saya mengalaminya sekarang, memang ini sulit utk saya jalani skrng, tapi saya belajar mengiklaskan nya?????

    Reply
  10. Ya Allah tenangnya sy rasa bila baca artikel ni… Sy tgh alami situasi ni skrg… Semoga sy semakin tabah.

    Reply
  11. Ya Allah.. ini yg saya rasakan sekarang. Bagaimanapun perasaan tidak ingin kehilangan itu ada, tapi saya harus berperang melawannya. Cinta yg tidak bisa bersatu. Semoga Allah mempertemukan kita dikemudian hari dengan izin Nya. Bismillah semoga ikhlas menerima kenyataan ini

    Reply
  12. Assalamualaikum inilah saya rasai sekarang… Saya cuba utk ikhlas dan redha… Doakan saya terus kuat…

    Reply
  13. Mengiklas walaupun itu sulit percaya dan yakin Allah akan menggantikan yang jauh lebih baik terkadang keinginan tidak seiiring ridho Allah

    Reply
    • Assalammualaikum wr wb. Kak saya mau nanya ikhlas kan itu berat bagaimana cara nya mencegah keberatan itu dalam ikhlas???

      Reply
  14. Ya Allah ampunilah dosa hamba.. hamba selalu di permainkan laki laki. Tapi hamba tau ini kesalahan masa lalu. Hamba harus melepaskan semua yang terjadi.. hamba ikhlas ya Allah…

    Reply
  15. Sejauh mana kita mencuba, sekuat mana kita bertahan, sebanyak mana kita menafi, jika Allah sudah tentukan yang lain maka redha sahaja.Sesungguhnya Allah telah mengatur perjalanan yang lebih baik buat diri kita.

    Reply

Leave a Comment